Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

04 DISEMBER 2002

ASSALAMUALAIKUM...

Tommy mendail nombor rumahnya dan pembantu rumahnya (PM) menjawab.

Tommy : Neng...Isteri saya ada kat rumah tak?
PM       : Dia di atas bersama teman lelakinya.
Tommy : OK, pergi ke bilik bacaan saya, ambil senapang dan tembak keduanya.
PM       : Baik, tuan.

Lima minit kemudian pembantu rumahnya mengangkat gagang telefon semula.

PM       : Tuan semuanya dah beres.
Tommy : Campakkan mayat tu dalam kolam renang rumah kita. Nanti saya akan uruskan selanjutnya.
PM       : Tapi rumah kita mana ada kolam renang, tuan!
Tommy :Eh! Ni bukan 5236714 ke?....

Sekali sekali kenalah berjenaka sikit. Kurangkan sikit ketegangan kita tu. Kan?

Selepas Subuh saya rasa amat pening kepala sebab malam tadi pening buat assignment Kak Yus. Nak siapkan jugak sebelum raya sebab bila raya nanti memang rasa rileks sikit sebab lepas tu saya nak tumpu buat assignment lain. Hehehe... Tengah tak ada kerja trylah ambil software engineering.

Jadi waktu pagi saya cuma berada di rumah dan tengok Tv sahajalah. Lepas tu pening saya bertambah dan macam nak demam. Abah dengan adik Din dah demam jadi nampak gaya macam berjangkitlah ni. Terpaksalah saya batalkan hasrat saya nak berbuka di Kampung. Tak ada rezeki.

Alhamdulillah sebab demam bukan pada hari raya. Rasanya esok dah boleh lega kot. Lagi pun taklah teruk sangat. Waktu siang saya cuba terlantar atas bantal. Hehehe... Esok saya dah janji nak bawak mak saya beli barang persiapan raya. Jadi nak tak nak saya kena cuba sebaik mungkin bagi cepat sembuh. Semangat kena kuat!

Saya cuba tolong mak saya buat ketupat. Hehehe... Tak ada seni langsung. Nak siap satu pun dekat lima minit. Mak saya laju ja buat. Hehehe... Cuba-cuba...

Malam bila dah umum tarikh hari raya, saya dah jangka hari Jumaat. Jadi Ramadhan masih sempat kita raikan selama sehari lagi tapi amat malang bagi saya sebab saya tak dapat berterawih pada malam terakhir ni sebab masih lagi kurang sihat.

Kemudian setelah rasa sihat sikit, saya sambung selesaikan assignment Kak Yus. Kalau boleh nak bagi siap malam ni jugak. Raya nanti meriahlah sikit dan kuranglah beban dalam kepala. Hehehe...

Satu lagi saya nak pesan yang diari saya untuk edisi hari raya akan diterbitkan lebih awal. Jangan terkejut kalau pada 05 Dis dah ada edisi untuk 06 Dis 2002. Lepas tu saya akan berehat dari update laman saya beberapa hari. Tapi saya still akan semak email. Saya akan balas setakat yang mampu, InsyaAllah...

WASSALAM...

03 DISEMBER 2002

ASSALAMUALAIKUM...

Sam Berhasrat menjual kereta lamanya tetapi menghadapi maslah mencari pembeli kereta kerana catatan perjalanan pada meternya mencecah lebih 250 000  km. Seorang kawannya Ali sanggup memberi pertolongan.

Ali   : OK hang pi tempat ni dan suruh dia tukar meter menjadi 50 000km.
Sam: Boleh ke?
Ali   : Tak ada masalah lah. Semuanya ditanggung beres.

Sebulan kemudian Ali terserempak dengan Sam dan Sam masih lagi memandu kereta lamanya.

Ali   : EH! Kata nak jual kereta kau.
Sam: Tak jadilah...Baru 50 000km meter dia, takkanlah nak jual. Tunggulah dulu
Ali   : Pulak!!!!!!!!!!

Hehehe... Kalau kita ada akal taklah jadi macam tu kan? Tapi itu just for laugh. For fun only. Apa pun dah dekat nak raya dah ni. Dua hari sahaja lagi.

Sebelum saya mulakan diari saya hari ni saya nak mengucapkan Selamat Hari Orang Kurang Upaya Sedunia. Semoga kesedaran kita terhadap Orang Kurang Upaya semakin meningkat. Berikan keprihatinan kita terhadap mereka. Bantulah mereka dan terimalah mereka serta jangan membeza-bezakan mereka. Kita sekarang Alhamdulillah masih sihat dan janganlah kita anggap kita tidak akan jadi seperti mereka.

Sedikit fakta tentang Hari Orang Kurang upaya.

-Hari Orang Kurang Upaya Sedunia Diisytiharkan oleh PBB pada 19 Oktober 1992. Di mana ia menetapkan setiap 03 Disember adalah hari orang kurang upaya.

-Kabinet dalam mesyuarat kabinet pada 12 Oktober 1994 telah mengesahkan 03 Disember setiap tahun sebagai hari kurang upaya peringkat Kebangsaan.

-Dianggarkan 1% rakyat negara kita adalah terdiri daripada golongan Orang Kurang upaya.

Itu adalah sedikit sebanyak info yang ada dalam catatan saya. Semoga kita lebih menghargai orang lain...

Saya bangun jam 4.30 pagi. Memang mengantuk tetapi kena bangun bersahur. Tapi bila tengok mak saya, memang rasa cukup besar pengorbanannya. Awal-awal pagi lagi dah bangun menyediakan makanan bersahur. Kalaulah saya entah boleh tahan ke tak entahlah. Maklumlah dalam keluarga saya, mak saya sahaja yang perempuan. Kalau ada adik perempuan kuranglah sikit. Mujurlah dalam keluarga saya dah ada sistem yang ayah saya buat bagi membantu mak saya.

Antaranya kalau lepas makan tu kena basuh sendiri. Siapa yang last kena kemaskan semuanya dan basuh apa yang patut. Tu pun tugas mak saya masih lagi banyak. Saya rasa semua orang rasa sebegitu. Sebab itu jangan kita derhaka kepada ibu kita. Orang yang cukup sayang kepada kita. Kata orang tua, kalau kita nak tahu perasaan seorang ibu/ayah terhadapnya, jadilah seorang ayah/ibu, pasti tahu betapa mendalamnya kasih terhadap anak.

Malangnya kini semakin ramai yang tidak mengendahkan jasa mereka. Sedih bila kita lihat hakikat ini. Nak buat macam mana, kita dah cukup terpengaruh dengan persekitaran. Ada yang malu kalau keluar dengan ibu atau ayah di pekan kerana takut dicop anak manja atau masih dikongkong atau lain-lain gelaran. Malang kan? Sebab itu saya rasa cukup bangga bila ke bandar bersama mak dan ayah saya. Itulah orang yang paling menyayangi kita.

Seorang ayah juga besar jasanya. Mereka berhempas pulas mencari rezeki menyara kita dan memberikan kita segala yang kita inginkan. Saya tak fikir ada ibu bapa yang tak mahu anak mereka lebih baik daripada mereka. Semuanya ingin lihat anak mereka berjaya. Tapi jangan sampai nanti kita mengirim mereka ke Rumah Orang-orang tua.

Kita pula sentiasa melakukan kesalahan dan sempena dengan kedatangan bulan mulia ini, marilah kita sama-sama memohon ampun Maaf daripada kedua orang tua kita. Semoga kita menjadi lebih baik...

Selepas Subuh saya tengok Berita dan kemudian keluar beli paper. Lepas tu saya sambung balas email sebab ada yang tak habis balas malam tadi. Lepas tu berehat sebentar dan buat kerja-kerja rutin saya.

Waktu pagi Kak Yus datang dan minta tolong dia selesaikan assingmnet dia. Aik! Saya yang kena. Tak apalah, lagipun saya tak ada kerja apa sekarang ni. Bolehlah tolong buat assignment dia.

Lepas tu Pak Cik saya datang dan ajak saya ke Alor Setar untuk shopping. Saya teman sahaja. Mula-mula nak beli kain kat Mak Cik saya. Pening betul nak pilih. Hehehe... Orang perempuan ni teliti sungguh kalau nak beli sesuatu. Ikut ajelah... Nak warna tudung betul-betul padan dengan baju. Hehehe... Kalau saya simple je. Padan tak padan saya pakai je. Hehehe...

Lepas tu, Pak Cik saya bagi sehelai baju baru. Alhamdulillah, rezeki. Saya pun ambil sahajalah.

Kemudian petang berjogging di Taman Rimba. Saja nak maintain fitness. Dah ada orang ajak saya lawan badminton dah lepas raya ni. Tak sabar-sabar nak main. Hehehe... Lepas ni saya nak main bola sekali. Dah lama tak main bola. Lepas ni nak masuk musim kemarau dah, jadi padang tak selalu becak. Bolehlah main selalu.

Malam selepas berbuka saya berterawih di Surau polis. Mungkin malam ni adalah malam kedua terakhir berterawih. Esok dah nak tengok anak bulan dah. Walaupun dijangkakan tahun ni kita berpuasa genap 30 hari, tapi kita tertakluk kepada pengumuman oleh pihak berkuasa nanti.

Selepas terawih, saya berehat sambil tengok TV dan EPL. Selepas tu saya semak dan balas email sambil update web saya. Saya tidur kira-kira jam 3 pagi.

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini---[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][43][44][45][46][47][48][49][50][51][52][53][54][55][56][57][58][59][60][61][62][63][64][65][66][67][68][69][70][71][72][73][74]

Baca Diari Sebelum ni

Saifulazrul Collection 1999-2002
Provided by Saiful Azrul Che Lah