Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

08 NOVEMBER 2002 [JUMAAT]

ASSALAMUALAIKUM...

Bukankah apabila tiba Ramadhan semua syaitan telah diikat. Tetapi mengapa kita masih lagi melakukan perkara-perkara yang tak baik? Nampaknya kita terlalu tunduk kepada nafsu dan nampaknya puasa kita taklah mendatangkan kesan. Kerana puasa dalam ertikata sebenarnya akan dapat menundukkan nafsu tetapi lain jadinya. Kita yang tunduk kepada nafsu.

Memang kita lemah. Tetapi jangan jadikan kelemahan itu sebagai satu alasan untuk kita terus terbelenggu dan tunduk dengan kehendak nafsu. Marilah kita saling ingat-mengingati antara satu sama lain. Kalau anda ada sahabat atau rakan sama-samalah kita saling mengingatkan. Semoga apa jua yang kita lakukan akan mendapat keberkatan-Nya tambahan pula kita berada dalam bulan yang menjadi penghulu segala bulan.

Alhamdulillah hari ni dapat bersahur. Macam biasa, saya selenggarakan komputer pak cik saya. Tengah hari solat Jumaat di Surau Taman Dindings.

Unbelieveable!

Khutbah Solat Jumaat cuma 9 minit!

Saiful Believe It Or Not... Believe It (Pinjam kata-kata satu rancangan TV popular) Hehehe...

Bayangkan!!! Nilah Solat Jumaat paling pantas yang saya pernah hadiri dalam hidup saya. Mungkin sebab semua nak masuk pejabat balik kena cepat. Sebab tu saya suka cuti hari Jumaat macam di Kedah, Kelantan dan Terengganu sebab boleh sampai di masjid awal sikit. Lepas solat sempat buat solat itu dan ini. Kalau tak cuti, kelam kabut.

Betul tak?

Malam saya solat Terawih di Sitiawan. Macam tak percaya sahaja tengok wajah Sitiawan sekarang. 1/11/2001 waktu saya ke sini dulu banyak yang tak ada. Sekarang sekejap sahaja dah siap. dulu memang kawasan semak tak ada apa-apa papan tanda pembangunan pun dekat tepi Petronas tu. Sekarang dah siap bangunan beratus-ratus unit! Kena cari kontraktor macam ni. Pantas!

Kawasan lain pun sama. Memang jauh berbeza. Sekejap sahaja dah berubah. Pantasnya..

WASSALAM...

07 NOVEMBER 2002

ASSALAMUALAIKUM...

Saya ada terbaca satu artikel dalam akhbar berita harian hari ni yang bertajuk menjadikan 'adat berpuasa' kepada 'ibadah puasa'. Cuba fikir sama ada puasa kita selama ini adalah adat atau ibadah. Sama-sama kita renungkan...

Memang saya dah agak dah semua tak terjaga waktu sahur. Mujur saya dah makan dah sebelum tidur tadi. Hehehe.. Sedar-sedar dah jam 6.30 pagi. Terus saya mandi. Kemudian duduk rehat dan baca paper. Lepas maintainance komputer saya dan adik saya ke Teluk Batik. Dah lama dah saya tak ke sana.

Hari ni cuma dapat tengok orang Hindu sahaja yang banyak. Cina ada sikit-sikit. Orang Melayu tak berkelah la dalam bulan puasa ni. Hehehe... Saya cuma ambil angin sambil memerhatikan ketenangan laut. Memang cukup mengasyikkan. Alam ciptaan Allah.

Berbuka puasa dengan masakan kami sendiri. Hehehe... Malam solat Terawih di Surau Taman Dindings. Saya macam biasa paling lewat tidur. Hehehe

WASSALAM...

06 NOVEMBER 2002

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah kerana dapat jua kita merasai kenikmatan Ramadhan 1423 kali ini. Marilah kita jadikan Ramadhan kali ini paling bermakna dalam diri kita. Biarlah kita apabila selesai Ramadhan nanti kita akan menjadi insan yang dituntut oleh agama. Mudah-mudahan.

Nabi pernah bersabda "Sekiranya umatku mengetahui kelebihan yang ada pada Ramadhan pastinya mereka akan mahukan semua bulan menjadi Bulan Ramadhan.

Kalau kita hayati betul-betul sabda nabi tu memang kita akan dapati bahawa dalam Ramadhan banyak manfaat yang bakal kita perolehi. Kalau kita buat amalan dalam bulan Ramadhan ia akan digandakan berkali-kali ganda banyaknya. Tak nak kah kita rebut peluang ini?

Saya mengaku yang saya bukannya pandai sangat dalam bab-bab agama. Saya bukannya lepasan sekolah agama atau pernah mengaji pondok. Saya cuma dari aliran biasa sahaja. Tetapi saya percaya kalau kita tahu walaupun sikit dan kita amalkan, kita akan menjadi lebih baik dari orang yang banyak ilmu tetapi tidak mengamalkannnya. Ibarat pohon yang rendang tapi tidak berbuah. Betulkan?

Sebelum saya teruskan dengan aktiviti saya hari ni. Saya nak ulas sikit tentang kes rogol dan bunuh budak berumur dua tahun di Alor Setar. Memang mengejutkan. Saya terfikir semula kenapa dalam keadaan kita nak mencapai kemajuan kita masih lagi dibelenggu dengan keadaan sebegini? Banyak yang perlu kita persoalkan.

Budak tu baru umur dua tahun. Apa dosanya? Apa salahnya? Di manakah pertimbangan akal fikiran kita? Bagi saya kalau institusi keluarga tidak kukuh, begitulah jadinya. Memang menyedihkan apabila mendengar banyak lagi kejadian jenayah berlaku. Bagi saya, memang saya cukup terasa. Saya tak berapa boleh dengar kes-kes macam ni. Saya tak dapat terima. Memang cukup menyedihkan hati.

Dah lama saya perhatikan gejala ni. Sekarang semakin berleluasa. MasyaAllah. Ya Allah, berikanlah kedamaian pada hati setiap makhluk-Mu agar mereka sentiasa tenang dan sejahtera. Campakkanlah keluar keburukan dalam hati setiap hamba-Mu Ya Allah. Amankanlah keadaan kami dan sentiasa limpahkan Kerahmatan-Mu kepada kami. Amin...

Saya berada di Ayer Tawar, Manjung Perak Darul Ridzuan. Alhamdulillah semuanya OK. Saya selamat sampai malam tadi kira-kira jam 11 malam. Cuma sambutan puasa di sini taklah rasa meriah sangat sebab tak ramai orang melayu. Banyak orang Cina dan Hindu sahaja di sini. Taman tempat Pak Cik saya tinggal pun tak ramai orang Islam.

Saya hari ni cuma membantu penyelenggaraan komputer Pak Cik saya dengan install apa yang patut dan buat macam-macam benda lagi. Pak Cik saya tak tahu sangat. Maklumlah baru lagi dengan komputer ni. Hehehe... Saya pun bolehlah...

Mak Cik saya masih lagi dalam pantang dan masih berada di Pendang, jadi bukak puasa hari ni kami kena masak sendirilah. Pak Cik saya masak gulai dan saya bantu masak nasi, buat air dan lain-lain. Turut membantu adalah adik saya yang sorang lagi, Shaukhi.

Sedap jugak masak sendiri ni. Hehehe...Apa pun Alhamdulillah atas rezeki pemberian Allah. Malam solat Terawih di Surau Ar-Rahmaniah Taman Dindings. Diimamkan oleh Hafiz muda. Alhamdulillah. dalam hati memang ada rasa nak jadi Hafiz tapi masih banyak yang nak kena perbetul. Apa pun saya memang cukup respek kepada golongan Al-Hafiz ni.

Kemudian kami ke Lumut untuk ambil angin tepi laut sambil berbual-bual tentang pengalaman Pak Cik saya mengajar di Sabah dulu. Banyak lagi benda yang dibualkan. Kami balik dah lewat dan terus tidur kecuali saya yang masih berjaga tengok TV. Sebelum tidur saya makan dulu sebab rasa macam tak confident nak bangun sahur sebab dah lewat sangat saya tidur (Dekat pukul 3).

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini---[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][1][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][43][44][45][46][47][48][49][50][51][52][53][54][55][56][57][58][59][60][61][62][63][64][65]

Baca Diari Sebelum ni

Saifulazrul Collection 1999-2002
Provided by Saiful Azrul Che Lah