Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

16 OGOS 2002 [JUMAAT]

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.

1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.
2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia ingin
mendapat sanjungan dari manusia.
3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya. Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima:
 
1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."

Sedikit tazkirah buat semua. Mudah-mudahan sama-sama mendapat manfaat dan iktibar.

Macam biasa saya jogging di Taman Rimba pada waktu pagi. Alhamdulillah saya dah berjaya meningkatkan jarak iaitu lebih kurang 4km sehari. Saya bercadang nak tingkatkan lagi sebab saya rasa mampu untuk lebih daripada itu. Apa pun biarlah ia dilakukan secara berperingkat agar tiada kesan sampingan kelak.

Kemudian saya beli akhbar dan selepas sarapan saya terus bertolak ke rumah Zam sebab nak ziarahi Zam dan ayah Zam yang sedang sakit. Zam baru sahaja balik dari Langkawi malam tadi dan terpaksa semula ke sana pada pukul 12 tengah hari.

Dalam perjalanan ke rumah Zam saya ternampak seorang lelaki dalam lingkungan awal 50-an sedang menonton motornya yang rosak. Saya berhenti tolong. Dia cakap bila start tak boleh. Saya gak plug dia dah KO. Saya pun bukalah plug tu. Memang KO. Dah hitam melegam. Mungkin kaburetor dia dah rosak. Hehehe.. Macam pakar mekanik pulak. Saya tolong cuci plug tu tapi tak ada benda tajam yang nipis macam pisau cukur. Saya cuba guna dawai tapi gagal.

Mula-mula nak offer plug spare saya, bila angkat seat motor, dah tak ada! Sapa ambil. Mungkin jatuh kot. Nak buat macam mana pak cik setakat tu je yang dapat saya tolong. Hari ni Jumaat, kedai banyak tutup. Dia kerja kat sebuah kilang dekat dengan Mergong. Kesian saya tengok pak cik tu.

Dah saya tak boleh buat apa-apa, saya pun teruskan perjalanan. Mujurlah dalam kira-kira 400 meter ada kedai baiki motor yang buka. Lega! Seronok rasanya. Bila sampai di rumah Zam. Lepas sembang terus dipelawa makan tengah hari. Baru pukul 11! (Alah macam tak biasa, kat LADA selalu makan pukul 10. Hehehe). Saya memang tak mahu makan tapi hati kawan kena jaga. Jadi saya makanlah sikit. Saya sekarang memang kena ikut program kecergasan saya. Kalau tak patuh, tak akan berjaya program saya.

Kemudian hantar Zam di jeti naik bot LADA, mujurlah tak kena duit tiket. Untungnya Zam. Hehehe...RM 15 tu nak buat apa? Kemudian saya terus ke bank Perwira Affin di Alor Setar untuk masukkan elaun saya di LADA lebih kurang RM 110. Alhamdulillah. Tengah sesak macam ni dapat jugak duit sikit.

Baru-baru ni saya ada menang RM 200 dalam permainan fantasyfootball. Tapi duit tu tak sampai lagi. Dalam bulan depan baru dapat. Lepas tu saya solat Jumaat di masjid Alor Semela. Hari ni, khatib lain pulak yang baca khutbah dan tak sampai 20 minit dah sudah. Hari ni isi khutbah berkisar soal prasangka.

Kemudian bila balik rumah saya dah kenyang sangat. Jadi saya cuma hirup sup dan ratah ikan. Habis 3 ekor ikan selayang saya ratah dan sayur. Entahlah saya sekarang ni lebih selera ratah sayur digaul dengan ikan atau ayam dari makan nasi. Hehehe.. Macam vegetarianlah pulak!

Petang lawan badminton dengan Abang Midi. Saya rasa Abang Midi ni badi sayalah. Saya cukup hairan macam mana orang yang saya boleh belasah senang-senang boleh menang dengan Abang Midi sedangkan saya cukup perit lawan dengan Abang Midi. Macam badi pulak. Bayangkan saya cuma perlu 1 mata lagi nak menang. Waktu tu dah 14-10. Tapi waktu tulah raket kesayangan saya putus tali! Terpaksa saya tukar ke raket kedua saya (raket sponsor). Langsung saya tak boleh sesuaikan diri dan akhirnya tewas 15-14. Tak ke tension. Hehehe... Apa ilmu Abang Midi ni? Tension betul.

Tak apa. Esok saya dah janji dah nak fight lagi dan saya akan repair raket tu (RM tiada. Hehehe..Terpaksalah minta kat mak saya. Duit elaun tu hari Selasa baru masuk akaun). Memang saya terlalu penat tapi puas.

Lepas tu saya semak email sekejap. Dapat pun email yang saya tunggu-tunggu. OK, saya tak kisah sangat. Hehehe. Ingat saya marah? Saya tak marah. Entahlah saya rasa macam susah nak marah. Buatlah macam mana pun dengan saya, memang sukar saya nak marah sampaikan ada kawan saya yang nak sangat tengok saya marah. Dia selalu ajak kawan saya yang lain buat saya marah. Hehehe... Lagi lucu adalah.

Malam saya ke pasar malam bersama mak, Abang Midi, dan adik saya dan kemudian saya tidur awal tapi sebelum tidur saya sempat balas email dahulu.

WASSALAM...

15 OGOS 2002

Saya buka diari saya hari ini dengan satu cerita buat renungan kita semua. Hayatilah...

Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya."


Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu."

Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah."


Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ. Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.


Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.

Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s."Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."

Marilah kita sama-sama merenung kembali diri kita. Sebanyak manakah cinta kita kepada ALLAH? Kata seorang Ustaz kalau kita menangis kerana takutkan Allah walau hanya setitis air mata keluar. Kita memang hebat. Tapi selama kita hidup, adakah keluar setitis air mata kita kerana takutkan ALLAH? Yang banyak keluar bila bergaduh dengan pakwe/makwe atau pun tengok movie atau cerita hindustan. Ini hakikat. Marilah kita sama-sama menginsafi kembali diri kita. Semoga kita mendapat manfaatnya.

Berbalik kepada diari saya hari ni. Saya bangun pukul 5.30 pagi untuk bersahur sebab saya berhasrat puasa sunat hari ni. Selepas sahur dan solat Subuh saya tidur balik. Hehehe.. Tak berapa elok! Entahlah rasa mengantuk sangat. Tak berjogginglah saya hari ni.

Saya bangun dalam pukul 9 pagi. Selepas baca akhbar saya semak email sekejap dan adalah dua tiga email. Tak banyak sangat hari ni. Sebenarnya saya tunggu satu email hari ni sebab dah dijanjikan tapi waktu pagi tak ada lagi. Tak kisahlah..Waktu malam kot.

Selalunya saya akan balas email pada waktu malam (Kalau di rumah). Waktu pagi saya akan semak sahaja. Tapi bergantung kepada betapa urgentnya sesuatu mesej. Kalau yang minta tolong tu, cepatlah sikit saya balas.

Tengah hari saya cuma berada di rumah buat sikit esei sempena Hari Kemerdekaan nanti. InsyaAllah pada 31 Ogos ni saya akan uploadkan dalam Diari ni. Ada empat siri. Bermakna ia akan dimasukkan dalam diari ni pada 31/8/02-03/09/02. InsyaAllah.

Petang selepas tonton Kiranya Aku Tahu saya terus pergi main badminton dekat dewan di sebelah rumah saya. Lama betul saya main hari ni. Satu game (3 set) sampai dekat 1 jam 30 minit. Dahlah puasa. Main beregu. Saya sebenarnya tak pandai sangat main beregu sebab saya lebih selesa main single. Kalau beregu campuran saya OK. Hehehe...Ni bukan lawak tapi memang betul. Saya selalunya bila main beregu campuran lawan dengan beregu lelaki selalu menang. Sebabnya saya akan suruh partner saya duduk setempat sahaja. Jadilah macam saya main single bergerak ke sekeliling gelanggang kecuali tempat partner saya sahaja. Sebab itu saya OK. Kalau main beregu lelaki, kawasan kena sama. Jadi kena ada persefahaman yang tinggi. Apa pun saya amat berpuas hati dengan prestasi hari ni.

Malam selepas berbuka, saya baca Yasin bersama keluarga dan kemudian tonton Berita. Lepas tu adik saya nak tengok Senario. Saya nak tengok Maximum Expossure. Yang sorang lagi nak tengok Master Ma. Pening kepala! Kenalah saya mengalah. Saya boleh guna kuasa Veto. Tapi tak perlulah sebab nak tengok TV pun bergaduh. Hehehe..Saya tak kisah sangat kalau terlepas tengok TV. Cuma kalau dengan bola saya rasa 'lain' sikit. Memang minat sangat. Itu sahaja. Yang lain saya tak kisah sangat.

Abang Midi malam ni tidur kat rumah saya. Mengejut jugak dia balik. Hehehe..Saya cabar dia lawan badminton esok. Hehehe..Maknanya pagi esok kena jogging. Lepas tu semak email dan menanti email yang ditunggu. Tapi tak dapat pun. Tak apalah. Mungkin ada masalah kot. Kalau orang tu baca diari ni. Saya tak paksa secepat mungkin. Buatlah dengan keadaan yang selesa dan mengizinkan. Saya tak kisah sangat sebab saya faham dan saya rasa saya tahu apa masalahnya. Hehehe...

Selepas saya balas email yang saya dapat hari ni. Terus saya tidur. Jumpa lagi esok kalau panjang umur. InsyaAllah...

WASSALAM...

14 OGOS 2002

Saya mulakan diari saya hari ni dengan dua kisah jenaka (Yang bertulisan kuning, satu di sebelah atas dan satu di sebelah bawah) yang saya dapat dari seorang sahabat saya. Tapi dalam BI, harap anda faham cerita tersebut dan ceria sentiasa.

What 20 Million American Women Want


My Mom bought a new book recently entitled "What Twenty Million American Women Want." Seeing the title, my Dad grabbed the book out of her hand and started thumbing through the pages. Astonished and not just a little bit irritated, she stared up at him and said, "What in the world are you doing?"


He simply told her, "I just want to see if they've got my name spelled right."


Saya kembali berjogging macam biasa pada waktu pagi pada hari ni. Alhamdulillah, stamina masih maintain. Hehehe...Lepas tu saya beli akhbar di Jalan Sultanah dan kemudian apa lagi saya bacalah paper tu. Hehehe...

Kemudian saya lengkapakan beberapa borang minta kerja dan saya terus poskan di pejabat pos Besar Alor Setar, Di Jalan Stadium. Sambil tu saya buat pendaftaran pemilih sekali. Hari tu saya dah nak register tapi sistem rosak. Malam tu keluar kat TV kata tak ramai tak daftar lagi. Nak daftar macam mana sistem rosak. Kan? Hari ni dah boleh daftar dah. Senang dan lega sikit rasa.Kemudian saya bercadang nak tengok bola kat Stadium tapi tertidur pulak. Maklumlah malam-malam berjaga sampai lewat malam.

Bila bangun dah dekat pukul 6. Terus Solat Asar dan baca paper (baca paper lagi) dekat luar. Nak buat macam mana saya tak habis khatam lagi ucapan PM waktu rasmikan UTAR. Banyak benda yang kena dikaji.

Malam saya makan MAGGI. Hehehe..Saja je walaupun mak saya saya masak nasi. Sekali sekala makan MAGGI. Kalau nak ikut tak elok untuk kesihatan. Jangan amalkan selalu. Hehehe....Kalau nak ikut kajian MAGGI ni boleh dimakan sebanyak-banyaknya dua bungkus sahaja setahun. Teringat pulak waktu saya kat Maktab, Saya makan dua bungkus pada 31/12. Esoknya saya makan dua bungkus lagi. Kawan saya cakap setahun boleh dua bungkus sahaja. Saya balas. "Semalam tahun lepas. Saya makan dua bungkus untuk tahun lepas dan tahun ni dua bungkus, lepas ni tak makan dah." Hehehe...Saja saya bergurau dengan kawan-kawan.

Malam, sebelum pukul 12 tengah malam saya dah tidur. Tak sempat nak semak email.



The Magician & the Parrot


A magician worked on a cruise ship in the Caribbean. The audience was different each week, so the magician allowed himself to do the same tricks over and over again. There was only one problem: the captain's parrot saw the shows each week and began to understand how the magician did every trick. Once he understood, he started shouting in middle of the show: "Look,
it's not the same hat!" "Look, he's hiding the flowers under the table." "Hey, why are all the cards the ace of spades?" The magician was furious but couldn't do anything. It was, after all, the captain's parrot.

One day the ship had an accident and sank. The magician found himself on a piece of wood in the middle of the sea with, as fate would have it, the parrot. They stared at each other with hatred but did not utter a word. This went on for a day and then another.

On the third day, the parrot could not hold back: "Okay, I give up. Where's the boat?"

WASSALAM...

13 OGOS 2002

Oleh kerana ada dua tiga email yang saya terima meminta saya menunjukkan jawapan bagi gambar yang telah saya masukkan dalam diari saya. Maka terpaksalah saya tunjukkan di manakah kedudukan bayi tersebut. Kalau tak nampak jugak. Susah saya nak explain macam mana lagi. Hehehe....

Saya nak mulakan diari saya hari ini dengan memuji emak saya. Dekat kawasan berek polis di rumah saya sekarang ada beberapa orang buruh kasar dari Siam yang sedang bekerja mengecat rumah di berek polis di sini. Mak saya rasa amat kasihan tengok Orang Siam tu. Jadi mak saya bagi macam-macam kat Orang Siam tu. Kuih, air masak, Milo, buah. Mak saya nak bagi biskut sama tapi dah habis jadi mak saya suruh saya ke kedai belikan roti. Merasalah orang Siam tu makan roti yang empuk sikit.

Kita tengok pun kesian. Nak buat macam mana, mereka terpaksa hidup macam tu. Kita kalau ada sedikit yang lebih, lebih baik beri sedikit kepada mereka yang kurang. Kita tak semuanya sempurna. Ada kita lebih di sini dan kita akan kekurangan di tempat yang lain pulak. Apa pun saya mesti beri pujian kepada emak saya.

OKlah masuk kepada diari saya hari ini. Banyak benda yang menggembirakan saya semalam dan hari ni saya asyik dapat berita gembira. Alhamdulillah. Saya kena ingat yang kesenangan itu juga merupakan satu ujian. Bukan hanya kesusahan sahaja. Selagi kita bersyukur. InsyaAllah, Allah akan lipat gandakan rezeki kita.

Pagi ni saya dah bersiap untuk berjogging. Tapi mak saya ajak ke PAsar Borong untuk beli ikan dan sayur(hari ni mak saya cuti berniaga). Oleh kerana itu hasrat mak, saya dengan tanpa membantah terus bersetuju walaupun saya pada awalnya nak berjogging. Lagi pun dah lama saya tak ikut mak saya ke Pasar Borong di Jalan Putra, Alor Setar.

Dulu saya selalu suruh mak saya beli ikan selayang. Ikan kegemaran saya (Senang nak makan sebab tulangnya lembut). Beli sotong dan juga udang. Saya sememangnya amat gemar makanan laut. Sedap! Tapi jangan terkejut kalau tengok cara saya makan. Selalunya saya akan maka sekali dengan tulang-tulangnya termasuk kepala. Hehehe.. Gerun orang tengok. Adik saya terkejut! Tapi memang saya makan sekali semuanya! Hehehe..

Kalau makan udang tu saya akan makan sekali dengan kulit-kulitnya. Hehehe. Pening kepala Din tengok saya makan macam tu. Kalau saya makan ayam dengan tulang-tulang sekali saya makan sampai Din dengan Zam perli, "Awat tak makan pinggan tu sekali?". Hehehe..Saya senyum je. Tapi adalah satu dua jenis tulang yang saya tak dapat makan. Contohnya tulang paha. Kalau bahagian dada tu memang saya akan makan sampai habis. Pelik kan saya ni?

Entahlah memang saya jenis macam tu. Lagi satu kalau tengok saya makan, jangan terkejut sebab saya makan semua sekali. Saya tak akan tinggal walau satu nasi pun dan semua lauk pasti saya akan habiskan. Ustaz saya ajar makan macam tu dari kecil lagi. Katanya berkat. Oleh kerana dari kecil jadi amalan, sekarang pun saya masih melakukannya.

Satu lagi saya jenis yang sentiasa ada selera. Hehehe.. Apa yang ada saya makan. Satu lagi kalau tak ada saya boleh bertahan dalam jangka masa yang panjang. Hehehe... Apa pun saya merupakan orang yang amat mementingkan sarapan pagi. Saya boleh bertahan sampai malam tanpa makan kalau sarapan pada waktu pagi terlebih dahulu. Kalau tak sarapan boleh jugak tapi agak sukar. Sebab itu di UUM awal-awal pagi lagi saya dah ada di Lego (Kafe Utama) nak sarapan. Masalah di UUM ialah kafe selalu bukak lewat. Kebanyakan student sarapan merangkap makan tengah hari. Saya lain sikit. Kena sarapan dulu. Cuma Lego sahaja yang bukak awal. Jadi saya dalam jam 7.30 pagi dah ada di bangunan akademik dah.

Kenapa melalut panjang sangat ni. Hehehe..May be tengah happy. Selepas ke pasar borong saya pulang ke rumah dan baca paper. Pening kepala saya nak budget masa sebab saya nak habiskan baca secepat mungkin tapi tetap habis lamat jugak. Lepas tu saya pergi beli Harian Metro pulak! Lagi lamalah saya baca paper.

Kemudian saya tolong emak saya kemaskan bahagian belakang rumah sebab nak bagi orang Siam tu cat. Bagus jugak orang Siam tu, dia pandai cakap BI. Hehehe.. I must communicate with them In english. Hehehe..Dia akan cakap Thank You Sir kat saya dan mak saya. Hehehe..Dapat gelaran Sir. Kalau di england Sir tu hanya boleh dipakai oleh orang yang dapat gelaran tu dari Queen sahaja. Tapi orang kita ke England, bila nak tanya jalan kepada seorang tukang sapu sampah kita cakap, "excuse me, sir, may I ........". Mana tak happy mamat tu.

Kemudian saya beli majalah MASSA minggu ni. Tu pun tak sempat nak habiskan lagi. Banyak isu yang timbul dan memerlukan penelitian yang teliti. Jadi saya agak lambat menghabiskannya. Sebelum tidur nanti kena baca dulu. Dalam pukul 1 tengah hari saya jemput adik saya balik dari sekolah dan selepas tonton Buletin 1.30 saya buat sedikit kerja menggunakan komputer saya. Terlepas pulak rancnagan Kiranya AKu Tahu. Miss lagi! Esok rasanya miss lagi sebab nak tonton bola Piala PResiden Kedah lawan KL di Stadium Darulaman.

Jadi saya terus ke Pasar Malam dekat Taman Saya. Selepas tu saya makan malam dan bantu ayah saya melakukan tugasnya sampai pukul 8 malam. Lepas solat Maghrib saya tonton Buletin Utama dan kemudian tngok Cerita Cina di NTV7. Master Ma. Selepas Solat Isyak saya dapat call dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar yang mengerahkan saya menghadirkan diri di IPD Kta Setar untuk membantu siasatan. Hah! Kena siasat! Kes apa?

Tak lah..Yang call tu ayah saya suruh saya ke IPD untuk pasang dan install software dalam komputer yang baru dibeli oleh polis di IPD Kota Setar. Jadi saya pun naik motor terus ke IPD Alor Setar dan terus tolong ayah saya install apa yang patut dan ajar apa yang patut. Hehehe... Saya masih belum ada rekod jenayah lagi. Jangan risau.

Bila sampai di IPD terpampanglah wajah Mat Komando. Gerun jugak ingat pasal Mat Komando ni. Paling saya gerun ialah waktu saya ada dekat dusun Pak Cik Saya di Kuala Nerang hari tu. Sebab ikut laporan Mat Komando ni bergerak melalui dusun-dusun di Daerah Baling, Sik dan Padang Terap (Kuala Nerang). Mintak-mintaklah tak terserempak dengan Mat Komando tu. Ganas!Tapi Alhamdulillah sebab Dusun tu di sebelah Tualak. Saya tak rasa dia akan masuk kawasan tu.

Selepas saya tolong ayah saya, saya pulang ke rumah dan buat sedikit kerja peribadi. Check email dan semak apa yang perlu saya lakukan. Kemudian saya baca majalah MASSA dan kemudian tidur dalam pukul 3 pagi.

Intan Itu Jika Terbenam Di Perlimbahan Sekalipun, Tiada Akan Hilang Cahayanya

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini---[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][1][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39]

Baca Diari Sebelum ni

Saifulazrul Collection 1999-2002
Provided by Saiful Azrul Che Lah