Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

17 JULAI 2002

Alhamdulillah dah sampai pun hari terakhir saya berpraktikum di LADA ni. Saya rasa nak buat macam biasa tapi tak selancar biasa. Entahlah sebab apa. Bila bawak motor, maccam-macam dugaan dengan kerenah pengguna jalanraya yang lain. Bila sampai nak naik lif pun ada problem. Nak bukak PC pun ada problem. Macam-macam.....Pening kepala.

Tapi saya selalu pujuk hati saya...Sabar..Sabar..Sabar...Alhamdulillah semua tu dapat saya lalui. Kadang-kadang memang ada waktunya apa yang kita buat serba tak kena, Kan? Waktu tu kita kena banyak bersabar kan? Barulah rasa selesa. Hari sebab apa. Tak tahulah, mungkin sebab sedih nak tinggalkan Pulau yang indah dan damai ni kot.

Sebenarnya saya akan balik pada pukul 5 petang ni dan akan bawak motor sekali ke Seberang tanah besar. Masalahnya kalau nak bawak balik motor kena tunjuk geran dekat polis dan kemudian barulah dapat beli tiket melalui surat pengesahan polis. Saya dah kirim geran ke Alor Setar! Alhamdulillah semua tu dapat saya settlekan dengan Pakcik Baha. Thanks....

Dulu waktu saya datang ke LADA, pening kepala saya waktu first day. Susah nak ingat nama staf LADA. La ni Alhamdulillah dah ingat tapi dah nak kena berpisah pulak....Sedih kan?

Saya sewaktu malam tadi memang terlalu pening memikirkan masa depan. Bagaimana nak cari duit, kerja untuk membina masa depan. MAcam-macam yang masuk dalam kepala otak saya sebelum tidur malam tadi. Saya terbayang ayah saya. Saya teringat cerita lalunya. Terus saya ada sedikit keazaman untuk menempuh zaman yang banyak rintangannya nanti Kemudian saya teringat beberapa kisah yang saya dapat dari perbualan saya dengan orang yang lebih tua daripada saya. Orang veteran.

Terus saya buat kesimpulan. Kalau kita ada kemahuan. InsyaAllah kita akan berjaya kerana kita akan berusaha bersungguh-sungguh. Yang penting kita kena kenali kekuatan dan kelemahan diri kita! Mereka banyak menyedarkan saya tentang kekuatan dan kelemahan diri saya. Mereka cukup yakin dengan saya. Kata mereka, saya lain dari yang lain dan ada bakat! Macam-macam mereka cungkil kekuatan saya dan mereka juga sentuh kelemahan saya. Saya kena fikir balik apa yang mereka katakan. Saya tak tahu pandangan anda tentang saya.

Bagi saya, saya rasa, entahlah nak cakap. Setiap orang ada penilaian yang tersendiri. Bagi saya, saya ada penilaian yang tersendiri tentang diri saya. Saya sedia terima komen tentang diri saya. Tapi tolong hantar ikut email..Thanks.....Apa yang pasti hari ni saya akan balik rumahhhh!!!!!!

WASSALAM...

16 JULAI 2002

Hari agak sibuk sikit sebab saya hanya membaiki PC Encik Suhaimi yang ada sedikit masalah dari segi Internet dan VGA. Saya habiskan masa untuk repair semua tu (termasuk masa download) dari pukul 8.15 pagi sampailah pukul 3 petang! Hehehe.... Seronok juga sebab cabarannnya tinggi. Barulah mencabar!

Saya sempat check email sebelum tu. Thanks Cik Noraziah dengan Abang Midi sebab sanggup jadi referee nak mintak kerja. Saya lepas tu cuba try convert fail report saya ke pdf tapi still gagal. Lepas tu print out semua report dan settlekan bab report bertulis. Alhamdulillah dah settle pun.

Lepas repair komputer Encik Suhaimi saya banyak menumpukan kepada peluang pekerjaan yang ada dalam Internet. Banyak post kosong dan rasanya, InsyaAllah dapat cari kerja nanti. Doakanlah ya....

Saya check guestbook, ada seorang wakil dari Dare to fail.com yang sign guestbook saya. Thanks... Saya sebenarnya selalu jugak masuk Laman tu. Kira dia buat lawatan balaslah. Apa pun tak rugi jika anda menghayati prinsip berani gagal. Cubalah!

Waktu malam saya, Zam dan Din sibuk berkemas. Packing semua barang. Hehehehe.....Rasa seronok nak balik. Memang rasa terlalu excited. Langkawi memang best dan banyak kenangannya tetapi kata orang tempat jatuh lagi kan dikenang. Inikan tempat tumpah darah. Faham maksud tu? Maknanya saya akan balik ke Alor Setar dan kemudian ke tempat kelahiran saya, Pendang yang khabarnya begitu meriah sekali.

Saya dah aturkan banyak program selama dua minggu sebelum saya kembali semula ke Langkawi untuk urusan tertentu. Street Soccer, Ziarah, Ke UUM, Taiping dan lain-lain. Nak berehat dahulu sebab sekarang rasa nak relax dahulu.

Sambil-sambil tu saya akan cuba cari kerja. Alhamdulillah bidang IT masih banyak peluang pekerjaan. Rasanya boleh kot. Kena positif!

WASSALAM...

15 JULAI 2002

Berpraktikum di Langkawi ni rasa macam Berpraktikum sambil makan angin. Banyak destinasi yang boleh dilawati. Memang amat menarik..Hehehe... Suasana tempat kerja yang selesa dan kondusif memang cukup saya gemari. Alhamdulillah....

Rasa sekejap sahaja dah nak habis. Saya ambil cuti 18 hb ni dan akan pulang ke Alor Setar pada 17 hb ni. Saya tak update lagi jadual aktiviti saya dekat muka depan page saya tu. Saya nak susun balik jadual saya sebab ada banyak pindaan pada saat-saat akhir.

Contohnya saya akan ke Taiping lebih awal..Pergi kutip durian. Sertai Futsal. Dan beberapa program lagi seperti bila nak hantar report. Report dah siap. Sekarang cuma nak tukar ke Pdf Format dan burn kan dalam CD. Ada yang tanya saya pasal macam mana nak tukar ke pdf format....Saya pun tanya ramai orang. Ada yang buat lawak..Hehehe...Katanya rename .pdf.....Hehehe...

Yang saya tahu kalau nak tukar kena guna software yang percuma dan kalau nak mudah convert di Internet. Alamatnya baru sahaja saya dapat iaitu Tukar Ke Pdf Format. Ikut sahaja arahan dalam tu. InsyaAllah OK. Sekejap lagi barulah saya akan cuba. Kalau anda tahu cara yang lain, tolong inform saya melalui email. Thanks atas makluman anda.

Hari ni macam biasa sahaja. Paling awal masuk pejabat dan sebelum masuk kerja check email terlebih dahulu dan reply kepada sesiapa yang ada hantar email kepada saya. Semak berita-berita online dan lepas tu baru masuk kerja. Hari ni repiar sikit report. Dah siap pun! Lepas tu siapkan resume dan repair komputer di Bahagian Kewangan ni.

Sekejap lagi nak kena try repair PC di tingkat tujuh dan kemudian nak ajar staff yang handle Laman web Kelab Sukan Dan Kebajikan LADA. Ada beberapa masalah pentadbiran Laman web sikit. Dah dapat solution dah. Sekejap lagi settle harapnya.

Ingat nak mula print terus report ni sebab malas nak fikir dah. Semuanya dah disiapkan dan nak tumpu kepada mencari kerja pulak lepas ni. Kalau sesiapa yang ada kerja kosong tu tolonglah inform saya. Thanks....

Petang ni tak tahu nak buat apa. Dah lama tak main badminton atau bola jadi stamina agak kurang sikit. Hari ni kena main balik bagi stamina macam biasa. Maklumlah sibuk. Tiap-tiap hari balik dekat pukul enam. Pasal lawan badminton saya langsung tak training. Sebab tu saya selalu training dalam rumah. Selalunya sekejap sahaja. Ada beberapa corak latihan yang saya buat bagi tak rasa janggal bila mula main balik.

Kalau tak dapat kerja saya kena tumpu dekat badminton dululah sebelum dapat kerja. Satu lagi yang seronok nanti bila balik Alor Setar, InsyaAllah saya akan ke Stadium pada 27 Julai 2002 dan 30 Julai 2002. Tengok Kedah lawan Johor FC dan Penang. 21 Julai 2002 Kedah lawan LADA. Rugi tak dapat tengok. 15 Julai Kedah lawan Sumatera. Melepas jugak! OKlah setakat ni sahaja kot buat hari ini........

WASSALAM...

14 JULAI 2002

Bila kita memiliki sesuatu. Kita jarang menghargainya. Hanya ketika bila kita kehilangannya, barulah kita mula belajar menghargainya. Dalam kehidupan ini ada kalanya kita bertemu dan setiap pertemuan itu akan adanya perpisahan. Begitulah saya di LADA ini. Kini detik-detik yang dilalui terasa terlalu pantas. Masa bagaikan terlalu pantas berlalu. Sedar atau tidak saya sudah di penghujung praktikum. Ketika ini perasaan saya bercampur baur. Susah untuk diperkatakan.

Pagi tadi telah diadakan satu majlis ringkas untuk meraikan saya, Zam dan Din. Saya pun berpeluang berucap dan dalam suasana yang penuh dengan kemesraan staf Bahagian Kewangan, Pentadbiran dan PRO. Memang sedih. Macam nak nangis pulak.... Sukar untuk saya lupakan kenangan berpraktikum di LADA ni. Terlalu banyak kenangan manis. Di sini saya telah banyak belajar. Entahlah. Semakin banyak yang saya dapat semakin keliru saya dibuatnya....Terima Kasih LADA! Seronok jugak bila Puan Norliza penyelia saya turut turun meraikan.. Selalunya dia sibuk memanjang. Tapi saya memang respeck Puan Norliza sebab displin dia amat tinggi. Datang antara yang paling awal dan banyak membantu saya mengurangkan tekanan kalau ada apa-apa yang agak menekan.

Staf yang lain pun banyak memberi dorongan kepada saya. Terima kasih Semuanya! InsyaAllah, kalau ada rezeki nanti kita akan berjumpa lagi....

Sebelum jamuan tadi saya dan Zam dah berjumpa Datuk dan membincangkan bab promosi Langkawi dalam laman web Cina paling popular. Kalau nak tengok hasil yang telah kami bangunkan sila masuk link berikut Langkawi. Lepas tu barulah diadakan jamuan seperti yang saya ceritakan di atas. Dapat hadiah lagi...Hehehe.... Banyak jugak Encik Najib ulas pasal kami. Laman Web yang kami bangunkan untuk pentadbiran LADA, sistem Tanah yang dibangunkan dan lain-lain lagi. Rasa cukup dihargai...Hehehe

Sebenarnya Langkawi pada kedatangan saya kali ini terlalu banyak memberi pengalaman kepada saya. Cukup indah! Cukup membahagiakan! Mendamaikan! Menenangkan! Lepas ni saya akan kembali ke Seberang dan kembali hidup di sana. Perjalanan masih jauh tetapi Alhamdulillah setakat ini semuanya cukup baik.

Sebenarnya saya tak mahu berceloteh panjang sangat hari ni. Cukuplah buat setakat ini sebab saya tengah cari jalan macam mana nak 'cantikkan' report saya....

WASSALAM...

13 JULAI 2002

Seorang insan yang mulia, tidak akan mengira jenis orang apabila memberi pertolongan. Sekiranya kita mempunyai pengalaman yang luas, jangan segan membantu orang yang masih novice. Kalau kita seorang yang berjawatan jangan malu membantu orang yang lebih rendah daripada kita. Jawatan dan pangkat cuma ukuran manusia tetapi pada Allah hati adalah tempat yang Allah pandang. Pendek kata kita seharusnya cuba membantu dengan bersungguh-sungguh tanpa mengharapkan balasan.

Biarlah kita cuba membantu walaupun ditolak oleh orang yang berkenaan. Jangan kita berputus asa. Kalau orang itu kemudiannya meminta pertolongan kita, jangan diingat cerita lama. Tolonglah dengan ikhlas hati. Biarlah orang yang kita tolong itu berjaya. Bergantunglah kepada orang yang kita tolong itu. Kalau dia berjaya dan melupakan kita, jangan bersedih tetapi berkongsilah kegembiraan tersebut. Kalau orang itu datang lagi meminta tolong, bantulah dengan rela hati. Sesungguhnya membantu insan lain itu merupakan perkara yang tidak akan merugikan kita!

Saya rasa banyak yang nak saya tulis hari ni. Maklumlah dah lama tak menulis dalam diari ni. Semalam saya ke Pemandangan indah Pulau Langkawi. Saja ambil angin bersama Din dan Zam. Dah nak habis praktikum dah, bolehlah jalan-jalan dahulu. Kemudian kami ke Nyior Cabang. Dah lama tak ke sana. Lepas tu saya bawak Syakirah dan Husna jalan-jalan masuk kampung kat situ. Kemudian saya dan, Din serta Zam ke tepi Pantai di Kuala Muda menikmati pemandangan waktu senja di sana. Cukup indah! Memang damai rasa hati. Tapi lagi indah kalau berada di Teluk Burau. Lagi cantik pemandangan di sana. Kemudian solat Maghrib di Masjid Padang Mat SIrat. Kemudian balik ke Nyior Cabang untuk makan malam dan kemudian terus balik rumah.

Sejak kebelakangan ni, memang dalam TV dan Radio heboh pasal Politik. Sesuatu yang saya cukup minat tetapi saya bercadang untuk tidak menceburi bidang ini. Tetapi saya memang amat amat mengambil tahu bab ini. Yang best ialah Kedah diberi liputan cukup luas oleh media massa. Lagu Kedah selalu sangat berkumandang dalam media. Tapi paling saya tak suka ialah liputan yang tidak berat sebelah. Amat berat sebelah! Langsung tak menggambarkan kedudukan sebenar.

Pilihanraya kali ini adalah di kawasan saya. Di tempat kelahiran saya. Kampung Tanjung Radin, Bukit Raya Pendang. Saya selalu berhubung dengan saudara saya di sana yang menyatakan perkembangan yang jauh sekali berbeza dengan laporan media. Macam mana orang sekarang nak percaya kepada media? Nampak terang-terangan berlawanan. Banyak benda yang disembunyikan. Kesimpulannya tidak nampak ketelusan media!

Kenapa bila tiba pilihan raya sahaja macam-macam benda datang. Keluarga Zam dapat sampai beratus-ratus RM. Jalan semua diturap baru. Rumah kalau bocor diperbaiki. Waktu nilah geran tanah yang dah berpuluh tahun dipohon tak dapat mula diberikan. Peruntukan itu dan ini ditambah. Nampak sangat ia sebagai mainan politik. Saya rasa amat tidak bijak melakukan tindakan sedemikian. Anda pun boleh menilai sendiri.

Banyak lagi cerita yang saya dapat tetapi saya tak mahu mengulas dalam diari ni. Cuma 18 Julai ni keputusan akan diperoleh. Lihatlah keputusan rakyat.

Hari ni saya masuk kerja macam biasa. Di Tingkat 4 ni lebih tenang dan tak sesesak dahulu. Cuma yang tak bestnya tak dapat tengok pemandangan macam kat Tingkat 7 dulu. Tapi tak kisah sangat sebab saya banyak berurusan di tingkat 7 dan 8. Oleh kerana saya selalu datang awal jadi kunci pejabat saya pegang. Hehehe... Kena datang awal. Pagi ni awal-awal lagi dah setting komputer di Tingkat 8 dengan Zam dan lepas tu dijemput bersarapan dengan staf LADA yang lain. Makan free. Hehehe...Lepas tu pergi handle taklimat untuk student Uitm Shah Alam di Dewan Besar LADA. Lepas tu ada jamuan lagi. Makan free..Hehehe......

Hari ni kat pejabat rilekslah jugak sebab semuanya dah habis. Cuma sekarang tengah buat report B. Encik Hazaruddin dah buat pembetulan. Jadi bila balik Alor Setar nanti bolehlah terus tumpu nak cari kerja. Report dah siap taklah membebankan sangat. Lega! Dah habis study di UUM. Sekarang kena betul-betul prepare minda untuk alam pekerjaan. Bukan mudah! Lepas tu macam-macam benda lagi yang nak kena fikir. Bayangkan baru sahaja grad dah berhutang! Lebih kurang RM 200 sebulan kena bayar balik dalam masa 10 tahun kepada PTPTN. Jenuh! Kalau nak kahwin lagi kena sedia dalam RM 15 000. Orang Kedah mahal-mahal! Hehehe..Kena cari orang negeri lain kot. Tengoklah. Bab ni saya tak berani nak sentuh panjang sebab saya tak tahu apa yang akan terjadi.

Saya memang tiada 'girlfriend' lagi tetapi, jadi mungkin tak fikir sangat lagi bab ni. Cuma kita tak tahu pasal masa depan. Tup-tup, tiba-tiba dapat girlfriend. Mana tahu kan. Hehehe... Ada juga yang dah lama berkawan tapi tiba-tiba putus. Semua ni jodoh yang dah ditentukan. Kita cuma perlu berusaha dan Allah akan beri sekiranya kita berusaha. Bab jodoh ni nanti saya ulas sebab ada orang suruh saya ulas. Hehehe...Awatlah suruh saya ulas? Tengoklah nanti, InsyaAllah saya akan ulas bab jodoh ni. Semua tu ketentuan Allah.

Sukar untuk saya jelaskan bab ni dalam konteks diri saya. Entahlah...Bergantung kepada rezeki. Saya tak kisah sangat. Bagi saya, memang saya terima sahaja pa yang saya dapat. Bersyukurlah dengan setiap apa yang ada. InsyaAllah kita akan diberkati dan bahagia.....

WASSALAM...

12 JULAI 2002

:::Praktikum:::

Lega! Gembira... Ceria dan sewaktu dengannya. Sudah habis pun debaran praktikum. Presentation dapat dijayakan dengan jayanya walaupun agak mendesak. Hehehe.... Terima kasih semuanya. Kepada pihak pengurusan LADA dan juga semua warga LADA. Pensyarah, Encik Hazaruddin yang menyelia saya dengan Zam dan Din, Terima kasih saya ucapkan atas pertolongan dan bantuan yang diberikan. Tak lupa jugak kepada rakan-rakan yang banyak membantu dan sesiapa pun yang telah membantu secara langsung atau pun tidak langsung dalam membantu kami menjayakan praktikum kami. 

Hehehe..Macam dalam ruangan penghargaan pulak... Tetapi itu yang saya maksudkan kerana di sini, saya banyak menimba pengalaman yang cukup berguna.

:::Pengalaman:::

Menyentuh soal pengalaman memang saya cukup bersyukur kerana telah ditakdirkan berpraktikum di LADA. Ada beberapa faktor yang menyebabkan saya memilih untuk praktikum di sini. Paling utama saya inginkan suasana kedamaian dan ketenangan alam semula jadi di sini. 

Apabila mula menjejakkan kaki di LADA terasa cukup berlainan perasaan dalam hati saya. Bercampur aduk. Alhamdulillah kini segalanya dirasakan begitu pantas berlalu. Banyak suka duka yang dilalui. Sukar saya nak menyatakan betapa sayangnya saya kepada LADA. Tetapi apakan daya saya lebih berminat untuk menyambung perjalanan hidup saya di Tanah besar.

Saya belajar mengenal bagaimana organisasi itu 'hidup' dengan lebih dekat lagi. Bagi saya, saya lebih menumpukan kepada pembinaan minda. Memang banyak yang dapat dipelajari. Bagaimana setiap bahagian berfungsi, bergerak dan ditadbir. Memang banyak!

Susah saya nak mengeluarkan kata-kata. Lebih banyak suka dari duka. Rasanya tiada langsung duka sepanjang saya di LADA ini. Saya rasa cukup beruntung kerana suasana persekitaran yang cukup berkesan dan menggembirakan. Nanti saya akan berbicara lagi tentang pengalaman praktikum saya.

:::Alor Setar & Pendang:::

Bandar saya yang sudah lama tidak saya jejaki (sejak 26 Mei 2002). Memang rasanya banyak perubahan yang telah berlaku. Rindu pulak pada Alor Setar. Khabarnya sekarang sedang sibuk. Maklumlah pilihan raya kecil akan diadakan. Mungkin habis sahaja praktikum nanti saya akan ke kampung (Kampung Tanjung Radin, Bukit Raya, Pendang) saya mengikuti suasana pengundian. Situlah tempat saya dilahirkan. Tempat yang banyak membina diri saya. Seronok kan bila tonton senario pilihan raya?

Dah seminggu tak mengarang rasa janggal pulak. Hehehe.. Sibuk+Demam. Nak buat macam mana kan? Tapi ramai yang berkomunikasi saya melalui email. Saya memang balas email sesiapa yang email saya. Terima kasih. Banyak jugak cerita menarik yang saya tahu. Hehehe...Rahsialah...

Rancangan saya kini ialah nak cari kerja. Mungkin di Kedah, Perlis atau Penang sahaja. Lagipun emak saya tak berapa bagi saya nak kerja di tempat yang lebih jauh. Tak kisahlah. Target saya Alor Setar, Sungai Petani, Kulim, Bukit Mertajam atau Seberang Perai sebagai tempat untuk saya bekerja nanti. InsyaAllah...

Alam pekerjaan pulak yang sedang menanti...Banyak lagi cabran yang perlu dihadapi. Kata orang masalah memang menyusahkan. Tetapi tanpa cabaran hidup kita hanya akan berasa seperti biasa sahaja. Tak best jugak kan? Ada cabaran barulah hidup ini lebih bermakna! Tetapi awas...Kerana jika berjaya menghadapi satu masalah, akan datang masalah yang lain pulak! Masalah tidak akan berhenti menguji kita, sebab itu selepas menyelesaikan satu masalah kita perlu bersedia menghadapi masalah yang baru. Jika tidak kita hanya akan berasa selesa sekejap sahaja.

Orang yang berjaya menghadapi setiap cabaran dengan penuh ketabahan akhirnya akan mengecapi detik yang amat bermakna iaitu kejayaan. Tetapi untuk mengecapi kejayaan memang mudah cuma nak mengekalkannya amat sukar. Jadi apabila kita sudah berjaya, teruskanlah dengan sikap yang kita praktikkan untuk mencapai kejayaan. Jadikanlah ia sebagai sesuatu yang konsisten.

Dah lama saya tak menulis dalam diari ni, rasa macam lain pulak. Maaflah kalau tak seperti biasa. Menulis ni kena selalu barulah rasa selesa. Sekarang ni rasa kurang selesa sikit kerana dah lama tak menulis. Banyak bertumpu kepada pembinaan sistem dan laman web di LADA ni sahaja. Lepas ni bolehlah sebab saya akan berehat sekejap sebelum meneroka alam baru bagi saya...Alam Pekerjaan..

Rasanya cukuplah setakat ni sebab saya rasa 'lain' pulak bila mula mengarang semula. Rasa janggal..Hehehehe....Alasan! 

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini---[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31]

Baca Diari Sebelum ni

Saifulazrul Collection 1999-2002
Provided by Saiful Azrul Che Lah