Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL
Ketenangan Hati & Keredhaan Ilahi : Impian Abadi

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

Enter Malaysian Top Sites - Laman Top Malaysia Dan Undi Laman Ini !!!

31 MEI 2004

Kalau dulu putaran hidup saya agak tak sama denga putaran kehidupan orang biasa. Saat orang lain mahu melelapkan mata, waktu itulah saya masih lagi berjaga. Apa tidaknya masuk kerja di kedai CC jam 4 petang dan tamat waktu kerja jam 12 tengah malam! Bila time tutup kedai tu tak semestinya jam 12 dan kadang-kadang hinggakan pernah mencecah jam 1.15 pagi! Lepas tu nak lepaskan penat, keluar inum + makan dulu sambil berbual dan selalunya jam 2.30 pagi baru balik rumah. Bila balik rumah, waktu nilah saya mula menulis dan melakukan aktiviti rutin. Jam 3 atau 3.30 pagi baru dapat tidur.

Pagi selepas Solat Subuh, saya kalau ada kekuatan saya akan jogging dulu dan lepas sarapan dan baca paper saya akan sambung tidur sampai jam 10 atau 11 pagi. Kemudian bergegas siapkan kerja satu lagi di Sekolah Rendah Islam Alor Setar sampai jam 2. Balik rumah rehat sekejap sebelum masuk kerja macma biasa. Untungnya kat sekolah tu, waktu murid-murid cuti, saya tak perlu hadir. Dan setiap hari Selasa, saya bercuti dan banyak saya habiskan masa untuk badminton dan aktiviti sosial bersama kawan.

Lepas tu kalau ada game Kedah, saya kena adjust waktu kerja dan kemudian kalau ada lawan bola (team saya PI Street, kena ubah juga jadual kerja) dan ia memang penat dan memenatkan dan tak hairanlah saya kalau ada masa suka tidur sebab penat. Hehehe...

Tapi itu sudah berlalu. Kini saya kena putarkan balik masa saya selari dengan kerja saya kini. Saya dah mulakan balik macam waktu saya study dulu. Bangun seawal jam 5 atau 5.30 pagi. 6.30 atau 6.45 pagi saya dah bertolak ke pejabat. Habis waktu pejabat terus saya lekas-lekas balik sebab saya memang suka main atau beriadah waktu petang. Paling awal balik dari office, selalunya ialah saya. Hehehe...

Malam selalunya saya akan cuba contact member dan kalau ada yang ajak keluar saya memang akan keluar (lelaki sahaja!). Kalau tak ada apa-apa just rehat di rumah sambil tonton TV dan main game. Nanti mungkin ia akan berubah mengikut masa. Tak tahu lagi apa yang akan jadi nanti...

Oklah... Sedikit coretan tentang perjalanan hidup...

Sampai di office jam 7.06 minit pagi. Buat kerja dan study sekejap sebelum saya sambung buat beberapa perkara. Study ERD yang paling banyak saya buat. Tu pun berselang seli dengan perkara lain. Tak banyak yang dapat saya ceritakan melainkan beberapa perkara yang agak sulit dan peribadi.

Petang bila balik, banyak pulak call dan sms yang saya terima. Thanks sebab sudi menghubungi saya sampaikan saya terlewat turun jogging. Di Bukit Komanwel hari ni memang agak redup dan memang rasa kembali bertenaga rasanya.

Malam saya just buat sikit preparation untuk pindah dan kemudian menonton bersama kawan. Entah apa kena dengan saya awal sangat mengantuk sekarang ni. Hehehe... Jam 10.30 malam dah tidur. Tapi asyik bangun tengah malam dan Alhamdulillah dapat bangun pada waktu tu!

WASSALAM...

30 MEI 2004

Awal pagi lagi saya dah bangun dan kemudian tonton laman Pagi dan kemudian saya keluar beli paper dan nasi lemak dekat Masjid sebelum saya rehat sekejap. Jam 10 saya dah ke PWTC untuk beli buku. Banyak betul duit yang keluar sebab buku ni. Dekat RM 500! Maknanya lepas ni kena ikat perutlah nampaknya.

Tapi memang best. Sampai jam 4 saya ada kat sana dan Alhamdulillah jumpa ramai member lama di sana. Kemudian bila balik terus nak keluar jogging tetapi ribut pulak! Apa lagi just baca apa yang saya beli dan kemudian tengok Formula 1. Lepas tu sempat keluar beli makanan sekejap sebelum tonton Ahmad Albab. Memang agak awal saya tidur malam tadi. Jam 11 dah tidur...

WASSALAM...

29 MEI 2004

Edisi Selatan: Demi cinta sehidup semati

Oleh Mohd Ramzi Sanny

JOHOR BAHRU: Seramai 43 pemohon untuk berkahwin di Jabatan Agama Johor (JAJ) sejak November 2001 hingga Februari lalu, rela sehidup semati dan nekad meneruskan perkahwinan walaupun menyedari pasangan mereka pembawa HIV.

Dalam tempoh itu juga, tiga pasangan dengan kedua-duanya didapati positif selepas menjalani pemeriksaan saringan HIV, tetap meneruskan niat mereka untuk mendirikan rumah tangga.


Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Kesihatan negeri, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, berdasarkan statistik JAJ, seramai 49 pembawa HIV berkahwin sejak penguatkuasaan pemeriksaan penyakit berbahaya itu kepada setiap individu yang mahu berkahwin di Johor.


Beliau berkata, seramai 43 individu yang negatif dari HIV pula, sanggup berkorban dan rela untuk hidup bersama dengan pasangan mereka yang dijangkiti penyakit itu.


“Semua mereka rela meneruskan perkahwinan selepas diberi kaunseling dari aspek keagamaan, kesihatan dan kekeluargaan. Tiada sebarang halangan untuk mereka berkahwin, terpulang kepada mereka walaupun menyedari risiko yang dihadapi,” katanya di sini, semalam.


Halimah berkata, hampir 80 peratus daripada mereka yang didapati positif HIV, meneruskan perkahwinan mereka kerana faktor kesetiaan selain mengikut falsafah bahawa cinta itu buta.

Selain itu, katanya, pasangan yang terlanjur, sudah bersekedudukan, tidak mahu menanggung aib disebabkan kenduri perkahwinan sudah diatur, juga antara faktor utama yang mendorong pasangan terbabit meneruskan perkahwinan.


“Selepas dipersetujui sesama pasangan serta keluarga akur dengan kehendak mereka, perkahwinan berkenaan diteruskan,” katanya.


Beliau berkata, hanya 14 bakal pengantin yang positif HIV dalam tempoh itu tidak meneruskan perkahwinan dan terpaksa menerima takdir dengan merelakan perpisahan dengan calon suami atau isteri mereka.


Halimah menjelaskan, sejak Johor mewajibkan peraturan pemeriksaan HIV kepada bakal pengantin beragama Islam, sebanyak 62,359 permohonan diterima JAJ untuk diproses.

“Sebanyak 3,283 diterima pada tahun pertama pelaksanaan iaitu 2001 dengan dua daripada mereka iaitu masing-masing satu lelaki dan perempuan didapati positif HIV.


“Kedua-duanya yang positif penyakit itu tetap meneruskan perkahwinan dengan pasangan masing-masing yang disahkan tidak dijangkiti HIV,” katanya.


Menurutnya, pada tahun 2002 pula, daripada 28,306 permohonan, seramai 17 didapati positif HIV dengan 14 daripadanya lelaki.

“Daripada jumlah itu, 11 nekad berkahwin dengan pasangan yang negatif dan satu pasangan yang kedua-duanya positif. Hanya tiga yang enggan meneruskan perkahwinan dan seorang lagi meninggal dunia.

“Pada tahun lalu pula, hanya lapan daripada 39 yang positif HIV rela berpisah dengan pasangan mereka selepas 26,429 mengemukakan permohonan berkahwin.


“Daripada 39 yang positif HIV, 28 lelaki dan 11 perempuan. Seramai 27 daripada mereka meneruskan keputusan berkahwin dengan pasangan yang negatif dan empat lagi berkahwin antara sesama yang positif,” katanya.

Di atas ada lah petikan Harian Metro. Saya tak ingat berapa hb tarikhnya. Kalau minggu lepas di Perak 3000 pasangan Islam yang menghidap HIV ingin berkahwin ini senario di Johor pulak. Macam-macam! Fikirkan sendiri...

Oklah...

Alhamdulillah masih lagi sempat bernafas di bumi ini. Pagi ni memang saya agak lewat sikit. Banyak kali terjaga dalam tidur. Sesampainya di Office terus saya buat rutin harian saya dan atur beberapa aktiviti hari ni.

Dengar program talk sambil draf DFD dan perbetulkan. Thanks Aisyah sebab bertungkus lumus settlekan semua tu. Saya balik awal dan Alhamdulillah tak kena hujan. Bila balik, goreng keropok lekor dan bancuh air sambil makan dengan Zul. Bila lah nak habis keropok tu. Hehehe...

Kemudian tertidur dan memang tak dapat jogging sebab hujan. Malam just rehat di rumah sambil menonton TV dan saya stay sampai lewat malam menonton ulangan MSL SPB lawan Pahang. Memang fight dan macam-macam ada!

Saya tidur kira-kira jam 3 pagi.

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][Arkib 2003][181][182][183][184][185][186][187][188][189][190][191][192][193][194][195][196][197][198][199][200][201][202][203][204][205][206][207][208][209][210][211][212][213][214][215][216][217][218][219][220]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie][Crimsonsky][Nana]

LAMAN HIJAUKUNING
Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2004
Provided by
Saiful Azrul Che Lah