Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

10 DISEMBER 2002

ASSALAMUALAIKUM...

Selepas Diari ni bercuti buat beberapa hari, Alhamdulillah ia masih dapat beroperasi dan untuk menggantikan edisi yang cuti itu saya telah membuat dua siri rangkuman Aidilfitri yang lalu.

Rangkuman Aidilfitri 1423H
Bahagian Satu

::: Malam Raya :::

Malam raya saya pulang ke kampung menjenguk Tok Wan dan saudara mara di kampung. Jalan agak sesak jadi saya sengaja memilih jalan kampung yang memang cukup gelap dan bahaya. Alhamdulillah saya selamat tetapi ada yang eksiden. Kesian... Malam raya eksiden, Alhamdulillah tak meninggal macam dekat Selangor 8 orang mati (kejadian 05/12/02)

Moralnya: Berhati-hati di jalan raya...

::: Pendang & Alor Setar Tengah Malam Raya :::

Selepas saya ziarah Tok Wan saya sengaja pulang ke Alor Setar melalui Jalan Pendang-Bukit Raya-Simpang Empat-Alor Setar-Rumah saya. Memang orang terlalu ramai di Pekan Pendang. Memang meriah. Sampaikan polis trafik dah tak cukup tangan nak handle kesesakan lalu lintas.

Alor Setar lagilah sesak. Memang terlalu sesak berkali-kali ganda dari Pendang. Kalau anda drive kereta sudah pasti untuk 100 m anda akan ambil masa selama lebih kurang 10 minit  sedangkan rekod dunia larian 100m ialah 9.78 saat!

::: Meriah :::

Memang meriah memerhatikan sebegitu ramai manusia berkumpul pada malam raya meraikan kedatangan Syawal dan membuat persiapan terakhir. Jarang-jarang dapat disaksikan sebegini ramai keluar memenuhi pusat bandar Alor Setar. Setahun hanya sekali...

::: Mencari identiti :::

Meriah memang meriah tetapi sedih dengan gelagat muda mudi di malam raya. Berpasang-pasang pasangan lelaki-perempuan bergaul bebas. Bebas berpegangan tangan tanpa ikatan yang sah. Keluar pada waktu tengah malam dengan lelaki yang bukan muhrimnya. Betapa parahnya gejala kurang sihat ini. Bukan tak boleh berkasih tetapi biar kena caranya.

Lepas tu kaum perempuan dengan pakaian yang tak cukup kainnya dan kaum lelaki dengan gelagat tak senonohnya. Umpamanya membaling mercun kepada kenderaan yang lalu lalang dan perempuan yang sedang berjalan. Memang cukup memalukan.

Banyak lagi yang tak perlu saya tulis dalam diari ni sampai terdetik dalam hati saya benarkah kita sudah berjaya dengan didikan Ramadhan? Rasanya Syaitan yang baru dibebaskan sudah kembali menyucuk jarumnya. Bayangkan betapa mudahnya syaitan melakukan tugasnya kerana dalam bulan Ramadhan pun dengan tiada godaan Syaitan, kebanyakan kita dah terdidik dengan ‘baik’ hingga menurut didikan syaitan walaupun syaitan diikat pada bulan Ramadhan...

Kesimpulannya: Remaja kita masih tercari-cari identiti sebenar mereka. Persoalannya bilakah mereka akan menjumpainya. Adakah setelah terhantuk baru nak tergadah?

Esok saya akan kupas mengenai kemalangan Jalan raya pulak...

Sebelum saya mulakan diari saya hari ni, saya nak buat satu pesanan khusus kepada Anjang. Maaf tak dapat balas email sebab mungkin ada masalah pada mailbox Anjang. Bila saya send asyik dikembalikan kepada saya. Dah lebih 10 hari rasanya ia terjadi. Harap boleh tengok setting kat mailbox tu. Baru saya boleh send email. Atau maybe dah penuh dah mailbox tu...

Hari ni saya mulakan dengan berjogging bersama dengan Men di Taman Rimba. Sebenarnya saya agak gusar sikit sebab saya gagal control makan waktu hari raya. Rasa macam bertambah sikit berat badan. Jadi saya ambil keputusan saya mula jogging balik pada raya kedua, ketiga, keempat dan hari ni. Tapi keputusannya masih lagi belum memuaskan. Pening kepala betul! Apa pun saya tak bimbang sangat sebab saya akan kembali macam biasa dalam dua tiga hari lagi. Cuma waktu macam ni saya kena lebih berhati-hati...

Selepas itu saya berehat di rumah dan pada waktu tengah hari saya ke kenduri kahwin kawan lama saya di Kampung Kubang Buaya. Kemudian hadiri kenduri kahwin Abang kepada Zam di Gunung Keriang. Lama juga saya di sana dan sempat berkenalan dengan ramai jugak orang. Mak saya lagilah ramai yang dia kenal. Saya tak berapa kenal sangat saudara tapi mak saya memang superb. Dia ingat banyak sangat saudara mara. Boleh kata satu kampung dia kenal seorang demi seorang. Saya memang surrender. Hehehe...

Waktu petang saya cuma berehat di rumah sambil perbetulkan setting internet saya yang tak berfungsi. Alhamdulillah settle.

Kemudian selepas tonton berita pada waktu malam saya sambung kemaskinikan laman web saya. Dan pada waktu tengah malam saya tonton EPL. Lepas tu saya cadang nak tonton siaran langsung Barcelona lawan Newcastle.

Dulu sewaktu Romario dan Ronaldo main dengan Barcelona saya memang sokong Barca daripada Real Madrid tapi sekarang dah berubah. Tapi pasukan paling saya minat ialah Newcastle. Saya mula sokong Magpies (Newcastle) sejak tahun 1996. Sebabnya perpindahan Shearer dari Blackburn ke  Magpies. Sebelum tu saya sokong pasukan yang bermain di Edwood Park itu. Harapnya Magpies dapat menang walaupun Bellamy dengan Shearer digantung. Mana tahu Shola Ameobi dengan Tresor Lomano Lua Lua dapat perform dengan baik.

Barisan mid masih ada Speed, Jenas , Dyer, Solano, Robert. Semuanya boleh diharap. Barca pun walaupun prestasi dalam liga Sepanyol tak berapa ok tetapi rekod Champions league memang menakjubkan. Menang 7 perlawanan dari 7 perlawanan. 100%! Tapi bolehkah Barca meneruskan rentetan kemenangan ini. Kita tengok siaran langsungnya sat lagi. Hehehe...

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini---[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][43][44][45][46][47][48][49][50][51][52][53][54][55][56][57][58][59][60][61][62][63][64][65][66][67][68][69][70][71][72][73][74][75][76][KHAS][77]

Baca Diari Sebelum ni

Saifulazrul Collection 1999-2002
Provided by Saiful Azrul Che Lah