Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

18 SEPTEMBER 2002

Semalam saya tertarik dengan Siri Pi Mai Pi Mai Tang Tu yang membawakan isu gejala penyalahgunaan dadah. Bagi saya dadah merupakan musuh yang amat bahaya bagi kita. Seorang penagih dadah apabila mati nanti, mayatnya agak sukar untuk dimandikan kerana jika tersilap sikit tulangnya akan patah. Ini kerana Dadah telah merosakkan sendi-sendi dan mempercepatkan pereputan tulang. Mahukah kita jadi begitu?

Dadah pada asasnya merupakan suatu yang amat berguna kepada manusia terutamanya dalam bidang perubatan. Tetapi ia telah disalahgunakan. Apabila ia disalahgunakan ia memang amat membahayakan. Jadi amat penting untuk kita mengelaknya.

Mengikut statistik agensi Dadah Kebangsaan (ADK). Setiap 33 minit akan terdapat seorang penagih baru! Dan dalam sehari terdapat 44 Orang penagih baru! Bayangkanlah. Dalam setahun terdapat 160 60 penagih baru! Statistik juga menunjukan terdapat lebih kurang 223 000 penagih dadah sejak tahun 1998. Maknanya lebih banyak dari penduduk negeri Perlis yang hanya berjumlah kira-kira 201 400 Orang sahaja (statistik 1997). itu yang rasmi. Dianggarkan jumlah penagih sebenar adalah lebih kurang dua kali ganda dari jumlah yang ada. Parah!

Lebih membimbangkan daripada jumlah itu 93.3% adalah LELAKI. Bayangkan golongan yang sepatutnya memimpin terjebak dengan gejala sedemikian rupa. Mengapa? Mahukah seorang wanita dipersiakan oleh seorang penagih? Seorang lelaki yang harus memimpin tidak dapat memimpin. Bagaimana keadaan negara ketika ini?

Saya juga lelaki. Statistik ini mahu atau tidak mahu saya perlu malu. Di Universiti pun memang ketara sedikitnya golongan lelaki. Banyak yang ada di pusat serenti. Memalukan. Bagaimana kita nak memajukan negara?

Saya cukup sedih dengan apa yang berlaku. Ia memerlukan komitmen semua pihak untuk mengatasinya. Janganlah sekali-kali menghampiri dadah. Kesannya amat memeritkan. Permulaan bagi penagihan dadah adalah merokok. Esok saya akan mengulas topik merokok pulak.

Sama-samalah kita kembali merenung diri. Sejauh mana kita hari ini. Jauhkan diri kita dari sesuatu yang tidak baik dan maksiat. InsyaAllah kita akan berjaya. Wahai teman dengarlah...

Kalau manusia itu mengejar kasih Allah, tidak akan timbul perselisihan dan perbalahan. Jika  manusia mengejar kasih manusia, itulah rahsia manusia itu bersaing dan berbalah.

WASSALAM...

17 SEPTEMBER 2002

Setiap insan yang hidup di dunia ini pasti mempunyai cabaran yang harus dilalui. Inilah fitrah kehidupan yang menuntut kita betah menghadapinya. Walaupun kita pernah gagal tetapi itu bukan bermakna kita akan terus gagal. Cuma yang akan membuatkan kita gagal selama-lamanya ialah kegagalan kita untuk merubah sikap kita.

Kita perlu akui, setiap sesuatu itu ada hikmahnya. Kita perlu faham, kita perlu terimanya. Kadang kala dugaan yang hadir itu terlalu perit untuk dilalui sampaikan kita rasa tidak sanggup untuk menerimanya lagi. Yang pasti setiap ujian dan dugaan itu adalah tanda kasih dan sayang Kekasih Agung kita. Dialah yang ingin menguji sejauh mana kita mencintai-Nya atau kita akan sentiasa terpedaya dengan keindahan alam Ciptaan-Nya.

Hakikat ini bukan asing lagi tetapi kita sendiri yang tidak mahu merenung kembali segalanya. Setiap insan akan ada dugaannya tersendiri. Saya juga tidak terkecuali. Untuk mencapai satu taraf yang mulia di sisi-Nya sememangnya ia memerlukan pengorbanan yang cukup besar. Kadang kala saya hanya mampu menangis dan mengadu kepada-Nya tetapi saya faham itu adalah cabaran, cuma saya tak mahu hanyut dalam cabaran itu. Saya mahu terus dengan cabaran ini kerana saya yakin ada kemanisan di hujung jalan ini.

Saya ada misi tersendiri dalam hidup. Saya ada matlamat yang telah saya sasarkan juga strategi untuk mencapainya. Namun masih ada komponen yang belum saya perolehi dan saya terpaksa juga meneruskannya. Apa pun kepada Allah tempat saya berserah. Saya Yakin Allah akan sentiasa membantu. Saya redha dengan setiap dugaan Allah. Doakan saya akan berjaya dunia akhirat!

Alhamdulillah saya rasa agak puas dengan tidur semalam. Cukup selesa. Syukur. Malam tadi saya tidur terlalu awal. Pukul 9.25 saya dah masuk tidur. Saya perlukan tidur yang mencukupi. Semuanya berjalan lancar.

Hari ni saya seperti biasa meneruskan latihan saya, kena berlari sekurang-kurangnya 3km untuk kekuatan kaki dan membina stamina. Saya berpuas hati dengan stamina saya cuma sewaktu lawan bola tempoh hari saya gagal menyesuaikan diri dengan keadaan. Saya lebih kerap training di atas permukaan keras dengan menekankan kepada aspek pendaratan kaki tetapi apabila saya beralih kepada bola saya terpaksa bergerak atas permukaan padang yang lembut. Ia memerlukan kesenian kaki yang tinggi. Saya boleh tetapi perlukan lebih banyak masa berada di atas padang yang lembut. Apa pun tumpuan saya adalah kejohanan badminton Terbuka UUM yang khabarnya bakal disertai oleh pasukan seluruh negara, Thailand dan juga Indonesia.

Saya tak letak sasaran. Cukuplah saya boleh pertingkatkan apa yang telah saya capai. Saya harap mental saya bertambah kuat. Memang sukar nak bina kekuatan mental tetapi ia perlu dipupuk setiap hari dengan sikap-sikap positif. InsyaAllah akan berjaya.

Hari ini saya agak sibuk dengan banyak benda. Memang saya perlu buat banyak benda. Terutamnya dalam soal mencari pekerjaan. Banyak borang yang perlu diisi. Masalahnya cuma saya masih belum dapat transkrip peperiksaan. Ini yang menyukarkan saya memohon kerja sebab ia amat penting. Saya cuma gamle hantar borang permohonan tanpa transkrip. Kalau diterima Alhamdulillah dan kalau tidak terpaksalah. Transkrip hanya akan dipos dalam masa dua minggu lagi. Kawan saya dah dua bulan minta transkrip sementara tetapi masih belum diperolehi. Sukar juga ya!

Apa pun saya tak boleh berputus asa. Untuk mencapai kecemerlangan diri kita perlu lebih berani. Konvo semalam banyak menyedarkan diri saya. Ucapan Pro Canselor pada akhir majlis banyak mengajar dan memberi pedoman. Katanya walaupun kita berjaya ketika ini ia bukan bermakna kita tidak akan kecundang apada masa depan. Kita masih perlu terus berusaha kerana cabaran akan datang dan akan sentiasa datang. Itu pasti!

Saya perlu bina semula diri ini. Perlengkapkan segala yang tiada. Pertingkatkan apa yang tiada dan InsyaAllah akan terus berjaya. Saya akan cuba! InsyaAllah akan berjaya jua akhirnya. Terima kasih kepada semua yang memberi perhatian dan dorongan kepada diri ini. Saya tidak akan lupakan jasa besar anda semua. Tanpa anda semua saya tidak seperti ini.

Juga kepada ibu bapa saya yang banyak memberi pengorbanan yang sememangnya tidak akan terbalas walaupun dengan segunung intan. Keluarga saya yang cukup membahagiakan saya. Mereka banyak memberi bantuan dan kerana merekalah saya berada di sini. Abang Midi sebab banyak memberi bantuan kepada saya.

Kepada saudara saya. Pak Long, Mak Long, Pak Njang, Mak, Njang, Pak Cik, Mak Cik, apa-bapa saudara saya, mak-mak saudara saya, sepupu-sepupu saya dan semua saudara saya terutamanya Tok Wan kerana telah terlalu banyak membantu saya. Saya tak akan lupakan jasa semua. Saya berbangga menjadi sebahagian daripada anda semua.

Kepada seseorang yang banyak memberikan inspirasi dan dorongan kepada saya. Terima kasih. Andalah yang banyak mengubah saya tanpa sedar.

Kepada teman-teman yang banyak membantu seperti Din, Zam, Men, Ariep, Airpool dan ramai lagi yang tak dapat saya nak senaraikan anda semuanya (Maaf!). Terima kasih. Harapnya anda akan terus maju jaya dalam kehidupan. Jangan sesat di hujung jalan. Kalau sudah terlanjur kembalilah ke pangkal jalan.

Juga kepada sesiapa sahaja yang banyak memberi dorongan dan galakan juga kepada beberapa orang pengunjung setia diari saya ini seperti As  walaupun anda baru saya kenali tetapi saya cukup berterima kasih atas sokongan anda.

Akhir kata dari saya. "Kita merancang tetapi perancangan Allah jauh lebih sempurna." "Datang Kita Dari Allah Dan Perginya Kita Juga Kepada Allah".

WASSALAM...

16 SEPTEMBER 200

Tahniah! Tahniah buat diri saya sendiri. Hehehe... Juga kawan-kawan yang turut berkonvo pada hari ini. Seronoknya rasa! Saya ada sebab untuk berseronok. Terima kasih saya tujukan kepada Kedua orang tua saya, keluarga, pensyarah, guru-guru, saudara mara, kawan-kawan dan sesiapa sahaja yang telah memantu saya secara langsung atau pun tidak langsung dalam membantu saya mencapai apa yang telah saya capai ketika ini. Terima kasih.

Ramai yang menjadi pendorong kepada saya, paling utama adalah ibu bapa saya, keluarga dan seseorang yang cukup istimewa bagi saya.

Saya bangun seawal jam 5.30 pagi. Bersiap untuk ke majlis konvokesyen. Seawal jam 6.40 saya dah sampai di DKG 3/1 untuk berkumpul. Seronok rasa hati. Memang seronok.

Bila masuk dewan MAS rasa semangat semakin membuak-buak. Saya rasa cukup bersemangat. Kalau sesiapa yang ikut siaran langsung melalui www.portal.uum.edu.my nampaklah wajah terbaru saya. Majlis disempurnakan oleh Pro Canselor UUM iaitu Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Seri Dr. Abdul Hamid Pawan Teh yang juga merupakan bekas menteri besar Perlis yang menjadi kesayangan orang Perlis.

Kemudian di akhir majlis Tan Sri Pro Canselor telah memberikan nasihat yang cukup simbolik dan banyak double meaning. Saya tak tahu orang lain faham atau tidak. Tapi rasanya ada yang mungkin rasa sikit 'panas' dengan nasihat itu. Banyak menjurus kepada political meaning walaupun disampaikan secara ilmiah tapi ia memang sesuatu yang tidak dapat dinafikan dan memang Tan Sri cukup bijak menasihat. Bijak!

Selepas majlis saya bersama keluarga bergambar bersama-sama dan juga bersama kawan-kawan. Dapat juga beberapa kuntum bunga. Hehehe... Orang laki tak payah dapat bunga pun tak apa, kalau nak bagi jugak bagi duit. Hehehe.. Gurau sahaja...

Kemudian makan bersama keluarga di kafe Kolej Perwaja, kemudian saya terus ke Pusat Sukan UUM untuk pendaftaran badminton dan kemudian ambil salinan ijazah dan kemudian di bilik Abang Midi untuk semak email. Thanks kepada yang memberi ucapan tahniah kepada saya. Terima kasih sekali lagi.

Perasaan saya memang bercampur baur. Mungkin saya tak sempat bertemu dengan beberapa orang sahabat. Seronok ada semua ada. Semuanya bercampur-campur. Apa pun pengalam selama 4 tahun di UUM cukup indah bagi saya. Terima kasih semuanya! Juga kepada Arief dan Airpool yang sudi menumpangkan bilik sepanjang tempoh konvo. Thanks sekali lagi...

Saya terpaksa bergegas pulang sebab saya nak sambung training badminton untuk Terbuka UUM. Kali ni ada dari Indon, Thai dan seluruh Malaysia. Memang lebih mencabar. Saya nak jadikannya sebagai pendedahan.

Selepas pulang saya terus tonton kiranya Aku Tahu. Hari Khamis lepas terlepas satu siri. Hari ni mujur sempat. Kemudian saya buat apa yang patut dan balas email. Saya bercadang nak tidur awal malam ni sebab saya rasa terlalu penat. Jumpa lagi esok, InsyaAllah...

WASSALAM...

15 SEPTEMBER 2002

Jangan lupa ikuti siaran langsung majlis Konvokesyen UUM melalui www.portal.uum.edu.my Saya akan berkonvo esok sessi IV iaitu sessi pagi bermula jam 9. Sesiapa yang ada kelapangan sudi-sudikanlah menontonnnya. Bagi teman-teman lama saya. Itulah wajah terbaru saya.

Tewas! Pasukan saya tewas dalam pertandingan Bola Sepak Ekspo Konvo. Kalah penalti 3-1 selepas seri 1-1 dalam masa penuh. Nak buat macam mana. Hehehe... Saya pun tak perform elok. Saya rasa tak berapa selesa sangat atas padang. Banyak jugak chances yang saya lepaskan dan sebagai striker saya tak patut lepaskan peluang tersebut. Cuma yang boleh dibanggakan adalah saya sempat membuat hantaran yang menjadi punca gol pasukan saya. Apa pun saya cuma klasifikasikan permainan saya sebagai memuaskan sahaja. Banyak home work yang kena saya buat.

Petang saya cuma teman Zam beli bunga kemudian seterika semua baju dan jubah untuk esok. Malam saya ke tapak ekspo dengan kawan-kawan tapi semua asyik bersama awek mereka kemudiannya. Jadi saya buat keputusan pulang awal dan tidur awal.

Itu sahaja buat hari ini.

WASSALAM...

14 SEPTEMBER 2002

Saya bangun kira-kira jam 5.30 pagi. Bersahur sikit dan kemudian ke Masjid UUM untuk Solat Subuh. Ramai jugak emak bapak yang bersolat di situ dan tak kurang jugak yang tidur di masjid.

Kemudian saya cuma bersendirian sambil mengenang banyak peristiwa selama di UUM. Boleh privacy sikit waktu ni sebab ramai yang still lena. Saya cuma pusing tasik dan kemudian ambil angin sikit. Kalau saya bawak kasut jogging, dah jogging dah waktu ni.

Dulu selalu saya jogging di tasik pada waktu pagi. Kalau waktu petang, maaflah sebab ramai orang sangat.

Selepas basuh baju, saya sambung tidur sebab saya tiada member untuk berbual. Semua tidur balik... Sunyinya dunia. Tak kurang ada yang dah balik dah malam tadi. Saya pun akan balik petang ni.

Bertolak pulang waktu tengah hari bukannya petang. Bawak balik kad jemputan untuk mak dan abah dan pelekat kenderaan. Kemudian saya cuma tonton filem Hindustan TV2. Seronok jugak. Kemudian saya tidur sebab perut terasa amat lapar. Tapi Alhamdulillah dapat jugak saya berpuasa dalam bulan Rejab. Hari ni dah masuk 7 Rejab dah.

Petang selepas berbuka saya cuma menonton Berita dan kemudian tonton penutupan SUKMA 2002. Boleh tahanprestasi atlit Kedah sebab sama dengan kutipan di Penang dua tahun lepas. Bolehlah...

Malam cuma buat persiapan untuk ke UUM pagi esok sebab awal-awal pagi lagi saya dah nak bertolak. Pukul 8 pagi saya akan menyertai Bola sepak 9 sebelah Terbuka UUM. Cabaran kali ni memang hebat tapi kami just for joy. Seronok-seronok sahaja.

Kemudian saya semak email dan balas setakat mana yang saya sempat dan terus tidur.

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini---[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][1][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][43][44][45][46][47]

Baca Diari Sebelum ni

Saifulazrul Collection 1999-2002
Provided by Saiful Azrul Che Lah