Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL
Ketenangan Hati & Keredhaan Ilahi : Impian Abadi

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

Enter Malaysian Top Sites - Laman Top Malaysia Dan Undi Laman Ini !!!

25 MEI 2004 

Ada seorang Ibu sedang bercerita pada anaknya.

Ibu :"Dulu katanya keluarga kita adalah keluarga yang sangat kaya raya dan kekayaan harta keluarga kita cukup untuk 7 turunan".
Anak :"Tapi, kenapa keluarga kita sekarang miskin sangat bu?"
Ibu :(tersipu malu)"Kerana kita ini keturunan yang ke 8".

Seronok jugak bila saya baca balik kisah lucu ni...

Oklah...

Saya sampai di Office jam 6.45 pagi. Lepas tu dah dapat call dari Azhar untuk unlock door Jabatan Oftamologi. Dah mula tugasan saya yang pertama hari ni. Tapi seronok jugak walaupun awal pagi lagi.

Kemudian just sambung sikit bab DFD dan kemudian settlekan bab kerja sikit sebelum saya buat sikit discussion dengan Aieshah berkenaan Matematik untuk ujian PTD. Kemudian saya, Aieshah dan Mel ke Library untuk discuss pasal ujian PTD. Lepas tu baru tahu yang Kak Hajar masuk wad! Saya terus pergi tapi Kak Hajar dah keluar makan dengan Abang Jup (husband Kak Hajar).

Lepas tu saya rehat sekejap sambil berbual. Habis waktu kerja, saya dengan Sufri terus melawat Kak Hajar. Lepas tu, terus saya settlekan urusan peribadi dan kemudian belanja housemate makan.

Waktu Maghrib dapat SMS yang abah eksiden. Terkejut betul saya sampaikan terus saya top up handset saya untuk dapatkan kepastian. Buat masa ni, Alhamdulillah sebab tak teruk sangat. Itu info dari mak saya. Tapi saya takut mak sembunyikan fakta sebenar macam tahun lepas bila saya balik tengok-tengok abah tengah operate! Harapnya oklah. Memang agak merisaukan.

Malam, saya banyak tumpu kepada Game Kedah lawan Perak. Thanks Datuk Shukri, Schaarq dan Ariff yang bagi info semasa di Stadium Darulaman. Tewas nampaknya. Memang tak ada luck. Saya pun terus masuk tidur walaupun banyak dapat SMS lepas tu tapi saya tetap balas!

WASSALAM...

24 MEI 2004

Satu pertandingan menjawab teka-teki telah diadakan antara sang monyet dan kura-kura. Al-kisahnya, mereka sebenarnya nak beradu kekuatan, tetapi tidak mahu menggunakan cara cerita zaman kanak kanak dulu yang mana arnab berlumba lari dengan kura-kura...

Mengikut mereka, zaman IT ni lebih baik meraka menggunakan kepintaran akal dalam menjawab teka-teki. Teka-teki dimulakan dengan monyet (yang agak angkuh) bertanya soalan kepada kura-kura...

Monyet : Apakah yang sama macam lembu, muka macam lembu, ekor macam lembu, tanduk macam lembu... tetapi bukan lembu...
Kura-kura : Nanti aku fikir sekejap..
Monyet : Jangan lama-lama sangat. Ini tak main talian hayat tau! (Monyet merasakan bahawa kura-kura pasti tidak boleh menjawab soalannya.)
Kura-kura : Aku rasa jawapannya ialah.... GAMBAR LEMBU... Betul tak nyet??
Monyet : Betul!!
Kura-kura : Soalan tu, budak pra sekolah pun boleh jawab.
Monyet : Ye lah tu.... Soalan kau pulak macamana?? Aku tak sabar nak jawab ni..
Kura-kura : Buah apa yang sering menimbulkan pertanyaan??
Monyet : Ada berapa talian hayat?
Kura-kura : Aku bagi kau teka sampai 3 kali.
Monyet : Durian..
Kura-kura : Salah..
Monyet : Rambutan
Kura-kura : Salah jugak
Monyet : Buah tangan
Kura-kura : Pun salah
Monyet : Kalau semua salah.... apa jawapannya?
Kura-kura : Buah epal
Monyet : Kenapa buah epal??
Kura-kura : Tu.. kau dah buat pertanyaan..... Ini bermakna buah epallah jawapannya. Ini bermakna aku menang!!!

Kura-kura meninggalkan monyet yang masih termanggu-manggu memikirkan jawapan yang diberi oleh kura-kura tadi sambil berkata "Dah la tue monyet ko dah kalah dari ko susah-susah nak pikir jawapannye tu lebih baik ko pergi buat kerja, layan blog nie sehari semalam pon tak boleh abis... dah nyet gi buat kerja yer nyet !!"

Memang saya tertarik dengan kisah lucu ni. Hehehe...

Itu just sebagai selingan untuk hari ini...

Oklah...

Alhamdulilah... Allah bukakan banyak pintu yang tertutup dalam hati saya semalam. Dalam perjalanan ke PWTC semalam, saya banyak belajar banyak perkara hingga saya jadi malu dengan diri saya. Saya ada teori tetapi praktikalnya tiada! Entahlah... Saya anggap ia sebagai pengajaran dalam hidup saya. Ada juga beberapa perkara yang banyak mengajar saya. Saya belajar erti kehidupan. Suka dan duka manusia. Setiap sesuatu ada maksud dan hikmahnya.  Sebab itu percayalah dengan sesungguh hati bahawa keputusan Allah lah yang paling tepat. Apa yang Allah rancangkan adalah cukup sempurna dan memang mengejutkan.

Alhamdulillah, saya belajar banyak perkara hari ni. Terima kasih Ya Allah...

Hari ni, saya mulakan dengan agak ceria. Entahlah awal-awal pagi lagi, saya dah rasa cukup tenang. Alhamdulillah. Saya sampai di office sebelum jam 7 pagi lagi. Kemudian sambung sikit pasal DFD dan kemudian bincang dengan Fazie bab DFD. Rahman dan Kharill pulak ke HUSM. Jadi dalam bilik ni just berdua sahajalah.

Alhamdulillah dapat berita Men ditawarkan sebagai penolong Pengurus Bank Islam PJ. Taniah Men. Ada sorang lagi lah geng HKC Aloq Setaq di KL ni. Hehehe... Boleh perform team yg lebih best. Bertambahlah gang saya kat sini.! Seronoknya bila member-member rapat ada kat KL!

Tapi memang hari ni ada banyak kejutan yang mengejutkan... Memang saya akan rahsiakan. Tapi bila fikir balik, benda ni biasalah cuma agak mengejutkan. Apa dia. Hehehe... RAHSIA...

Oklah, waktu malam just berehat bersama housemate di rumah sambil menonton TV dan main game. Jam 12 tengah malam dah masuk tidur.

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][Arkib 2003][181][182][183][184][185][186][187][188][189][190][191][192][193][194][195][196][197][198][199][200][201][202][203][204][205][206][207][208][209][210][211][212][213][214][215][216][217][218]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie][Crimsonsky][Nana]

LAMAN HIJAUKUNING
Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2004
Provided by
Saiful Azrul Che Lah