Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL
Ketenangan Hati & Keredhaan Ilahi : Impian Abadi

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

Enter Malaysian Top Sites - Laman Top Malaysia Dan Undi Laman Ini !!!

07 JULAI  2004

ASSALAMUALAIKUM...

::: Kerja :::

Alamak, minggu ni kena hantar tugasan yang diberikan. Hari ni nak kena hantar, jadi semua kelam kabut settlekan ERD yang Big Boss nak. Hari Ahad, hari cuti saya terpaksa berada di pejabat dari jam 8 pagi sampai 3.15 petang untuk settlekan semua itu. Tempoh masa yang diberikan adalah dua minggu tapi alngkah indahnya kalau hari ni dua minggu yang lepas! Hehehe...

Sampaikan malam pun kena berjaga hingga lewat malam. Ingat kot lepas Euro waktu tidur dah kembali normal. Rupanya tidak!

Moral : Jangan buat kerja last minute!

::: Euro :::

Zaman kegemilangan Greek sudah kembali, baru sahaja saya tengok Troy dan Hercules, nampaknya dua hero zaman silam itu kembali terjelma dalam barisan bintang bolasepak Greece. Tahniah Greece!

Terus terang saya tak suka Greece menang. Bukannya sebab saya bencikan Greece dan Bukannya sebab saya sokong Portugal sangat (dulu Portugislah yang meruntuhkan empayar Melaka!) tetapi dari segi seni dan keindahan bolasepak sudah seolah hilang.

Permainan Defensif dan berharap kepada serangan kilat membuatkan perlawanan tidak semenarik yang dijangka. Apa kata kalau main secara terbuka, kita lihat siapa yang lebih gagah!

Namun hakikat yang harus kita belajar ialah Apa pun taktik merupakan sesuatu yang cukup penting dan ia harus bertepatan dengan sumber yang kita miliki. Begitu juga displin dan semangat berpasukan. Tak guna ada barisan bintang tetapi semuanya bersikap individualistik. Belajarlah dari kejayaan Greece walaupun pahit.

P/s: Mungkin pasukan Malaysia harus sebegitu juga!

Menarik: Perlawanan Pembukaan menemukan Greece dan Portugal dan begitulah jua dengan perlawanan terakhir Euro 2004!

::: Famili :::

Alhamdulillah dapat saya bertemu dengan sebahagian keluarga yang datang singgah di KL sebelum menghantar adik ketiga saya ke Politeknik Tanjung Malim. Terlepas seketika rindu dendam. Mak, Abah, Abang Midi, Faizol dan Adik Din menginap di Hotel Sri Petaling Hari Isnin lepas. Thanks atas kiriman buah Rambutan dan Dokong yang saya bagi member satu office habiskan. Hehehe...

Dapat jugak saya berikan hadiah kat emak sempena hari lahir baru-baru ni. Kain tu harganya lebih RM 50. Takat tu sahaja yang saya mampu berikan. Kat abah saya bagi mug dan ada juga JeliGamat yang saya janji nak bagi kat adik. Alhamdulillah semuanya sudah selamat diberikan.

::: Sukan :::

Rasa semakin ghairah saya mengatur aktiviti sukan saya. Sekarang tengah plan Badminton, Futsal dan Bolasepak padang. Dengan Team Pejabat dan Alumni MRSM PDRM KULIM. Minggu ni, Sabtu ada friendly (team office) Futsal. Minggu depan ada perlawanan Bolasepak Alumni saya. Badminton tengah nak plan friendly. May be akan tambah pingpong sebab Rahman master dalam bab ni. Juga dalam pertimbangan sama ada boleh join tournament Bolasepak HUKM. Tu tak termasuk Pertandingan Bowling (antara ahli Pusat IT HUKM) Sabtu ni! Penatnya...

P/s: Tak larat nak bayar yuran! Hehehe...

::: Bajet :::

Nampaknya keadaan kewangan bulan ni memang kritikal. Banyak sungguh komitmen dan keperluan. Maklumlah bertapak di tempat orang memang perlukan banyak komitmen. Alhamdulillah, segalanya dimudahkan Allah. Harapnya diri ini semakin menginsafi kejadian diri. Terima kasih juga kepada kawan-kawan yang banyak membantu...

P/s: Jangan lupa diri.

::: Wrong Number :::

Hairan dan pelik, entah mengapa dalam dua tiga minggu ni saya beberapa kali dapat SMS dari number di Seberang (Indonesia)?

Contoh : SMS dari +62813633844** (Dua no belakang saya tak nyatakan).
Isinya:- Maf, apa betul ini no hp abang<suami kak yantati> di malaysia,.ini liza di bukit tinggi.

Contoh 2 : SMS dari +62813632788**
Isinya:- u@@@@@@@
W@HN7?SY¥ĕCC3åíS’?;¥WKK?K

Yang kedua tu saya tak faham apa maksudnya. Ada lagi dua SMS yang saya terima dari Indonesia tapi dah tedelete. Hmmm... Kenapa asyik dapat sms kat saya je? Tapi Alhamdulillah sejak minggu lepas, saya dah tak terima any sms dari Seberang lagi.

Oklah...

Indahnya mimipi hari ni. Entahlah memang itulah mimpi yang saya inginkan selama ini (jangan salah faham) tapi sayangnya ia hanya dalam mimpi. Alangkah indahnya kalau ia benar-benar menjadi realiti. Harapan stiil ada. Hehehe...

Saya ke pejabat macam biasa, cuma hari ni kelam kabut nak hantar tugasan kepada big boss. Thanks kepada Aisyah dan Fazie yang banyak membantu agar kerja-kerja ini dapat disiapkan. Alhamdulillah siap pun.

Tengah hari lunch bersama Azhar, Khairill dan Rahman serta Aieshah di Restoran Mak Siti. Rupanya saudara Aieshah, tak acilah dia dapat free kami kena caj. Hehehe...

Kemudian sambung kerja sekejap sebelum dan selepas asar, saya turun jogging di Tasik Permaisuri. Malam saya jumpa Adli di Velodrom dan settlekan urusan dengan member di Bandar Tasik Selatan selepas itu. Awal jugak saya tidur malam ni iaitu kira-kira jam 12.10 minit malam.

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][Arkib 2003][181][182][183][184][185][186][187][188][189][190][191][192][193][194][195][196][197][198][199][200][201][202][203][204][205][206][207][208][209][210][211][212][213][214][215][216][217][218][219][220][221][222][223][224][225][226][227][228][229][230][231]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie][Crimsonsky][Nana][Megat][Wawa Online][Islam selamanya]

LAMAN HIJAUKUNING
Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2004
Provided by
Saiful Azrul Che Lah