Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

02 NOVEMBER 2002

ASSALAMUALAIKUM...

Jawapan universiti yang bakal saya masuk adalah Universiti Ramadhan. Hehehe... Sebenarnya Ramadhan merupakan universiti bagi rohani kita. Pada bulan ini kita dilatih untuk membersihakan diri dan jiwa kita. Bukan sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi juga nafsu kita dari melakukan perkara-perkara yang dilarang.

Waktu kecik-kecik dulu bila tiba bulan Ramadhan saya rasa macam tak seronok sebab kena puasa. Kena paksa puasa pulak tu. Tak bestnya rasa. Yang meriah ialah waktu more selepas solat Tarawih. Bila waktu orang solat witir sahaja maka penuhlah surau. Hehehe...

Lepas tu waktu dekat raya, meriah dengan buanga api serta mercun. Seronok main waktu tu. Meriam buluh saya cuma main beberapa kali je sebab kena warning dengan abah. Takut! Bila kena warning. Hehehe...

Tapi bila dewasa, baru saya mula memahami falsafah puasa. Alhamdulillah... Puasa membentuk ketakwaan diri dan sejauh mana ikhlasnya kita kepada Allah. Kalau solat orang boleh trace sama ada kita solat atau tidak tapi puasa tak siapa tahu. Hanya Allah sahaja yang tahu.

Ini menguji sejauh mana keihklasan kita. Para Sahabat, abid dan ulama amat menantikan tibanya Ramadhan. Kedatangan Ramadhan disambut dengan penuh kesyukuran dan dipenuhi dengan ibadah yang berterusan. Berakhirnya Ramadhan ditangisi dan diratapi kerana mereka tidak pasti sama ada Ramadhan akan datang sempat ditemui atau tidak. Bagaimana dengan kita?

Mungkin hanya sebagai suatu budaya. Orang berpuasa kita berpuasa. Kita harus menyemak kembali diri kita. Di mana kita. Ini tidak, puasa pun belum lagi dah sibuk dengan raya. Bukannya salah tetapi apa salahnya dilebihkan dahulu persiapan Ramadhan dan kemudian barulah kita bersedia menyambut hari kembalinya kita kepada fitrah (Aidil Fitri). Hari yang akan kita sambut kejayaan kita mengharungi kemanisan Ramadhan.

Ramai yang tak menepati konsep berpuasa yang sebenarnya (termasuklah saya). Kita boleh berpuasa tetapi amalan yang lebih penting kita tinggalkan. Ramai orang sanggup berpuasa tetapi solat lima waktu ditinggalkan. Apa ertinya? Berpuasa umpama bumbung agama dan solat itu tiang agama. Bagaimana mungkin bumbung dapat dipasang tanpa tiang? Itu perumpamaan. Sebenarnya kita harus menghayati sepenuhnya falsafah puasa. Marilah kita sama-sama fikirkan buat kepentingan bersama.

Semoga Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang terbaik bagi kita dan lebih baik dari yang lepas. InsyaAllah...

Seperti biasa saya berjogging di Taman Rimba pada waktu pagi. Kemudian waktu tengah hari saya bertolak ke Pendang untuk ke Kedai saudara saya yang meminta saya membantunya membuat maintainance pada sistem perakaunan kedainya. Saya pun bertolak lah kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Saya saja ambil jalan melalui kawasan sawah sebab saya memang minat dengan suasana sawah. Alhamdulillah memang mendamaikan.

Kemudian saya masuk ke jalan utama (Jalan Tokai-Tanah Merah).  Saya menunggang motor dan adik saya membonceng di belakang. Saya pada kelajuan sederhana dan selepas saya memintas sebuah kereta saya nampak kereta di depan saya nak membelok ke kanan. Jadi saya memperlahankan motor saya dan masuk ke sebelah kiri jalan.

Dengan tiba-tiba saya sedar ada sebuah motor yang dipandu dengan terlalu laju. Motor tu tak begitu perasan kereta tu nak belok ke kanan dan pada saat-saat akhir barulah mereka sedar. Akibatnya mereka dengan tiba-tiba membrek dalam keadaan ‘menikam’ jalan saya dan jatuh.

Saya cukup terkejut dan terus mengelak ke tepi jalan dan berjaya mengelak tetapi ada satu bahaya baru. Tiang elektrik simen! Jadi saya berusaha mengelak (Alhamdulillah saya tak panik). Saya lepaskan minyak dan sedaya mungkin mengelak dn akhirnya terjatuh atas timbunan tanah merah yang ditimbun di tepi jalan. Kalaulah kena tiang elektrik tu, Alamat pecahlah kepala saya! Alhamdulillah.

Saya mengalami kecederaan ringan di kaki kiri (Luka dan calar-calar) dan melecur sedikit pada kaki kanan akibat terkena ekzos motor yang panas. Selepas jatuh saya terus bangun dan pastikan keadaan adik saya. Alhamdulillah dia Cuma berdarah pada kuku kaki sahaja.

Kemudian saya terus ke arah penunggang motor tu. Budak perempuan student IPDA yang dalam perjalanan ke kenduri kawan mereka. Berkali-kali mereka minta maaf dari saya. Saya tiada masalah. Alhamdulillah saya jenis yang memang payah nak marah. Kalau orang lain saya tak tahulah macam mana. Mungkin meletus ‘perang’.

Bagi saya semuanya dah terjadi. Nak buat apa lagi. Orang dah minta maaf. Maafkanlah sahaja. Cuma lain kali jangan bawak motor laju-laju sangat. Alert dengan signal kenderaan lain. Mujurlah depa Cuma cedera sikit pada lutut dan seorang hampir patah gigi. Rasanya depa lagi pedih sebab jatuh atas tar sedangkan saya jatuh atas tanah yang lembut (musim hujan).

Ini kali kedua saya eksiden sejak tahun 2000. Dulu situasi lebih kurang sama tetapi salah saya jugak. Selepas eksiden kali pertama saya rasa fobia beberapa hari untuk bawak motor. Ia membuatkan saya lebih alert dengan kelajuan dan amat berhati-hati di jalan raya. Sebelum eksiden pertama saya biasa menunggang motor pada kelajuan 140 kmsj! Selepas itu terus saya memandu secara berhemat.

Peristiwa hari ni taklah serius sangat. Tetapi kadang-kadang kita cedera akibat kesilapan orang. Memang semua orang buat silap dan kita harus terima. Saya terima kejadian ini sebagai satu ujian Allah kepada saya dan juga hukuman ke atas dosa-dosa yang pernah saya lakukan. Saya redha dengan apa yang berlaku. Saya yakin kepada hikmah di sebalik kejadian ini.

Dalam diari ni saya nak ambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada tuan rumah berhampiran tempat saya eksiden yang banyak membantu dari segi memberi minyak angin dan air serta tempat berbincang untuk mencari penyelesaian. Rumah tu rumah seorang pensyarah IT UUM (Puan Azida Zainol)

Kemudian terus saya pulang ke rumah untuk berehat. Sewaktu di rumah banyak kali saya berfikir tentang kejadian ini. Alhamdulillah semuanya OK. Kecederaan pun tak seserius mana. Bermakna esok saya tak pasti lagi sama ada nak turun latihan kecergasan saya. Tengoklah kalau kaki saya rasa OK saya akan turun training pagi esok. Petang ni badminton saya terpaksa rest. Nak buat macam mana injured.

Paling penting saya berfikiran positif. Setiap benda yang berlaku ada hikmahnya. Saya tak risau sangat kalau saya dapat kesusahan tapi saya paling risau kalau saya dapat kesenangan. Harapnya saya akan pengajaran. Kepada anda juga. Berhati-hatilah di Jalan Raya!

Malam saya Cuma berehat sambil menonton Siaran Langsung Sabah lawan Selangor. Saya pilih Sabah tapi Selangor yang menang. Apa pun tahniah buat Selangor!

Saya tidur awal malam ni.

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini---[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][1][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][43][44][45][46][47][48][49][50][51][52][53][54][55][56][57][58][59][60][61][62][63]

Baca Diari Sebelum ni

Saifulazrul Collection 1999-2002
Provided by Saiful Azrul Che Lah