Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

14 DISEMBER 2002

ASSALAMUALAIKUM...

Saya tidur malam tadi jam 4.30 pagi. Bayangkan, saya dah penat-penat settlekan assignment tu, tiba-tiba hilang! Rasa agak stress. Kita dah berjaga sampai awal pagi nak buat benda tu. May be silap saya (teknik penyimpanan). Saya pun dah pening kepala dah. Terus saya tidur.

Bila mak saya kejut solat Subuh pukul 6.30 pagi. Saya bangun walaupun amat mengantuk. Solat tetap kena solat. Saya terus mandi. Ingat nak tidur balik tapi bila fikir balik, kesian pulak dekat Kak Yus tu. Dahlah sarat mengandung. Anak-anak dia pulak nakal dan dia pulak tak berapa tahu nak guna komputer. Tak sampai hati nak biar sahaja macam tu. Terus saya sambung balik buat semula assigment tu sampai jam 11 pagi. Lepas tu saya dah tak tahan dah. Mengantuk dan terus tidur. Lepas tu Kak Yus datang saya sambung sikit lagi dan Alhamdulillah boleh siapkan apa yang dia nak.

Lepas tu dapatlah habuan sikit. Hehehe... Saya yang tengah menganggur ni bolehlah bernafas sikit. Tapi memang waktu saya buat assignment tu, saya teringat balik zaman kampus dulu. Biasa tak tidur sampai tiga hari sebab nak settlekan assignment. Fuh, Waktu tu kepala dah rasa pening. Otak macam dah jam.

Tahap kesabaran waktu tu memang kritikal sikit. Hehehe... Tapi saya boleh control walaupun macam-macam benda mengganggu. Itu zaman kampus dulu. Dah berlalu. Semuanya tinggal kenangan. Hehehe... Nak promote sikit lagu terbaru kumpulan Firdaus yang paling saya minat  (Cinta dan harapan). Abang Midi bagilah upah sikit promote lagu Firdaus ni. Hehehe... Ni lagu terbaru kumpulan firdaus dari album ketiga. Carilah dalam pasaran. Lagu ni memang ada nilai sentimental sikit bagi saya. Kalau tengok klip video dia pun memang rasa macam lain sikit sebab semuanya buat kat UUM tempat saya study empat tahun! Memang ada kenangan.

Kalau tengah boring saya pun bukaklah video klip lagu tu. (Anda tunggu kat TVlah nanti sebab baru hantar kat TV). Dah melalut pulak.

Tengah hari saya berehat di rumah sambil tonton cerita Hindustan. Lepas tu petang main bola. Hari ni genaplah 3 bulan saya tak main bola dan hari ni saya main balik. Last sekali saya main bola sewaktu kejohanan Bolasepak Ekspo Konvo UUM pada 15 sept 2002 dan hari dah 14 disember 2002. Lama tu.

Bila mula main bola balik rasa cukup seronok. Puas. Memang penat tapi saya rasa cukup gembira. Peluh memang keluar banyak. Saya memang suka betul. Lagi penat lagi saya suka. Biar sampai semput. Cuma skill bola tu berkarat sikit sebab lama tak main. Tapi yang paling best ialah berlari sebab saya tiap-tiap pagi berlari. Memang rasa agak laju sikit.

Macam selalu saya cakap, bersukan adalah salah satu cara saya lepaskan tekanan.

Malam saya beraya di rumah kawan saya. Di Taman Setia Berjaya. Sambil sembang cerita lama (kenangan lama) sambil tengok bola dan sembang banyak topik terkini. Memang seronok. Saya suka ramai kawan tapi kawan saya lebih 90% berada di luar Alor Setar. Walaupun saya dah 17 tahun menetap di Alor Setar tapi kawan-kawan saya ramai yang dah pindah ke luar Alor Setar. Percaya tak?

Malam tu dapatlah tengok live dua game. MU lawan West Ham. Lepas tu tengok team kegemaran saya Newcastle lawan dengan Southampton. Tapi habis game dekat pukul 2 pagi. Lewat saya balik rumah. Tapi saya dah dapatkan kebenaran mak dan abah nak balik lewat dan saya bagitahu tempat yang saya pergi.

Lagipun rumah kawan saya tu tak ada orang perempuan kecuali mak dia. Saya tak kisah sangat. Kalau ada orang perempuan memang saya tak akan duduk lama. Saya tak biasa. Bila keadaan ramai lelaki saya memang rasa selesa. Maaf saya bukan anti perempuan cuma tak biasa.

Waktu balik bertembung dengan ramai muda mudi yang tak tentu arah berkeliaran. Nampak gaya macam samseng. Kalau anda rasa tak boleh nak lawan janganlah keluar malam. Saya kalau terpaksa pertahankan diri saya akan lawan. Yang penting jangan takut. Tapi kalau kita buat dengan baik. Tak ada orang nak kacau kita, kan?

Saya tidur jam 4 pagi.

WASSALAM...

13 DISEMBER 2002 [JUMAAT]

ASSALAMUALAIKUM...

Selamat Hari Raya untuk sesiapa yang dah tamatkan puasa enam di bulan Syawal.

Alhamdulillah... Semoga hati kita sentiasa tunduk kepada Allah. Saya still tak mula lagi puasa enam. Banyak sangat kenduri yang nak kena attend. Minggu depan InsyaAllah....

Saya tak jogging pada waktu pagi sebab saya rasa nak jogging pada waktu petang pulak hari ni. Waktu pagi saya tak buat apa sangat. Adik saya pulak kecoh sebab gambar dia masuk paper waktu pelancaran program Tuisyen Percuma Yayasan Al-Bukhary. Gambar dia dengan Pak Lah. Hehehe... Kecoh satu rumah dibuatnya. Kemudian solat Jumaat di Masjid Alor Semela. Khutbah berkisar soal dugaan. Banyak yang dikupas oleh khatib hari ni dan banyak yang dapat saya pelajari.

Petang ingat nak jogging tapi macam nak hujan terpaksalah cancel. kawan pulak datang ke rumah. Malam Kak Yus pulak datang nak tengok assignment dia. Hehehe... Tak siap lagi. Janji 17 hb ni tapi terpakasa tukar esok pulak. Jenuhlah saya malam ni. entah tidur ke tak.

Saya cakap boleh siap untuk yakinkan dia agar dia tak risau. Hehehe... entahlah dapat siap ke tak. InsyaAllah siap! Lepas tu Kak Yus cerita macam-macam. Ada juga cerita pasal student IPT kat Klang Valley yang kena dengan culture shock sampai pergi ke disko, minum arak. Perempuan pulak tu! Budak tu bukannya asal orang bandar. Orang kampung sahaja! MasyaAllah... Ambillah iktibar.

Lepas tu saya semak email sekejap. Dah lama adik angkat saya tak email saya. Alhamdulillah hari ni dapat email dari dia. Lepas semak dan balas semua email saya sambung buat assignment. Tak tahu lagi boleh tidur ke tak? InsyaAllah boleh...

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini---[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][43][44][45][46][47][48][49][50][51][52][53][54][55][56][57][58][59][60][61][62][63][64][65][66][67][68][69][70][71][72][73][74][75][76][KHAS][77][78][79]

Baca Diari Sebelum ni

Saifulazrul Collection 1999-2002
Provided by Saiful Azrul Che Lah