Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

17 JUN 2002

25 Pesan Lukmanul Hakim

01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg dalam, banyak manusia yg karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

02 - orang - orang yg sentiasa menyediakan dirinya utk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yg insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.
03 - Hai anakku; orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

04 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

05 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

Semoga kita mendapat sedikit manfaat dari 05 Pesanan di atas. Esok saya akan letakkan lagi 5 pesanan. Bukannya apa. Kalau letak 25 sekaligus nanti kita agak sukar untuk mengamlakan kesmuannya. Biarlah sedikit demi sedikit. Asalkan dapat lekat di hati...

Sebelum saya mulakan diari saya hari ni saya terlebih dahulu ingin mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR kepada Pesa sempena hari lahirnya yang ke-22. Harapnya dapatlah menghadapi hidup ni dengan lebih baik dan penuh keimanan. Jangan mudah putus asa. Satu saja pertanyaan saya..Bila nak jemput saya makan nasi minyak. Kalau dua kali tu tak kisahlah tapi jangan jemput saya makan nasi minyak lapan kali atau lebih....Faham tak? Tak faham...Kalau nak faham jugak telefon saya! Hehehe...

Memang agak kecewa semalam. Saya ramal Sweeden tapi kalah. Itu tak mengapa sangat sebab saya memang permainan Senegal cukup menarik tetapi Ireland tewas kepada Spain. Kalau ada finishing yang tajam rasanya dah boleh Ireland kalahkan Spain. Bagi saya, saya memang dah komen sebelum ni pasal Damien Duff. Menarik kan corak permainan dia? Memang sesuai dia dianggap sebagai Man Of The Match. Memang cukup mendebarkan perlawanan malam tadi. Apa pun hari ni saya ramal Mexico akan kalahkan USA dan Brazil tewaskan Belgium.

Saya pilih 3 pasukan untuk juarai World Cup iaitu Brazil, Korea dan Ireland. Nampak gaya Ireland dah terkeluar. Tinggallah Brazil dan Korea. Tetapi dalam satu kumpulan. Jadi saya target Jerman akan bertemu Brazil pada final walaupun ada seorang kawan saya cukup tak suka Jerman dan Brazil. Hehehe... Katanya Jerman bermain kasar dan Brazil pula sebab Rivaldo pandai berlakon. Apa pun kita tunggu dan lihat......

Semalam saya kembali memulakan latihan badminton. Permainan OK tetapi stamina merosot sikit. Ni semua pasal World Cup. Petang-petang tak turun main. Tengok bola kat rumah, macam nilah jadinya. Mujur boleh survive dan menang. Petang ni kena jogging sebab nak kuatkan ketahanan jantung. Kalau tidak macam mana nak tahan penat. Saya tak risau sangat dengan permainan tapi dengan fitness sahaja yang perlu dirisaukan.

Hari ni saya bekerja macam biasa. Seawal 7.40 pagi lagi saya dah mula develope sistem. Banyak yang dapat disiapkan. Tinggal sikit lagi yang memerlukan saya berfikir dengan lebih mendalam. Rasanya boleh. Zam dan Din dah masuk kerja semula hari ni. Jadi taklah seboring semalam kot. Apa pun kerja tetap kerja. Petang ni, lepas kerja mungkin saya dan Din akan pergi gunting rambut depan Masjid Aishah. Rambut saya dah panjang dah (walaupun Din dengan Zam cakap masih pendek tapi saya rasa dah panjang). Malam apa lagi tengok World Cup dan kalau boleh saya harap ada Siaran Langsung Perdana Dua Kedah Lawan Brunei sebab hari ni ada upacara menyerahkan Piala Perdana Dua kepada Pasukan Kedah. Tahniah Kedah..Teruskan usaha anda untuk kembali menjadi gergasi bolasepak Kebangsaan....Rasanya setakat ni sahaja buat hari ni....

WASSALAM...

16 JUN 2002

Abah, perit jerih pengorbanan abah amatku hargai. Abah pertaruhkan nyawa semata-mata untuk kami. Hidupmu untuk kami. Tiada apa lagi yang kurang pada kasihmu. Semuanya telah abah curahkan. Apa pun yang terjadi kasihku pada abah tidak akan luntur.

Kata-kata di atas adalah sempena dengan Hari Bapa pada Hari ni. Of Course kata-kata memang tak dapat membalas jasa seorang ayah tetapi itu adalah sedikit rasa penghargaan yang dilahirkan menerusi kata-kata. Seorang bapa tidak akan menghancurkan seorang anak. Oleh itu hormatilah mereka. Sesungguh jasa merka kepada kita amat tidak ternilai. Kita tak akan dapat membalas jasa mereka. Jagalah mereka sementara hayat mereka masih ada. Jadi anak yang soleh/solehah. Janganlah derhaka kepada mereka kerana tanpa redha Ibu bapa maka kita jugak tidak akan mendapat keredhaan Allah. Jagalah insan yang telah menyayangi kita ini sepenuh jiwa. Jangan pinggirkan mereka kerana tanpa meraka siapalah kita....

Waktu pagi saya tolong bukak balik LCD di bilik mesyuarat tingkat 8. Lepas tu sambung buat kerja macam biasa. Handle beberapa error lepas tu buat sikit perancangan tentang sistem ni. Kalau nak ikut sepatutnya siap hari ni. Boleh siap ke tak entahlah. Rasanya agak susah sikit fasa ni. Kak Zura suruh tambah function baru ni minggu lepas. Kenalah modified sikit..

Tadi awal-awal pagi lagi saya dah bukak Internet di Komputer zam. Maklumlah Zam cuti hari ni. Sayalah pengguna setia komputer tu. Lepas tu saya sambung develope sistem. Kat luar hujan pulak..Tapi memang cantik Langkawi selepas hujan. Memang menarik....Tambahan pulak saya di tingkat 7 berhampiran laut. Pemandangan memang cantik. Kalau rasa stress sikit saya akan perhatikan laut yang membiru tu. Memang mendamaikan. Orang lain tak tahulah saya. Saya memang jenis yang suka tengok pemandangan. Paling saya suka ialah sawah yang menghijau.....Yang lain ranking bawah...

Hari ni saya teka Sweeden akan tewaskan Senegal dan satu lagi Ireland akan tewaskan Spain. Itu tekaan saya. Anda macam mana? Memang Senegal so impressive tapi Sweeden ada kualiti yang boleh membantu mereka. Spain memang pasukan pilihan. Sistem attacking Spain memang kemas dan bahaya. Tapi Ireland main sebagai Underdog tanpa tekanan. Tambahan pula semangat berpasukan yang tinggi walaupun tiada bintang yang dah digugurkan. Damien Duff boleh membuat larian pantas sepanjang perlawanan dan cukup rajin. Robie Keane ada finishing yang baik dengan Nial Quinn serta Gary Breen. Steve Staunton boleh jaga pasukan dengan baik. Ian Harte mempunyai sepakan percuma yang amat bahaya dan selalunya mengambil sepakan penalti. Dan ditambah pulak dengan Shay Given yang cukup tangkas. Itu cuma pendapat saya. Kita tunggu dan lihat petang ni....

Rasanya setakat ni sahaja kot yang dapat saya coret hari ni. Terima kasih kepada anda yang mengunjungi laman saya ni....

WASSALAM...

15 JUN 2002

Waktu pagi tak buat apa sangat. Cuma tengok TV tapi agak boring. Lepas tu tengok CD hindustan cerita Dhadkan. Dah berapa kali dah saya tengok tapi sebab boring tengok semula. Lepas tu jalan-jalan sekitar Pekan Kuah. Din pulak dengan Awek dia sebab awek dia datang Langkawi. Saya seorang dirilah nampaknya. Saya tak kisah sangat. Kalau seorang pun saya boleh duduk. Saya tak mahu terlalu bergantung kepada orang sangat.

Tahu Kedah seri ja dengan Johor, taklah best sangat. Tapi nak buat macam mana Johor pun dah meningkat. Kedah pulak dah juara jadi main pun mungkin ala kadar je kot...Lepas tu saya check email dan tengok ranking dalam dxplay. Naik no 1! Terkejut betul...Hehehe.. Kira saya menang pusingan pertama World Cup....Petang ni ada dua game. Saya teka Jerman dan England akan menang....

Saya makan di restoran RM 2. Hehehe... Lepas tu balik tengok bola memang betul tekaan saya Jerman menang. Lepas asar saya ke pasar malam beli sikit makanan. Lepas tu dalam perjalanan balik tayar pecah pulak....Nasib baik depan kedai repair motor. Saya seluk poket ada duit ke tak. Alhamdulillah ada dalam RM 10. Kira cukuplah tu....

Malam saya tengok England dengan Denmark di Dataran Lang. Betul lagi..Hehehe....Lepas tu saya balik tengok bola Kelantan lawan Terengganu dan kemudian tengok cerekarama "Anak Bapak". Seronok jugak.....Lepas tu dalam pukul 12 tengah malam saya call Din sebab dia tak balik lagi...Rupanya tengah bergayut kat bawah tu...Din..Din..Macam-macam....Lepas tu saya terus tidur sebab esok kerja. Din tak apalah dia ambil cuti.

WASSALAM...

14 JUN 2002 [JUMAAT]

Tak tahu apa nak buat pagi ni. Lepas beli nasi lemak saya terus ke Bank RHB, BSN, Perwira Affin untuk urusan perbankan. Lepas tu ke Cyber Cafe sekejap. Saja tengok ranking dalam dxplay.com.my. Macam tak percaya sebab ranking saya sekarang tempat kedua.

Saya setakat ni berjaya teka 27 daripada 44 perlawanan piala dunia dengan tepat. Saja main untuk uji sama ada penelitian kita OK ke tak. Itu ja.....

Ada orang kompelen saya tak update lama dah. Sorry...Sebab komputer kat rumah tu ada problem sikit. Saya pun agak sibuk jadi memang saya akui agak lewat update...Hehehe...Banyaklah alasan kalau malas tu...

Solat Jumaat di Masjid Aishah. Hari ni khatib membicarakan bab guru dan jasa guru sempena dengan sambutan Hari Guru peringkat Daerah Langkawi dan juga kepentingan menderma darah. Lepas solat balik terus tengok bola. Ramalan saya salah petang ni. Yang betul cuma Jepun menang dengan Tunisia. Saya ramal Russia akan kalahkan Belgium tapi salah. Ramalan waktu petang betul kedua-duanya Korea kalahkan Portugal dan Poland kalahkan USA.

Perlawanan Portugal lawan Korea memang antara paling best yang saya pernah tengok untuk Piala Dunia kali ni. Saya pilih Korea tapi Zam pilih Portugal...Hehehehe...Akhirnya tewas juga Portugal. Korea ni pun kira kejam sebab dah layak dah tetap nak menang jugak. Lepas ni lawan Itali...Jenuh jugaklah Korea. Apa pun Korea dah mengharumkan nama Asia. Lepas tengok Siaran langsung bola saya balik tengok TV di rumah sampai pukul 12.30 malam dan tidur....

WASSALAM...

13 JUN 2002 

Pagi ni Zam bangun awal. Maklumlah bersemangat nak balik. Adalah sebab dia nak balik. Din dengan Zam ambil cuti hari Ahad ni sebab nak ke UUM. Saya rasa tak perlu. Biar Zam dengan Din cukuplah...Tapi boringlah saya hari Ahad ni...

Saya pun agak hairan sebab kebelakangan ni kerja saya terlalu pantas. Rasa VB ni semakin mudah. Kerja yang saya rancang untuk sehari siapa dalam masa cuma dua jam. Seronok betul...Hehehe.....

Bila balik rumah apa lagi bolalah jawabnya. Sebelum tu hantar Zam kat jeti dulu. Zam balik Alor Setar. Saya pun ada kirimkan sikit barang kat mak saya. Terima kasih mak sebab bagi dua pasang baju baru untuk saya. Kalau nak harapkan saya beli baju memang tak belilah...

Selagi boleh pakai, saya akan pakai. Baju yang saya ada kebanyakan adalah baju yang diperolehi bukan dengan cara membeli. Sama ada dengan dapat percuma, sponsor, hadiah dan yang penting bukan dengan mencuri.....Hehehe..... Malam tu saya tidur awal. Din macam biasa keluar telefon...

WASSALAM...

12 JUN 2002

Apabila kita ingin menegur orang, biarlah secara berhikmah dan bijaksana. Jangan sampai jatuh air muka orang yang hendak ditegur itu. Kalau boleh biarlah kita juga tidak melakukan kesalahan yang hendak kita tegur itu. Contohnya kalau kita seorang perokok, kita nasihatkan orang supaya tidak merokok. Apakah nasihat itu akan diterima? Sukar....

Menyentuh bab perokok ni saya memang hendak tegaskan di sini bahawa saya memang agak alergik dengan asap rokok. Memang saya akan rasa cukup tak selesa dengan asap rokok. Saya tak tahu apa yang perokok inginkan daripada rokok yang mereka hisap. Bagi saya bau pun dah membuatkan saya terbatuk-batuk, inikan pula nak menghisapnya. Saya harap kalau yang merokok tu cubalah hentikan tabiat buruk tu.

Orang selalu cakap yang berhenti merokok ini susah. Sangat susah. Ketagihan tu tinggi. Tapi kalau azam dan tekad kita kuat. Kita pasti berjaya. Ayah saya berjaya berhenti merokok! Dulu ayah saya memang cukup kuat merokok. Lepas tu dia mula sedar tiada apa yang dapat diselesaikan dengan merokok dan berhenti. Alhamdulillah berjaya. Kata pepatah Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih...

Hari ni saya masuk kerja macam biasa. Semalam agak kurang sihat. Tapi Alhamdulillah hari ni dah OK dah. Saya sibuk sambung balik projek final saya untuk presentation awal bulan depan. Kira sekarang menepati jadual yang saya rancangkan...

Hari-hari tengok bola. Macam tulah kerja saya hari ni. Nak buat macam mana dah minat sangat dengan bola ni. Dari kecil dulu lagi.....

Waktu malam saya tak keluar ke mana-mana. Cuma Zam dengan Din sahaja yang keluar sebab depa nak telefon. Saya just stay kat rumah tengok TV. Tu pun tak tau nak tengok rancangan apa. Kalau bab sukan memang saya tengok. Yang lain saya agak kurang tengok..

Lepas tu tidur awal....

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini---[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25]

Baca Diari Sebelum ni

Saifulazrul Collection 1999-2002
Provided by Saiful Azrul Che Lah