Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

01 APRIL 2002

Berjaya jugak Fadilah tu mengAprilfoolkan Din dan Zam. Tahu tak apa dia cakap. Dia cakap dia beli kereta baru KIA warna maroon. Fuh Dasyat, apa ayat dia guna pun saya tak tahu sampai Din dan Zam percaya bulat-bulat. Saya siasat dulu sebab tak logik kalau beli hari tu terus dapat kereta. Satu lagi dia praktikum dua bulan je. Takkan nak gun untuk dua bulan pun kena beli kereta dan lepas tu bayar tax bawa ke sebelah sana. Tak lpgik kan?

Din dan Zam merancang nak pekena balik. Hehehe... Apa pun hari tu saya memang agak sibuk. Bangun seawal jam 6 pagi dan orang pertama sampai di pejabat. kalau ada anugerah pekerj terawal, rasanya saya yang akan gondol hadiah tu bersama Zam dan Din. Hehehehe....

Kita tidak boleh mudah mengalah dengan cabaran. Benar cabaran boleh diselesaikan tetapi tidak bermakna selepas kita menyelesaikan sesuatu cabaran kita tidak perlu lagi menghadapi cabaran! Cabaran kan tetap datang dan tugas kita ialah menghadapi dan menyelesaikannya. Kita perlu ada kekuatan untuk menghadapi cabaran. Jangan lekas putus asa. Saya selalu bercakap soal cabaran sebab ramai orang termasuklah diri saya tidak dapat menghadapi cabaran dengan sebaik mungkin. Kita mesti sentiasa belajar, belajar untuk menghadapi cabaran kerana kita akan sentiasa menghadapi cabaran. 

Akhir sekali apa yang ingin katakan ialah saya kini Tenang, Bahagia dan Selesa di Langkawi. Segalanya menjadi bagi saya. Doakan saya terus begini....

WASSALAM...

31 MAC 2002

Bangun 6.15 pagi dan jadi orang terawal sampai di pejabat. Hehehe maklumlah pekerja berdiplin. (Saja puji diri sendiri), Hehehehe... Apa pun hari Ahad rasa macam hari Isnin pulak sebab hari Sabtu kerja. Selalunya saya dah biasa mula hari Ahad sebab sistem persekolahan di Kedah cuti jumaat & Sabtu.

Banyak jugak pasal VB yang dapat saya explore. Nasib baik saya ada asas BASIC sejk tingkatan dua dulu Kalau tidak susah nak handle VB ni tapi VB ni kira mudah jugak dan amat powerful. Kalau bina sistem guna VB memang menarik!

Malam tengok Filem Hindustan di Dataran Lang. Sebelum tu makan di Pekan Kuah. Petang macam biasa saya main badminton. Alhamdulillah semuanya berjlan lancar pada hari ni cuma yang tak bestnya saya terpaksa tunggu Din dengan Zam yang balik lewat. Kunci ada satu je. Nasib baik ada jiran sebelah bolehlah berbual-bual sikit. Kalau tidak boring nak tunggu. Tak banyak yang dapat saya ceritakan hari ini...

WASSALAM...

30 MAC 2002

Still terawal masuk pejabat. Hehehe... Entahlah sejak dua menjak ni motivasi saya cukup tinggi. Tak tahulah kenapa. Tapi saya memangg rasa seronok berada di Langkawi ni. Cantik. Kalau pening kepala bukak je tingkap di Tingkat 7 tu dan lihat pemandangan laut yang cantik tu. Tenang mata memandang.

Kali ni makan dah berbayar. Bayar RM 2 makanlah apa yang nak. Semua ni atas rayuan saya sebab seganlah nak makan free je. Kan? Apa pun hari ni saya terpaksa bertungkus lumus menyiapkan sistem. Budak praktikum yang lain pun banyak jugak kerja hari ni. Hehehe...

Malam kami keluar makan kat Kuah sambil tengok tayangan Seri Dewi Malam yang ditayangkan di Dataran Lang (Dekat skrin gergasi tu) Tiap-tiap malam ada je cerita yang ditayangkan. Free je boleh tengok!

WASSALAM...

29 MAC 2002

satu je masalah kat Langkawi ni iaitu harga makanan yang agak mahal. Tetapi Alhamdulillah sebab saya selalu asyik dapat makan free. Entahlah mungkin rezeki saya. Apap pun kita harus bersyukur dengan apa yang kita dapat. Hari ni bangun 5.45 pagi. memang awal kan? Saja sebab nak pergi kerja awal. Di LADA student-student praktikum memang rapat antara satu sama lain sebab semua still student. Lagi pun senang nak berbincang pasal banyak benda. Saya join semua orang. Itu memang sifat saya. Hehehe...

Hari ni hari jumaat. Tak banyak yang dapat saya buat. cuma layan saudara mara yang datang. Lepas solat Jumaat saya pun memulakan kerja memindahkan barang-barang saya ke rumah baru di Pekan Kuah. Oklah rumah tu walaupun tidak terurus. Jadilah asalkan ada tempat untuk berteduh. Ada jugak TV, bolehlah tengok jugak. Kalau tak asyik tengok kat Dataran Lang ja...

Malam saya tidur awal sebab Sabtu dah nak kerja. Tak banyak yang dapat saya ceritakan pada hari ini. Mood tak berapa ada. Sorry!

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini---[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11]

Baca Diari Sebelum ni

Saifulazrul Collection 1999-2002
Provided by Saiful Azrul Che Lah