Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

11 JUN 2002

Dalam bulan Jun ni memang saya bangun awal balik. Tak tahulah kenapa. Sebelum pukul enam pagi saya dah jaga. Baguslah macam tu kan....

Keadaa fizikal saya hari ni memang letih. Saya rasa amat penat tapi tetap kena ke pejabat. Kalau tak kerana semangat saya dah lama saya tak ke pejabat. Penat....

Kata orang kalau nak kurangkan penat kena ceria selalu. Itulah yang sedang saya lakukan. Banyakkan senyum dan buat jokes. Malam ni kena tolong Shana dengan Ken sebab depa ada masalah dengan Database projek depa. Guna VB. Zue dengan Mush pun minta tolong saya tapi depa tak respon balas lagi pun. Saya akan send contoh tu hari ni....

Dalam VB masalah paling selalu bagi beginner (termasuk saya) Ialah Database. Alhamdulillah sebab saya walaupun baru belajar VB dapat memahami sebabnya. Sebagai Orang IT kita kena cepat pick up dalam hal-hal programming. Saya tengah cuba nak jadi macam tu. Tapi sekarang rasanya kira OKlah tu.

Oklah sebab saya rasa agak penat mental dan fizikal. Saya kena rehat banyak hari ni. Bila fresh nanti baru mudah buat kerja, kan?...

WASSALAM...

10 JUN 2002

Awal pagi lagi Datuk dah cari suruh tolong dia. Macam-macam nak kena buat. Lepas tu kena ikut Datuk masuk mesyuarat dengan KSN dan Dato'-dato serta Tan Sri-Tan Sri. Jumlah Dato'Dato' dan Tan Sri-Tan Sri ialah lebih kurang 60 Orang. Bayangkan! Tak larat nak handle.

Banyak pengalaman berguna yang dapat saya perolehi. Tetapi badan saya memang penat sebab kena angkat itu dan ini. Berpeluh satu badan. Air cond ada pun peluh masih banyak lagi. Sampai ke petang pulak tu.

Kami balik dalam pukul 5 petang dan sampai ke rumah hampir pukul 6 petang. Lepas Solat tengok bola dan kemudian lepas solat Maghrib sambung tengok bola. Lepas ISyak saya tidur awal sebab terlalu penat.

Pengalaman di sana nanti saya ceritakan sebab banyak yang perlu saya lakukan. Ada beberapa orang tengah minta tolong saya ditambah dengan kerja yang semakin banyak. Saya rasa macam nak ambil cuti tapi nak buat macam mana pelajar praktikum tak dibenarkan ambil cuti rehat...

WASSALAM...

09 JUN 2002

Dah semakin ramai VIP datang. Makin banyak kerja. Saya, Din, Zam serta Abang Hamie banyak menguruskan bab teknikal berkaitan dengan mesyuarat esok yang bakal dipengerusikan oleh KSN (Ketua Setiausaha Negara). Penat sebab kena angkat itu dan ini. Nak setting semua sekali tapi tak kisahlah sebab semua ini pengalaman.

Makan minum semua ditanggung. Boleh berehat di hotel 5 Bintang ni yang memang eksklusif. Ramai orang Langkawi sendiri masih belum berkesempatan ke sini sebab kalau nak masuk saja-saja memang tak boleh. Kalau nak menginap baru boleh. Bayangkan kadar semalam paling murah pun seribu lebih! MAcam mana orang biasa nak masuk. Untuk satu hari lebih kurang gaji sebulan ayah saya!

Di sini semuanya Lima Bintang. Memang mahal tetapi rasanya orang yang duduk di sni memang puas hati sebab perkhidmatan dan segala-galanya menarik di sini dengan Pantai yang cukup indah. Tapi itu untuk orang yang tiada masalah kewangan. Bagi orang biasa ini cuma satu mimpi...Alhamdulillah saya dapat merasa. Memang rasa bertuah praktikum di sini.

Malam ada dinner. Saya nak tak nak kenalah bergaul dengan Dato'-dato' serta Tan Sri-Tan Sri. Kena ubah gaya bercakap, topik perbualan dan kesimpulannya banyak sangat protokol. Pengalaman...Dinner malam ni saya makan makanan yang pelik-pelik. Hehehehe.. Tak tahulah jenis makanan tu. Yang pasti kos satu kepala RM 100! Setengah bulan elaun saya! Lepas dinner kena tolong Datuk sampai pukul 12 tengah malam lepas tu kena buat follow up kat bilik pulak. Tension...Nak buat macam mana dah tugas.

WASSALAM...

08 JUN 2002

Alhamdulillah Kedah menang pun Perdana Dua. Kira kali ni JKR Kedah pun membantu sebab seri dengan Telekom Melaka. Tahun depan Premier 1 Balik. Lepas ni lawan Johor di Johor. Susah jugak sebab Johor semakin naik. Malam tadi belasah SKMK 5-1. Memang Weigang tahu apa yang dia perlu lakukan.

Kepada Ita sorry sebab tak masukkan nama dalam diari hari tu. Ita wish lewat. Depa wish lebih awal...Hehehe..Jangan ambil hati. Macam mana pun macam mana keadaan di Sarawak? Encik Jamal sihat? Tengok sama anak Pakcik Bahar kat sana. Kenal ke tak?

Hari ni agak meletihkan sebab kena angkut banyak barang untuk dibawa ke Andaman. Lepas tu kena perbetul banyak benda. Yang best depa bagi bilik untuk kami di The Andaman. Encik Suhaimi cakap kadar kat situ satu malam lebih kurang RM 1400! Kira 7 bulan elaun praktikum kami! Kami diberi duduk di situ selama 3 hari dua malam. Kalau nak kira RM 4200! 21 bulan elaun kami!

Semuanya serba mewah. Alhamdulillah dapat jugak merasa. Kalau nak ikut kemampuan kami waktu ni, benda tu cuma mimpi sahajalah. Sayang sebab malam tu kami tak bawak barang jadi tidur kat rumah sahajalah. Esok memang kena bawak barang...

WASSALAM...

07 JUN 2002 [JUMAAT]

Saya rasa dalam minggu ni saya akan buat catatan yang ringkas sahaja sebab saya ada banyak kerja yang perlu diselesaikan. Lagipun awal bulan depan presentation dah nak diadakan. Jadi sistem saya perlu disiapkan. Sekarang keadaan agak sibuk.

Esok kena ke Andaman Jadi sekretariat Mesyuarat Ketua Eksekutif Badan Berkanun Persekutuan 2/2002. Jadi masa agak terhad. Kalau ada yang hantar email dalam tempoh waktu ini saya harapa anda bersabar untuk mendapat balasan email dari saya.

Hari hari cuti, pagi berehat tetapi tengah hari tak sempat Solat Jumaat sebab hujan terlalu sebab. Orang lain kat sini ada kereta tapi langsung tak tumpangkan. Kami cuma naik motor jadi memang sukar. Kalau nak redah boleh pakai baju hujan tetapi masih tetap basah sebab hujan terlalu lebat. Jadi solat Zohorlah jawabnya.

Petang tengok bola di rumah. Bila sampai petang tengok Bola di Dataran Lang sambil Zam mengimbas semula kenangan diri dia di sana. Malam tu cuma tengok TV kat rumah.

WASSALAM...

06 JUN 2002

Alhamdulillah kira-kira jam enam pagi tadi saya dah genap berusia 22 tahun. Hmm..Masih banyak yang perlu saya pelajari dan fahami. Hidup yang kian mencabar dan saya seharusnya bersikap lebih matang bermula dari saat ini. Saya kena menganjak banyak benda yang berkaitan dengan sikap

Mengubah sikap bukannya sesuatu yang mudah sebaliknya ia memerlukan displin dan kesabaran yang amat tinggi. InsyaAllah saya akan cuba melakukannya. Doakan saya berjaya dan beristiqamah dengan perubahan yang saya lakukan. Masih banyak yang perlu dilakukan bermula dengan kebersihan hati hinggalah kepada soal fizikal, mental dan spiritual. Terima kasih atas sokongan anda selama saya hidup ini.

Terutamanya kepada Kedua ibu bapa saya, Keluarga saya, saudara saya, sahabat-sahabat saya dan 'seseorang' yang telah banyak membantu saya sama ada dari segi sokongan material aatau pun moral. Terima kasih...

Saya bangun seawal pukul 5 pagi hari ni. Saya perlu lakukan satu 'perkara' pada hari ini. Thanks Zam dan Din serta Uda sebab wish birthday saya malam tadi tepat jam 12.00 tengah malam. Sebenarnya saya tak celebrate sangat birthday saya. Cuma saya ingat dan lakukan beberapa perkara yang saya rasa seorang Muslim harus lakukan.

Ke pejabat hari ni, saya lebih awal daripada Din dan Zam. Sebelum Thanks Zam sebab malam tadi belanja KFC sempena Birthday saya dan niat Zam yang tercapai. Saya ke pejabat lebih awal sebab ada benda yang nak kena saya lakukan. Tapi bila sampai di pejabat komputer Zam pulak rosak. Saya ke komputer staf yang lain tapi server pulak down. Tak apalah. Cubaan...

Lepas itu Datuk nak tengok slide presentation tapi komputer Zam rosak sedangkan semuanya ada dalam komputer Zam. Jadi saya, Din, Zam dan Abang Suhaimi bertungkus lumus membaiki komputer Zam dan Alhamdulillah berjaya dibaiki. Kemudian dalam jam 8.45 pagi saya ke surau untuk lakukan 'sesuatu'. Kemudian barulah saya sambung kembali pembangunan sistem peringkat akhir. Nampak gayanya macam nak siap lebih awal dari tarikh jangkaan 17 Jun ni. Harapnya begitulah.

Sebenarnya pada hari ni saya ada satu tawaran. Jika kebetulan anda berada di Langkawi, saya akan belanja anda pada hari ni. Cuma telefon (013-404 3634 [Ni no telefon Din dan saya selalu ada berhampiran dengan Din]). Tawaran ni sah sehingga jam 11.59 minit malam ini sahaja! Kalau anda ada atau datang ke Langkawi cepat sikit....Rasanya setakat ini sahaja yang dapat saya coretkan...-TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA-&-SALAM PENUH KESYUKURAN-

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini---[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24]

Baca Diari Sebelum ni

Saifulazrul Collection 1999-2002
Provided by Saiful Azrul Che Lah