Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
 
 
DIARI SAIFUL
|Biodata|Pendidikan|Keluarga|Pengalaman|Koleksi Gambar| Kejayaan|Lihat Buku Pelawat|Tandatangan Buku Pelawat|

05 MAC 2002

Sayang seribu kali sayang. Saya sebenarnya sudah menyimpan semua fail untuk diupdate dalam diari sebelum ini tetapi malangnya disket yang saya gunakan rosak. Tak kisahlah mungkin bukan rezeki saya. Cuma dalam tu saya banyak menulis tentang beberapa isu. Isu itu mungkin akan saya ulas nanti sebab saya sekarang agak sibuk dengan peperiksaan yang akan bermula 07-10 Mac Nanti. Lepas tu presentation pada 12/03/2002. Memang sengaja minta awal sebab saya nak ready ke Langkawi untuk praktikum dan ambil masa untuk bersama keluarga. Maklumlah saya rasa agak lama saya akan ke sana dan saya jenis yang kalau pergi tempat orang saya jarang balik. Tambah-tambah kalau tengah study... Semalam saya diberitahu yang gambar emak saya masuk majalah HAI. Kalau siapa yang nak tengok bolehlah tengok bahagian konsert haruman Firdaus 3. Emak saya bertudung warna merah hati dengan adik bongsu saya. Saya waktu tu ada di bahagian atas. Tak kisahlah saya dah banyak kali masuk paper, majalah dan Televisyen (pernah tengok tak?)hehehe...Takkan tak perasan? Tak kisahlah.  

Seorang pendekar yang ingin memantapkan ilmu kepahlawanannya, akan bertapa untuk menambahkan ilmunya. Saya pun lebih kurang begitu dan Langkawi rasanya adalah tempat yang cukup sesuai untuk saya bertapa. Saya akan cuba menajamkan potensi yang ada dalam diri saya dan membangunkan diri sebaik mungkin kerana saya sedar alam pembelajaran secara formal sudah hampir berakhir. Yang menanti di hadapan adalah alam pekerjaan yang memerlukan persiapan yang rapi agar dapat diharungi pelbagai dugaan dan rintangan yang mencabar. Saya berazam untuk menghasilkan Saiful Azrul yang lain. Saya mahu bina kekuatan dan kembali bersaing sebab saya rasa sekarang saya agak ketinggalan. Semangat saya sekarang amat tinggi. Alhamdulillah saya rasa cukup selesa dan kuat dengan keadaan sekarang. Paling penting ialah disiplin diri dan ketakwaan kita.

04 MAC 2002

Aktiviti hari ini macam biasa, pagi-pagi dah berada di lab. Petang main bola dan malam main badminton. Sudah tentu sikit revision untuk final exam cuma agak kelam kabut sebab buku nota saya hilang. Macam mana nak study bab-bab latest sebab saya belum revise lagi. Bab-bab sebelum mid-sem dah settle tapi bab-bab latest masih lagi belum disentuh. Exam dua hari lagi. 

Waktu malam saya turun main badminton dengan Kawan-kawan dan Encik Zhamri. Memang saya kena akui prestasi saya merosot. Stamina agak kurang. Paling saya pelik ialah smash saya tak sekencang dulu. Saya cuma sedar bila berat badan saya semakin susut. Ini bermakna saya kena ubah corak permainan. Cuma dalam double saya makin improve. Acara kegemaran saya single agak hancur. Tetapi saya cukup yakin saya boleh meningkatkan prestasi kerana yang paling penting ialah selalu main. 

Ini kerana saya kebelakangan ini cuma menumpukan kepada bola dan jogging sahaja. Selera badminton dah hilang tetapi sejak kebelakangan ni selera tu dah memuncak kembali. Malam tu, banyak yang menyelamatkan saya ialah pengalaman. Kalau tidak hancur. Saya kena tiru Joko Suprianto sewaktu di hujung karier dahulu. Dia merupakan seorang pemain yang sudah dimamah usia tetapi masih mampu menewaskan pemain yang jauh lebih muda kerana pengalamannya.

Badminton juga merupakan satu permainan yang menguji akal dan daya ketahanan mental kita. Kita perlu bijak merancang untuk menang. Kadangkala dalam perjuangan kita perlu berkorban. Macam main catur, kadang-kadang kita perlu terkorban dahulu sebelum menang. Begitu juga dalam badminton. Kita kena berani melakukan sesuatu. Malam tu drop saya tak menjadi tetapi saya tetap cuba buat drop. Selepas 4-5, saya dah boleh buat drop yang terbaik dan mengulanginya dan akhirnya berlaku kebangkitan dan menang.

03 MAC 2002

Saya berada di Kafe Kolej Taman U lebih kurang pukul 6 petang dan menonton siaran berita jam 6. Ada satu berita yang cukup menarik hati saya iaitu majlis Akikah bayi kembar empat. Memang bertuah pasangan tu dapat anak kembar empat. Kesemuanya lelaki. Rasa bahagia bila tengok pasangan tu mengulas tentang anak-anak mereka. Anak-anak adalah Rezeki Allah. Cuma bila saya tengok wajah keempat-empat bayi tu rasa tenang mungkin sebab wajah orang yang masih lagi suci bersih tanpa sebarang dosa. Sebab itu kita kena muliakan kanak-kanak sebab mereka masih bersih dan suci tanpa dosa. Kita pula selalu melakukan dosa secara sedar atau pun tidak. Saidina Umar sendiri amat memuliakan kanak-kanak kerana kanak-kanak amat bersih hatinya dan sebab itu doa kanak-kanak amat makbul.

02 MAC 2002

Selamat Pengantin baru kepada sahabat saya Mohd Hafiz Razi (Berseluar putih).Maaf kerana Saya sebenarnya akan turut serta ke majlis pernikahan tersebut pada awalnya tetapi atas komitmen keluarga (ada tetamu) dan persediaan peperiksaan saya terpaksa membatalkan hasrat saya pada saat-saat akhir. Apa pun Selamat pengantin baru semoga bahagia selamanya. 

WASSALAM...
 

 


 

Baca Diari Sebelum ni