Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL
Ketenangan Hati & Keredhaan Ilahi : Impian Abadi

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

Enter Malaysian Top Sites - Laman Top Malaysia Dan Undi Laman Ini !!!

09 FEBRUARI 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Secebis pengalaman yang pernah hadir dalam hidup. Itulah isi cerita saya bersama dengan Fahmy dan Shauqi di Restoran Nasi Kandar Royal. Sedar atau tidak jam dah menunjukkan 2 pagi lalu kami beredar pulang. Pengalaman ini yang mungkin bagi mereka yang sudah berpuluh tahun hidup hanyalah sekelumit daripada kisah jidup mereka tetapi bagi diri yang masih “kanyaq” ini, ia terlalu besar dan berharga.

Tatkala  impian yang diimpi hampir siap terbina, ketika itulah ia runtuh dan hancur berkecai bagi sekeping kaca jatuh dari cenuram yang tinggi. Berkecai! Impian! Itulah impian, tatkala dirasakan langkah hanya selangkah sahaja untuk menjejak pintu impian, kaki tersungkur dan pintu pun tertutup.

Itulah kehidupan. Suka dan duka. Penuh dengan cabaran. Bila melihat sekelompok manusia yang sama seperti saya, merai pelbagai macam keseronokan, saya rasa cukup lain tetapi apabila diingat kembali kepada janji Pencipta, saya redha.

Ada yang hanya perlu memilih haluan dan di hadapan sudah terbentang seribu macam kemewahan. Bagi diri ini, langsung tak berpeluang. Tetapi saya yakin, suatu masa nanti, ia pasti akan hadir. Moga-moga saya sempat mengecap nikmat itu, Amin...

Oklah...

Hari ni saya just rehat di rumah dari pagi sampai petang. Rasa macam nak demam. Kepala rasa pening. Rasa tak bermaya. Entah kenapa jadi begini. Tetapi saya gagahkan jugak hadir kerja. Dah lama tak rasa kurang sihat macam ni. Email dah bertimbun tak balas. Alamak! Dengar jugak yang Datuk Shukri pun demam. Moga lekas sembuh! InsyaAllah.

Habis waktu kerja macam dalam pembukaan bicara saya hari ni. Tidur kira-kira jam 3.30 pagi selepas settlekan kerja-kerja saya (walaupun kepala rasa pening macam nak pengsan!)

WASSALAM...

08 FEBRUARI 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Kita tidak boleh menyalahkan orang lain sekiranya kita melakukan sesuatu kebaikan tetapi ditolak dan dipandang serong. Dalam dunia yang penuh dengan hipokrit dan individualistik ini, ia sudah menjadi rencah biasa dalam hidup sehari-harian.

Kerana ramai yang bertopengkan manusia tetapi asalnya Syaitan, membuatkan ramai penghuni kini sudah merasakan sudah tidak ada lagi keamanan dalam hidup. Kepercayaan sudah hilang. Apabila pagar yang diharap untuk menjaga padi, tetapi mengkhianati tugas, bermulalah era yang tidak disenangi. Atas sebab itu apabila kita melakukan sesuatu kebaikan, janganlah begitu berharap kepada balasan, pujian dan penghargaan. Lakukanlah seikhlas hati. Yakinlah Allah tetapi memberi balasa yang baik atas setiap perbuatan yang baik.

Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat Zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat Amalnya)
(Ayat 7 Surah Az-Zalzalah)

Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat Zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat Amalnya)
(Ayat 8 Surah Az-Zalzalah)

Renung-renung dan fikir-fikirkanlah. Janji Allah tetap akan tetap terlaksana!

Oklah...

Macam biasa rutin hari Ahad, saya akan berjogging lewat sikit sebab menonton Motivasi pagi oleh Datuk Dr. Mohamad Fadzilah Kamsah. Kemudian barulah saya meneruskan aktiviti pagi saya macam biasa.

Hari ni saya cuba buat speed test dalam larian. Alhamdulillah saya boleh buat satu pusingan besar tu di bawah 12 minit! Macam tak percaya sahaja. Saya tak tahu berapa jarak sebenarnya. Selalunya saya mabil masa 20 minit untuk habiskan semuanya. Tapi bagi saya, ia adalah sesuatu yang cukup memnyeronokkan. Alhamdulillah.

Kemudian saya ke Stadium menyaksikan training pasukan Kedah dan sempat berbual dengan Kit Man pasukan Kedah serta Urusetia pasukan. Kemudian, saya balik rumah dan tidur. Hehehe... Lepas makan tengah hari saya just rehat sambil membaca apa yang patut dibaca.

Jam empat, saya masuk kerja macam biasa. Hari ni adalah hari yang paling sibuk dan memenatkan sepanjang saya kerja di sini. Macam pesta tempat saya ni!... Memang cukup meriah tetapi saya yang tak larat layan.

Habis kerja, saya dan Boss serta Shauqi test makan kat Restoran Nasi Kandar Salam di Jalan Putra. Sedap! Murah! Tetapi yang tak bestnya pemandangan tengah malam kat situ. Dengan puluhan GRO dan pelcaur beroperasi, memang memalukan. Terserlah sangat kebejatan sosial di negeri ini. Cuma yang saya lihat sedikit melegakan tak ramai orang Islam dan Melayu yang berjoli.

Kami habis makan dan berbual kira-kira jam 1.15 pagi. Saya terus tidur malam ni. Mengantuk dan penat sambil terasa macam pening kepala.

WASSALAM...

07 FEBRUARI 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Hadis: Rasulullah wasiatkan lima perkara

RASULULLAH bersabda, bermaksud: "Hai umatku, aku berwasiat kepada kamu sekalian dengan lima perkara:

“Pertama, perbanyakkan olehmu dengan menyebut Allah daripada menyebut manusia.
“Kedua, perbanyakkan olehmu dengan menyebut akhirat daripada menyebut dunia.
“Ketiga, perbanyakkan olehmu dengan menyebut kejahatan dirimu daripada kebaikannya.
“Keempat, perbanyakkan olehmu dengan menyebut mati daripada menyebut hidup dan
:
"kelima, perbanyakkan olehmu kecelaan dirimu daripada menyebut kecelaan manusia.”

Sabda Rasulullah lagi bermaksud: “Akan datang di atas umatku suatu masa, kasih mereka itu pada lima perkara dan lupa mereka itu juga lima perkara:

“Pertama, kasih mereka itu akan hidup dan lupa mereka itu akan mati.
“Kedua, kasih mereka itu akan harta dan lupa mereka itu akan hisab.
“Ketiga, kasih mereka itu akan mahligai dan lupa mereka itu akan kubur.

“Keempat, kasih mereka itu akan dunia dan lupa mereka itu akan akhirat.
“Dan kelima, kasih mereka itu akan makhluk dan lupa mereka akan Tuhan.”

Seterusnya, sabda Rasulullah bermaksud: “Adalah syurga itu Tuhan sediakan untuk orang yang berbuat taat walaupun dia hamba Habsyi sekalipun.

“Dan neraka itu Tuhan sediakan untuk orang yang berbuat maksiat kepada-Nya, walaupun dia ketua atau keturunan yang mulia.”

Oklah...

Saya berjanji dengan Taufik hari ni untuk jogging. Memang saya lewat sikit hari ni. Bila Taufik dah sudah baru jumpa saya. Sorry! Lepas tu, saya ke Stadium jenguk pasukan Training tetapi just di Gym. Sempat saya berbual dengan seorang player yang still injured. Kemudian saya rehat di rumah sampai petang.

Kisah saya yang saya cerita semalam pun dah selesai, Alhamdulillah...

Kemudian masuk kerja macam biasa. Biasalah, saya syif malam. Waktu petang dapat Private Message dari Datuk tentang training. Kemudian dapat call di Office dari Datuk, ajak saya ke training pasukan Kedah di Padang Mada. Maaf Datuk, saya dalam waktu berkerja. Terima kasih Datuk sebab nak tumpangkan saya. Saya mata menghargainya...

Malam cukup sibuk. Dulu kerja malam memang relaks tetapi sekarang kerja malam cukup sibuk. Habis waktu kerja, saya dan Shauqi ke restoran depan kedai saya untuk makn-makan sambil tonton EPL antara Liverpool dan Bolton. Habis game baru balik. Kemudian macam biasalah, kerja saya tengah malam, berjaga sampai jam 3 pagi baru nak tidur!

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][Arkib 2003][181][182][183][184][185][186][187][188][189][190]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie]

LAMAN HIJAUKUNING
Baca Diari Sebelum Ini
Saifulazrul Collection 1999-2004
Provided by Saiful Azrul Che Lah