Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

20 OGOS 2002

Penyair al-Hasan bin Hani, yang lebih dikenal dg sebutan Abu nawas, menulis sebuah syair ratapan tentang dosa dan ampunan, yang intinya sbb: "dosaku amat banyak, bertimbun-timbun. Namun ampunan Allah lebih banyak lagi, melebihi timbunan dosaku, aku tak dapat menggandakan amal perbuatan sendiri, karena nilainya belum tentu baik, bahkan mungkin saja amat jelek. Maka aku sangat menggandakan limpahan rahmat Allah semata, aku berseru memohon ampunan Nya. Jika turun ampunan tersebut, itulah rahmat yang diharapkan. Tetapi jika ampunan tidak dapat, apakah yang harus kuperbuat?

Renungan : " itulah gambaran seorang manusia yang tahu diri. suatu kondisi yang sulit ditemukan pada zaman sekarang, ketika semua manusia selalu merasa paling benar dan selalu merasa tidak berdosa, meskipun setiap saat mereka berbuat zalim. (wallahu'alam)

Renungan di atas adalah satu petikan yang saya terima melalui email. Harapnya kita sama-sama dapat mengambil manfaat.

Saya kembali berjogging pada pagi ini seperti biasa. Alhamdulillah badan semakin sihat. Saya minta maaf kepada sesiapa yang menghantar email semalam kerana saya agak lewat membalasnya kerana saya rasa agak kurang sihat sikit. Hari ni baru saya balas.

Selepas baca akhbar saya terus bersarapan dan kemudian saya bukak Internet tengok result English Premier League. Hehehe... Pasukan yang saya sokong Newcastle united menang besar 4-0 Ke atas West ham United. Seronoknya. Nampak gaya Newcastle duduk tangga teratas ligalah buat sementara waktu ni. Player yang saya pilih pun menjadi. Mana tidaknya Shearer score sebiji dan assist sebiji. Lomano Lua-Lua score dua biji dan assist sebiji. Rasanya dua player ni saya dah boleh dapat dekat 50 point fantasysoccer di yahoosports. Sekarang ni saya di tangga yang ke 5815 daripada kira-kira 155 000 pemain di seluruh dunia. Oklah kan? Tahun lepas saya tamatkan di tempat yang ke 32ribu lebih daripada lebih kurang 200 000 peserta. Not bad kan?

Banyak jugak private league yang saya join. Kalau yang main fahamlah maksud saya. Tu tak tambah point untuk game Newcastle malam tadi lagi dan game MU lawan Chealsea Jumaat ni! Fuh kaya raya dengan pointlah saya. Itu just for fun. Sebab saya amat minat sukan bolasepak ni. Malam ni saya nak ke Stadium pulak tengok Kedah lawan Perak. InsyaAllah Kedah akan bangkit.

Saya akan bagi sokongan sepadu mungkin. Zam mungkin tak boleh pi. Hehehe..Saya kena cari kawan yang lain nampak gaya. Men dengan boss kena kerja. Dengan siapa nak pi. Ajak adik kot kalau dia tak banyak kerja sekolah lagi senang!Tak sabar dah nak tengok permainan cantik Kedah. Saya sekarang memang cukup  berpuas hati dengan corak permainan pasukan Kedah. Menarik! Tak percaya tengoklah...

Kira-kira jam 11 pagi saya bersama emak ke Tabung Haji untuk urusan kewangn mak dan kemudian saya ke Pejabat Pos Jalan Tunku Ibrahim untuk pos beberapa dokumen  minta kerja. Hehehe...Entah dapat atau tidak. Sambil tu bawak mak beli sedikit barang di Alor Setar. Selepas pulang dalam pukul 2 petang saya terus makan tengah hari dan selepas solat Zohor saya berehat sambil membuat sedikit kerja menggunakan komputer. Kemudian saya tonton Kiranya Aku Tahu dan selepas itu saya ke pasar malam depan taman saya ni untuk membeli sedikit barang dan makanan untuk makan malam. Entahlah saya sekarang tak berapa makan dah. Nasi dah dua hari tak makan. Asyik makan roti je. Saya pun tak tahu kenapa tabiat pemakanan saya dah berubah.

Tengah hari saya lebih banyak ratah lauk. Nasi dah jadi macam sayur dan sayur dah jadi macam nasi! Maksudnya saya jadikan sayur tu macam nasi banyaknya. Nasi tu sikit sahaja. Kalau nampak berminyak sikit saya dah elakkan. Kalau dulu saya bedal sahaja. Tapi baguslah sebab stamina dan prestasi permainan saya semakin OK. Makin lambat penat dan kadang-kadang tak terasa penat langsung. Paling seronok berat saya dah turun dekat 10 kg. Tak payah ambil apa-apa pil pun! Mengarut je kalau ambil pil macam dalam TV tu.

OKlah saya nak solat Maghrib ni lepas tu saya nak ke stadium tonton Kedah lawan Perak. Kalau berbual dengan saya selepas game mungkin pening sikit kot sebab suara saya dijangka habis malam ni. Hehehehe....

WASSALAM...

19 OGOS 2002

Memang amat merisaukan! Itu pendapat saya bila saya membaca ruangan rencana dalam Akhbar Berita Harian hari ni. Betapa tidak! Bayangkan betapa kroniknya gejala sosial di kalangan remaja hari ini? Kenapa jadi begini. Keadaan semakin hari semakin parah.

Susah saya nak ramal apa yang ada dalam hati remaja masa kini. Tiadakah fokus untuk masa depan yang lebih gemilang? Sanggup hidup dalam keadaan yang tak bermoral. Marilah kita amalkan cara hidup yang sihat. Lupakanlah perkara yang tak berfaedah itu.

Saya teringat pesan ayah saya. Pilihlah sama ada nak seronok dua tiga minit dan kemudian merana seumur hidup dengan nak bersusah dahulu kemudian menikmati hidup dengan bahagia. Buatlah sesuatu yang halal dan diredhai Allah.

Entahlah apa yang akan berlaku lagi selepas ini. Remaja hari ini sudah tidak dapat membezakan antara peluang dan perangkap! Ingatlah jerat tidak pernah lupakan pelanduk tetapi pelanduk selalu lupakan jerat!

Bangun sahur sebelum solat Subuh dan kemudian saya terus kembali tidur selepas solat Subuh. Saya memang tak berapa sihat hari ni. Demam. Badan pun terlalu letih. Kemudian saya bangun dalam pukul 10 pagi. Memang rasa tak selesa. Tapi saya dah janji dengan makcik saya untuk balik ke kampung. Nak tak nak saya kena balik jugak ke Pendang.

Sesampainya di sana pintu masih lagi dikunci. Semua orang tak ada di rumah jadi saya terus ke rumah Mak Ngah saya dahulu untuk melihat sepupu baru saya. Nama Nor Akrima, 2 Bulan 10 hari. Comel betul. Nak dukung tadi tapi dia tengah tidur. Geram saya tengok. Seronok betul bila ada bayi. Hehehe... Selepas sembang dengan Pak Ngah dan Mak Ngah saya serta Akmal saya terus balik ke rumah Tok Wan saya. Dekat je.

Selepas bersalaman dengan Tok Wan saya terus masuk cari paper. Hehehe... Tapi tak ada. Paper hari ni baru sikit saya baca. Semua sibuk sebab sekarang musim menuai. Tunggu masa je. Tok Wan saya banyak sawah, jadi sibuklah sikit. Banyak tempat jugak Tok Wan ajak saya pergi tapi nak buat macam mana waktu tak mencukupi. Tok Wan ajak ke Air Tawar Perak, tengok Pak Cik saya dan Mak Cik saya yang dijangka akan mendapat anak sulung bulan depan. Bertambah lagi saudara saya.

Satu lagi tempat yang saya dengar ura-ura Tok Wan saya ajak saya pi ialah Makkah. Buat umrah. Saya tak akan menolak kalau Tok Wan ajak. Dia akan tanggung semuanya. Maklumlah Tok Wan ada duit sikit. Tapi Tok Wan tak cakap apa-apa pun. Saya kalau Tok Wan ajak saya dengan suka hati saya nak pergi. Tok Wan nak orang yang boleh jaga dia kat sana. Mungkin masa sekarang agak tak sesuai. Saya memang mengharap tapi taklah sampai terlalu mengharap. Siapa yang tak nak pergi? Kan...

Makcik saya pulak masak sedap-sedap. Saya puasa hari ni. Tergugat iman tengok lauk atas meja tu. Hehehe... Saya balik ke rumah dalam pukul 6 petang dan bawak balik sekali 3 biji bantal pesanan mak saya, sebiji buah cempedak, sebungkus bihun sup dan satu plastik buah langsat. Terima Kasih Pak Cik Habib dan Mak Cik.

Seronok tengok orang tengah menuai padi. Bukan orang mesin. Faham-fahamlah. Hehehe...Cuma yang tak bestnya sekarang agak berjerebu sikit maklumlah pembakaaran hutan di Indon dan juga pembakaran jerami di sini. Lepas tu bila tengok budak-budak tangkap ikan yang terperangkap dalam lopak besar selepas mesin padi lalu teringat pulak zaman saya kecik-kecik dulu. Selalu jugak saya serkap ikan tanpa pengetahuan mak saya. Hehehe...Psttt..Jangan cakap kat mak saya. Alah itu cerita kecil-kecil dulu. Biasalah waktu budak-budak.

Selalu berdarah sebab kena dengan Ikan Puyu tapi Alhamdulillah sebab tak pernah kena sengat dengan Ikan Keli. Kalau nak tahu ikan keli, dia akan masuk sampai jauh ke dalam tanah. Bila jumpa yang tu, terus saya panggil orang yang pakar tangkap ikan keli. Saya tak berapa pandai sangat walaupun saya tahu teknik nak tangkap. Lepas tu habis kotor baju. Nasib baik pandai jugak tak pakai baju putih. Kalau tidak habis teruk kena sental! (mak saya yang sental. Hehehe...)

Kemudian saya pulang ke rumah dan selepas berbuka saya cuma menonton TV sementara nak guna komputer. Saya tidur agak lewat malam ni tapi taklah lewat sangat iaitu kira-kira dalam pukul 1 pagi.

WASSALAM...

18 OGOS 2002

TOLONG JANGAN BERPERANG!!!

Satu rayuan dari saya. Iklim politik dunia kini semakin panas. US Vs Iraq. Palestin Vs Israel Laknatullah. China Vs Taiwan. India Vs Pakistan. Mungkin Malaysia Vs Singapore (mana tahu kalau isu air ni terlalu mengancam s'pore). Apa pun rayuan ni hanya 000000000000000000000.1% atau kurang untuk didengar oleh mereka yang saya maksudkan. Cuma di sini ia sebagai luahan hati saya.

Keadaan sekarang sememangnya amat menggerunkan. Dengan terlalu banyak isu. Kita akan terus ditimpa masalah sekiranya dunia berperang. Inflasi akan meningkat. Kadar penggangguran bertambah. Antara impak terbesar ialah masalah sosial. Bagaimana kita nak survive kalau keadaan semakin buruk. Sekarang pun nak dapatkan kerja memang susah, apa tah lagi kalau ketika perang! Bayangkan masa depan kita. Susah nak dijangka.

Bagaimana ya peranan kita untuk hentikan perang? Kalau bercakap dengan orang yang berhati batu macam Bush tu memang sampai bila-bila pun tak akan berhasil. Entahlah, cuma berdoa dan lakukan apa yang patut sahaja yang boleh kita buat.

Entahlah, sukar nak saya ceritakan terlalu panjang dengan keadaan saya hari ni yang agak serba 'tidak kena'. Tapi cukuplah saya tutup isu ni dengan pepatah ini, " Menang Jadi Arang, Kalah Jadi Abu".

Fikiran saya agak terganggu sikit bila bangun pagi. Saya rasa seolah-olah tak bertenaga, tak bersemangat dan lemah macam demam walaupun tak demam. Tekak pun rasa sakit. Kepala pening. Entahlah kenapa? Saya gagahkan bangun pagi. Kemudian waktu dalam bilik mandi saya fikir sama ada nak keluar jogging atau tidak. Saya tak buat keputusan lagi waktu dalam bilik mandi. Selepas solat Subuh automatik saya pakai pakaian sukan keluar jogging.

Memang prestasi hari agak merosot. Kecergasan hari ni berkurang sikit. Ketahanan hari terasa kurang. Entahlah mungkin saya tak sihat. Apa pun peluh mencurah-curah keluar. Sesuatu yang saya sangat suka. Waktu berjogging hari ni saya berjuang habis-habisan dengan mental saya untuk terus berjogging non stop.

Kemudian selepas baca akhbar saya terus terlelap. Rasanya saya terlalu letih. Terlalu penat sebab saya terlalu serius dengan program kecergasan saya. Pagi dan petang saya 'bekerja keras'. Jadi saya putuskan untuk berehat dari main badminton selama dua tiga hari sebab badan saya dah terasa sakit-sakit. Juga dengan bahu saya.

Waktu tertidur, mimpi yang pelik-pelik datang. Saya agak 'terganggu' dengan mimpi semacam itu. Tak perlulah saya detail dalam bab ni. Cukuplah sekadar saya cakap mimpi yang seronok tapi ngeri. Memang cukup pelik. Pukul 12 tgh hari baru saya bangun semula setelah tidur lebih kurang 2 jam. Badan masih lagi terasa sakit.

Saya tengok sekejap Malayalam Movie di TV2 tapi tak menarik perhatian saya. Entahlah hari ni serba tak kena. Puas saya pujuk hati. Lepas tu saya tengok Teater Klasik Queen Control. Bila tengok cerita komedi tu barulah saya rasa semakin OK. Kemudian saya tengok Biografi Jackie Chan.

Kemudian saya ke IPD Kota Setar untuk tolong setting komputer di Balai. Dalam pukul 7.30 malam barulah saya balik ke rumah. Selepas tonton buletin utama saya makan egg banjo yang saya buat sendiri dan kemudian tonton Under One Roof.

Kemudian saya buat sedikit kerja dan sambung semula tonton F1. Habis semua tu barulah saya check email. Dah pukul dekat pukul 1 dah. Kemudian bila guna Internet barulah rasa kembali bersemangat. Dah nak tidur barulah rasa bersemangat! Lepas balas email saya terus tidur.

Sesekali memang ada kalanya apa yang kita lakukan semuanya serba tak kena. Kenapa? Saya rasa, saya tinggalkan persoalan ini untuk anda fikirkan...

WASSALAM...

17 OGOS 2002

Satu humor sebagai pembuka diari hari ni. Enjoy your self!

seorang lelaki yang sengau naik ke sebuah bas lalu bertanya kepada pemandu bas "vang, vas nih fegi hamfang ke?" (bang, bas ni pergi Ampang ke?"). pemandu bas itu berdiam diri. marah kerana tidak dilayan, lelaki sengau itu pun turun dari bas. seorang lelaki lain di belakang pemuda sengau tadi pun bertanya kepada pemandu bas itu. "kenapa awak diam tadi? kesian dia." pemandu itu pun menjawab "masham mana haya nak hawab, haya hun hengau hugak, hanti hia hata haya hehek hia hulak!!!" (macam mana saya nak jawab, saya pun sengau jugak, nanti dia kata saya ejek dia pulak!!!)

Saja sebagai sedikit hiburan buat diri kita.

Saya tak tahulah kenapa saya terlalu serius dengan program peningkatan kecergasan saya kali ni. Walaupun rasa mengantuk, saya tetap ke Taman Rimba kira-kira 10 km dari rumah saya untuk berjogging. Kurang makan dan macam-macam pantang larang saya ikut terutamanya soal pemakanan. Banyak makan buah dan telur di samping minum Air Gamat setiap pagi. Nasib baik bekalan madu saya dah habis. Kalau tidak macam-macam yang saya kena makan. Nak beli, duit dah berkurang. Hehehe..tunggulah kerja nanti baru boleh sambung balik kot.

Hari ni rasanya hampir 5KM saya berjogging. Alhamdulillah. Bila balik rumah saya nak ke kedai sukan untuk pasang tali baru tapi Men pulak datang. Kena layan Men dulu. Kita kena ingat datangnya tetamu itu bersama rahmat. Jadi kita kena layan sebaik mungkin. Kemudian barulah ke kedai. Jani nak ambil pukul 4 petang. Tunggu Abang Midi! Petang ni nak balas dendam.

Pukul 4 saya nak ambil tak siap lagi kenalah tunggu 30 minit lagi. Sementara tu saya pusing di sekitar Pekan Tandop. Petang bila turun main kena main double sebab Abang Midi datang lewat. Gelanggang dah penuh tak bolehlah lawan single. Bila main, dekat sini semua jenis siapa kalah kena belanja 100 PLUS (air minuman). Tapi orang kat situ dah tak jual 100 PLUS. Jadi siapa kalah bayar RM 2 untuk beli air. Saya langsung tak bawak duit. Set pertama menang 17-16 walaupun ketinggalan 12-14. Set kedua terlalu enjoy sampai kalah mudah 15-4. Set ketiga saya dan partner saya, Pak Abu dah ketinggalan 11-2. Tapi bila fikir kena bayar, saya terus berhabis-habisan. Saya tukar guna raket sponsor sebab raket yang baru pasang tali rasa tak sedap pulak. Penat-memang penat tapi akhirnya menang jugak 15-13. Puas hati. Dapatlah saya RM 2 dan Pak Abu saya bagi RM6. Sebab saya guna duit dia dulu tadi. Lagipun saya tak berapa tahu status duit tu. Judi ke tak tu?

Kalau fikir-fikir bukan judi sebab ia ditentukan oleh kekuatan bukan nasib. Saya dah tanya ramai orang. Orang cakap bukan judi. Jadi saya terimalah duit tu. Lainlah kalau bergantung kepada nasib semata-mata seperti nombor ekor tu. Betul tak?

Kemudian saya cuma berehat dan malam selepas balas beberapa email yang saya dapat terus saya tidur. esok ada program lain. Sebelum tu Tahniah Penang sebab menang Piala FA. Saya sokong Penang tapi saya rasa Perak yang akan menang tapi rupanya Penang yang menang. Hehehe...

Orang Yang Terbaik Sebenarnya Tidak Memiliki Segala Yang Terbaik Tetapi Mereka Menjadikan Apa Yang Mereka Milik Sebagai Yang Terbaik!

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini---[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][1][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40]

Baca Diari Sebelum ni

Saifulazrul Collection 1999-2002
Provided by Saiful Azrul Che Lah