Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL
EDISI KHAS AIDILFITRI

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

06 DISEMBER 2002M / 01 SYAWAL 1423H

ASSALAMUALAIKUM... 

Alhamdulillah Kerana dengan dengan limpah dan kurnianya kita masih lagi diberi peluang untuk menyambut Syawal 1423 buat kesekian kalinya. Marilah kita sama-sama bertakbir, bertasbih dan bertahmid memuji keagungan Allah tuhan pencipta alam.
Bagi saya kedatangan hari lebaran ini disambut dengan perasaan yang bercampur baur. Sedih kerana Ramadhan telah meninggalkan kita. Entah sempat kita mengecap nikmat Ramadhan sekali lagi atau pun tidak. Mudah-mudahan kita masih lagi diberi kesempatan.

Gembira kerana berjaya mengharungi cabaran, dugaan dan ujian Ramadhan dengan penuh jayanya walaupun ada kecacatan yang sememangnya sebati dengan makhluk yang bernama insan.(Perkataan insan berasal dari perkataan Arab 'nasiya' yang bermaksud lupa). Bagi saya tahun ini memang cukup bermakna bagi saya.(ada sebab-sebab peribadi). Paling bermakna buat saya. Alhamdulillah...

Kembali kepada hari raya. Hari raya Aidilfitri. Bermaksud kita kembali kepada fitrah. Sebelum ini dalam bulan Ramadhan kita berpuasa pada siang hari tetapi kini kita kembali kepada fitrah iaitu keadaan asal seperti sebelum datangnya Ramadhan.

Sebaiknya kita menyambung lagi berpuasa selama enam hari dalam bulan Syawal sebagai pelengkap kepada puasa Ramadhan kita. Mudah-mudahan rahmat Allah sentiasa bersama kita.

Di samping itu, kita juga disunatkan dengan melakukan pelbagai amalan seperti mandi sunat Aidilfitri, bersedekah, melalui jalan lain ketika pergi dan balik melalui jalan lain serta lain-lain lagi...

Budaya saling maaf bermaafan semasa hari raya juga harus kita panjangkan dalam bulan-bulan yang lain bukan sekadar hanya pada bulan Ramadhan sahaja. Ini kerana kita sebagai manusia tidak lepas dari melakukan kesilapan bak kata orang Bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Bagitu juga dengan amalan kita sepanjang Ramadhan. Ramadhan ini ibarat sebuah institusi pengajian yang mengajar kita pelbagai perkara dan seharusnya selepas kita menghayatinya kita aplikasikannya dalam kehidupan kita sehari-harian.

Begitu juga dengan budaya menziarahi kubur. Harapnya diteruskan juga, dan bukan hanya pada Hari raya sahaja.

InsyaAllah saya akan cuba memperkemaskan diri dalam menghadapi dugaan yang bakal mendatang. Banyak lagi yang perlu saya tempuhi. Ramadhan banyak memberi kesedaran dan Syawal adalah detik meraikan kemenangan ini.

Buat mak abah Azrul minta maaf atas segala kesalahan Azrul, InsyaAllah Azrul akan hargai jasa mak abah selama ini.

Pada kesempatan yang terhad ini saya ingin mengambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf daripada semua sekiranya ada apa perbuatan, pertuturan, perkataan, tulisan atau apa saja yang datangnya dari saya mengganggu, menyinggung atau menimbulkan perasaan kurang senang daripada anda. Dan saya akhiri Diari saya edisi Syawal ini dengan MAAF ZAHIR BATIN.

Sekian catatan insan yang masih 'berkelana' di bumi Allah ini...

Terima kasih atas sokongan anda semua selama ini

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini---[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][43][44][45][46][47][48][49][50][51][52][53][54][55][56][57][58][59][60][61][62][63][64][65][66][67][68][69][70][71][72][73][74][75][76]

Baca Diari Sebelum ni

Saifulazrul Collection 1999-2002
Provided by Saiful Azrul Che Lah