Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

16 NOVEMBER 2002

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah Hari ni barulah dapat saya kembali mengupdatekan Diari Saiful ini. Terima kasih kepada beberapa pengunjung laman ini yang bertanyakan tentang keadaan saya. Sebenarnya bukannya apa, saya perlukan sedikit privacy. Keadaan di rumah saya waktu ni agak sesak dengan semua ahli keluarga saya + Abang Midi ada di rumah. Jadi sukar sikit saya nak terus menulis.

Ada yang saya lambat sikit balas email. Maaf, saya perlukan privacy untuk membalas email. Jadi sukar sikit. Sebab tu saya berjaga tengah-tengah malam buta waktu orang lain tengah tidur untuk mengemaskinikan laman ini. Terima kasih atas sokongan anda.

Esok InsyaAllah saya akan tilis sikit pasal peristiwa pengeboman di Kuta Bali. Itu pun kalau tiada aral melintang. Mudah-mudahan...

Rutin saya seperti biasa. Selepas hantar adik saya ke sekolah, saya berjogging di Taman Rimba. Hari ni rentak larian memang laju sebab saya lari bersama dengan seorang polis. Jadi kena ikut rentak dia yang memang laju. Penat tapi puas hati bila tengok peluh yang keluar. Stamina pun semakin OK. Alhamdulillah...

Pagi saya cuma membaca, melayari internet, tidur dll. Itu sahaja. Tengah hari saya ke sekolah adik saya untuk menjemputnya pulang. Kemudian saya turun training badminton bersama team badminton polis Kedah. Hari ni kena balas dendam tewas kepada adik saya semalam walaupun saya beri kemenangan percuma. Alhamdulillah berjaya menang balik.

Cuma, Abang Midi masih kebal. Entahlah bila semakin turun berat badan saya, makin kurang power smash. Tak tahu macam mana saya nak atasi masalah ni. Tapi pergerakan semakin pantas. Hari ni saya dah lama tak pakai baju yang dulu selalu saya pakai. Sebelum ni tak muat. Alhamdulillah sekarang dah kembali muat. Syukur.

Petang saya ke Pacific untuk membeli sedikit barang. Saya bersama dengan adik saya. Adik saya hairan bila tengok saya terus bayar selepas beli barang. Saya berada dalam pasaraya tak sampai dua minit. Dia tanya kenapa sekejap sangat. Saya jawab balik, dah dapat apa yang nak dibeli kita baliklah. Hehehe...

Kemudian pusing sekejap di Pasar malam dekat Pacific dan terus balik. Selepas Maghrib dan tonton Berita serta Senario saya terus tidur dan bangun balik selepas jam 12 tengah malam untuk updatekan diari ni. Kemudian saya tidur kembali dalam jam 4 pagi.

WASSALAM...

15 NOVEMBER 2002

ASSALAMUALAIKUM...

Saya rasa macam bersemangat kembali nak main bola bila tengok perlawanan Kedah dengan MPPJ tadi. Padang sebelah rumah saya tu asyik becak jadi saya pun dah lama pendam perasaan untuk main bola. Jadi saya main badminton sahaja.

Tadi bila tengok Kedah main rasa bersemangat pulak. Corak permainan Kedah taklah menarik sangat malam ni tapi setiap peluang yang ada digunakan sepenuhnya. Itulah yang jadi sampai 5-1. Tapi stadium memang meriah dengan kira-kira 25 000 penonton.

Pulun Kedah Pulun. Hehehe...

Hari ni waktu pagi saya seperti biasa. Faham-fahamlah. Hehehe.. Rasa malas nak taip pulak. Apa ni dah jadi malas. Sejak bila ni? Kena marah sikit baru tak lemak sangat.

Waktu tengah hari saya cuma ambil adik saya dari sekolah. Petang turun training badminton. Peringkat awal saya dah menang dengan adik saya dah tapi kemudian tewas sebab saya beri kemenangan percuma. Seronok dia sebab dapat kalahkan saya. Nak buat macam mana kaki saya terseliuh sikit. Tapi taklah serius sangat cuma saya tak mahu ambil risiko. Jadi saya terus berhenti.

Malam ke Satdium tonton bola antara Kedah dengan MPPJ. Selepas Solat Isyak saya terus tidur.

WASSALAM...

14 NOVEMBER 2002

ASSALAMUALAIKUM...

Saya bangun jam 5 pagi untuk bersahur. Kemudian selepas Subuh saya hantar adik saya ke sekolah. Kemudian selepas baca akhbar saya terus berehat di rumah sambil buat beberapa aktiviti biasa saya.

Tengah hari cuma ambil adik saya dari sekolah. Petang tetap turun main badminton walaupun berpuasa. Tapi hari ni memang saya rasa macam nak pengsan. Rasa macam terlalu kurang air dalam badan. Bila saya ludah dah hampir tiada air liur dah.

Terus saya ke kedai walaupun tak larat beli susu sebotol dan waktu bukak puasa saya habiskan sebotol susu tu dan sekeping roti. Memang dah tak lalu nak makan dah. Penat yang teramat sangat. Pening kepala lagi.

Saya terus tidur selepas solat Isyak kerana terlalu penat...

WASSALAM...

13 NOVEMBER 2002

ASSALAMUALAIKUM...

Suatu petang di sebuah 'supermarket'....Seorang lelaki muda tengah Berjalan di bahagian barang-barang dapur apabila dia terperasan seorang  perempuan tua yang tengah memandangnya dengan mata yang tak berkelip-kelip.  Lelaki muda itu pun terasa pelik..dia terus berjalan ke bahagian buah-buahan tapi dari ekor matanya dia perasan lagi yang perempuan tua tu masih juga memandang dan mengekorinya.

Last-last lelaki tu pun buat dek jer, sebab dia ingat dia yang perasan. Lepas mengambil dua tin sardin dan lima biji epal, lelaki muda tu pun berjalan menuju ke kaunter untuk membayar barang-barangnye tetapi di pertengahan jalan perempuan tua tadi tuh cepat-cepat memintas dan berdiri di depannya. "maafkan mak cik nak!!" kata perempuan itu.  "Makcik minta maaf bebanyak kiranya anak tak selesa ngan pandangan mak cik tadi. Mak cik bukannya apa, cuma wajah anak ni serupa macam arwah anak makcik yang meninggal bulan lepas" Mendengarkan kata-kata perempuan tua itu barulah dia paham kenapa perempuan itu asyik aje memandangnya. Timbul rasa kesian  di hati lelaki itu.

"Oh, begitu ke ceritanya mak cik? maaflah saya tak tahu. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?"tanya lelaki muda itu.  "Aaaa.... mak cik ada satu permintaan kecil kalau anak tak keberatan" kata perempuan itu. "...  bila mak cik dah nak jalan keluar boleh tak anak lambai dan cakap 'babai...mak!!'? Terubat betul rindu mak cik jika anak dapat tolong sebab arwah anak makcik selalu buat macam tuh pada makcik".

"Oh boleh... takde masalah,"kata lelaki muda tu.  Setelah cashier memasukkkan semua barang-barangnya ke dalam plastik, perempuan tua itu pun berjalan keluar dan melambai tangannya ke arah lelaki muda itu. Lelaki muda itu pun melambaikan tangannya kembali dan melaung "Babai, mak!!!!". Setelah memerhatikan perempuan tua itu hilang dari pandangan dengan hati yang kesian, lelaki itu pun bergerak ke cashier untuk membayar barang-barangnya.

"Jumlah semuanya RM130.70 ye encik," kata cashier supermarket tuh. Terkejut lelaki tu mendengar kata-kata cashier tuh.  "Eh, kenapa mahal sangat ni cik, saya beli barang sikit jer macamana plak sampai seratus lebih ni?"tanya lelaki itu. "Habis tuh mak awak kata awak nak bayarkan untuk dia sekali!" kata cashier tuh.

"Haah???????!!!!"....

Satu cerita dari seorang kawan yang menghantarnya melalui email. Moral of the story jangan cepat percaya kepada orang yang baru anda kenali terutamanya jika anda seorang perempuan

Berbalik kepada diari saya hari ni. Macam biasa pagi selepas hantar adik, saya turun jogging dan kemudian buat pembacaan. Tengah hari saya ke Pejabat Pos untuk pos borang minta kerja. Entah borang yang ke berapa entahlah. Hehehe...

Petang turun training badminton. Alhamdulillah semakin Ok cuma ada beberapa masalah yang perlu saya atasi. Kalau saya dapat atasi, InsyaAllah tak banyak masalah sangat nanti. Apa pun memang enjoy.

Malam saya cuma menonton Berita dan kemudian tidur selepas solat Isyak dan bangun semula selepas jam 1 pagi untuk sambung sedikit kerja hingga jam 5 pagi

Setakat ini sahaja kot buat hari ini. InsyaAllah bertemu lagi esok.

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini---[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][1][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][43][44][45][46][47][48][49][50][51][52][53][54][55][56][57]

Baca Diari Sebelum ni

Saifulazrul Collection 1999-2002
Provided by Saiful Azrul Che Lah