Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

31 OGOS 2002

Tanda Pangkah

Dua sahabat sering menyewa bot dab memancing di tasik setiap hari. Pada suatu hari mereka berjaya memancing 30 ekor ikan.

Johari: Nampaknya kita dah jumpa lubuk ikan, tengoklah hasil tangkapan hari ni...Berbaloi!

Abdullah: Betul tu...isteri aku tentu gembira tengok hasil tangkapan aku hari ni.

Johari: Macam ni baik awak tandakan lubuk kita ni, esok kita boleh datang ke sini lagi!

Abdullah: Baiklah

Keesokannya...

Johari: Awak tanda tak lubuk memancing kita semalam?

Abdullah: Ya...Saya buat tanda pangkah kat tengah-tengah perut bot, semalam.


Johari:???? (biul kot budak ni. Hishh...) 

Saja saya mulakan hari ini dengan satu cerita lucu. Bolehlah kita tenangkan sedikit otak kita. Jangan terlalu serius sangat. Kadang kala kenalah rileks sikit kan? Hehehe...

Saya Cuma menonton perarakan kemerdekaan di Dataran Merdeka melalui TV sahaja. Nak ke Alor Setar hujan. Adik saya yang bongsu dan kedua bongsu tu cukup bersemangat ke Alor Setar tengok sambutan hari kebangsaan. Hehehe...Dah abah bagi duit lepas tu minta pulak kat mak mana tak semangat.

Teringat balik kenangan waktu saya berarak di Dataran Merdeka pada tahun 1992 dulu. Saya ikut program Mini Parlimen/ADUN (Rancangan yang dihoskan oleh Pak Cik Jamal Kerdil). Waktu tu menginap di Institut Latihan Sultan Ahmad Shah, Bangi. Waktu tu memang rasa macam betul-betul YB. Dengan iringan polis trafik bila kami sampai di KL dan berbagai-bagai aktiviti yang diatur. Memang menarik.

Program tu memang menarik! Ada jugak kawan saya yang semacam akan menjadi ahli parlimen/ADUN. (Muhammad Fauwaz Fadzil (Anak kepada Almarhum Datuk Fadzil Noor)) yang kini aktif berceramah dan sedang menuntut di Mesir. Pak Cik Jamal pun selepas bersara terus masuk Pas dan aktif dalam Pas.

Kawan-kawan yang lain saya tak berapa nampak sangat bakat mereka dalam politik. Saya? Mungkin tak akan menjejaki bidang politik ni. Biarlah saya setakat ambil tahu cukuplah. Itu pendirian saya. Kalau terpaksa barulah saya ceburi bidang ni. Biarlah masa yang menentukan.

Kalau diikut rasa hati saya, saya nak toton Kaho Na Pyar Hai (yang dah lebih 30 kali saya tonton) pada pukul 2 petang ni tapi sebab saudara saya di Bukit Besar buat kenduri, saya kena utamakan bab persaudaraan seba itu lebih penting. Lagipun saya ada VCD Kaho Na Pyar Hai tu. Tak kisahlah sangat.

Entahlah sebab apa saya memang minat sangat cerita tu. Tak jemu-jemu saya tonton. Mungkin ada beberapa kebetulan kot. Hehehe...Kenduri selepas solat  Zohor dan antara hidangannya ialah daging kambing. Ramai yang tak makan jadi sayalah tukang perabih. Hehehe...

Kemudian saya terus ke Kampung saya di Pendang untuk ambil kekabu untuk buat bantal. Sambil tu saya pergi ambil sepupu saya yang baru berusia hampir  tiga bula untuk didukung. Seronok bawak Nur Akrima jalan-jalan kot keliling kampung saya. Hari ni saya dah dukung banyak budak-budak. Kat Bukit Besar tadi pun banyak.

Bulan depan InsyaAllah seorang lagi sepupu saya akan lahir. Ikut jadual pada pertengahan bulan September ni. Mudah-mudahan. InsyaAllah. Kemudian saya terus pulang dan bantu ayah saya selesaikan sikit masalah komputer.

Malam saya tonton berita dan kemudian semak email dan beberapa benda dan terus saya lakukan beberapa kerja peribadi. Maaflah sebab diari saya agak lewat sikit pada minggu ni. Ada sedikit masalah dengan programming HTML.

Selepas saya selesaikan kesemuanya, terus saya tidur. Dulu saya janji nak masukkan satu artikel yang saya karang pada hari ni tapi saya rasa masih belum bersedia. Esoklah saya akan masukkan artikel tu sebanyak empat siri. InsyaAllah.

WASSALAM...

30 OGOS 2002 [JUMAAT]

'... hari esok mesti lebih baik dari hari ini. jangan ingat apa yang berlaku hari ini tidak mempengaruhi apa yang berlaku esok... jika hari ini kita tidak berniat utk berusaha mengubah nasib kita..jangan harapkan esok akan menjadi cerah..'

Satu ungkapan yang saya dapat daripada seorang kawan saya di UKM. Harapnya dapat kita sama-sama menghayatinya sebab saya lihat banyak benda yang dapat kita hayati bersama. Mudah-mudahan kita menjadi lebih aik pada setiap hari. InsyaAllah...

Saya ingat nak jogging hari ni tapi selepas Subuh saya tertidur semula. Jadi melepaslah. Lagipun cuaca tak berapa baik. Kemudian saya Cuma berehat di rumah dan nak guna komputer tak boleh sebab ramai yang guna sebab adik saya Shaukhi balik dan banyak buat programming VB. Saya Cuma tolong sikit-sikit je. Hehehe..

Solat Jumaat hari ni membicarakan soal Kemerdekaan. Pendek sangat hari, tak sampai 15 minti dah habis khutbah. Saya hairan jugak. Ingat kot sebab hari nak hujan jadi khatib pendekkan khutbah rupa-rupanya selepas solat Jumaat dilakukan tahlil ringkas untuk pejuang-pejuang kemerdekaan negara.

Selepas makan tengah hari saya terus lawan badminton dengan adik saya Shaukhi. Memang saya tak risau langsung nak lawan dengan dia. Memang terlalu terlalu terlalu jarang saya tewas kepadanya. Hehehe.. Banyak perkataan terlalu tu menggambarkan betapa kebalnya saya bila lawan dengan dia. Hehehe...

Saya dah cukup masak dengan corak permainan dia. Apa pasal orang lain boleh kalah dengan dia saya pun tak tahu. Hari ni macam biasa dua set pertama saya menang. Dia ajak tambah dua set lagi. Set ketiga dia tinggalkan saya 1-14. Dia cakap kalau saya menang rekod. Saya pun pulun ligan balik dan menang 17-14! Bayangkan. Dia gelengkan kepala je. Dia cakap memang saya badi dia. Hehehe.... Set keempat dengan senangnya saya bantai dia 15-1. Hehehe..

Malam saya ke Pasar Malam dengan Shaukhi. Pening kepala betul saya tengok gelagat orang yang jual VCD. Dengan selambanya jual VCD lucah secara terbuka. Macam mana kalau budak kecil lalu tengok. Tak kah rosak minda budak tu?

Mentang-mentanglah malam ni malam merdeka. Depa ingat depa boleh merdeka jual benda macam tu. Rosak! Pening kepala betul. Malam ni malam Merdeka. Tengoklah. Macam-macam gejala sosial yang berlaku. Saya pun dah malas nak ulas dalam diari ni pasal sambutan kemerdekaan. Rasanya kalau pejuang kemerdekaan kalau depa tengok baik gelagat sambuatan kemerdekaan, pasti mereka akan menangis.

Malas saya nak ulas benda-benda yang negatif ni. Saya tidur awal malam ni sebelum pukul 10 lagi dah tidur. Entahlah mengantuk sangat rasanya.

WASSALAM...

29 OGOS 2002

Beberapa panduan Imam Al- Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong dan angkuh


1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.


2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.


3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.


4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui..

5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.


6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan didalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah.

Pesanan Imam Al-Ghazali di atas pertama kali saya baca ialah ketika saya sedang menuntut di Pusat Matrikulasi UUM. Dah lama saya nak masukkan dalam diari ni dan hari ni barulah saya jumpa semuala dalam buku Iman Dan Akhlak karangan Ustaz saya iaitu Ustaz Shopuan Anuar dari Pusat Matrikulasi UUM. Sama-samalah kita merenung kembali diri kita.

Saya bangun pukul 5.30 pagi untuk bersahur. Kemudian saya sambung tidur semula dan bangun dalam pukul 9 pagi. Terus saya semak web uum untuk lihat list student IT yang akan konvo pertengahan bulan depan tapi tak diupdate lagi. Risau betul saya.

Bagi kursus lain semua dah ada tapi bagi IT masih belum lagi. Apa yang lambat sangat saya pu tak tahu. Kemudian saya buat online application untuk minta kerja dalam jobstreet. Dan surf beberapa laman web yang berpotensi untuk mencari kerja kosong.

Tengah hari saya Cuma tonton buletin 1.30 dan kemudian saya ke Shahab Perdana untuk tolong belikan tiket buat Zam yang nak ke KL petang ni atas urusan rasmi LADA. Semua kelam kabut jadi saya yang kena bantu Zam.

Kemudian saya salin minyak hitam motor saya dan terus ke  Kuala Kedah untuk ambil Zam. Kemudian saya ke rumah Zam dan berehat di sana. Kira-kira jam 5.45 petang saya terus hantar Zam ke Shahab Perdana dan Zam selamat bertolak pada pukul 6.40 petang. Terus saya bergegas balik dan masak nasi goreng untuk berbuka puasa. Alhamdulillah nikmatnya.

Kemudian saya membaca Yassin bersama keluarga dan kemudian menonton TV dan malam ni saya tidur awal. Mengantuk! Entahlah sebab apa.

WASSALAM...

27 OGOS 2002

Sedikit renungan sebelum saya memulakan diari hari ni.

Sesiapa yang melakukan kebaikan walaupun sebesar zarah akan tetap diberi pembalasan. Dan barang siapa melakukan kejahatan walaupun sebesar zaarah, maka dia juga tetap akan diberi pembalasan (Surah al-zalzalah, ayat 7-8)

Mudah-mudahan kita sama-sama mendapat manfaat darinya. InsyaAllah.

Seperti biasa saya keluar jogging pada waktu pagi. Kemudian saya membaca akhbar dan semuanya seperti biasa sahaja. Kemudian saya semak email dan macam biasa saya akan balas pada waktu malam.

Tengah hari saya Cuma berehat sambil menonton TV dan kemudian melakukan beberapa kerja peribadi. Petang saya menonton Kiranya Aku Tahu dan kemudian saya membantu ayah saya melakukan kerjanya.

Malam saya Cuma menonton Berita dan kemudian terus melakukan sedikit kerja peribadi. Minggu ni point fantasy soccer saya agak kurang. Minggu lepas saya berada di tangga yang ke 65 minggu ni selepas dua peringkat saya jatuh ke kedudukan yang ke 120 dan kemudian menjunam ke tangga 650 daripada 203 903 peserta (Bagi pasukan Kedah United) Bagi pasukan Saiful United pula saya menduduki ranking yang ke 27 053 daripada 203 903 peserta dari seluruh dunia. Kira oklah kan. Tahun lepas saya menduduki tempat yang ke 32 000++ dan 65 000++. Tahun kalau boleh saya nak duduk dalam ranking yang ke Kurang 10 000 bagi Kedah United dan kurang 30 000 bagi Saiful United. Jadi saya kena lebih kritis dan analitikal memilih player yang turun bermain.

Minggu depan saya dah atur strategi yang cukup cantik saya kira. Harapnya menjadi. Hehehe... Kadang-kadang kita boleh rasa dengan melihat corak persembahan sebelum ni.

Oklah saya dah nak masuk tidur dah ni.

Jadikanlah Keredhaan Ilahi Cita-Cita Di Hati

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini---[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][1][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][43]

Baca Diari Sebelum ni

Saifulazrul Collection 1999-2002
Provided by Saiful Azrul Che Lah