Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
 
 
DIARI SAIFUL
|Biodata|Pendidikan|Keluarga|Pengalaman|Koleksi Gambar| Kejayaan|Lihat Buku Pelawat|Tandatangan Buku Pelawat|
09 MAC 2002

Bangun pun agak lewat dekat 7.30 sebab tidur pukul 5.30. Terus bangun  dengan bersemangatnya ke Lab untuk surf Internet. Memang minat saya. Saya agak lewat mengenali dunia Internet ni. Minggu ni secara overallnya cukup cemerlang bagi diri saya. Motivasi kini di tahap yang terbaik. Saya tak tahu kenapa. Semua kerja menjadi. Team work dengan Bill Dan Halim memang menjadi. Apa yang saya baca semua dapat diserap dengan baik. Saya rasa, saya memang betul-betul belajar.

Dari segi planning memang ada dua tiga arrangement sebab ada masalah sikit. Contohnya malam tadi saya sepatutnya balik tengok bola di Stadium tapi sebab projek Aplikasi AI dengan ulangkaji untuk exam lebih penting saya ubah jadual. Alhamdulillah Kedah menag lagi. 5-1 dengan tentera. 8 Game , 8 kali menang and 24 points. Maksimum point. 

Untuk aplikasi AI esok saya akan study dengan lebih tekun dan kuat sebab rasanya agak sukar siki. Soalan tahun lepas bagi saya amat sukar. Jadi kena prepare sebaik mungkin. Macam biasa saya akan study di Sekolah Siswazah malam ni. Dari pukul 8.30 sampai pukul 12 atau 1 pagi. Tenang study dekat situ. Just kita sorang je yang ada. jauh dari orang lain. Saya perlukan keadaan seperti itu sebab saya kuat berbual. Saya ada banyak cerita yang boleh saya ceritakan dan boleh saya bualkan. Memang saya kena study dalam keadaan macam ni.

OKlah rasanya tiada apa-apa lagi kot.

WASSALAM...

08 MAC 2002

Hari ni  tidur lepas solat Subuh sebab siapkan projek Aplikasi AI. Saya, Bill dengan Halim discuss sampai sebelum subuh. Saya buat keputusan nak tunggu Subuh sebelum tidur. Hajat nak turun jogging tapi mata dah buat hal. Terpaksalah mengalah. Pukul 9 bangun balik dan baca buku untuk aplikasi AI. Dalam pukul 11 tidur balik terus sampai pukul 12.45. Nasib baik tak terlajak nak Solat Jumaat. 

Selepas solat, makan dan buat sikit aktiviti harian. Lepas Asar saya tertidur sampai waktu saya sepatutnya main bola. Saya bangun dan terus ke padang. Akibatnya banyak saya buat individual error and too many mistake. Dalam padang pun boleh bermimpi lagi...ishk.. Bila habis game baru saya sedar yang saya tak guna otak bila mian macam selalu. Tulah padah tidur lepas Asar. Mewarisi Kebodohan. Esok kena jaga-jaga..

Sampai malam otak saya agak lembap. Tapi nak buat macam mana, banyak kerja yang kena settle, terpaksalah. Tidur malam tu 5.30. Cadang nak tunggu lepas Subuh tapi tak terdaya.

07 MAC 2002

Alhamdulillah! Soalan NLP hari ni banyak merupakan ulangan kepada soalan tahun lepas. Saya banyak kali review solan tahun  lepas. Kawan saya, Halim yang bagi soalan tu untuk diulangkaji. Thanks Halim... Project Aplikasi AI sedang dalam progres untuk disiapkan. Malam ni ada discussion untuk disambung sebab malam tadi saya sibuk study untuk NLP. Jadi Bill (Fazrul Izwan Hasan) yang banyak sambung projek sampai pukul 4 pagi.

Saya pukul 7 pagi dah bertolak ke Tempat peperiksaan. Tengah study dekat situ tiba-tiba black out. Jadi saya study di tempat lain dan terus makan di LEGO. Saya ni jenis yang kena makan pagi. Kalau tidak serba tak kena. Tengah hari dan malam kalau tak makan tak apa asalkan kena makan waktu pagi. Ini memang tabiat saya. Satu lagi saya kalau dengan makanan langsung tak berkira. Saya memang yang jenis sentiasa berselera. Sedap ke tak saya tak kisah sangat. Apa yang ada itu rezeki saya. Saya jenis makan sahaja.

06 MAC 2002

Malam ni saya study di Sekolah Siswazah sambil menonoton Rancangan Bicara Siswa. Isunya ialah Universiti antara menara gading atau pondok rakyat. Panelnya ialah salah seorang kalau tak salah saya Dr Yahya dari Unitar, Presiden MPP USM dan Uitm. Juga student UPM yang turut sama bersiaran dari kampus Serdang. Saya lebih menyokong pendapat presiden MPP USM kerana kedua-dua konsep itu perlu disatukan kerana ia sebenarnya memberi makna yang luas kepaada pelajar universiti itu sendiri. Mahasiswa bukan hanya seorang yang perlu belajar di kampus tetapi dia juga perlu turut sama mengikut denyut nadi masyarakat kaerana masyarakatlah yang turut sama mempunyai hak terhadap pelajar universiti.

Berbeza dengan presiden MPP Uitm yang berpendapat sebaliknya. Siswa di UPM turut bersetuju dengan saya. Begitu juga dengan pemanggil dari Kulim yang turut menegaskan perkara yang sama. Saya mengamati perdebatan tersebut dan akhirnya saya sependapat dengan Dr. Yahya bahawa perbincangan pada malam itu adalah pada peringkat falsafah dan ia amat baik untuk perkembangan diri seseorang siswa.

Berbalik kepada aktiviti harian saya. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Esok dah nak exam NLP dan saya kena study sebaik mungkin. Solan tahun lepas saya dah review banyak kali. Entahlah sebab apa. Tak confident nak naik balik tapi kena baca jugak. Apa pun saya banyak mengkaji corak soalan tahun lepas. Harapnya menjadi!

Ssatu lagi yang menarik perhatian saya hari ini ialah rancangan Nothing To Lose di TV3. Pelakonnya yang saya kenal just Martin Lawrence sebab dia memang terkenal dengan Filem lawak. Apa yang saya nak tekankan ialah dalam hidup kita ini keluarga memainkan peranan paling penting untuk keselesaan dan ketenangan jiwa. Tanpa keluarga jiwa kita akan kacau bilau. Justeru jadikanlah keluarga sebagai aset terpenting kita.

WASSALAM...

05 MAC 2002

Saya cuma bertemankan seekor katak apabila membuat persiapan terakhir untuk peperiksaan esok. Dari pukul 9 malam hinggalah pukul 12.45 pagi saya berada berseorangan di Sekolah Siswazah. Katak tu memang besar lebih kurang dua penumbuk tangan saya. Tapi bila tengok katak tu duduk atas kerusi tak mengganggu saya, saya pun buat tak kisah je. Pasal katak puru tu, saya tak tahu apa yang dia buat atas kerusi tu. Saya sambung study dengan pening kepala nak faham saya pun bukak TV kat situ. Sesekali ada juga hiburan. Pukul 10 malam ada rancangan getaran yang mengimbas kembali kegemilangan orkestra RTM. Saya pun study sambil dengan alunan irama 'klasik'. Rasa tenang dan seronok nak study. Saya lebih suka muzik yang agak perlahan dan suasana yang sunyi untuk study. Tambah-tambah lagi alunan muzik tu mengingatkan saya tentang zaman muda-muda dahulu..hehehe... (Muda la waktu kecik-kecik dulu). 

Selalunya saya study sekejap-sekejap. Kali ni saya kena improve sikit sebab dah last sem. Kalau boleh kena score yang terbaik. Kalau diikutkan hati saya dah tak mau study macam ni lagi. Saya lebih suka bekerja. Saya pun tak tahu kenapa. Sebelum tu pukul 8 malam seperti biasa saya menonton Buletin Utama di Kafe. Sampai ke satu laporan mengenai APICTA (Asia Pacific Information Communication Technology Awards) Saya terpandang wajah seorang yang cukup saya kenali, lecturer saya, Encik Azizi Zakaria yang bersongkok memberi sedikit komen dalam temuramah dengan wartawan berita TV3. Terkejut jugak saya. Lepas tu baru saya ingat katanya yang dia akan ke Sri Pentas pada 4-5 Mac 2002. Dia suruh tonton TV kot-kot masuk TV, dan betullah memang masuk tv malam tadi.

Saya pun terus call Abang Midi tapi tak dapat. Saja nak perli dia pasal VCD AIS ke NUS. Banyak sangat perkataan "lepas tu". Paling tak puas hati gelaran "Mat Komando"! Tak apa nanti saya balas balik. Bukan susah..hehehe....

Hari ni rasanya akan terus sambung study. Aplikasi AI tak siap lagi. Memang susah projek ni. Mujurlah ahli kumpulan saya pandai-pandai belaka. Kalau tidak sakit saya!

WASSALAM
 


 

Baca Diari Sebelum ni