Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

05 & 06 & 07 & 08 & 09 & 10 & 11 JULAI 2002

Maaf Sebab saya terpaksa Rehatkan Diari saya ini selama seminggu sebab saya terlalu sibuk dan saya nak tumpukan komitmen saya sepenuhnya kepada presentation saya pada 09 Julai ini. Saya akan kembali seperti biasa pada 12 Julai ni, InsyaAllah...Kalau anda berhubung melalui email saya tetap akan beri respon. Cuma melibatkan Diari ni sahaja. Harap Maklum...

WASSALAM...

04 JULAI 2002

Saya ada topik yang nak saya perkatakan tetapi saya terlalu sibuk. Harap maaf! Tambahan pula saya demam hari ni. Banyak pulak yang nak kena buat. Lagipun presentation dah dekat. Report dah nak siap tapi yang pening tu ialah bab DFD. Saya memang lemah bab tu. Saya kena cari contoh yang mudah untuk saya lakukan. 

Memang hari ni saya patut cuti tapi kerja banyak sangat. Saya kena perbetul apa yang dato' suruh perbetul. Jenuh saya dan Zam settlekan. Nak buat report lagi. Tension....Tapi kena tahanlah sebab dah nak habis praktikum dah...

Lepas office hour saya kena hantar Din ke jeti sebab dia nak balik Penang. Malam saya cuma tidur di rumah sebab demam. Zam, Men dan Boss keluar jalan-jalan di sekitar Pekan Kuah ni....

Maaf saya dah dua hari tak check email sebab sibuk sangat. Maaf kalau saya lewat reply. Catatan saya pun dah dua hari tak uploadkan dalam Diari. Maaf! Harap anda faham keadaan saya sekarang. nanti bila lapang nanti saya akan kembali seperti biasa.

WASSALAM...

03 JULAI 2002

Kenapa kita harus mencemburui kegembiraan dan kebahagiaan orang lain? Sepatutnya kita mesti sama-sama meraikannya dan bukannya memperlekehkan kegembiraan dan kebahagiaan orang lain. Apakah sifat iri dalam hati kita terlalu tebal? Itu hak mereka untuk bergembira. Hak kita mungkin pada hari yang lain dan kita harus sama-sama bergembira. Jangan terlalu mengikut perasaan. Berfikirlah secara rasional dan gunakan pertimbangan yang sewajarnya.

Kita tidak mahu nanti bila kita merasai detik gembira dan bahagia, kita akan diperlekeh dan diperkecil-kecilkan. Mahukah kita? Sucikanlah hati kita agar kita sama-sama menang. Kukuhkanlah ikatan ukhwah sesama kita agar kelak nanti kita akan bahagia sentiasa bersama-sama.

Apa yang saya tulis di atas adalah sebagai renungan bersama agar kita dapat mengecapi hidup yang lebih bermakna nanti. Ada sebab saya coretkan bab ini.

OKlah beralih kepada perkara lain. Semalam saya, Din dan Zam telah diberikan tugas oleh Dato' untuk menjadi 'perunding' dalam mempromosikan Langkawi dalam sebuah web berbahasa Cina. Itu tak jadi masalah sangat tetapi Dato' suruh buat keputusan mewakili LADA! Memang mengejutkan..Hehehe..Kami cuma student praktikal bukannya pekerja tetap tetapi kena buat semua ni...Hehehe.. Tak kisahlah, selagi kami berada di LADA ni kami akan lakukan..Tapi bila dah habis nanti tak tahulah.....Hehehe....

Sekarang ni terlalu sibuk. Hari ni Dato' suruh ke Kelibang buat perbincangan untuk promosikan Langkawi dalam laman web Berbahasa Cina yang paling popular di dunia. Kalau tak salah saya chiou.co.cn. Saya tak berapa ingat sangat. Bila balik pejabat dah pukul 5 petang. Tak sempat nak ambil barang dalam pejabat sebab dah dikunci.

Waktu malam saya dan Zam, Din, Boss serta men berjalan-jalan di Pasar Malam pekan Kuah. Saja... Lepas tu ke dataran Lang sambil tonton Nujum Pak Belalang. Dah lama tak keluar ke dataran Lang...Lepas tu balik ke rumah dan saya terus tidur selepas solat Isyak....

WASSALAM...

02 JULAI 2002

Memang seronok mengenang kembali zaman persekolahan dahulu. Men yang datang ke Langkawi merupakan salah seorang kawan sekelas saya pada sekolah Rendah dahulu. Memang seronok bila mengimbas kembali zaman lalu. Sekarang semua sudah semakin dewasa dan dengan hala cara masing-masing. Kita semakin dewasa dan cabaran semakin getir. Alangkah indahnya kalau kita kembali semula ke zaman persekolahan dahulu.

Zaman yang penuh dengan keriangan. Terasa nak kembali semula tetapi apakan daya! Kita perlu hadapi hakikat yang kita semakin dewasa. Kita kena lihat masa depan dan yang sudah lepas merupakan satu pengalaman yang mesti kita jadikan sebagai panduan dan iktibar.

Saya sekarang rasa agak pening sedikit. Memikirkan soal masa depan. Paling utama ialah pekerjaan. Kalau ada peluang di Langkawi saya akan terima sahaja buat sementara ini. Tetapi emak saya mahu saya balik berehat di Alor Setar dahulu sebelum terus bekerja. Emak saya agak keberatan kalau saya bekerja di Langkawi. Kalau boleh mak mahu saya bekerja di seberang sana ( Tanah Besar Kedah) atau pun Di Penang. Kalau nak bekerja di Langkawi mak saya suruh pertimbangkan beberapa perkara.

Memang banyak kena fikir. Melawak-melawak jugak, main-main jugak, praktikum-praktikum jugak tetapi soal masa depan kena betul-betul serius. Kita kena rancang hala tuju kita dengan teliti. Apa sasaran kita. Biarlah kalau boleh kita merancang untuk 40 tahun depan atau lebih walaupun kita tak pasti akan hidup selama itu. Sebagai seorang lelaki cabarannya terlalu besar. Tambahan saya merupakan anak sulung.

Soal keluarga dan lain-lain perlu dipertimbangkan. Macam-macam lagi. Entahlah...Yang pasti Langkawi adalah tempat untuk saya berfikir sambil menikmati keindahan alam ini. Semoga dengan suasana yang damai dan tenteram di Pulau Lagenda ini saya akan dapat mencari jalan yang terbaik buat diri saya dan semua. Mungkin Langkawi sebagai satu persinggahan atau ??? Masa dan waktu bakal menentukannya.

OKlah kembali kepada jadual saya hari ni. Macam biasa sahaja. Sibuk siapkan report. Bab-bab awal bolehlah tapi dari segi penyediaan DFD memang saya lemah. Kalau nak belajar programming, InsyaAllah saya dapat tangkap dengan cepat. Tapi kalau bab rekabentuk logikal, fizikal database memang saya lambat tangkap. Nak kena cari contoh macam mana. Lagi seminggu sahaja nak present. Sistem ni bila buat semakan banyak pulak error yang timbul, Alhamdulillah dapat diatasi dengan pantas. Enathlah cepat pulak recognize error dan repair. Hehehe....

Tapi waktu-waktu kritikal macam nilah yang banyak kerja sampingan datang. Kena buat itu dan inilah. Paling teruk ialah Zam. Kena buat macam-macam. Din second dan saya agak jarang. Tapi kenalah tolong Zam dengan Din. Kalau tak, projek lagi satu tak akan siaplah. Macam semalam Dato' suruh kami discuss pasal laman web LADA untuk dimasukkan dalam Laman web China yang paling popular yang berpangkalan di UK. Kami kena sediakan technical specification. Kena discuss dengan seorang webmaster tetapi tak datang pun. Penat kami tunggu.

Macam-macam.... Petang ni lepas balik Kerja saya, Zam, Men, Din dan Boss akan ke Pasar Malam Ulu Melaka. Kemudian kami akan terus ke Pantai Cenang dan berehat di sana dan mungkin juga Awana (tempat bersejarah bagi Zam)..Hehehe... Saja bawak Men dengan Boss jalan-jalan di Langkawi ni. Sorrylah Men dengan Boss kami kerja jadi tak berapa ada masa untuk bawak pergi jalan-jalan. Kami cuba setakat yang termampu...

Oklah setakat ni sahaja kot yang dapat saya coret buat hari ni. Banyak lagi benda yang nak kena saya buat ni. Berlambak-lambak lagi. Jangan ada kerja tambahan jadilah....

WASSALAM...

01 JULAI 2002

Sedikit renungan bersama buat hari ini. Mudah-mudahan kita sama-sama mendapat manfaatnya, InsyaAllah

Patutkah Manusia Menyangka Bahawa Mereka Akan Dibiarkan Dengan Hanya Berkata " Kami Beriman", Sedang Mereka Tidak Diuji (Dengan Sesuatu Cubaan)?

-Surah al-Ankabut, Ayat 2-

Saya memang terlalu sibuk pada minggu ni. Lagi 8 hari dah nak present. Jadi macam-macam nak kena perbetul tambahan dengan macam-macam benda lagi yang nak saya selesaikan. Banyak betul. Waktu-waktu sekarang ni saya anggap sebagai waktu kritikal. Saya agak tertekan sedikit tetapi Alhamdulillah saya tahu macam mana nak atasinya.

Banyak benda yang nak saya ceritakan tetapi sukar sedikit sebab seperti yang saya nyatakan tadi saya kena lakukan banyak kerja. Tetapi tak kisahlah sebab dah nak habis dah. Biar stress sikit nanti tak funlah kan kalau tak ada tekanan langsung.

Hari ni bangun agak lewat sikit. Dah dengar jam bunyi tapi rasa macam nak demam sahaja. Badan rasa tak berapa sihat sangat. Saya ke tempat kerja macam biasa dan sebelum masuk kerja check email dahulu. Lepas tu baru sambung kerja. Lagi 8 Hari nak present sistem ni ada beberapa requirement yang yang saya rasa malu kalau saya tak dapat masukkan. Jadi saya berusaha berfikir dengan bersungguh-sungguh untuk mencari jawapannya. Alhamdulillah dapat. Hari ni kalau nak ikut jadual Nasrul Ain bt Nasir, Monaliza Mohd Yusoff dan Layam Engkasam yang kena present under Encik Hazaruddin. Semoga berjaya. Kami kat Langkawi ni 9 dengan 10 Julai. Ada masa lagi.

Esok Erda Marlina Jamal, Herdawati Mohsin, Zaidah Ahmad. Lusa Sulaiman Mohamed Ibrahim. 10 hb Noor Shana Kamarundzaman dengan Norasiken Radzuan. Saya, Zam dan Din pada 09 Julai ni. Selamat Berjaya. Bagi yang dah lepas harap berpuas hati. Setakat ni saya tak tahu macam mana dengan kawan saya yang present 28 Jun lepas. Harapnya berjaya walaupun hari tu ada masalah sikit.

Saya nak masuk topik bola Perlawanan paling best bagi saya sepanjang World Cup yang berakhir malam tadi ialah Korea lawan Turki. Memang cukup bermutu. Corak cemerlang Turki lawan dengan kerja keras Korea. Memang mengasyikkan. Tak membosankan. Serang menyerang dan 5 gol terhasil. Memang seimbang cuma kelalaian pertahanan Korea menyebabkan kekalahan Korea. Namun syabas buat kedua-dua pasukan. Paling menarik selepas perlawanan kedua-dua pasukan sama-sama meraikan peminat. Saya nampak orang yang mula ajak ialah Hakan Sukur yang membawa dua pemain Korea bersama-sama untuk meraikan peminat. Suasana yang jarang disaksikan. Memang menarik dan kira sebagai true sportsmanship. Itulah sebenarnya tuntutan dalam sukan.

Ronaldo membuktikan dirinya masih berbisa dan masih penyerang terbaik dunia. 2 gol yang mengecewakan Jerman. Dari segi corak permainan memang Brazil layak menang. Dengan gerakan-gerakan menarik. Saya memang sokong Brazil untuk perlawanan malam tadi dan tekaan saya dalam dxplay.com.my untuk world cup ini ialah 40 per 64. Kalau pusingan pertama tu. Sayalah yang menang dengan 30 point. Fasa kalah mati ni saya kira no 3 dengan 10 point. No satu 12 point dan no dua 11 point.

dah tamat pun World Cup. Sekarang ni saya kena tumpukan semula kepada badminton saya. Dah lama tak training. Hujung bulan ni ada perlawanan di Langkawi ni dan InsyaAllah saya akan menyertainya. Saya nak tengok macam mana dengan kekuatan orang Langkawi...Hehehe.....

Saya rasa cukuplah buat hari ni. Maaf sebab mungkin minggu ni coretan saya tak berapa panjang sebab saya memang terlalu sibuk pada minggu ini. Hari mungkin panjang. Tengoklah kalau saya sempat dan ada masa saya akan tulis pasal macam-macam. Banyak benda yang nak diceritakan. OKlah semoga ceria selalu......

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini---[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30]

Baca Diari Sebelum ni

Saifulazrul Collection 1999-2002
Provided by Saiful Azrul Che Lah