Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

13 SEPTEMBER 2002 [JUMAAT]

Saya bersiap awal hari ni. Saya memang nak elakkan kesesakan. Jadi saya dah berada di Pusat Konvensyen UUM seawal jam 8.30 pagi untuk mengambil jubah. Semangat betul. Hehehe....

Alhamdulillah memang saya antara yang terawal dan urusan saya siap dengan pantas tanpa sebarang masalah. Terus saya balik lepas ambil jubah sebab keadaan agak sesak. Saya tak berapa suka sangat dengan keadaan yang sesak walaupun ramai kawan saya.

Tengah hari solat Jumaat di Masjid UUM dan khatib membicarakan soal usaha dan kejayaan. Selepas solat saya banyak bertemu dengan kawan-kawan lama. Makan bersama sambil berbual.

Petang saya turun main bola. Hehehe..Sebiji lagi dapat dijaringkan. Kemudian malam selepas Solat Isyak barulah saya ke tapak ekspo bersama Zam. Seperti biasa saya cukup rimas dengan keadaan yang sesak. Saya cuba lalu jalan yang paling sunyi. Tapi susah jugak.

Makan pun kat meja yang paling tersorok. Saya cuma minum air suam sambil teman Zam makan bihun sup. Saya sebenarnya pesan Ais Kacang tapi tak sampai pun. Terus saya bayar untuk air suam cukuplah. Malas saya nak komplen.

Kemudian tengok show Firdaus sekejap sebelum balik ke bilik. Saya cuma berada di tapak ekspo sekejap sahaja. Memang sejak dari mula Ekspo Konvo waktu Matrik dulu saya jarang ke Ekspo Konvo. Rimas sebab ramai orang.

Saya tidur agak awal sebab rasa boring (Semua orang tak balik lagi dari tapak ekspo) iaitu kira-kira jam 12 tengah malam.

WASSALAM...

12 SEPTEMBER 2002

:::11 September 2001 Dalam Kenangan Bahagian 1:::

Alhamdulillah masih ada ruang untuk saya menyambung episod 911 dalam kenangan ini.

Walaupun mereka rugi lebih $300 billion tetapi mereka sebenarnya tidak rugi dalam jangka panjang sekiranya matlamat mereka tercapai. Oleh kerana hampir semua sumber-sumber asli dunia terletak di negara-negara Islam maka mereka tidak mahu itu sebagai satu ancaman kepada mereka.

Sebenarnya di Laut Kaspia berhampiran dengan Afghanistan terdapat hasil bumi yang dianggarkan kira-kira $6 trillion! Mereka untung sebenarnya. Mereka ini merupakan kumpulan yang strategis. Pernahkah anda bermain catur? Sekiranya anda cuba menyerang lawan tanpa mengorbankan askar anda tetapi gagal adakah anda sanggup korbankan tentera anda yang hasilnya adalah kemenangan? Sudah tentu dan inilah prinsip yang mereka gunakan. Namun sama ada taktik mereka betul atau salah kita tunggu dan lihat.

Benarkah Orang Islam yang memandu kapal terbang tersebut dan membuat rempuhan ke atas WTC? Bagi saya ini adalah satu konspirasi. Bagaimana ada yang didakwa memandu kapal terbang tersebut masih lagi hidup. Ini satu penipuan! Sebenarnya ini adalah angkara Yahudi. Pesawat itu sudah dikawal oleh anggota berani mati mereka dan mereka berlakon menggunakan identiti beberapa warga Arab.

Sebenarnya di Israel, mereka mempunyai satu kumpulan di mana mereka membela anak-anak di luar nikah lalu dilatih berani mati. Anak-anak ini akan dilatih dengan pelbagai kemahiran ketenteraan tanpa mengenal erti peri kemanusiaan. Mereka inilah yang digunakan oleh Israel. Sebab itu kita boleh lihat kesannya di Palestin.

Apabila rempuhan kedua berlaku dan tak berapa lama kemudian seluruh WTC berkecai dan hancur. Bagi saya sukar untuk dikatakan bahawa itu adalah hasil rempuhan tetapi mungkin peledak-peledak yang telah dipasang di WTC. Ada seorang professor di Brazil kalau tak salah saya yang menganggap mustahil WTC hancur disebabkan perlanggaran tersebut tetapi mungkin ada faktor lain kerana WTC amat dikenali dengan kekukuhan strukturnya.

Begitu juga dengan dakwaaan bahawa warga Arab yang terbabit berlatih mengendalikan pesawat ringan sebelum merempuh WTC. Menurut pakar-pakar penerbangan amat mustahil mereka dapat melakukan sesuatu yang tepat jika sekadar boleh mengawal pesawat kecil. Ini merupakan satu kemusykilan.

Saya pun memang tak percaya ia dilakukan oleh orang Islam yang tahu bahawa membunuh orang awam itu sebagai dosa. Ini adalah angkara Yahudi. Tak tahulah nanti kalau-kalau laman ini dimusnahkan oleh orang Yahudi. Pernah terjadi pada satu tapak web saya yang diganggu oleh pihak luar kerana satu gambar yang menghina perdana menteri Israel.

Semalam Laman web Islamicity.com baru sahaja diserang tetapi berjaya dipatahkan. Menurut pakar teknikal laman tersebut ia dikesan berpunca dari Tel Aviv. Walaupun kita tiada kuasa ketenteraan yang kuat, kita boleh melawannya dengan keteguhan iman, kekuatan akidah dan penguasaan ilmu.

selepas ini 11 September akan terus terpahat dalam ingatan...

:::Diari Hari ini::

Waktu pagi selepas Subuh saya cuma berehat di rumah sambil menyiapkan beberapa benda yang patutu dibawa ke UUM pada petang ini.

Saya bertolak ke UUM pada pukul 4 petang dan sampai kira-kira jam 5. Petang terus saya main bola. Hehehe...Dapat jugak score sebiji. Malam cuma jalan sekejap sahaja di Ekspo Konvo. Saya memang yang jenis tak berapa suka sangat keadaan yang sesak. Selalunya saya akan elakkan dari lalu tempat yang sesak. Tapi kalau tak ramai tak meriah pulak. Kan...

Jadi saya cuma lalu sepintas lalu sahaja, lagipun student IT ramai yang tak sampai lagi. Agak boring sikit. Hehehe...

Malam tu saya cuma berbual dengan kawan-kawan lain sahaja. Tak berapa ada aktiviti sangat. Itu sahaja buat hari ini.

Perhatian: Mungkim dalam beberapa hari ini diari ini akan sedikit lewat dikemaskini memandangkan saya sekarang amat sibuk dengan Konvokesyen UUM. Apa pun saya akan cuba sedaya upaya.

WASSALAM...

11 SEPTEMBER 2002

:::11 September 2001 Dalam Kenangan Bahagian 1:::

Saya seperti biasa pada waktu malam dekat Kolej Perwaja 'merayau-rayau' dari satu bilik ke satu bilik. Tapi waktu tu saya nak ke bilik TV. Sorang kawan saya cakap Amerika kena serang. Saya gelak. Tak percaya. Dia kata betul. Saya kata jangan nak melawak. Kalau nak melawak carilah lawak yang masuk akal. Hehehe...

Lepas tu saya turun ke bilik TV. Terpegun saya bila lihat WTC dirempuh dengan pesawat. MasyaAllah. Biar betul! Macam tak percaya saya. Semuanya di luar jangkaan. Waktu tu ada live oleh CNN. Bayangkan kalau anda lihat orang terjun bangunan secara live dan mati di bawah itu. Sungguh menyayat hati.

Saya pun terpaku sambil rasa seornok jugak bila Amerika kena macam tu tapi tak seronok lebih banyak sebab melibatkan banyak nyawa yang tak berdosa. Biar Amerika tahu langit tinggi rendah.

Berita tersebut menjadi topik hangat selama beberapa bulan lamanya. Rakyat Amerika menjadi begitu terkejut. Keesokannya saya terus beli semua akhbar Berita Harian, Metro, Utusan, The Star dan New straits Times. Tamil Nesan dengan Nanyang Siang Pau saya tak belilah. Hehehe...

Kemudian saya habiskan masa di Internet selama beberapa jam untuk mengetahui banyak perkara. Kononya Al-Qaeda pimpinan Osama Laden yang mendalangi serangan ini. Dari awal lagi saya tak percaya serangan ini dilakukan oleh Osama. Saya cukup hairan bila ia dikatakan angkara Osama. Apa pun media terus mengkaitkan Islam dengan keganasan.

Sebut saja Islam, pasti akan terbayang keganasan. Memang itu dah jadi mainan media. Rasa cukup marah. Bagi saya tragedi ini bukanlah angkara Osama tetapi kaum Yahudi yang berazam untuk menguasai dunia. Yahudi merupakan satu kaum yang menganggap kaum merekalah yang paling baik dalm dunia.

Mereka ada modus operandi yang tersendiri. Mereka menguasai pelbagai bidang. Mereka pakar dalam banyak perkara. Itulah Yahudi. Apatah lagi dalam bidang teknologi maklumat. Mungkin laman saya ini akan dimusnahkan kalau mereka rasa tulisan saya boleh menggugat mereka.

Baru semalam saya dapat satu berita mengenai peruntukan yang mereka terima sebanyak kalau tak salah saya $65 juta untuk memusnahkan laman-laman yang menggugat mereka. Tapi apa yang boleh kita buat. Mereka menguasai bidang ilmu. Lihat sahaja Albert Einstein. Orang Yahudi..... Tokoh Psikologi terkenal dunia...Sigmund Freud... Itu antara contoh.

Mereka berjaya kerana mereka betul-betul menjadikan ilmu sebagai budaya hidup mereka. walaupun bilangan mereka cuma beberapa juta orang tetapi mereka boleh menguasai lebih 6 billion penduduk dunia! Bayangkan betapa hebatnya ilmu yang mereka miliki.

Berbalik kepada kejadian 11/9 (format Britain) atau pun kalau mengikut format US 9/11. Mulanya siapa sangka Yahudi sanggup kerugian sehingga $300 Billion dengan memusnahkan WTC. Saya berpendapat 911 adalah angkara Yahudi dengan bantuan US. Bayangkan dari 4000 pekerja Yahudi yang bekerja di situ cuma seorang Yahudi sahaja yang mati. Tidakkah fakta ini menggambarkan sesuatu yang lain?

Rupanya mereka ada serampang banyak mata:

1. Membina imej ganas terhadap Islam.
2. Menguasai sumber ekonomi dunia.
3. Membina imej yang digeruni oleh lawan.

dan yang paling besar ialah untuk meletakkan dunia di bawah telunjuk mereka. Sebenarnya banyak lagi matlamat mereka (faktor kecil).

Nak tahu selanjutnya. Ikuti bahagian dua 11 Sepetember 2001 dalam kenangan esok. Insyaallah saya akan kupas dengan lebih banyak lagi.

:::Diari Hari ini::

Setelah empat hari saya tak berjogging hari ni saya kembali berjogging walaupun pada awalnya takut hujan turun tetapi saya rasa tak boleh tinggalkan. Sekurang-kurangnya 15km seminggu kena lari. Minggu ni baru berapa. Hari ni terus enam kilometer. Esok dah nak puasa terpaksa berhenti.

Waktu pagi saya kawal adik-adik saya. Nakal betul. Kena tegas sikit suruh depa baca buku, basuh kasut sekolah dan selesaikan kerja-kerja sekolah. Kalau tidak sukarlah nak tengok depa berjaya.

Saya pulak study bab programming ASP. Kemudian semak email dan berehat. Petang tengok liputan SUKMA. Atlit Kedah kali ni rasanya tak akan dapat capai target 25 emas rasanya. Awal-awal lagi saya rasa mungkin cuma boleh samakan dengan rekod lepas iaitu 17 emas. Hari ni baru 11 emas. Esok dan lusa cuma tinggal 102 emas sahaja. Apa pun selamat berjaya.

Petang selepas tonton Kiranya Aku Tahu saya pusing kampung Gerigis dan kawasan-kawasan yang sewaktunya. Damainya lihat sawah yang terbentang walaupun banyak yang dah dituai tapi pemandangan tetap cantik. Dengan Gunung Jerai yang megah berdiri memang cukup mempersonakan.

Sambil meninjau keadaan kampung dan orang di kawasan tu (macam YB pulak..Hehehe) saya tengok orang yang ramai memancing ikan. Maklumlah dah beberapa hari hujan. Hari ni reda sikit, ramailah yang keluar memancing.

Saya pun cari jugak lubuk yang baik untuk tangkap ikan. Tapi saya tak tangkaplah cuma jenguk-jenguk. Jumpa jugak satu kawasan yang cukup strategik. Teringat balik waktu kecik-kecik dulu selalu saya tangkap ikan. Kalau kena ikan puyu sampai berdarahlah tangan. Ikan keli paling saya tk berani tapi Alhamdulillah tak pernah kena sengat lagi. Kemudian tangkap katak yang ada di tepi sawah dan kail. Itu zaman kanak-kanak dulu. Sekarang mals nak bermandi lumpur lagi dah. Cukuplah sekadar tengok kanak-kanak gembira dengan kegiatan ini.

Ada satu tempat tu, ikan akan melompat naik ke darat dan kemudian menggelungsur turun. Seronok tengok. Saya tak sempat cam ikan apa, nampak dari jauh macam ikan haruan. Bila saya sampai ke tempat tu, ikan tu terus tak melompat ke atas darat lagi. Seronok.

Sebelum maghrib saya pulang dan kemudian tonton berita dan cerita cina di NTV7. Kemudian saya study ASP sambil dengar radio Malaysia Kedah. Amboi seronok jugak sebab DJ mention selamat berkonvo kepada student UUM. Dua tiga kali pulak tu. Hehehe.... Apa pun cabaran baru bermula sebenarnya.

Malam saya gunakan untuk me,balas email dan mengemaskini laman web. Communityzero yang saya langgan dah kena bayar. Terpaksalah saya berhenti. Sedihnya...Terpaksalah saya bergantung harap dengan message board rakan-rakan sekelas di MRSM dulu. CZ ini lebih banyak advantage. Nak buat macam mana. Kena terimalah hakikat yang sekarang ni semuanya bergantung kepada wang.

Bila bukak laman Yahoo.com seolah-olah berkabung pulak sebab hitam putih sahaja. Mengenang kembali peristiwa 911. Saya tidur selepas pukul 3 pagi.

WASSALAM...

10 SEPTEMBER 2002

Satu selingan buat semua. Saya dapat dari salah satu kad jemputan perkahwinan kawan saya. Selamat Pengantin baru Zawira Zahiri (Wira) yang akan melangsungkan perkahwinan malam ini. Wira ni muda setahun dari saya. Jenuhlah malam ni. Tak pasal-pasal kena attack.

"Berkahwinlah dengan golongan perawan daripada kamu dan teruna daripada golongan kamu atau pun dengan jariah-jariah kamu yang solehah, sekiranya kamu berada di dalam keadaan fakir mudah-mudahan kamu akan beroleh kaya dan berkat dari kurnia Allah"

(An-Nur:32)

Maaf sebab agak lewat saya mengemaskini laman saya beberapa hari ini. Saya agak sibuk dengan beberapa perkara dan kekurangan idea nak update.

Hari ini 10 September 2002. Dah masuk hari ketiga bulan Rejab. Tapi saya masih belum berpuasa barang sehari pun dalam bulan ini. Memalukan. Semalam nak puasa sunat hari Isnin tapi bangun pulak dah masuk Subuh. Jadi tak kesampaianlah hajat di hati.

Esok saya akan tulis sikit tentang 11 September 2001 dalam kenangan. Ada beberapa benda yang saya rasa patut saya nukilkan. Nantikan!

Oklah berbalik kepada diari hari ni. Sewaktu bangun pagi saya terasa agak pening sikit dan rasa macam nak demam. Lepas tu saya terus sambung tidur selepas Subuh. Macam mana pun saya sempat jugak ke pejabat Pos untuk buat beberapa urusan memohon kerja sebelum hujan turun sepanjang hari.

Padang dekat rumah saya dah jadi kolam dah. Baru sahaja mesin rumput dan repair padang dah bertakung air. Tak boleh mainlah nampak gayanya selama seminggu rasanya. Itupun kalau esok tak hujan selama seminggu.

Saya sempat jugak semak email dan kemudian saya tonton liputan Sukma 2002. Bolehlah tahan atlit Kedah kali ni. Target 25 pingat emas. Ada lagi 4 hari. Sekarang baru 10. Boleh kot nak capai walaupun agak sukar. InsyaAllah.

Petang saya cuma berehat di rumah dan buat apa yang patut dan waktu malam saya ke rumah Wira untuk hadiri majlis perkahwinannya. Hehehe...meriah jugak walaupun secara kecil-kecilan. Kan saya dah kata mesti kena serang dengan pertanyaan pasal kawin. Jenuh nak mengelak.

Lepas tu saya sambung buat kerja dan semak email sebelum tidur. Maaf sebab saya rasa agak lambat balas email dalam minggu ni. Sibuk sikit dan rasa tak berapa sihat sangat.

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini---[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][1][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][43][44][45][46]

Baca Diari Sebelum ni

Saifulazrul Collection 1999-2002
Provided by Saiful Azrul Che Lah