Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL
Ketenangan Hati & Keredhaan Ilahi : Impian Abadi

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

  

31 DISEMBER 2004 [JUMAAT]

ASSALAMUALAIKUM...

Sedih bila menyaksikan betapa banyak kemusnahan berlaku akibat Gempa bumi dan tsunami beberapa hari lepas. Saya ada terima email yang menceritakan betapa pada 26 Disember banyak berlakunya bencana alam. Tahun lepas di Iran dan kini di Asia. Marilah kita sama-sama menginsafi kembali matlamat kehidupan kita selama ini.

Imbasan Dua Tiga Hari Lepas

Ada sekali ketika saya sedang tidur. Kira-kira jam 3 pagi saya terkejut sebab dapat sms dari jauh yang mengundang seribu macam rasa buat saya. Ada sedih, ada gembira, terharu dan pelbagai rasa. Hmm... Terus saya tak mampu tidur dan balas. Saya rasa bagai ada semacam semangat yang membuatkan terus saya rasa segar. Alhamdulillah... Saya hmmm... Apa benda? Hehehe... Rahsia peribadi saya. Tiba masa nanti, saya akan cerita juga...

Sebenarnya tak ada apa sangat yang dapat saya ceritakan kerana saya cukup sibuk dengan kursus Designing dan architecting J2EE™ Application di Menara Amcorp di Petaling Jaya. Memang meletihkan. Macam pada hari Rabu lepas saya ada game bola di Padang Pulapol mewakili Ansara MRSM PDRM Kulim bertemu dengan Ansara MRSM Kuantan jam 8.45 malam. Penatnya main! Balik ja rumah malam tu terus gagahkan diri solat Isyak dan terus tertidur. Pening jugak sebab tak biasa main malam. Bila nak tanduk bola silau dengan lampu limpah Pulapol, Jalan Semarak. Waktu balik ada road block di mana semua motor ditahan dan Alhamdulillah saya langsung tak ditahan.

Tu ja lah yang dapat saya sentuh untuk imbasan dua tiga hari lalu.

Imbasan Tahun 2004 pulak!

Januari
Saya berazam nak lupakan segala kekecewaan tahun lepas dan banyak jugak perkara yang saya rancang pada permulaan yang saya sasarkan beberapa perkara. Alhamdulillah ia bermula dengan penuh meyakinkan.

Februari
Macam biasa tetapi ada beberapa usaha yang saya lakukan cumanya masih gagal menemui apa yang saya harapkan.

Mac
Saya terima tawaran temuduga di HUKM sebagai Pegawai Sistem Maklumat. Rasa macam tak dapat tapi diakhir bulan saya terima tawaran. Alhamdulillah...

April
Memulakan kehidupan di Kuala Lumpur. Corak hidup kota metropolitan yang langsung tidak saya gemari. Saya banyak belajar nak sesuaikan diri di Kuala Lumpur. Alhamdulillah saya ada ramai kawan di sini. Jadi taklah sunyi sebab ada banyak aktiviti yang dapat saya lakukan.

Mei
Semakin dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran kota tetapi saya still rindukan suasana di Kedah. Hmmm... Mujurlah kesibukan kerja membuatkan saya lupa semua tu.

Jun
Cukup 24 Tahun dan ia membuatkan saya menanam azam yang lebih kukuh untuk berjaya dalam hidup walau apa pun cabaran melanda.

Julai
Saya masih cuba menyesuaikan diri dengan keadaan hidup yang baru di KL. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.

Ogos
Saya semakin dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di Kuala Lumpur. Agak perit kerana kos hidup yang tinggi di sini. Terima kasih atas sokogan semua.

September
Bulan yang agak ‘menurun’ bagi saya. Tak begitu banyak yang dapat saya lakukan. Agak mengecewakan.

Oktober
Tahun lepas inilah bulan yang cukup mengecewakan saya tapi berbeza pada tahun ini. Inilah bulan yang cukup manis untuk saya kenang dan inilah bulan yang mungkin jadi titik permulaan yang membahagiakan bagi saya, InsyaAllah

November
Alhamdulillah segalanya menjadi cukup memuaskan hati saya.

Disember
Banyak perkara yang ingin saya kecapi saya dapat dan Banyak harapan saya tertunai... Sesungguhnya tahun 2005 diharapkan dapat memberi apa yang saya idamkan, InsyaAllah...

Itu adalah Imbasan untuk tahun 2004.

Oklah, hari ni saya bercuti dan waktu pagi saya habiskan masa dengan mengemas bilik, membasuh baju dan bersiap untuk ke Perak menghadiri kenduri Rahman esok.

Tengahari Solat Jumaat di Masjid Zubbair Ibnu Awwam dan khutbah seperti yang diwar-warkan dalam media ia berkenaan dengan tragedi tsunami dan kekuasaan Allah serta hikmah pengajarannya.

Kemudian saya settelkan urusanTabung Haji di Ampang dan BCB di Bandar Tun Razak. Jam 6.30 petang bertolak ke Ipoh tapi sebelum tu kami (Saya, Khairill, Azhar dan Zaki) ke Sunway untuk repair kereta Azhar. Bertolak lebih kurang jam 8 malam. Berhenti makan di Sungai Buloh dan kemudian di Tapah. Pusing Bandaraya Ipoh pada waktu tengah malam. Hmm... Seriusnya gejala sosial! Sampai du rumah Khairill kira-kira jam 12.30 malam.

Selepas semak akaun Darkthrone (Game yang saya selalu main), barulah saya tidur kira-kira jam 4 pagi. Hehehe... Lewatnya...

WASSALAM...

28 & 29 & 30 DISEMBER 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Saya Membuat keputusan untuk menutup sementara Laman ini sebagai tanda berkabung selama Tiga Hari walaupun agak lewat kerana cukup kasihan menyaksikan betapa sedihnya situasi yang berlaku terutamanya di Acheh.

Al-Fatihah...

WASSALAM...

27 DISEMBER 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Al-Fatihah...

Saya tak mahu ulas lanjut tetapi kalau anda baca Artikel ni, anda boleh buat penilaian sendiri tentang perkara ini. Gempa bumi berlaku dan masih ramai rakyat yang tak tahu berlakunya gempa bumi dan kegagalan menyiarkannya dengan pantas kepada rakyat adalah sesuatu yang malang. Amaran awal harus diberikan. Fikirkanlah...

Oklah...

Masih lagi kita tidak insaf? Apakah pesta-pestaan yang melalaikan sempena kedatangan tahun baru ini akan diteruskan? Ia adalah amaran Allah kepada kita. Kita masih leka. Kita masih lagi hanyut dalam banyak perkara. Kita tak tahu lepas ni apa pula yang berlaku. Apa pula yang bakal terjadi. Dunia sudah di akhir zaman. Banyak petanda sudah menjelma. Marilah kita sama-sama menginsafi semua ini agar kita tidak termasuk dalam golongan yang menderita kelak, mudah-mudahan, InsyaAllah...

Hari ni saya terjaga kira-kira jam 5.30 pagi. Kemudian terus ke pejabat selepas solat Subuh. Jam 7.50 bertolak ke Menara AmCorp di Petaling Jaya untuk kursus Architecting And Designing J2EE Application. Hmmm... Sampai petang. Rehat tengahari dapat juga berjalan-jalan kat sana dengan Azhar dan Muiz.

Lepas habis training terus stay kat office dan tengok penilaian prestasi saya. Oklah dengan apa yang saya dapat. Kemudian stay kat pejabat sambil settlekan beberapa kerja sampai malam. Jam 10.30 baru balik office. Jam 11.30 malam baru masuk tidur...

WASSALAM...

26 DISEMBER 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Gambar dipetik dari www.agendadaily.com

Gempa Bumi...

Itu sebenarnya tanda peringatan dari Allah agar kita lebih sedar bahawa ada kuasa yang lebih agung. Kita sudah jauh melupakan kuasa itu. Kita sudah alpa dan ia sebagai peringatan agar kita kembali kepada-Nya. Kesan gempa bumi yang banyak meragut nyawa ialah ombak besar yang terhasil (Tsunami), jadi ramai yang tinggal di tepi pantai atau yang sedang berkelah menjadi mangsa.

Janganlah dilihat ia sebagai satu fenomena bencana alam semata-mata. Ia adalah pringatan agar kita sentiasa sedar tentang adanya Kuasa yang lebih Agung. Moga-moga ia menjadi peringatan buat kita, InsyaAllah.

Al-Fatihah...

Oklah...

Saya sebenarnya agak lewat bangun hari ni. Dah dekat jam 7 pagi baru terjaga. Solat dan kemudian sambung tidur balik. Jam 8.30 bangun balik dan kemudian bersiap. Hampir jam 9 pagi saya ke Velodrom untuk sarapan. Saya tak rasa sangat gempa sebab saya tengah naik motor dan rasa macam lain sikit Tapi saya anggap biasa ja.

Saya sarapan dan kemudian ke pejabat dan saya buka TV1 melalui Internet (www.rtm.net.my) dan baru tahu ada gempa. Saya contact dengan beberapa orang di Utara semua tak berapa perasan. Hehehe... Saya chat dengan Adik saya pun dia kata dia tengah nyenyak dibuai mimpi waktu tu! Lepas tu saya dapat tahu rumah sewa saya dulu kat Penang pun kena dengan tsunami ni. Dulu kan rumah sewa saya kat Penang tepi laut ja. Belakang rumah terus pantai dan menyedihkan ada yang yang meninggal dunia di kawasan tu.

Kemudian saya tonton berita TV3 Online. (http://webmail.ukm.my/live.html) . Tak banyak laporan kematian. Lepas tu baru dapat tau yang banyak kematian . Rupanya disebabkan oleh ombak besar akibat gempa bumi. Saya balik dari pejabat kira-kira jam 4 petang.

Saya tidur sekejp dan kemudian habiskan waktu membaca majalah dan selepas solat Maghrib saya tertarik dengan Battle Of Sexes di 3R. Sebabnya saya dah biasa ke tempat-tempat tu. Dulu kat Pangkor saya berkayak sampai 1 km ke Pulau tu. Teringat kenangan waktu tu.

Kemudian saya berhadapan lap top sambil menulis banyak benda. Jam 11 keluar tengok bola di Taman Tenaga. Jam 1 balik rumah dan terus tidur.

p/s: SELAMAT HARI LAHIR BUAT ADIK SAYA MOHAMAD FARIZZUDIN.

WASSALAM...

25 DISEMBER 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Selepas Solat Subuh terus saya sambung tidur dan kemudian jam 9 pagi saya sarapan di Velodrom dan kemudian terus ke pejabat dengan berbaju Melayu sebab nak pi Kenduri Fazie sekali. Jam 1.40 kami (Kak Hajar, Sufri, Saidi, Zaki dan Juliah) bertolak ke rumah Fazie.

Elok sampai di di rumah Fazie, kebetulan waktu pengantin lelaki sampai. Hmmm... Lepas makan terus kami bergambar bersama pengantin. Jam 3 petang kembali ke pejabat dan saya balik jam 6.30 petang.

Jam 8 malam saya bertemu En. Nasri yang juga ejen Insurans saya. Settlekan bayaran bulan ni sambil berbual banyak bab bola dan politik.  Sambil tu saya sms Hasmawi bagi sokongan kepadanya. Jam 10 baru beransur pulang ke rumah. Saya just duduk depan Lap Top sebab malam ni tiada game EPL. Krismas hari ni. Maknanya depa akan lawan pada boxing day, esok.

Jam 1 pagi baru tidur.

WASSALAM...

24 DISEMBER 2004 [JUMAAT]

ASSALAMUALAIKUM...

Saya ada satu aktiviti untuk anda. Download fail ni (Friends) dan buat apa yang disuruh. Cubalah...

Oklah...

Hmmm... Meeting/presentation/discussion mula jam 9 pagi dan berlanjutan sampai waktu makan tengahari. Kemudian saya ke Masjid Zubbair Ibnu Awwam dan kemudian lepas Solat Jumaat terus sambung pembentangan. Alamak banyaknya komen saya punya presentation. Habis hampir jam 6 petang.

Kemudian say stay di pejabat sampai jam 11 malam baru balik ke rumah. Jam 1.30 malam baru saya tidur selepas settlekan banyak kerja yang tertangguh.

WASSALAM...

23 DISEMBER 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Cuba layari laman ni... http://www.mazpa.org.my. Tengoklah kawan-kawan anda kat sana. Hehehe...

Oklah...

Pagi agak lewat terjaga. Letihnya badan. Hmmm... Kena pergi kerja jugak. Banyaknya nak kena buat untuk esok. Alhamdulillah banyak yang dah siap. Kemudian pergi ambil kereta baru Man dekat Ampang, kereta Kia Spectra. Hehehehe... Saya dah selalu naik dah kereta ni.

Kemudian Man belanja saya, Khairill dan Farhan makan McDonald di Makro. Petang settlekan beberapa kerja di pejabat sebelum balik ke rumah berehat. Saya ke Pasar malam dulu sebelum tu. Hujan memang lebat.

Malam saya kembali ke pejabat dan banyak buat discussion dengan Khairill dan Rahman untuk presentation esok. Jam 11.30 malam baru kami beransur pulang. Jam 12.30 malam baru saya masuk tidur.

WASSALAM...

22 DISEMBER 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Banyaknya sms dan call serta email yang tanya saya tentang Hasmawi. Tak larat saya nak layan. Saya ada komen dalam HKC. Saya tak mahu mengulas lanjut dan saya hormat apa yang Hasmawi nyatakan dan dia mahu dedahkan di mahkamah. Saya tahu ceritanya melalui orang lain. Betul atau tidak Wallahua’lam. Saya harap orang tak tanya lagi saya soal Hasmawi ni. Ni soal peribadi dia. Saya memang hentam KFA dalam menangani isu ni.

Oklah...

Hmm... Dekat jam 8 saya dah ke Pejabat Pendaftaran Negara Jalan Tun Razak untuk upgrade myKad saya tapi ramainya orang! Beratur sampai hampir setengah kilometer! Saya dapat nombor dua ribu lebih. Rupanya giliran waktu petang. Tak apalah. Kemudian sarapan di Jalan Jujur dan kemudian settlekan hal bank di BSN Bandar Tun Razak.

Kemudian saya basuh semua baju dan kemaskan bilik yang dah macam tongkang pecah ni. Hehehe... Petang tak pi pun pejabat pendaftaran negara. Kemudian saya turun jogging.

Malam ke pejabat settlekan beberapa kerja tertangguh terutamanya untuk presentation Jumaat ni. Jam 11.30 malam baru balik rumah dan kemudian tidur jam 12.30 malam.

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][Arkib 2003][181][182][183][184][185][186][187][188][189][190][191][192][193][194][195][196][197][198][199][200][201][202][203][204][205][206][207][208][209][210][211][212][213][214][215][216][217][218][219][220][221][222][223][224][225][226][227][228][229][230][231][232][233][234][235][236][237][238][239][240][241][242][243][244][245][246][247][248][249][250][251][252][253][254][255][256][257][258][259][260][261][262][263][264]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie][Crimsonsky][Nana][Megat][Wawa Online][Islam selamanya][Airpool][Lalili][Ariep][Jongkang-jongket][Shaukhi]

LAMAN HIJAUKUNING
Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2004
Provided by
Saiful Azrul Che Lah