Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

06 MEI 2002

Rasanya tak ramai di antara kita yang betul-betul menghargai alam sekitar. Sepatutnya kita lebih prihatin dalam bab ini. Ini kerana, penjagaan alam sekitar merupakan satu perkara yang bersifat universal. Tidakkah kita terasa indah kalau hidup dikelilingi oleh alam yang cukup menarik? Mungkin kerana hari ini kita terlalu bersikap individualistik hingga kita mengabaikan sesuatu yang sepatutnya diberi perhatian bersama. Di manakah kita hari ini? Cubalah fikir kembali....

Tak Banyak yang dapat saya ceritakan hari ni. Semuanya lebih kurang sama dengan hari semalam. Cuma malam ni Alhamdullillah dibelanja oleh Pak Njang saya makan di Restoran Ikan Haji Ramli di Pantai Cenang. Dapatlah merasa Ikan Jenahak Bakar, Ikan kembong (Ikan Termenung) bakar, Ketam, Sotong, Telur, AYam  dan tomyam. Rasanya ada dalam RM 100 bayarannya. Terima Kasih Mak Njang dan Pak Njang. Segan pulak rasa bila kena belanja.

Lepas tu pergi ke Temoyong jumpa dengan keluarga adik Pak Njang saya. Saya memang suka mengusik Dibah (Adibah) tu. Saja kacau...Comel baru darjah dua. Nak mengusik adik yang dua orang lagi nanti menangis pulak. Kalau Dibah ni sporting sikit. Pandai pulak tu sebab selalu dapat nombor 2 dalam kelas. Kat situ dijamu lagi....Perut dah sendat dah.....Nak buat macam mana, rezeki tak boleh ditolak....Lepas tu balik dan teman Din telefon.

Lepas tu baru tahu yang Ilah dan Ita tak makan lagi walaupun dah pukul 11.30 malam dah waktu tu. Jadi kami pun tolonglah beli Roti Canai kat depa. Tulah lepas Mghrib tidur lagi...Kan dah tak sempat beli makanan...Lawak sahaja...Jangan Marah... Malam tu jumpa Cikgu Ali Rushdi dekat dengan Kondo Istana. Dah lama tak jumpa. Last sekali jumpa waktu Pertandingan Badminton waktu konvo tempoh hari. (Bulan  2001).

Lepas tu berbual lah sikit. Terima Kasih Cikgu sebab banyak bantu saya dulu. Cikgu Alilah yang banyak membantu karier badminton saya kat UUM dan paling utama ketika Matrikulasi sampai dapat Champion Single Matrik dan Juara SUKOL UUM. Penyelia Wataniah saya...Selalu dapat elaun lebih..Hehehe...Sekarang Cikgu Ali Ada di UPSI sebagai penyelaras Wataniah & Palapes di sana....

WASSALAM...

05 MEI 2002

Sukan dan riadah merupakan satu kegiatan sihat yang membantu kesihatan kita. Melalui bersukan kita akan memecahkan lemak yang terkumpul pada badan kita terutamanya lemak dalam darah. Jika lemak dalam darah kurang kita akan dapat mengalirkan lebih banyak oksigen ke otak sekaligus menjadikan otak kita lebih cerdas. 

Sebab itu saya amat minat bersukan.(Tapi bdan still banyak lemak lagi Hehehehe...). Bagi saya stamina itu penting sebab kita perlukan stamina yang tinggi untuk melakukan kativiti harian kita. Bersukan sebenarnya membantu kita melatih untuk melakukan kerja-kerja harian kita. Tetapi amat kurang masyarakat kita yang bersukan. Contohnya di Alor Setar tempat saya berjogging setiap pagi (Taman Rimba) Dipenuhi oleh kaum Cina sentiasa. Orang Melayu amat kurang. Rasanya cuma 3 per 10 sahaja. Bayangkan...Apa pun semua ini bergantung kepada anda sendiri.

Macam biasa pagi training badminton terlebih dahulu sampai pukul 10. Pukul 11 masuk pejabat. Hehehe.. Rasa macam sehari kerja lebih kurang 4 jam sahaja. Saya banyak menumpukan bahagian database dalam pembangunan sistem (Dari segi nak generate report). Rasa sukar pulak tapi saya akan tetap cuba. Sekarang macam dah nak boleh je....

Tengah hari saya cuma surf Internet kat komputer Zam. Memang makan awal sikit. Selalunya macam tulah. Saja nak tengok berita pasal FA Cup. Arsenal menang. Kecewa Zam waktu tengok Ray Parlour dan Fredie Score pagi tadi. Apa pun saya rasa Arsenal memang layak menang.

Petang saya tak turun training. Entah, rasa malas pulak. Tapi saya rasa penat sebab pagi dah all out. Petang bermasalahlah kan? Hehehe...Zam selalu cakap masalah displin... Betul jugak tapi tak jugak sebab kalau saya turun pun tak semestinya boleh main sebab ramai orang. Better saya turun main bola atau jogging.

Malam tengok bola. LADA lawan Perak Jenderata dengan Din, Zam, Ilah, Ita dan Ina. Game agak menarik tapi LADA tak ada finishing yang sharp. Tension tengopk, rasa macam nak turun jadi striker pulak. Hehehe..(Kalau saya main pun lagi teruk kot). Lepas tu makan dan sampai detik 12 tengah malam celebrate Birthday Zam. Seronok tengok Zam..Happy je dia.....

Ada kek lagi tu! Kedai makan kat situ pulak sporting siap bagi macam-macam kemudahan. Apa pun Selamat Hari Lahir Zam! Semoga panjang umur murah rezeki. Renung balik masa lalu dan rancanglah masa depan semoga menjadi orang yang berguna buat semua.....SELAMAT HARI LAHIR

WASSALAM...

04 MEI 2002

Dalam hidup ini banyak yang perlu kita lakukan. Tetapi yang paling penting ialah kita mempunyai perancangan hidup kerana tanpa perancangan kita tidak dapat menetapkan matlamat atau lebih teruk lagi tidak mendapat apa-apa. Atas sebab itu saya telah mengatur hidup saya dengan beberapa perancangan jangka panjang. Tetapi saya masih kekurangan sesuatu untuk membantu saya mencapai matlamat perancangan saya.

Kalau anda seorang lelaki dan sebaya dengan saya, anda juga seharusnya merancang hidup anda kerana kita mempunyai tugas yang berat kelak. Kita harus bijak merancang dan merangka pelan hidup kita. Jika tidak kita akan gagal dalam hidup dan mungkin hidup kita akan sengsara. Biarlah kita bersusah dari sekarang daripada sengsara kemudian hari dan biarlah kita bersusah kini tetapi kelak kita berjaya. Fikir.....

Hari ni saya ada agenda tersendiri. Ada benda yang saya rahsiakan dari Din dan Zam. Hehehehe... Jangan cakap kat depa pulak. Actually tiada apa sangat rahsia. Cuma ada sesuatu yang saya buat. Pagi tu saya shopping dekat Bazar Mara Kuah dan lepas tu di Dataran Lang. Ramai jugak orang kat sana. Nampak jugak ramai student Mrsm kat Taman Lagenda, jadi saya pun try cari kot-kot ada cikgu Mrsm Kulim yang saya kenal. Tak ada pun!

Leaps tu makan tengah hari kat Kedai makan yang kami gelar "Kedai RM2". Boleh ambil apa sahaja dengan bayaran RM 2. Kami ajalah. Orang lain tak boleh..Hehehe.... Lepas tu tengok cerita Hindustan Yadein yang berlakon di Langkawi. Cantik tak Langkawi?,.....Lepas tu saya tertidur...

Malam pergi pasar malam lepas tu berehat di Dataran Lang dengan Din dan Zam. Lepas tu balik tengok bola Selangor lawan Perak. Ada gol Kontroversi tapi sayang terlepas nak tengok......Malam tu tengok Arsenal lawan Chelsea....Zam peminat Chelsea memang kecewa sebab Arsenal menang 2-0.

Saya memang ramal Arsenal juara FA dengan Liga tahun ni. Tak pernah fail to score in every game this season. Can you just imagine! How unbelieveable....Aih sebab apa keluar ayat BI ni...Hehehe....Sorry kalau broken language...(teringat pulak kisah jumpa Orang Putih kat Telaga Tujuh)....

WASSALAM...

03 MEI  2002 [JUMAAT]

Kemalangan atau kecelakaan jalan raya merupakan satu perkara yang cuba dielakkan oleh semua orang. Namun di negara kita peratusan kecelakaan jalan raya kian meningkat dari setahun ke setahun. Menurut kajian ada tiga punca utama yang menyebabkan berlakunya kemalangan. Pertama, faktor Kenderaan. Kedua, faktor, Pemandu dan ketiga faktor suasana sekeliling. Pemanduan berhemat merupakan antara cara terbaik untuk mengelak daripada berlakunya kemalangan jalan raya.

Sebagai seorang umat Islam kita digalakkan berdoa sebelum memulakan perjalanan sekuarang-kurangnya dengan bacaan Bismillah. Saya, Alhamdulillah dalam setiap perjalanan tuidak lepas dari membaca Bismillah dan Ayat Kursi. Bagaimana kalau kemalangan tetap terjadi setelah kita berdoa sebelum perjalanan? Sebenarnya itu adalah hak Allah. Kita sebagai hamba seharusnya berikhtiar. Allah ada sebab dan jawapan yang tidak dapat kita ungkapkan dengan akal kita. Jadi terimalah apa yang telah ditetapkan, namun kita mesti tetap perlu berusaha.

Seawal 8.30 pagi lebih kurang kami bertolak ke Telaga Tujuh. Kali ni baru boleh mandi sebab dah jumpa tempat yang sesuai untuk mandi. Kali ni mandi dengan budak Mahad Tahfiz Datai. Memang budak-budak tu tiap-tiap minggu mandi kat situ. Bergambar dekat situ memang menarik dan cantik. Memang saya sukakan pemandangan. Seronok, hati pun tenang tengok keedamaian alam semula jadi. Subhanallah Maha Suci Allah pencipta segala kejadian...

Tengah hari solat Jumaat di Masjid Ewa. Saya memang rasa mengantuk sebab penat. Buat pertama kalinya sejak beberapa tahun, saya tertidur sewaktu khutbah. Nasib baik dalam lima minit sahaja...Khatib banyak memberi penekanan soal amalan khurafat seperti mandi Safar dan beberapa kepercayaan karut lain yang sudah menjadi trend masyarakat Melayu. Selepas solat Jumaat terserempak lagi dengan budak-budak Mahad Tahfiz Datai tu. Lepas tu jumpak Abang Shown (Rofison). Rupanya rumah dia dekat sini. Dia dah cakap dah hari tu rumah dia dekat masjid...

Selepas tu kami ke Tanjung Rhu dan ambil angin di sana. Bergambar sekeping dua sambil minum air. Lepas tu hajat nak ke Durian Perangin, saja nak survey sama ada, ada banyak air ke tak, tetapi terpaksa dibatalkan kerana macam nak hujan. Lepas tu bila balik ke rumah tidur..Hehehe... Tak elok tidur lepas Asar tapi memang rasa terlalu mengantuk.

Malam kami makan di rumah Mak Njang saya bersama Din dan Zam. Memang selalu jugak Mak Njang saya ajak makan di rumahnya atau belanja makan di luar. Alhamdulillah... Lepas tu dapat buah tembikai sebiji. Sebelum balik kami ke rumah Tok Hasan dulu berbual dan lepas tu baru balik rumah. Saya terus ke CC manakala Din Macam biasalah Telefon dahulu.....Tidur dalam pukul 4 pagi hari tu. Ada saya buat kerja sikit.

WASSALAM...

02 MEI  2002

Malu merupakan benteng diri yang cukup ampuh yang mengekang kita daripada melakukan sebarang bentuk kemungkaran. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Umar, " Rasulullah bersabda, sifat malu dan iman itu seiringan. Jika salah satu ditinggalkan, maka kedua-duanya akan hilang." (Baihaqi). Menyentuh soal malu, kita bagaimanapun harus malu yang bertempat. Contohnya dalam soal peljaran kita tidak harus malu bertanya. Kita seharusnya tahu di mana sifat malu itu perlu.

Sabda Rasulullah lagi, "Malu dan amanah adalah perkara yang mula-mula sekali hilang dari dunia ini; Sebab itu mintalah dengan Allah untuk kedua-duanya." (Baihaqi). Renungkanlah.....

Hari ni saya kena training Badminton dahulu sebelum ke pejabat. Pukul 8-10 pagi saya kena training dan masuk kerja sebelum pukul 11. Memang penat sebab kena kerja selepas tu. Sampai sahaja dekat pejabat ada lebihan jamuan. Jadi terus pergi makan. Siapa tak nak makan free kan? Hehehe... Sebenarnya hari tu saya nak tumpu terhadap pembangunan sistem tetapi agak sukar sebab esok cuti lagi pun bilik saya asyik ada orang masuk nak guna komputer. Memang ganggu konsentrasi. Tapi saya tetap cuba atasi masalah tu dan teruskan bangunkan sistem tanah tu.

Petang saya memang nak turun training tapi saya tak sempat nak basuh baju untuk main, jadi tak turun traininglah nampak gayanya. Malam, selepas makan malam terus ke Dataran Lang. Lepas tu jumpa dengan Ilah, Ina dan Ita bincang pasal retrip ke Telaga Tujuh esok.

Malam saya memang planning tidur awal tapi tetap lewat jugak...Hehehe...Esok trip pukul 8.30 pagi...

WASSALAM...

01 MEI  2002

Bergaul dan berkawan sebenarnya merupakan satu aktiviti yang kebiasaannya cukup menghiburkan. Memang kita boleh berkawan. Tidak kiralah sama ada antara seorang antara seorang lelaki dengan lelaki atau seorang lelaki dengan perempuan. Namun itu bukanlah bermakna pergaulan itu harus bebas sebebasnya. Dalam pergaulan ada batasan yang perlu kita jaga. Saya mempunyai sebab untuk mengutarakan topik ini. Alhamdulillah saya masih lagi dapat menjaga diri saya. Banyak yang saya akan lakukan selagi terdaya. Saya akan tetap bergaul tetapi saya akan cuba menjaga batasan. Setakat ini antara ikrar dalam hati saya ialah saya tidak akan membonceng perempuan bukan muhrim. Setakat ini saya berjaya. Doakan saya tetap atas landasan yang benar....Sesungguhnya saya cuma seorang hamba Allah yang lemah.

Pagi berjogging berhampiran Taman Lagenda bersama Ilah, Ita dan Ina. Dekat-dekat nak kejohanan ni kena banyak exercise sikit. Kalau tidak nanti fitness problem. Lepas jogging berbual sikit dan kemudian beli makanan. Selepas membeli makanan bersiap untuk bertolak ke Telaga tujuh. 

Sesampainya di Telaga tujuh dengan bersusah payah memanjat anak tangga, tengok-tengok air tak berapa banyak. Tempat yang banyak air pun ada orang jadi cuma bergambar sahajalah. Makan-makan kat situ. Lepas tu ubah plan nak ke Air Terjun Temurun berhampiran Teluk Datai. Tapi sebelum tu kami makan dan solat dahulu.

Selepas Solat terus ke Air Terjun Temurun tapi hampa sebab air tak banyak. Nak buat macam mana. Akhirnya terpaksalah mandi di pantai jugak. Pantai Pasir Tengkorak juga yang jadi pilihan sebab dekat. Piknik kat situ hari cuti umum macam ni memang ramai orang. Jumpalah saya dengan orang yang mengasuh sepupu saya di Langkawi ni..Hehehe...Saja berbual-bual. Kerja Sebagai Ustazah kat sebuah sekolah di Langakwi ni. Sorang lagi Ustaz juga dengan famili depa.

Petang saya balik awal dan terus main bola. Dapat jugak score empat gol hari ni. Hehehe...Penjaga gol budak tingkatan berapa entah. Kecik betul badan dia. Shoot dari jauh dah boleh masuk sebab tak sampai.

Malam buat sedikit post mortem lepas pergi pasar malam. Ada sikit 'salah faham' antara saya dengan Ilah, Ina dan Ita. Rasanya marah betul depa kat saya. Last sekali saya terpaksalah saya terangkan apa sebenarnya yang terjadi dan kenapa. Alhamdulillah semuanya OK. Malam tu balik dan selepas buat apa yang patut saya terus tidur...

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini---[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18]

Baca Diari Sebelum ni

Saifulazrul Collection 1999-2002
Provided by Saiful Azrul Che Lah