Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

12 DISEMBER 2002

ASSALAMUALAIKUM...

Kelmarin sewaktu komputer di rumah saya tak boleh connect Internet saya memang gelabah habis. Entah sebab apa tak boleh verify user name dengan password. Pening kepala saya. Saya memang kalau tak ada internet susah nak hidup. Hehehe... Memang amat penting bagi saya. Kalau bab-bab internet ni saya memang cukup minat.

Tambahan pula zaman sekarang ni, semuanya di hujung jari. Kalau kita tak ambil peduli kita akan tertinggal jauh. Macam ramai orang yang tak berani sentuh komputer. Tahu tak apa dongeng yang mereka percaya? Takut salah tekan nanti meletup komputer tu. Hehehe... Ni bukan komputer yang control persenjataan. Cuma komputer biasa. Biasalah fobia kat komputer ni.

Kita pun mungkin lemah dalam benda lain tapi saya selalu cuba bagi keyakinan kepada sesiapa yang saya ajar guna komputer untuk guna komputer. Yang paling penting saya cakap ia mudah dan tak sesukar mana dan kalau pandai bahasa Inggeris lagi mudah. Eh! Dah melalut pulak.

Lepas tu bila petang adik saya guna user name orang lain dengan password kawan dia. Boleh connect terus dan saya pun terus tukar password saya. Alhamdulillah semuanya OK. Lega rasanya.

Saya bangun jam 2 pagi hari ni. Malam tadi tidur awal. Jam 10 dah tidur. Saya buat assignment untuk orang dan kemudian sambung tengok Bola MU lawan Deportivo. MU menang 2-0. Lepas tu rasa macam nak puasa tapi bila tengok kat dapur tak ada nasi sejuk, saya pun kata minggu depanlah mula balik puasa sunat seperti selalu. Lagi pun banyak kenduri dalam waktu ni dan Malas nak masak nasi. Kalau ada nasi sejuk bolehlah masak nasi goreng.

Lepas Subuh saya tidur balik. Saya tak jogging hari ni. Biasanya saya akan jogging 5 kali seminggu dan jumlah seminggu tu kena sekurang-kurangnya 20 km. Tu pun cukup memenatkan. Tapi hari tu seorang anak buah saya yang sekarang dah jadi anggota polis lagi dahsyat. Sehari dia kena berlari sekurang-kurangnya 20 km! Sama dengan jumlah seminggu saya! Depa kena 100 Km seminggu. Hehehe...Dia atlit polis, dulu pun dia memang dah cukup handal dalam bab-bab larian ni.

Pagi Pak Njang saya datang dan kemudian waktu tengah hari saya habiskan dengan buat sikit assignment sampai petang. Lepas tu saya rehat sekejap dengan adik saya sambil tengok CD Mr. Cinderella. Selepas baca Yasin bersama keluarga, saya cuma menonton TV di rumah. Kalau ikut hati saya nak tidur jam 10. Tapi Mak Long saya telefon nak datang.

Terus kalut bersiap untuk sambut. Hehehe...Teringat saya waktu raya lepas, sewaktu Mak Long dan Pak Long saya datang ke rumah saya, sepupu Mak Long saya meninggal dalam kemalangan jalan raya. Bayangkan empat sekeluarga meninggal tinggal dua sahaja. Ibu bapa dan dua anak meninggal. Yang tinggal cuma dua beradik lelaki yang waktu tu sorang berumur 2 tahun dan sorang lagi berumur 8 tahun.

Hari tu waktu saya ziarah rumah saudara sebelah Mak Long saya yang meninggal, saya nampak mangsa yang terselamat. Sayu ja saya tengok wajah dia. Memang kesian. Kecik-kecik lagi dah yatim piatu. Semua tu Allah dah tetapkan. Allah lebih mengetahui apa yang diaturkan-Nya. Kita perlu redha dengan semua itu.

Tengah malam saya semak dan balas email. Alhamdulillah malam ni dapat banyak jugak email. Hari tu waktu raya pertama, kedua dan ketiga saya tak dapat satu email pun. Rekod! selalunya ada sekurang-kurangnya 1 sehari. Hari ni pun saya dapat kesan 22 pelawat ke laman web saya. Jumlah tertinggi dalam sehari. Selalunya 2 pelawat sehari. Terima kasih juga kepada pengunjung dari luar negara. Saya dapat kesan beberapa capaian kerap dari US dan UK. Thanks...

Saya tidur jam 2.30 pagi...

WASSALAM...

11 DISEMBER 2002

ASSALAMUALAIKUM...

Rangkuman Aidilfitri 1423H
Bahagian Dua

::: Kecelakaan Jalan Raya :::

Saban hari semasa musim perayaan kita sering digemparkan dengan angka kematian yang tinggi akibat nahas jalan raya. Memang memilukan. Memang ajal sudah ditentukan tetapi paling menyedihkan ialah sikap kita semasa di jalan raya. Kita gagal mengawal perasaan semasa di jalan raya.

Pada hari raya kedua semasa saya dalam perjalanan pulang dari rumah Tok Wan saya di Pendang ke Alor Setar saya terserempak dengan satu kemalangan jalan raya. Waktu tu kira-kira jam 10.50 minit malam.

Saya terus memberhentikan motor di suatu kawasan yang saya kira 30 meter daripada tempat sebuah motor dan kereta yang bertembung tersadai. Saya terus bertanyakan orang di situ. Tempat lokasi ialah Alor Melintang. Baru eksiden atau tidak dan mereka menjawab baru lagi. Saya tanya lagi bagaimana dengan mangsa.

“ meninggal!”

Tergamam saya sambil membaca apa yang patut.

“Di mana mayatnya”

“Dekat situ” kata seorang remaja kepada saya. MasyaAllah! Saya parking motor tepi dengan tempat orang letak mayat. Tak perasan pulak. Seorang remaja anak seorang peniaga daging di kawasan ini terbunuh.

Kemudian saya pergi melihat mayat dan saya nampak mak si mati sedang meriba anaknya yang sudah tidak bernyawa. Memang menyayat hati. Mereka cuba menutup mata si mati tetapi agak sukar. Saya lihat tangan si mati berlubang dan kakinya agak teruk luka. Kepalanya pecah dan tengkoknya patah. Sambil maknya mencuci luka di badan anaknya dengan agak tenang. Suasana terkawal kerana ibu dan ayah si mati dapat menghadapi ujian ini dengan tabah.

“Anak orang lain pun mati jugak, anak kita pun sama” Kata ibunya dengan nada tersekat-sekat menahan tangis tetapi orang lain pula yang menangis. Memang hiba. Kemudian bila sampai abang si mati (saya rasa) terus menangis sebab rasa amat sedih. Orang yang berada di sekeliling pun rasa cukup sebak.

Ini bukan cerita cerpen atau novel tetapi kisah benar yang berlaku di depan mata saya semasa malam raya kedua dan itulah satu-satunya kematian akibat kemalangan di Kedah pada Hari Raya Kedua menurut sumber polis.

Saya memerhatikan mayat dengan agak lama. Terdetik dalam hati saya yang kematian ini akan datang bila tiba masanya. Kita sebenanya terlalu alpa. Kita sebenarnya tidak begitu mengambil berat soal ini. Bila disebut soal kematian kita akan cuba mengelak dan menepisnya. Kalau bab lain kita dengan pantas mengupasnya tanpa kita sedari satu hari nanti kita pasti pergi jua.

Ia tidak mengenal usia, agama, bangsa dan masa. Bila tiba waktunya ia akan tiba juga. Semakin kita menghalusinya terasa semakin menginsafkan. Semakin kita sedar siapa kita dan kembali membetulkan matlamat kita. Tapi lepas beberapa ketika kita akan kembali alpa. Bila bertembung dengan kematian sekali lagi kita kembali insaf. Begitulah lemahnya kita.

Bagi saya, selalu saya doakan agar saya mati dalam keadaan iman dan mudah serta sekurang-kurangnya biarlah saya sempat ke Mekah menunaikan haji. Itu yang selalu saya pinta. Memang menakutkan tetapi itulah hakikat agar kita lebih bersedia menghadapi saat itu. Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali.

::: Ziarah menziarahi :::

Sudah menjadi amalan ziarah menziarahi ketika Hari raya. Selepas Solat sunat Hari raya saya hanya sempat berkunjung ke 7 buah rumah. Gagal mencapai target 10 buah rumah sekurang-kurangnya kerana hujan turun dengan lebat pada waktu petang.

Ketika malam saya nak ke rumah kawan tetapi gagal menghubunginya menyebabkan saya terus masuk tidur awal. Apa pun terima kasih kepada sesiapa yang datang ke rumah saya.

Hari raya kedua saya sempat menziarah 10 buah rumah. Alhamdulillah... Mengeratkan perhubungan, InsyaAllah.

::: Kenduri Kahwin :::

Memang bayak kenduri kahwin berlangsung ketika musim raya kali ini dan ramai saudara terdekat saya dah mula mendirikan rumahtangga. Sepupu saya baru sahaja sah menjadi isteri orang. Saya sempat ke rumahnya. Nampak cukup berseri. Hehehe... Maklumlah nak melayari saat bahagia.

Pak Su saya juga akan berkahwin dalam masa terekat ni. Hehehe... Seronoknya Pak Su saya ketika ni.  Sorang lagi saudara juga akan berkahwin. Tahniah. Tak kurang ada yang bertunang. Seorang rakan siber saya juga bertunang dalam masa raya ni. Tahniah As!

::: Jodoh :::

Bila saya tengok balik pasangan yang bakal menjadi pengantin nanti saya cuba selidik bab jodoh. Memang tak disangka kadang-kadang tapi itulah suratan yang tertulis sejak azali lagi. Memang jodoh ni sukar untuk diramal.

Orang pun tak sangka. Itulah kuasa Allah. Kita tak pernah menjangkanya kadang-kadang. Hehehe... Lepas tu orang tanya saya. Senang sahaja saya jawab, “ no comment”. Hehehe...

 ::: Orang baru :::

Memang ramai juga bayi yang ada kat kampung saya. Tempat-tempat yang saya ziarah memang ada bayi berusia dua hingga tiga bulan. Memang seronok layan bayi ni. Tak puas wajah memandang dan mengusik. Hehehe... Memang bahagia dan seronok bila menatap wajah bayi.

Gerammm... Bila tengok. Rasa macam nak cubit pipi  bayi. Hehehe... Dengan bayi kita dah tak kisah kalau air liurnya meleleh. Kita rasa biasa sahaja. Tak geli langsung. Kalau bayi kencing atau berak pun kita tak rasa jijik begitulah penangan bayi kepada kita. Biasalah naluri itu ada dalam diri kita selagi kita masih ada kasih sayang dalam jiwa kita.

Sentuh bab orang baru sempat pula saya dengar satu cerita. Betul atau tidak. Wallahu’alam. Seorang ibu cerita kepada saya ketika dia melahirkan bayi lelakinya pada awal bulan 9 di hospital Jitra ketika itu yang lahir semuanya lelaki. Lepas tu Cuma ada beberapa orang bayi perempuan.

Sebelum tu pada pertengahan bulan Ogos hingga akhir rami bayi perempuan dilahirkan. Bila saya fikir balik ada beberapa orang rakan perempuan saya lahir dalam tempoh tu. Lepas tu macam saya lahir awal bulan enam, bila saya selidik memang ramai lelaki. Hehehe... Kebetulan atau apa saya tak tahu. Semuanya kuasa Allah.

Datuk Dr. Fadzillah Kamsah pernah menceritakan tentang tabiat pada tarikh lahir melalui satu kajiannya di mana orang yang lahir  hampir-hampir sama cenderung berkawan dengan orang yang tarikh lahirnya hampir sama (bulan).

Pernah katanya ketika memberi ceramah dia bertanya siapa yang lahir pada bula Jan sampai Dis. Bila ditanya setiap bulan mereka yang lahir pada bulan Januari berada pada satu kelompok yang sama. Begitu juga dengan kelompok yang lain. Kelompok ini tidak diatur tetapi mungkin disebabkan faktor tabiat yang hampir sama. Itu antara hipotesis Dr. Fadzillah Kamsah. Realitinya mungkin benar atau tidak tetapi yang pasti Allah Maha Mengetahui akan tiap sesuatu.

Saya malam tadi nak tonton siaran Langsung Barca lawan Newcastle tapi tertidur. Bila terjaga dah 5.45 pagi. Elok-elok habis perlawanan. Rasa tension jugak tapi saya tetap nak tahu keputusan. Terus saya connect Internet dan tengok www.planetfootball.com Eh! game postponed! Nasib baik saya tak berjaga, kalau tidak sia-sia sahaja. Hehehe.... Lepas tu terus solat Subuh dan tengok TV sekejap.

Kalau bulan puasa waktu pagi selalunya saya tidur balik tapi sekarang semuanya kembali normal. Macam waktu biasa, saya akan berjogging tapi tahap fitness still tak berapa OK. Susah jugak macam ni. Kena pertingkat balik ke tahap biasa baru rasa lega sikit. Lepas tu saya semak email dan balas mana yang patut.

Tengah hari mak saya ajak saya ikut rombongan belarak pengantin di rumah Besan Pak Cik Saya. Dekat Gulau, Pokok Sena, Kedah. Bila saya tengok pengantin lelaki. Rasanya macam kenal. Sebab dulu dia jugak study di UUM. Cuma di kolej MAS dan saya di PERWAJA. Lepas tu saya jumpa beberapa orang kawan saya dari Kolej MAS yang still tengah praktikum sekarang ni. Lepas tu saya sembang sekejap dengan pengantin lelaki. Lepas tu, waktu Petang saya berehat sambil tonton TV.

Malam tonton berita dan kemudian sambung buat assignment. Hehehe... Orang punya. Ambil tender waktu ni. Sebab saya dah buat keputusan untuk berhijrah tak lama lagi. InsyaAllah hujung bulan ni. Tempatnya mungkin KL. Saya dah berunding dah untuk penempatan kat sana. Alhamdulillah semuanya OK. Saya tidur jam 10 malam! Awal kan... Hehehe...

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini---[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][43][44][45][46][47][48][49][50][51][52][53][54][55][56][57][58][59][60][61][62][63][64][65][66][67][68][69][70][71][72][73][74][75][76][KHAS][77][78]

Baca Diari Sebelum ni

Saifulazrul Collection 1999-2002
Provided by Saiful Azrul Che Lah