Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

05 JUN 2002

Bermula sesuatu itu sebenarnya adalah daripada hati. Hati yang bersih akan menghasilkan sesuatu yang cukup menyenangkan semua pihak. Tetapi untuk menjaga hati bukanlah satu perkara yang mudah. Banyak benda yang mempengaruhi hati. Antara yang paling penting ialah soal dari mana rezeki yang kita dapat itu berpunca. Adakah dari sumber yang halal atau haram.

Tidak ramai antara kita kini yang benar-benar menitikberatkan soal rezeki halal atau haram ini. Kita selalu tunduk kepada desakan nafsu kita. Kita terlalu mudah terpengaruh dengan persekitaran. Kita selalu menyangka yang ramai itu benar dan yang sikit itu salah. Itu silap kita. Kalau kita benar-benar menghalusi akan sesuatu nescaya kita akan dapat membezakan sama ada sesuatu itu yang hak atau batil.

Saya teringat pesan ayah saya. Biarlah seluruh dunia tidak jujur tetapi kita seorang sahaja yang berlaku jujur. Jangan sekali-kali kita bersikap tidak jujur walaupun kita berada dalam golongan yang sedikit.

Paling seronok hari ni ialah bila dapat berita Kedah berjaya menewaskan Sabah dalam Suku Akhir Piala FA. Semi nanti lawan Penang. Saya memang minat PEnang tapi kali ni kena bagi sokongan kepada tanah tumpah darah saya. Apa pun ada dua pasukan Premier 2 dalam Semi Piala FA 2002 iaitu Kedah dan Telekom Melaka. Buat pemain Kedah selamat Berjuang. Kalau saya balik Alor Setar, saya akan ke stadium! Hari ni macam biasa saya masuk kerja dan menyambung pembangunan sistem peringkat terakhir. Kalau tiada aral melintang selewat-lewatnya 17 Jun ni akan siaplah projek saya ni. Pagi seperti biasa saya akan bukak email dan balas setakat mana yang saya sempat, baca e-paper dan tengok sikit perkembangan bola Piala Dunia.

Pagi ni jugak saya tolong Encik Ramizi berhubung dengan kemasukannya ke UUM bagi mengikuti program sarjana Komunikasi. Dapatlah saya contact Encik Azizi dah lama tak dengar suara dia. Tengah sibuk nampaknya. Maaflah Encik Azizi sebab ganggu sikit.

Waktu rehat saya lepak di Admin dan call Abang Midi mintak tolong cari CD PWS. Lepas tu surf Internet di Admin. Nak buat macam mana dekat kewangan tak ada Internet. Terpaksalah surf kat Department lain.

Zam rasa sunyi sebab ..... Sorrylah tak dapat cerita dengan detail. Hehehe...Biasalah...Rasanya Zam tak pernah masuk diari ni. Terer tak sembunyi daripada dia. Bayangkan saya upload fail diari ni menggunakan komputer Zam di hadapan Zam! Tapi dia tak perasan...Hehehe...Din dah tahu dah tapi rasanya tak pernah bukak lagi Dira ni. Kalau dia baca..Hehehehe...Tak tahulah...OKlah kot, tak ada apa sangat yang terbaru tentang saya hari ni. Macam biasa sahaja.

WASSALAM...

04 JUN 2002

Sunyi betul duduk kat bilik komputer ni. Tapi yang best tu ialah boleh buat macam bilik saya seorang. Nak duduk kat mana pun duduklah. Macam bilik boss pulak cuma kecik sikit sahaja. Hehehehe....Buat sistem sambil bukak muzik Kitaro (Caravansary) dan Kenny G (The Moments) Serta beberapa muzik Richard Clayderman, best jugak....Rasa relaks. Nak praktikum kat sini lagi sebulan lebih sahaja. Rasa sekejap je.Pejam celik dah nak habis dah, Kan?...

Hari ni seperti hari-hari bekerja biasa, saya masuk pejabat macam biasa. Mula-mula check email dahulu di PC Zam lepas tu sambung pembangunan sistem penuh. Cepat jugak saya buat kerja hari ni. Sekejap sahaja sasaran saya untuk hari ni dah selesai. LEpas tu dijemput ke majlis jamuan sempena meraikan perpisahan Ita dan Ilah di unit pelancongan.

Pukul 9.30 pagi dah makan makanan berat. Nasi beriani + Ayam bakr + Daging + Acar Timun + Buah-buahan + Kuih-muih + Air Oren. Tak payah makan tengah hari dahlah hari ni. Hehehe....Apa pun thanks Ilah dan Ita, maaf kalau ada salah dan silap. Nanti jangan tak ingatkan saya pulak, asyik ingatkan Zam sahaja. Hehehe..saja gurau. Lepas tu saya sambung sikit buat sistem.

Tadi dah call STM untuk dapatkan surat akuan tamat pengajian. InsyaAllah pada 14-16 September 2002 ni saya akan konvo bersama Din, Zam dan ramai lagi. HArapnya tiada apa-apa lagi yang mengganggu. Cuma akak kat STM tu sibuk sikit sebab sekarang student tengah buat add drop. Hehehehe...Dah lepas dah zaman tu. Indah pulak bila dikenang kan? Ariep ke Airpool rasanya mungkin add drop jugak waktu ni. Semoga berjaya!

WASSALAM...

03 JUN 2002

Senyumlah sentiasa kerana sesungguhnya senyuman itu suatu sedekah. Senyum itu pencetus ceria. Senyum itu penyeri suasana. Justeru senyumlah selalu agar dunia kita ceria sentiasa.

Kalau diikut hasrat hati semalam saya mahu upload lebih awal diari ni tetapi atas masalah server saya terpaksa menangguhkannya ke hari ini. Nak buat macam mana kan? Kadang-kadang akan ada perkara yang kita tidak gemari menjelma. Terimalah dengan hati yang terbuka.

Corak permainan England semalam tak begitu menarik sampai saya tertidur tengok bola. Hehehe..Rasa mengantuk sama. Apa pun paling best game antara Argentina dan Nigeria. Memang menarik dan mendebarkan. Tengok Argentina main memang cukup bergaya sekali.

Berbalik kepada cerita hari ni. Masuk office macam biasa. Lepas tu sibuk membangunkan sistem untuk dipersembahkan waktu pembentangan praktikum nanti. Dah masuk fasa akhir dah ni. Prototaip dah siap lama dah. Sekarang nak tumpu kepada pembangunan yang paling akhir. Kalau penyelia datang awal macam kawan saya pada 28/6 ni jenuh, kan? Kalau tak siapkan awal-awal memang sakit. Jadi kena mula dari sekarang untuk bangunkan semula. Kalau nak ikut sekejap sahaja boleh siap tapi takut ada kerja lain susah pulak jadinya nanti.

Rasanya lepas waktu pejabat hari ni saya akan balik tengok bola. Brazil lawan Turki. Kalau menarik saya akan stay tonton tapi kalau tak saya akan turun jogging. Malam ni Zam dah janji nak keluar dengan Ilah dan Ita. Jadi saya dengan Din akan turut sekali lagipun hari ni last sebab besok depa dah nak bertolak pulang ke rumah masing-masing. Itu sahaja kot buat hari ni. Agak awal saya tulis diari hari ni.

WASSALAM...

02 JUN 2002 

Malam tadi banyak idea yang nak saya tulis tetapi hari ni dah hilang pulak dah. Apa yang nak saya tulis ya....Hmm...Kena fikir dulu. Rasa saya nak sentuh sikit pasal menjaga hati orang lain. Kalau seseorang tu dah 'diterima' oleh orang lain, jagalah hatinya sebaik mungkin. Memang tak dinafikan akan berlakunya sedikit perselisihan kerana kata orang sedangkan lidah lagi tergigit tetapi kalau kita pandai menjaga hati orang, InsyaAllah setiap masalah akan dapat diselesaikan dengan harmoni. Cukuplah buat hari ni.

Waktu nak balik dari Awana semalam saya dapat tahu yang Jerman belasah Arab 8-0! Macam tak percaya je. Jerman yang paling saya minat ialah Ballack dan Klose. Sorang hattrik dan sorang satu gol. Memang menakjubkan skuad muda Jerman ni. Macam mana Arab boleh kalah? Saya terus tengok siaran NTV7 walaupun tak berapa clear dan asyik terganggu. Bolehlah saya buat beberapa kesimpulan bahawa keadaan fizikal player Arab memang tinggi tetapi tiada power terutama ketika body touch. Mental, Individual error dan banyak lagi. Jerman pulak mempergunakan sepenuhnya kesempatan yang terhidang. Bukan apa cuma sedih team dari Asia kalah sebegitu teruk. Lemah sangatkah Asia ni? Tengok Korea. Bersemangat tinggi dan tak pernah kenal putus asa. Harapnya kita dapat iktibar.

Pagi ni ke pejabat macam biasa. Cuma unit pelancongan yang kosong sebab Karnival kaki pancing di Awana. Zam dengan Din pergi sama kat sana. Hehehe...Zam kenalah pergi kat sana..... Saya tak dapat pergi sebab staf kat department saya hari sikit jadi kalau boss perlukan pertolongan tak ada orang nak tolong pulak...

Saya sambung nak bangunkan sistem penuh sebab ada beberapa tambahan yang perlu saya lakukan. Lepas tu check email dan buat banyak benda. Maklumlah sekarang dalam bilik komputer ni tinggal saya sorang sahaja sebab dua orang lagi student praktikum (Yati dan Yati) dah habis praktikum minggu lepas. Cuma sekali sekala Kak Nett masuk guna komputer. Kak Zura pulak cuti selama seminggu. Orang lain yang mungkin guna komputer ini ialah Suwasdie tapi rasanya tak kot. Tinggallah saya sorang-sorang dalam bilik komputer ni. Paling boring bilik ni tak ada Internet, jadi kalau nak buat apa-apa melibatkan email saya terpaksalah menggunakan komputer Zam.

Baru sahaja habis tengok World Cup Argentina lawan Nigeria. Argentina menang 1-0 Jaringan Batigol minit ke 73. Gol kesepuluh Batistuta dalam World Cup dan ke 56-nya pada peringkat antarabangsa. Sekarang ni tengah hujan tapi taklah lebat sangat. Balik ni kalau hujan berhenti saya nak training. Tapi kena consider sama sebab ada bola England Lawan Sweeden Pukul 5 Petang. Macam mana ya. Tengoklah. Saya rasa macam Sweeden nak menang. Hehehe....

Malam ni tak ada perancangan lagi apa yang nak dibuat. Rasanya setakat ni sahaja kot yang dapat saya ceritakan buat hari ni. Dah masuk bulan Jun dah. Dah nak masuk 22 tahun dah usia. Banyak yang nak kena ubah bagi jadi lebih matang bersesuaian dengan usia. kan?

WASSALAM...

01 JUN 2002

Berapa banyak (yang pernah terjadi) golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah (sentiasa) bersama-sama orang yang sabar.

-Al-Baqarah Ayat 249-

Rasanya itulah renungan bersama buat hari ni. Moga sama-sama mendapat manfaat...

Pagi saya turun jogging pada pukul 6.55 pagi. Rasanya ada dalam 3 kilometer lebih saya jogging. Alhamdulillah sejak kebelakangan ni stamina saya meningkat dan permainan badminton dan bola saya semakin baik. Rasa lebih bertenaga pulak.

Lepas tu hantar Khairi bersama Din ke jeti. Khairi dah nak register balik di Poli esok. Keadaan di jeti agak sibuk hari ni sebab ramai orang yang berada di sana. Mungkin dah nak balik sebab cuti sekolah pun dah nak habis.

Lepas jogging saya balik berehat dan kemudian pergi repair motor. Alamak! Banyak jugak kena bawak keluar duit nak repair yang tu dan yang ni. Nak buat macam mana. Kena keluarkanlah jugak duit nak repair semua tu. Lepas tu makan di Kedai 'RM 2'. Hehehe...

Petang tengok bola sampai malam dan pada waktu malam saya terus ke Awana. Saja sebab Zam ajak ke sana. Adalah hal dia nak ke sana. Kebetulan kat sana ada konsert KRU, Elly Mazlein, Dr. Kronik, Pian Cecupak dan Exist. Saya dengan Din lebih banyak menghabiskan masa ambil angin kat tepi laut dekat Awana tu. Apa pun malam tu kira malam yang paling bahagia buat Zam. Hehehehe..Adalah sebabnya.

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini---[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23]

Baca Diari Sebelum ni

Saifulazrul Collection 1999-2002
Provided by Saiful Azrul Che Lah