Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

30 JUN 2002

SELAMAT HARI LAHIR BONDAKU TERCINTA

Selamat Hari Lahir yang ke 46. Azrul nak ucapkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kerana tanpa mak, Azrul tak kan jadi seperti sekarang. Azrul harap mak akan berpuas hati dengan apa yang telah Azrul capai.

Azrul minta maaf kalau ada apa-apa tindakan, kata-kata atau apa-apa sahaja yang Azrul lakukan menyinggung perasaan mak. Azrul benar-benar terhutang budi dengan mak. Maklah yang banyak mendidik Azrul selama ini.

Waktu kecil dahulu mungkin Azrul selalu membantah, tapi sekarang Azrul sedar apa yang mak lakukan tu. Azrul cukup bersyukur kerana dapat mak seperti mak. Tanpa mak Azrul tak seperti hari ni. InsyaAllah mak, Azrul akan jadi orang yang berguna buat semua.

Azrul tak akan lupakan mak sebab Azrul nak balas budi mak walaupun Azrul tahu kalau Azrul berikan segunung intan ia tak akan dapat membalas budi mak. Alhamdulillah mak setakat ni setiap kali selepas doa Azrul akan mendoakan kesejahteraan mak dan Abah.

Sekali lagi Azrul nak ucap Selamat Hari Lahir buat Bonda yang tercinta. Semoga bahagia Selalu, panjang umur dan murah rezeki.

Memang saya tahu mak saya tak baca diari ni tetapi manalah tahu kalau mak saya terbaca diari ni. Itu adalah antara perasaan saya yang terpendam dalam diri saya selama ini. Banyak lagi sebenarnya. Saya banyak meluahkan apa yang terbuku di hati saya dalam diari ni. Saya lebih senang meluahkan macam-macam perkara dalam ni. Saya tak mahu pendamkan apa-apa pun dalam hati sebab ia akan merosakkan hati saya.

Jadi saya menjadikan diari ni sebagai wadah untuk saya meluahkan apa yang saya rasa perlu saya luahkan. Mungkin kegembiraan, kekecewaan, kesedihan, peluang dan sebagainya. Sebab itu pada tajuk di atas ada tertulis "Suatu Bingkisan Riwayat Hidup". Mungkin saya tak ceritakan kesemuanya tetapi kebanyakkannya adalah tentang riwayat hidup saya. Saya tak kisah kalau ada orang membacanya atau pun tidak tetapi apa yang saya rasa saya patut saya luahkan, saya akan luahkan.

Setiap orang ada cara untuk meluahkan perasaan masing-masing. Inilah salah satu cara saya meluahkan perasaan saya. Cuma saya tak bersetuju jika ada orang meluahkan perasaan mereka dengan tindakan bodoh seperti merokok dan menagih dadah. Itu sebenarnya perosak diri! Ada orang yang meluahkan kepada orang lain. Tetapi Awas jangan luahkan kepada orang yang salah, kelak nanti merana diri.

Sebab itu saya sudi mendengar masalah orang lain. Kalau kita betul-betul seorang teman, kita tidak akan lupakan sahabat kita apabila dia berada dalam kesusahan. Kalau anda memerlukan saya untuk membantu anda, InsyaAllah saya akan bantu. Janganlah lakukan tindakan yang merosakkan diri anda. Yakinlah bahawa dalam dunia ini tetap ada orang yang akan membantu anda. Janganlah cepat berputus asa. Usahalah sedaya mungkin kerana di penghujung usaha itu adalah kejayaan.

WASSALAM...

29 JUN 2002

Saya bangun pukul 6.30 pagi hari ni. Sempat basuh empat pasang baju dan lepas solat barulah saya kejutkan Din, Zam, Men dan Boss. Memang saya pada waktu pagi saya akan terus melakukan beberapa 'rutin' harian saya, mandi dan selepas itu solat. Pada waktu macam ni saya tak suka pasang lampu sebab saya rasa agak mengganggu mata saya. Saya lebih senang dalam keadaan gelap pada waktu pagi. Bukannya apa ambil masa sikit bagi mata untuk penyesuaian.

Sebab itu saya lewat sikit gerak Zam dengan Din. Kalau depa bangun terus buka lampu. Saya memang lebih suka keadaan yang sedikit gelap. Lepas tu baru saya buka lampu. Waktu di UUM pun saya selalu buat macam tu. Setidak-tidaknya saya balut lampu study saya dengan kain selimut. Bagi nampak agak malap dan sedikit pencahayaan sahaja. Kalau nak tidur pulak saya lebih suka gelap keseluruhannya. Barulah saya mudah tidur. Kalau tidak amat sukar untuk saya untuk tidur.

Kalau nak tahu di UUM sayalah yang akan tutup lampu wing blok saya dari tingkat 1 sampai tingkat 3. sebab saya mahu tidur dengan keadaan yang saya suka. Saya memang suka tidur awal. Saya tak berapa selesa tidur lewat kecuali kalau ada apa-apa benda yang penting bagi saya. Contoh bola..Hehehe...Kalau kena study saya akan bangun awal dalam pukul 5 pagi saya akan bangun study. Waktu macam ni saya selalunya study dalam 45 minit. Waktu macam nilah yang saya dapat absorb banyak benda. Kalau waktu siang memang saya susah nak study sebab saya suka berbual (menyembang).

Entahlah kenapa saya ada banyak idea sangat. Saya boleh sembang dalam banyak bab. Kadang-kadang saya tak tahu nak berhenti. Eh! Kenapa meleret sampai sini? Sambung balik pasal aktiviti saya hari ni. Lepas tonton Laman Nurani (Hari ni Datuk Dr Mohamad Fadzillah Kamsah) saya terus keipada Zam dan Din.

Sesampainya di pejabat tengok-tengok dah masih lagi berkunci. Dulu di tingkat 7 sekarang di Tingkat 4. Di Tingkat 4 pintu dikunci tak macam di Tingkat 7. Saya tak pegang kunci walaupun saya yang paling awal datang ke pejabat. Jadi saya terus ke komputer Zam check email. Hari ni Helmy hantar satu kisah yang pernah lecturer saya (Wong Chee Onn) ceritakan dulu. Memang menarik! Nak tahu nantilah saya kalau saya ada kesempatan sebab sekarang agak sibuk.

Petang ni ingat nak ajak Men dengan Boss ke pasar malam di Pekan Kuah ni. Lepas tu apa lagi tengok bolalah. Korea lawan dengan Turki. Ramalan saya Korea menang! Persembahan Korea memang menarik waktu lawan Jerman tetapi corak serangan Korea hari tu susah nak menghasilkan gol. Tambahan pulak pertahanan Jerman memang kuat di samping penjaga gol terbaik dunia, Oiver Kahn. Tapi lawan Turki hari ni rasanya Korea mula belajar dari kesilapan dan saya rasa mereka tahu apa yang diperlukan untuk menang. Turki pulak memang menampilkan aksi yang menarik. Paling menbarik waktu lawan Senegal tetapi kelemahan penyudah merupakan masalah terbesar Turki. Tambahan pula dengan kepantasan dan kemantapan benteng Korea. Turki bakal berdepan dengan masalah. Tambahan pula Turiki dianggap melawan 47.5 juta pemain bukannya 11 pemain! Itu yang perlu Turki awasi.

Esok saya pilih Brazil sebab gandingan 3R kembali mengancam. Tetapi saya tak rasa banyak gol akan terhasil sebab Jerman seperti yang saya katakan tadi mempunyai benteng yang kukuh. Tetapi akan bermasalah sebab Brazil ada ramai pemain yang boleh melakukan gerakan Solo. Sebab itu kelebihan pada Brazil. Tetapi semuanya bergantung pada hari perlawanan dan apa yang perlu diingat ialah BOLA ITU BULAT. Selagi wisel penamat belum ditiup selagi itulah kemenangan belum pasti!.

WASSALAM...

28 JUN 2002 [JUMAAT]

Pertama sekali saya mohon maaf kerana pada minggu lepas saya telah menulis berkaitan politik dan saya sememangnya mahu menjadikan diari ini bebas daripada bab politik tetapi kadang kala kita tidak dapat lari dari membicarakan bab politik.

Selepas ini jika berlaku isu-isu besar sahaja saya akan mengulas bab politik. Harap maaf kalau ada yang kurang senang dengan tulisan saya minggu lepas.

Hari ni kalau nak ikut perancangan memang nak jogging tetapi semua pakaian jogging saya telah dibasuh. Jadi nak jogging macam mana? Rehat dekat rumah sambil tengok TV sahajalah. Lepas beli nasi dagang saya baring di ruang tamu dan lepas tu basuh baju sebelum sambung semula tengok TV. Banyak juga yang menarik perhatian saya. Kami sebenarnya tunggu Men (Muzammil) dan boss yang nak datang Langkawi hari ni. Katanya naik feri pukul 11 pagi. Pukul 12.30 Zam pergi tunggu di Jeti. Saya dan Din tunggu kat rumah sahaja. Rupa-rupanya depa naik feri pukul 12. Kasihan Zam tunggu sampai pukul 1 lebih.

Elok sahaja sampai di rumah, kami terus ke Masjid Al-Hana untuk Solat Jumaat. Khatib hari ni membicarkan soal masalah sosial di kalangan remaja Islam di negara kita hari ini. Banyak teguran 'pedas' yang diberikan. Kita seharusnya lebih peka dengan keadaan masa kini. Bagaimana kita nak memperbaiki diri kita agar menjadi insan yang sebenar-benar insan iaitu insan yang diredhai oleh Allah.

Kemudian selepas Solat Jumaat makan di hadapan Bank BCB Langkawi iaitu berhampiran dengan Bazaar MARA. Lepas tu kami ke Pantai Pasir Tengkorak. Dah sebulan lebih dah kot tak ke sana. Memang menarik dan menyeronokkan. main bola pantai dengan Zam, Din, Men dan Boss. Seronok dan penat...Hehehee.... Tapi pemandangan di situ memang cantik dan rasa cukup tenang.

Sememangnya saya amat suka dengan pemandangan yang cantik dan menarik. Waktu petang di Pantai tu memang cukup mendamaikan dengan angin yang cukup menyamankan. Bolehlah freshkan kembali otak yang selama ini stress dengan projek. Tambahan pula sekarang tengah menyiapkan report praktikum iaitu laporan A. Lagilah sibuk dan kena buat- itu dan inilah.

Malam kami cuma duduk di rumah. Semua penat. Din dengan Zam pergi telefon. Saya stay dan turun dengar ceramah di perkarangan Blok D dan E Taman Sri Berlian. Ada ceramaha agama kat situ oleh Sheik Fisol Omar, Ustaz Fadhil Awang dan Ustaz Rushdan Aziz. Tajuknya Bersama Menghayati Keindahan Islam. Banyak jugak input yang dapat saya pelajari hari ni. Lepas tu balik ke rumah dan sebelum pukul 12 lagi saya dah tidur.

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini---[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29]

Baca Diari Sebelum ni

Saifulazrul Collection 1999-2002
Provided by Saiful Azrul Che Lah