Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

28 MAC 2002

Dalam kehidupan ini kita tidak lari dari sebarang bentuk cubaan. Menghadapi cubaan hidup memerlukan ketabahan hati agar kita dapat menempuh segala rintangan yang mendatang. Mungkin kita merasakan ujian itu amat berat tetapi jika kita teliti hikmahnya ia sebenarnya banyak memberi manfaat kepada kita. Apa pun terimalah hakikat yang kita tidak akan dapat semua yang kita idamkan atas dunia ini. Siapalah kita! Renungkanlah kembali diri kita. Fikirkan sejenak masa depan kita. Justeru jangan berputus asa dalam menghadapi kehidupan ini!

Pukul 5.15 pagi lagi saya dah bangun sebab ramai orang. Kalau nak mandi aawal kenalah bangun awal. Lepas tu study sikit pasal VB dan selepas solat minum sedikit air dan terus ke pejabat. Saya, Zam dan Din janji dengan Fadilah & Rozita untuk shopping sebab nak beli barang untuk Pak Njang saya. Tetapi terpaksa cancel sebab saya ada perbincangan dengan Encik Najib tentang proposal projek praktikum saya dan Zam serta Din.Lepas tu saya terus pecut motor laju-laju sebab nak jumpa Pak Njang dan Mak Njang saya terus saya bersalam dengan Pak Njang saya. Seronok tengok wajah depa sebab nampak tenang.

Lepas tu saya jumpa Mak Njang saya yang baru je nak bersolat. Lepas salam dengan Mak Njang saya, saya pun terus sembang sikit sebab nampak Mak Njang saya makin kurus. Lepas tu mengusik dua-dua beradik tulah... Hehehe... macam-macam saya usik. Biasalah dengan budak-budak memang best mengusik. Nanti depa besar takkan nak mengusik lagi! Lepas tu saya minum air Zam Zam banyak-banyak. (Tak lah banyak sangat tapi kira banyaklah) Makan buah kurma dan macam-macam lagi.

Dapatlah jugak seutas jam tangan dari Mekah, Lebai macam Raihan tu, Tasbih dan dua tiga barang lagi. Tu yang seronok walaupun taklah seberapa tetapi bila orang bagi rasa cukup seronok. Macam orang yang tengah bercintalah... Kalau pakwe dia bagi cincin yang beli kat pasar malam pun dia anggap sangat berharga. Betul tak. Betulkan walaupun saya tak ada pengalaman bercinta tetapi saya tahulah jugak sebab saya selalu jugak kaunseling bab-bab ni. Hehehe.... 

Petang tu main bola macam biasa. Kali ni makin OK tapi sayang sebab esok dah nak pindah ke Kuah. kira hari ni last la untuk main bola. Kat Kuah kena lah cari tempat baru untuk main bola. Jadi nampak gaya main badminton dan jogginglah saya nanti kat kuah. port nak main bola ada banyak tapi nak kena kenal dengan orang kat situ dulu. Takkanlah nak terus join Kan? Apa pun duduk di Langkawi ni memang rasa cukup menarik...

WASSALAM...

27 MAC 2002

Hari ni mak saya datang ke Langkawi sambil bawa dua beradik yang mak saya bela sementara pak Njang dan Mak Njang saya ke Mekah. Barulah makan minum terjaga sikit. Heehehe.. Kena harap kat mak jugak! biasalah...

Hari ni join main bola kat Nyior Chabang, Langkawi. Saja sebab dah lama tak main bola. Aduh penatnya lari. Rasa macam kejar harimau lagi. Penat! Tak sangka goalkeeper kat sini bagus-bagus. Susah nak score. Rembat laju pun tak gol. trick pun tak berapa menjadi. Jenuh la... Rasa macam merosot pulak permainan...

Malam tak ke mana-mana sebab mak ada kat rumah jadi kena bersama sebab nanti bila dah balik lama la pulak nak jumpa. Makan malam memang sedap. Saya makan memang banyak. Ikan terubuk Bakar, Ikan Merah goreng, sambal belacan, kari ayam dan timun memang sedap. Makan ramai-ramai pulak tu. Memang meriah sebab semua saudara pak Njang saya datang. Memang meriah.

WASSALAM...

26 MAC 2002

Selasa... Bangun pukul 6.35 pagi. Bersiap nak pergi kerja. Macam biasa kalau tak nombor satu sampai pejabat nombor dua lepas bos. Kebiasaannya saya akan lepak di beranda tingkat tujuh bangunan LADA sebelum masuk kerja. Kalau orang tanya jawab nak tengok kapal saya yang 'parking' kat laut berhampiran. Saja buat joke. Sorry saya memang jenis bnyk buat joke tapi klau waktu serius saya memang serius.

Masuk sorang lagi student praktikum. Dari Unimas pulak. Orang Guar Chempedak. Masuk department pelancongan. Jadi Fadilah tu dah ada kawanlah. Taklah dia mengadu sunyi lagi. Ada jugak teman untuk dia berbual sebab meja depa sebelah menyebelah.

Petang turun main badminton lagi. Kali ni banyak tumpu kepada single, acara kegemaran saya. Alhamdulillah dapat tundukkan semua pemain yang saya lawan. Entah sebab apa rasa permainan semakin meningkat. Mungkin sebab suasana yang cukup baik. Gelanggang berhawa dingin. Main tas karpet lagi tu! Memang best!

WASSALAM...

25 MAC 2002

Iman merupakan suatu yang wajib ada dalam diri kita sebagai seorang Muslim. Sebagai insan biasa kita harus mengakui ada kalanya Iman kita pada tahap yang terbaik dan ada kalanya iman kita berada pada tahap yang tidak sepatutnya. Iman merupakan benteng diri kita daripada melakukan perkara-perkra yang tidak diredhai Allah. Persoalannya kini ialah apakah yang kita telah lakukan untuk mempertahankan iman kita? Bagaimana kita hendak beristiqamah? Dalam dunia yang penuh dengan cabaran ini kita seharusnya peka dengan keadaan semasa agar iman kita dapat dipertahankan...

Masuk sorang lagi student praktikum dari UUM kursus akaun. Yati jugak nama. Dalam department saya dua orang nama Yati. Kalau panggil dua-dua menoleh. Dua-dua student praktikum. Sorang student Poli Seberang Prai. Dah masuk 3 bulan dah. Budak akaun lewat sikit register. (Dalam hati: Tak Aci!) Sebab apalah budak IT sampai empat bulan kena praktikum? Tak kisahlah...Hehehe..Hari ini bangun 6.05 pagi. Bersemangat rasanya nak ke tempat kerja. Selalu nak awal.Kerja macam biasa dan saya ditawarkan untuk turun ke pemilihan pemain badminton LADA. Saya pun turun dan Alhamdulillah secara lisannya saya telah dipilih untuk mewakili LADA ke kejohanan sukan badan-badan berkanun di UUM. Hehehe.. Kena lawan geng-geng training saya la nanti. Terpaksalah...

Oleh kerana terlalu penat saya rasa tak bermaya sebab dah lama tak main tiba-tiba main. Malam tu Din masak nasi dan kami beli lauk di pasar malam di Ulu Melaka. Rasa cukup sedap! Sebab terlalu lapar. Rasa macam nak kahwin je sebab tak terurus makan minum dan pakai. hehehe.. Just joke!

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini---[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10]

Baca Diari Sebelum ni

Saifulazrul Collection 1999-2002
Provided by Saiful Azrul Che Lah