Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

01 NOVEMBER 2002 [JUMAAT]

ASSALAMUALAIKUM...

Kita selalu tak menghargai apa yang kita ada. Apa yang kita miliki. Tetapi bila ia hilang atau lari dari kita barulah kita hendak menghargainya. Memang ia selalu terjadi. Kita tidak dapat mentafsir yang mana intan dan yang mana kaca. Memang kadang kala ia cukup sukar bagi kita tetapi pertimbangan akal harus diutamakan supaya kita tidak merana pada masa hadapan.

Yang penting apa pun yang kita lakukan, biarlah betul dari segi agama, InsyaAllah kita akan selamat dan berjaya.

Satu pengumuman...Saya akan masuk ke sebuah universiti dalam bulan ini. Universiti apa? Esok saya akan bagi jawapannya.

Puas juga nak pujuk hati supaya kuatkan diri untuk berjogging di Taman Rimba. Ini berkait dengan perasaan mengantuk. Hehehe... Apa pun kita tak boleh manjakan diri sangat. Stamina penting untuk diri kita. Kalau kita selalu manjakan diri, alamat rosaklah...

Selepas sarapan saya dan keluarga bergotong royong cuci halaman rumah. Banyak betul pokok bunga yang mak saya tanam. Koleksi kaktus pun banyak. Dah jadi macam taman dah. Tapi seronok bila tengok semua tu. Tambah-tambah waktu tengah hari tak rasa terik sangat. Rasa nyaman dan sejuk sahaja. Rumah saya kat corner lot, jadi tak ada masalahlah nak tanam apa pun.

Dulu tanam tebu sampai boleh jual lebih 100 kilo! Banyak tu. Tapi sekarang jenuh nak jaga terpaksalah biarkan sahaja dan akhirnya mati macam tu je. Apa pun rumah sekarang adalah berek polis tak boleh nak tanam sesuka hati. Rumah sendiri bolehlah tapi dah disewa kat orang buat sementara ni. Tapi nanti bila pindah susahlah nak angkat semua pasu bunga tu. Rasanya ada dua lori kot. Hehehe...

Tengah hari saya solat Jumaat di masjid Alor Semela. Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum Ya Ramadhan. Menyambut Ramadhan merupakan isi khutbah hari ni. Seronok jugak saya dengar khutbah hari ni. Banyak dikupas soal bulan Ramadhan. InsyaAllah akan dihadapi Ramadhan kali ini dengan sebaik dan sesempurna mungkin.

Petang saya cuma menonton TV di rumah. Nak main badminton dewan tak dibuka hari ni. Terpaksalah rehat. Selepas Maghrib saya ke Pasar malam di Taman Nuri. Minggu ni last sebab minggu depan dah puasa. Yang ada Bazaar Ramadhan. Hehehe...Meriahnya nanti... Seronok nanti detik itu. Hehehe... Rindu suasana bulan puasa. Cuma sebulan dalam setahun.

Malam saya cuma tonton berita dan NTV7. Lepas tu nak tengok cerita Gila-Gila Remaja tapi yang ditayang Jimi Asmara. Tensionnya. Apalah TV1 ni. Tak kena betullah. Atau paper yang silap cetak??? Hehehe.... Boleh jadi jugak...

Kemudian saya semak dan balas email serta update web. Apa lagi selepas semua tu? Tidurlah....Hehehe...

WASSALAM...

31 OKTOBER 2002

ASSALAMUALAIKUM...

Tak sangka kan? Waktu sekolah dulu rasa macam baru semalam. Waktu saya ambil report Kad adik saya di sekolah hari ni. Saya ambil dari guru kelas adik saya yang waktu saya bersekolah di sekolah tersebut merupakan guru saya. Cikgu tu dah lebih dari 12 tahun di SKTR. Seronok jugak bila imbas balik waktu sekolah dulu dan bertanyakan tentang cikgu-cikgu saya dulu.

Kadang-kadang kita rasa sesuatu tu terlalu pantas. Apa tah lagi kalau kita seuka benda tu. Waktu sekolah rendah dulu, saya memang rasa cukup menarik. Diri saya dibentuk dan dilentur pada ketika itu. Banyak yang saya pelajari waktu tu tapi saya tak sedar sehinggalah saya masuk ke alam sekolah menangah barulah saya mula faham banyak perkara.

Pengalaman inilah yang telah mendewasakan saya. Alhamdulillah...

Saya bangun jam 3 pagi. Buat sedikit kerja kemudian tengok bola Liverpool lawan Valencia. Kemudian waktu sahur saya masuk ke dapur. Saya buka periuk tak ada nasi sejuk. Tak bolehlah nak buat nasi goreng. Nak masak dah dekat imsak. Cari Maggi pun tak ada. Cari roti pun tak ada. Biskut pun. Last sekali cuma minum air oren yang dah saya sediakan malam tadi. Asalkan bersahur.

Selepas Subuh saya hantar adik saya ke sekolah dan kemudian cuma berehat di rumah. Saya tak tahu kenapa rasa macam nak marah. Jenuh nak berdialog dengan hati. Alhamdulillah semuanya terkawal. Tiba-tiba sahaja sedangkan saya memang jenis yang susah nak marah. Kalau saya rasa marah pun saya tidak akan lahirkannya. Saya akan lepaskannya mengikut cara saya. Mungkin ada something wrong tapi semuanya terkawal. Jangan risau. Hehehe...

Selepas tengok cerita Miss Penang saya pergi bincang pasal prestasi pelajaran adik saya. Silap la mak saya hantar saya. Habis saya komplen depan cikgu pasal prestasi adik saya. Hehehe... Bab-bab ni mana boleh bertolak ansur sangat. Nak berjaya kena displin. Kalau tidak tok sah mimpi.

Kemudian saya pergi ambil Mak Njang saya di Muzium Negeri. Mak Njang saya baru balik seminar. Petang main badminton. Memang penat sebab puasa dengan sahur cuma minum air. Tapi saya masih larat bermain. Cuma tenaga kurang. Jadi smash tak meletup-letup sangat. Apa pun memang best.

Saya berbuka dengan banyak jenis makanan. Alhamdulillah. Tapi saya tak boleh makan banyak. Memang sekarang saya dah tak makan banyak dah. Entahlah semakin cepat kenyang. Lagi pun kecergasan kena jaga.

Malam selepas baca Yassin bersama keluarga, saya tidur awal. Jam 10.30 malam dah tidur dah. Hehehe...

WASSALAM...

30 OKTOBER 2002

ASSALAMUALAIKUM...

"22 tanda hari kiamat semakin hampir"
(Siri 2)

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

Sambungan dari semalam. Kalau saya letakkan banyak-banyak sekali mungkin tak larat dibaca. Jadi saya masukkan separuh-separuh. Biar sikit tapi berkualiti kan? Apa pun sama-samalah kita menghayatinya. Mudah-mudahan ia menjadi panduan buat kita semua, InsyaAllah...

Alhamdulillah. Dapat lagi saya menyedut udara nikmat pemberian Allah. Masih dapat meneruskan kehidupan walaupun sentiasa bergelumang dengan dosa tetapi masih lagi diberi nikmat untuk hidup.

Seperti biasa saya akan berjogging di Taman Rimba pada waktu pagi. Kali ni sebelum saya turun dari motor lagi dah diserbu oleh sekumpulan pelajar sekolah yang menyarankan saya mendaftar untuk pertandingan cabaran sukan peringkat daerah-daerah di Kedah.

Apa lagi saya masuklah. Bukannya susah sangat. Isi nama dan lengkapkan borang sudahlah. Lepas tu bergantung kepada nasib. Hehehe... Sebenarnya ia nak kira berapa ramai penduduk Kota Setar yang bersenam pada hari itu. Bagi saya bersenam dan bersukan ni hampir setiap hari.

Tengah hari sebelum ambil adik saya di sekolah, saya seperti biasa menonton cerita Miss Penang. Kalau dah tengok dari siri awal kena habiskan. Silap saya tengok. Tapi sebenarnya saya sukakan loghat utara walaupun depa berlakon tak berapa jadi sangat.

Petang saya turun main badminton. Alhamdulillah semuanya OK. Mak Njang saya dari Langkawi datang dan tidur di rumah saya malam ni. Saya tidur agak awal. Mengantuk sangat.

WASSALAM...

29 OKTOBER 2002

ASSALAMUALAIKUM...

"22 tanda hari kiamat semakin hampir"
(Siri 1)


1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

Sedikit peringatan buat kita bersama. Dah lama saya tak masukkan renungan-renungan. Asyik dengan bola je kebelakangan ni. Tu pun kalau Kedah masuk Final sure saya masih tulis pasal bola lagi. Hehehe...

Alhamdulillah hari ni saya tetap dapat turun berjogging. Waktu pagi saya cuma berehat di rumah dan kemudian tolong jelaskan bil-bil dan kemudian bincang pasal urusan belajar memandu kereta di Kedai kawan ayah saya di Alor Setar.

Lepas tu sempat tengok cerita Miss Penang dan kemudian jemput adik saya balik dari sekolah. Petang saya tak sempat turun main badminton sebab kena tolong member saya yang nak pindah. Angkat barang dari jam 4.30 petang sampai jam 9.30 malam. Cuma berhenti solat dan makan (Dibelanja).

Sambil tu berbual pasal kenangan waktu sekolah rendah. Seronokkk apabila teringat balik waktu zaman 'muda-muda' dulu. Sekarang semua dah besar. Hehehe... Member saya tu dah kawin pun dan dah ada anak dah. Umur sama dengan saya. Anak dah umur 3 tahun lebih dah. Amboi!

Malam saya keluar dengan kawan saya Hafiz yang pulang bercuti di Alor Setar. Dia ambil saya di rumah dengan kereta Waja dia kira-kira jam 10.30 malam. Waktu tu saya tengah baca Quran dan dah nak tidur. Tapi sebab lama tak jumpa jadi saya terus ikut.

Sekali lagi imbas balik kenangan zaman sekolah menengah pulak. Memang best! Entahlah tak tahu nak digambarkan perasaan bila dikenang kembali kenangan lama. Seronok ada, sedih ada macam-macam dan bercampur baur. Kini semua dah dewasa. Ada hala tuju masing-masing dan dengan haluan masing-masing.

Apa pun yang terjadi kalau kita tetap pada landasan yang betul kita akan berjaya akhirnya biarpun kita susah ketika ini. Jangan cepat putus asa. Jangan cepat mengalah. Kita kena yakin kepada rahmat Allah. Jika kita sentiasa berserah kepada Allah, InsyaAllah semuanya akan sempurna.

Saya balik ke rumah kira-kira jam 1.10 pagi. Jarang saya balik lewat. Malam memang jarang saya keluar. Kali ni saya dah cakap kat mak saya dah yang saya balik lewat. Bukannya apa sembang kat warung di pusat bandar Alor Setar sampai jam 1 pagi. Lagi pun Hafiz yang belanja. Hehehe...

Saya tidur kira-kira jam 3 pagi selepas semak dan balas email.

WASSALAM...

28 OKTOBER 2002

ASSALAMUALAIKUM...

Saya bangun jam 5.30 pagi untuk bersahur dan kemudian hantar adik ke sekolah. Selepas itu cuma berehat dan selepas tengok cerita Miss Penang jam 12.30 hari saya terus ambil adik saya di sekolah. Petang cuma berehat di rumah dan kemudian main badminton dengan team Polis Kedah.

Malam cuma tengok TV dan tidur awal. Tak banyak yang dapat saya ceritakan hari ini sebab tak berapa ada privacy sangat.

WASSALAM...

27 OKTOBER 2002

ASSALAMUALAIKUM...

Suasana di Stadium Darulaman malam tadi memang meriah dan cukup mengkagumkan. Dengan lautan Hijau Kuning Kedah akhirnya lemas. Hehehe. Saya tak kecewa dengan prestasi pasukan Kedah. Macam nilah yang dikatakan kalah tapi orang tetap sokong sebab semangat yang dipamerkan cukup memberangsangkan.

PAsukan Kedah teridir dari player-player muda. Jadi mereka sememangnya kekurangan pengalaman berbanding pemain Selangor yang bermain dengan pengalaman mereka. Tapi kalau anda penyokong Selangor pasti jantung anda macam nak gugur hari tu tengok serangan Kedah. Memang bahaya. Cuma Selangor ada penjaga gol terbaik negara ketika ini.

Apa pun saya memang berpuas hati dengan prestasi Kedah. Cukup menarik dan sebab itu selepas perlawan Datuk Mokhtar Ahmad pengurus Selangor tak habis-habis puji pemain Kedah. Apa pun Tahniah buat Selangor!

Tahun depan InsyaAllah Kedah akan kembali menyengat dan Insyaallah semua piala akan dapat Kedah sapu tahun depan. Berdasarkan pemain yang ada Kedah mampu pergi jauh. Cuma elakkan masalah dalaman seperti yang ada sekarang. Harapnya dapat diselesaikan. Anda mungkin tak tahu. Tapi saya tahu.

Sokongan peminat pun semakin bertambah. Malam tadi waktu nak balik sampai lebih dari setengah jam baru sampai rumah sedangkan kalau nak ikut hari biasa dalam 5 minit dah sampai rumah dah. Bayangkan kesesakan yang kira macam dekat KL. Lama betul nak bergerak. Tapi seronok!

Oklah tutup bab bola buat sementara.

Pagi saya cuma berehat dan tak turun jogging sebab kaki terpijak paku. Nak rehat sama. Saya cuma berehat di rumah sambil membaca. Kemudian waktu tengah hari cuma ambil adik balik dari sekolah dan pada waktu petang main badminton. Kali ni tewas balik dengan Abang Midi.

Apa benda tah rasuk dia. Dia main all out. Bersungguh-sungguh betul nak bals dendam. Tapi satu set sahaja. Dia memang nampak penat sangat lepas tu. Tapi saya memang tak penat langsung. Hehehe... Entahlah memang lambat penat kebelakangan ni.

Lepas belasah adik saya, saya main double dan kemudian berhenti. Malam cuma menonton TV dan tidur selepas tengok Ulasan Piala Malaysia.

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini---[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][1][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][43][44][45][46][47][48][49][50][51][52][53][54][55][56][57][58][59][60][61][62]

Baca Diari Sebelum ni

Saifulazrul Collection 1999-2002
Provided by Saiful Azrul Che Lah