Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

12 NOVEMBER 2002

ASSALAMUALAIKUM...

Menilai Kemerosotan Prestasi Atlit Negara

Saudara Pengarang,

Rasanya inilah kali pertama kemerosotan prestasi atlit negara disentuh oleh Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri dalam pembentangan bajet yang lepas dan itu sememangya hakikat. Sukan Asia di Busan mencerminkan perkara yang sama. Meskipun ada cabang-cabang sukan yang menyerlah namun ada yang terus menjunam prestasinya umpamanya bolasepak dan sepak takraw.

Kontroversi sepak takraw umpamanya, banyak mengundang persoalan terhadap bidang sukan di negara kita. Sama ada dakwaan tersebut benar atau tidak itu bukan persoalan utama, tetapi ia menampakkan lompang-lompang kosong dalam pentadbiran sukan negara dan juga sikap tidak professional atlit. 

Bolasepak pula mempunyai infrastruktur bertaraf dunia namun prestasi pemain kita hanya setara atau lebih rendah dari negara yang prasarana sukannya hanya bertaraf daerah di negara kita. Pihak pentadbir menyalahkan atlit dan atlit menyalahkan pihak pentadbir. Yang mana satu benar? Sebenarnya harus ada penilaian yang dapat mencari punca sebenar permasalahan ini.

Penilaian ini haruslah dipelopori oleh golongan yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan dalam mana-mana persatuan sukan dan arif dalam industri sukan negara. Ini bagi memastikan ketelusan hasil yang bakal diperoleh.

Hasil dari penilaian tersebut dapatlah kita mengambil tindakan sama ada mungkinkah sudah tiba masanya untuk golongan politik mengundur diri dalam pentadbiran sukan atau atlit yang seharusnya bersikap lebih professional dalam. Jika tidak penyertaan kita dalam sukan di arena antarabangsa cuma sebagai pelengkap kepada acara sahaja. Mahukah kita terus menyaksikan senario ini? 

SAIFUL AZRUL CHE LAH
A-151 TAMAN DERGA JAYA,
O5300 ALOR SETAR, KEDAH.

Itu adalah teks asal yang saya kirimkan kepada editor Majalah MASSA. Bila saya bukak majalah MASSA minggu ni tersiar pendapat saya. Adalah sedikit editan. Kalau nak tengok belilah majalah MASSA minggu ini. Hehehe...

Bila saya tunjuk dekat adik-adik saya, depa cakap artikel sesat. Hehehe... Abang Midi pulak cakap dia ada kawan nama Saiful Azrul Che Lah dan duduk di Taman Maju Jaya dan alamat dalam majalah MASSA tu salah. Hehehe... Saja depa bergurau dengan saya. Tak kisahlah. Hehehe...

Dah lama tulisan saya tak masuk mana-mana majalah atau akhbar. Waktu saya di bangku sekolah dulu saya memang aktif menulis dalam Akhbar Minda Pelajar. Boleh kata dalam sebulan tu adalah artikel saya yang keluar. Dalam Utusan Melayu pun ada jugak. Bila masuk universiti saya dah 'rehat'.

Sekarang bila tengah cari kerja, waktu lapang saya habiskan dengan menulis. Sebenarnya itu adalah keluhan saya apabila menyaksikan Malaysia tewas dalam sepak Takraw kepada Myanmar. Sebelum tu dah frust bila skuad bolasepak negara tewas.

Saya memang minat sukan. Apa jenis sukan pun saya akan ikuti perkembangannya. Kalau boleh main saya main. Dan selalunya saya main banyak jenis sukan. Tapi paling minat adalah Bolasepak cuma bakat saya menyerlah dalam Badminton.

Ok berbalik kepada diari saya hari ini. Selepas jogging saya cuma berehat di rumah. Sambung tidur. Maklumlah tidur lewat malam tadi. Tengah hari saya bersama mak, abah, adik dan Abang Midi ke rumah Mak Teh saya yang mengadakan kenduri kawin anak keduanya. Alhamdulillah... Kawin Orang Perak. Sama-sama bekerja di KL.

Kemudian saya turun main badminton. Prestasi hari ni kira boleh tahanlah. Tapi makin dapat sesuaikan diri dengan corak baru. Saya nak main secara simple sahaja. Tak mahu main terlalu pressure. Hasilnya Alhamdulillah semakin menarik.

Malam cuma menonton TV sambil berbincang banyak topik dengan family saya dan juga Abang Midi. Hehehe.. Memang lawak... Semua ada bersama sambil berbual. Memang membahagiakan. Bersama seluruh anggota keluarga sambil bergurau dan berbincang. Memang cukup menyeronokkan. Ya Allah kuharapkan semua ini terus selamanya.

Selepas solat Isyak dan membaca Al-Quran saya menonton TV dan kemudian selepas semak dan balas email terus saya tidur kira-kira jam 3 pagi.

WASSALAM...

11 NOVEMBER 2002 [JUMAAT]

ASSALAMUALAIKUM...

Saya tetap berjogging di Taman Rimba walaupun mata terasa terlalu mengantuk. Maklumlah tidur jam 5 pagi. Pukul 6.30 dah bangun lepas tu turun jogging pulak memang peritkan? Hehehe... Tak kisahlah

Selepas jogging, saya terus semak email dan terus balas. Kemudian berehat sehingga solat Jumaat di Masjid Alor Semela. Hari ni khutbah bertajuk dusta. Banyak jugak yang dikupas oleh khatib yang bertugas.

Selepas Solat Jumaat saya cuma menonton Sukan Asia di Busan. Petang saya melawat kawasan. Hehehe... Bukan melawat kawasan. Cuma jalan-jalan cari ketenangan. Hari memang cukup menggembirakan saya. Jadi saya saja jalan-jalan merentasi lautan sawah dengan motor saya.

Memang indah pemandangan yang saya saksikan. Subhanallah. Indah dan permainya ciptaan-Mu. Walaupun rasa macam nak hujan tapi saya tetap lalui jugak kawasan-kawasan sawah tu. Memang cukup mendamaikan. Udara yang nyaman cukup mengasyikkan. Bila tengok beburung beterbangan kehijauan sawah padi, saya rasa cukup tenteram.

Terasa betapa agungnya Allah. Betapa kerdilnya diri ini. Sambil itu saya jugak sempat meninjau keadaan penduduk di situ. Last sekali saya macam dah sesat. Masuk merata, ikut redah sahaja. Apa pun saya tetap tahu jalan pulang.

Malam tonton Final Piala Emas Raja-Raja antara Penang dengan Kedah. Tewas Kedah 2-1. Tapi prestasi Kedah ni tak sama dengan Kedah Piala Malaysia. Penang membariskan player Piala Malaysia tapi Kedah cuma player-player biasa. Apa pun persembahan Kedah tak begitu membanggakan.

Selepas perlawanan saya terus pulang dan selepas balas email saya tonton rancangan Senja Merah. Cerita lama yang ditayangkan oleh RTM pada 12.45 malam. Kemudian barulah saya tidur.

WASSALAM...

10 NOVEMBER 2002

ASSALAMUALAIKUM...

Saya bangun jam 5.30 pagi untuk bersahur. Alhamdulillah masih dapat bernyawa hari ini. Syukur kepada Allah. Pagi saya cuma habiskan masa dengan mempelajari IT. Itu sahaja. Tengah hari saya jemput adik saya pulang dari sekolah.

Abang Midi datang dan ceritakan tentang klip video terbaru Firdaus. Katanya seronok jugak. Nak tahu? Nanti tengoklah sendiri. InsyaAllah album terbaru Firdaus akan dilancarkan pada 28/10/2002 ini. Belilah yang original! Hehehe... promote pulak.

Apa pun konsep album kali ni dah berubah. Saya tak berapa suka sangat kalau kumpulan Nasyid ubah sikit macam ni tapi kumpulan Firdaus mahu lebih menekankan kepada mesej. Tapi memang best lagu album terbaru.

Album ni difokuskan kepada golongan remaja. Kira lagunya macam In-Team dan UNIC. Lebih kurang begitulah. Dalam komputer saya pun dah ada lagu-lagu terbaru tapi maaflah saya tak boleh cetak rompak. Cuma untuk persendirian sahaja. Nak tahu belilah yang original nanti...Hehehe...

Petang tetap turun main badminton. Tapi memang perit sikit. Maklumlah puasa. Tapi itu bukan halangan kan? Apa pun tetap boleh menang jugak.

Selepas berbuka, baca Yasin bersama keluarga dan kemudian menonton berita. Selepas berita saya menyambung kerja-kerja saya dan balas email sampailah jam 5 pagi.

Setakat ini sahaja kot buat hari ini. InsyaAllah bertemu lagi esok.

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini---[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][1][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][43][44][45][46][47][48][49][50][51][52][53][54][55][56]

Baca Diari Sebelum ni

Saifulazrul Collection 1999-2002
Provided by Saiful Azrul Che Lah