Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

 

DIARI SAIFUL

06 FEBUARI 2002

Banyak yang perlu diselesaikan tetapi Alhamdulillah saya dapat siapkan hampir 90% atas bantuan dan sokongan kawan-kawan. Sebenarnya banyak yang hendak saya coretkan sebab perasaan saya kini terlalu gembira. Apa tah lagi projek ke Singapura menjadi kenyataan dan ia sebenarnya telah mengubah persepsi hidup saya. Oleh kerana kejayaan demi kejayaan yang saya kecapi saya kini sedang dalam puasa nazar. Memang hati terlalu gembira cuma ia perlu dikawal agar tidak melarat. Semua yang saya lakukan menjadi seperti yang saya harapkan. Saya tidak kisah apa yang akan berlaku kerana saya sudah mencuba sebaik mungkin.

Melawat Singapura akan menjadi salah satu kenangan yang paling indah dalam sejarah hidup saya. Banyak yang dapat saya pelajari dan ia amat-amat berguna kepada pembentukan mentaliti saya kerana kekuatan yang saya cari ada dalam projek ini tetapi saya rasa tidak perlulah saya huraikan secara lanjut kerana ia agak peribadi. Menyaksikan negara kecil yang diapit oleh negara yang lebih besar membangun amat mengkagumkan. Ia sebenarnya merupakan satu kejayaan bagi Lee Kuan Yew membentuk dasar yang telah banyak menjadikan Singapura sebagai negara maju. Mereka bijak menggunakan kelebihan yang ada untuk menarik pelancong ke negara mereka.

Saya berpeluang ke Safari Night dan sememangnya mereka banyak menonjolkan kelainan. Inilah yang dicari oleh pelancong asing dan pengembara. Konsep safari mungkin sudah agak biasa bagi kebanyakan orang tetapi Safari Night merupakan sesuatu yang agak baru dan mereka telah mengeksploitasikannya yang memeberikan mereka keuntungan yang besara. Mereka pintar menjaga hati pelancong. Contohnya mereka mengenalpasti kelompok yang paling banyak melawat tempat mereka dan mereka mendapati Pelancong Jepun banyak mengunjungi Safari Night dan mereka dengan serta merta menyediakan kemudahan taklimat dan kemudahan lain khusus kepada pelancong dari Jepun.

Singapore Discovery Centre merupakan satu pusat yang dapat membantu perkembangan minda kanak-kanak juga orang dewasa.Saya amat tertarik dengan tayangan dokumentari The hidden Secret Of Grand Canyon.Ia banyak mengajar saya erti ketabahan juga keindahan alam ciptaan Allah. Memang mengkagumkan dan amat menarik serta terlalu simbolik kalau untuk ditafsirkan  Kita perlukan lebih banyak pusat sebegini di negara kita. Terdapat Planeterium Negara, Pusat Sains Negara dan Pusat Sains Petronas di KLCC namun kita perlu memperbanyakkan pusat sebegini kerana ia mampu merangsang minda kanak-kanak seterusnya mmotivasikan mereka.

National Universiti Of Singapore dan Kent Ridge Digital Lab banyak memberikan input yang berguna kepada saya dalam membentuk idea-idea baru. InsyaAllah bila bekerja nanti saya akan cuba mengaplikasikannya sebaik mungkin.Apa pun projek ke Singapura merupakan sesuatu yang amat bermakna dalam diri saya. Saya terlalu minat dalam mengembara. InsyaAllah bila dewasa nanti saya akan berkunjung ke banyak lagi tempat yang saya idam untuk pergi. Untuk mengubat kedukaan tidak dapat berkelana jauh saya hanya mampu membaca ruangan kembara dalam majalah MASSA setiap minggu. Melalui pengembaraan kita akan dapat menambahkan lagi pengalam kita dan kita akan lebih menghayati kekuasaan Allah.

 

28 JANUARI 2002

Assalamualaikum selamat datang ke Laman Saiful Azrul Che Lah.....Saya akan buat  beberapa perubahan dalam web saya ini sebab ada sedikit rungutan. Maaf sebab saya ambil masa 12 hari untuk update. Bukan apa saya agak sibuk dan lab pun  asyik buat hal. Banyak yang dapat saya pelajari minggu ini. Semangat pun tengah  tinggi. Cuma kalau boleh saya nak menambahkan lagi ketenangan fikiran yang saya dapat sekarang. Ada dua tiga aktiviti yang saya lakukan dan sekarang Alhamdulillah semuanya OK dan seperti yang dikehendaki. Apa pun semuanya bergantung kepada displin diri saya. Oklah settakat tu je kot untuk kali ni sebab saya ada sedikit tugasan untuk diselesaikan.

16 JANUARI 2002

 Perasaan saya ketika ini bercampur baur sebab entahlah. Macam-macam ada, sedih, gembira, boring dan pelbagai tetapi saya tak kisahlah sebab hidup kita ini ibarat putaran roda, kadang-kadang di atas dan kadang-kadang di bawah. Kini latihan badminton saya dan pun bermula semula. Memang sakit la... Untuk itu saya dah cukur rambut saya, buat latihan lasak, jogging untuk tingkatkan stamina di samping terpaksa korbankan makan. Sebab apa saya saya buat macam tu, entahlah tetapi saya memang minat main badminton dan bola. Main bola pulak pukul 6-7.15. Badminton pukul 5-6. Jogging pulak 6.45 pagi sampai 7.15 pagi. Memang penat tetapi otak rasa cukup-cukup fresh.

Menyentuh pasal kedukaan saya rasa sedih dengan sikap kawan saya yang tidak pandai mengendalika perasaan tertekan. Memang saya rasa sedih sebab dia sanggup melakukan sesuatu yang amat-amat merugikan dirinya. May be hanya sesetengah orang tahu apa yang saya maksudkan.  Apa pun kita seharusnya menggunakan akal dan tidak berputus asa. Kalau kita gagal cuba lagi sehingga berjaya. Jangan lekas mengalah dengan tekanan. Sekarang apa dah jadi. Semua orang tak menyangka perkara itu akan terjadi  kerana orang kanal kawan saya itu. Tetapi bagi saya yang lepas itu lepaslah. Ambil yang jernih buang yang keruh. Hidup masih panjang......Bagi kawan-kawan yang lain jangan pandang serong kepadanya, jangan realitikan "Panas Setahun Hapus Oleh Hujan Sehari"... Biar kita rasional sebab setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. InsyaAllah kalau kita selalu berusaha membaiki diri kita. Allah akan bantu kita. Jangan langsung kita berputus asa dari nikmat Allah. Saya pun ada mengalami kegagalan. Minggu lepas saya gagal tetapi minggu ni saya akan cuba perbaiki kegagalan itu. Macammana pun saya harap kali ini saya berjaya dan saya akan cuba sebaik mungkin......

13 JANUARI 2002


Saya agak sibuk dalam beberapa hari ni sebab komitmen dengan tugasan yang agak banyak dan biasalah buat kerja last minutes..hehehe.. Apa pun saya baru mendapat sesuatu yang agak mengecewakan saya tetapi Saya terima dengan penuh lapang dada sebab hati manusia tidak pernah puas dan kita tidak akan dapat memuaskannya. Hati kita ini perlu diberi perhatian kerana melalui hatilah ia akan menetukan siapa kita yang sebenarnya. Walau sepahit mana pun terimalah akan hakikat kerana tiada yang kekal di atas dunia ini. Ingatilah mati kerana dengan mengingati mati itu akan merawat segala kedukaan hati. Biarlah kita terlepas sesuatu yang kita rasa amat berharga tetapi mungkin itu hanya pada perkiraan kita tetapi tidak pada perkiraan yang maha kuasa.

           Mungkin ramai ahli keluarga yang telah pergi kebelakangan ini terimalah dengan redha. Pada hari raya yang keempat baru-baru ini saya telah kehilangan 4 orang saudara yang meninggal dunia akibat nahas jalan raya. Tinggallah dua beradik yatim piatu. Namun hidup perlu diteruskan. Hidup tidak akan berhenti sehingga maut datang menjemput sehingga kiamat bertandang dan kita tidak boleh berputus asa dari rahmat Allah. Ingatilah Allah sentiasa kerana jika kita ingat Allah, Allah akan sentiasa mengingati kita. Walau apa pun yang kita inginkan dan kemudian kita gagal mengecapinya terimalah dengan penuh redha kerana dalam hidup ini kita tidak akan dapat semua yang kita hendak. Kita terlalu lemah hatta hendak menahan rambut dari berwarna putih tumbuh pun kita tak kan termampu menghalangnya. Ingatlah pada kuasa yang Maha Besar...Kuasa Yang Maha Esa. Pada- Nyalah tempat kita memohon kerana kita terlalu lemah. Pernahkah kita terbayangkan diri kita sendiri? Kita hanya seorang hamba Allah. Kalau di dunia Hamba itu amat hina dan hanya akan melakukan tugas yang diamanahkan oleh tuannya tetapi mengapa pada Allah kita ingkari amanah dan suruhan-Nya? Terimalah walaupun ada kepahitan kerana terdapat banyak hikmah pada sesuatu  yang kita tidak suka.

Jibril a.s mengingatkan Nabi SAW dengan wasiatnya:Hiduplah kamu sebagaimana yang kamu kehendakiTetapi ingat, bahawa kamu akan mati.Dan cintailah sesiapa yang engkau kehendakiTetapi ingat, bahawa engkau akan berpisah dengannya.Buatlah apa sahaja yg engkau kehendakiTetapi awas, kamu akan dibalas atas apa yg dilakukan itu.Dan ketahuilah bahawasanya kemuliaan orang yg beriman ituterletak kepada Qiyamullailnya dan kehebatannya
apabila ia tidak bergantung kepada orang lain.

(Hadith Riwayat Al-Hakim dan Abu Naim )

 

Saya akhiri dengan kalimat ini " Fahamilah hati manusia yang lain seperti mana anda cuba memahami soalan peperiksaan"-SAIFUL AZRUL CHE LAH- ...Fikirkan....Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin...