Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL
Ketenangan Hati & Keredhaan Ilahi : Impian Abadi

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

Enter Malaysian Top Sites - Laman Top Malaysia Dan Undi Laman Ini !!!  

21 SEPTEMBER 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Hati cerminan keperibadian seseorang

MANUSIA adalah makhluk ciptaan Allah yang terbaik dan paling sempurna kejadiannya berbanding makhluk lain. Dalam hal ini, Allah mengiktiraf kesempurnaan penciptaan manusia berdasarkan firman-Nya bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).” (Surah at-Tin, ayat 4)

Manusia diciptakan Allah daripada beberapa unsur utama hingga mewujudkan identitinya sebagai seorang manusia iaitu jasad, akal, roh, nafsu dan hati.

Namun, unsur paling penting dalam ajaran Islam adalah intinya, bukan kulitnya. Bentuk dalaman, bukan bentuk luaran dan hatinya, bukan jasad atau lisan.

Oleh itu, Rasulullah pernah bersabda bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada jasad dan rupa bentuk kamu, tidak kepada keturunan dan harta kekayaan kamu, sebaliknya Allah memandang kepada hati kamu.

“Maka sesiapa yang memiliki hati yang suci bersih, nescaya Allah amat mencintai orang itu. Ketahuilah! Wahai anak Adam bahawa orang yang paling dicintai Allah ialah orang yang paling bertakwa di kalangan kamu.” (Hadis riwayat Muslim dan Tabrani)

Hati juga bertindak sebagai raja bagi keseluruhan anggota badan. Dengan kata lain, baik dan buruk, sejahtera atau sengsara, sihat atau sakit dan sebagainya amat bergantung kepada kedudukan hati. Jika baik hati, maka baik seluruh anggota tubuh yang lain dan begitu sebaliknya.

Dalam hal ini, Rasulullah pernah bersabda: “Sesungguhnya dalam jasad itu ada segumpal daging. Apabila ia baik, maka baiklah seluruh jasad. Tetapi, apabila ia rosak, maka rosak seluruh jasadnya. Ketahuilah bahawa ia adalah hati.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Bertolak daripada sini, hati memainkan peranan penting dalam mencermin dan menentukan kemuliaan atau kehinaan peribadi dan jati diri seseorang.

Hati juga dianggap sebagai ejen kepada hidup dan matinya jasad manusia. Tidak berfungsi anggota tubuh badan manusia secara keseluruhannya kerana terlucutnya roh dalam hatinya.

Hati adalah tempat bertapaknya iman, takwa, sifat mahmudah (baik) dan niat. Dalam ketika lain, terletaknya kekufuran, nifaq dan sifat mazmumah (keji).

Dalam al-Quran perkataan hati biasa disebut sebagai al-qalb yang membawa maksud sesuatu yang tidak tetap, berubah-ubah dan berbolak balik. Bertepatan dengan konotasi al-qalb, maka hati begitu mudah berubah-ubah.

Perkara ini kerana dalam hati ada dua unsur yang sentiasa berlawanan iaitu antara iman dengan kufur, kebaikan dan keburukan, taat dan ingkar serta hak dan batil.

Rasulullah sentiasa berdoa kepada Allah dengan doa ini iaitu “Ya Allah Ya Tuhanku Yang membolak-balikkan hati! Tetapkan hatiku di atas landasan agama-Mu.”

Dalam al-Quran banyak ayat yang membicarakan hal hati, terutama hati bersih lagi suci daripada sebarang dosa dan maksiat. Hati bersih lagi suci itu diterangi dengan cahaya Ilahi dan tidak terselit sedikit pun perasaan keraguan dan kesyirikan.

Seterusnya, hati yang bersih meyakini bahawa segala di alam semesta ini dicipta oleh Allah yang Maha Berkuasa. Ia bertindak sebagai pentadbir mutlak ke atas sekalian alam ini.

Hati bersih juga terhindar daripada sebarang penyakit seperti dendam kesumat, dengki, fitnah dan sifat tercela lain.

Dengan kata lain, hati bersih dipenuhi dengan iman, hidayah petunjuk dan takwa. Dalamnya, sarat dengan gelora kerinduan, kecintaan, ketaatan dan ketundukan yang kudus kepada Allah.

Justeru, hati adalah tempat bertapaknya nilai kebaikan seperti khusyuk, tawaduk, sabar, tawakal, syukur, istiqamah dan pemaaf.

Rasulullah amat menggalakkan umatnya memiliki hati bersih hingga dianggap sebagai manusia terbaik.

Dalam hal ini, Baginda pernah ditanya oleh seorang sahabat: “Siapakah manusia yang terbaik?” Baginda menjawab: “Orang mukmin yang bersih hatinya.”

Kemudian Baginda ditanya lagi: “Siapakah orang mukmin yang hatinya bersih?” Lantas Nabi pun menjawab:

“Iaitu orang yang bertakwa, hatinya bersih, tidak melakukan derhaka dan pengkhianatan terhadap Allah, tidak berdendam dan mendengki kepada orang lain.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Perlu ditegaskan Allah memberikan ganjaran kepada setiap hamba-Nya yang berniat untuk melakukan sesuatu kebajikan. Sebaliknya, Allah tidak pula mencatatkan keburukan atau dosa kepada seorang yang hanya berniat di hatinya untuk melakukan kejahatan yang tidak pula dilakukannya.

Demikianlah betapa Allah bersifat Maha Pengasih lagi Maha Penyayang terhadap hamba-Nya.

Saya tiba di Pudu kira-kira jam 6.10 pagi dan sampai di rumah kira-kira 6.55 pagi dan selepas Solat Subuh terus saya rehat dan kemaskan rumah dan kemudian terus tidur sampai jam 11 pagi. Kemudian saya membaca sambil ber sms dengan member dan kemudian just sambung membaca.

Tengahari saya tertidur (apa banyak sangat tidur ni!) sampai Asar dan kemudian saya keluar jogging di Tasik Permaisuri. Memang stamina saya jauh merudum sebab dah sebulan tak jogging. Dalam tempoh tu just dua kali main bola dan futsal. Raket langsung tak disentuh. Hari ni nak kena mula balik jogging. Kalau tidak habislah saya. Berat badan dah naik 4 kilo lagi. Makin naik nampaknya hari tu dah turun tapi naik balik.

Kemudian saya ke Pasar Malam di Bandar Tun Razak sebelum saya just rehat kat rumah sambil menonton berita. Kemudian saya mengadap Lap Top untuk settlekan beberapa kerja yang perlu. Alhamdulillah settle tapi masih ada banyak kerja lain yang perlu dibereskan lagi.

Saya tidur jam 11 malam...

WASSALAM... 

20 SEPTEMBER 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Tahniah buat Adik saya yang menerima Ijazah Sarjanamuda It dari UUM hari ini.

Tahniah juga buat My boss, Dr. Taufik yang mendapat anak keempat kira-kira jam 7 petang hari ni.

Tahniah juga buat Puan Kamariah, (my collegues) yang mendapat anak ketiga hari ni. Uniknya esok hari jadi Puan Kamariah dan dapat anak hari ni. Uniknya lagi ialah anaknya yang ketiga ni sama tarikh lahir dengan anak sulung Puan Kamariah, Alia.

Banyaknya Tahniah hari ni. Hehehe...

Oklah...

Selepas Solat Subuh terus saya sambung tidur sekejap sebelum saya ke UUM untuk hadiri konvo Adik Kie. Alhamdulillah sempat saya jumpa ramai member lama. Saya minta maaf kepada member perempuan kalau saya tak tegur. Sebenarnya saya agak kurang cam sebab saya nampak macam member-member saya tapi kurang cam. Sorrryyyyy....

Faris pulak cukup rajin jual bunga. Hmmm...Dah otak bisness. Tahniah buat adik saya Shaukhi yang menerima ijazah sarjanamuda IT hari ni. Tapi perjalanan sebenarnya masih jauh. Menerima segulung ijazah bukan penanda kejayaan dan ia sebenarnya hanya permulaan.

Kemudian saya mengusik Airpool. Hehehe... Adalah cerita sikit. Thanks kat Abang Midi dan lain-lain yang banyak membantu. Lewat petang terus saya kembali ke Alor Setar dan kemudian just rehat kat rumah sambil mengemas barang untuk pulang Ke KL. Rasa sekejap sangat cuti. Hehehe... Tak puas rasanya...

Malam saya betolak dari Shahab Perdana dan kemudian bas berhenti rehat di Dataran Sungai Perak. Selepas saya minum, terus saya sambung tidur.

WASSALAM... 

19 SEPTEMBER 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Hadis: Beramal soleh sebelum tiba tujuh halangan

DARIPADA Abu Hurairah bahawa Nabi Muhammad saw bersabda bermaksud: “Beramallah segera sebelum tujuh perkara, tiada yang kamu tunggu melainkan miskin melarat atau kaya jahanam atau sakit tenat atau tua nyanyuk atau mati mengejut atau dajal, maka ia adalah sejahat-jahat perkara ghaib yang ditunggu atau kiamat maka ia adalah lebih dahsyat dan hebat lagi.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Dalam hadis di atas, Rasulullah mengingatkan kita berlumba mengerjakan ibadat sebelum tiba tujuh perkara yang menjadi halangan besar.

Perkara itu termasuk miskin atau kaya yang akan membinasakannya atau kesakitan. Begitu juga dengan kematian dan dajal. Perkara itu menghalangnya daripada melakukan amal kebaikan.

Segeralah mengerjakan ibadat. Jangan membuang masa. Isikan kehidupan dengan amal soleh sebelum halangan membuat kebaikan.

Ingatan sama diberikan Rasulullah dalam hadisnya daripada Abu Hurairah, bahawa Baginda bersabda:

“Bersegeralah mengerjakan amal soleh. Sesungguhnya akan berlaku fitnah seperti kelompok malam yang gelap gelita.

“Seseorang itu akan beriman pada waktu pagi, sedangkan dia kufur pada waktu petang. Dan kufur pada petang hari, beriman pada pagi hari. Dia sanggup menjual agamanya dengan mata benda dunia.” (Hadis riwayat Muslim)

Dalam hadis ini, Rasulullah berpesan kepada umatnya bersegera dengan amalan yang baik sebelum berlaku fitnah.

Kesimpulannya, keimanan seseorang akan tergugat apabila berhadapan dengan ujian dan fitnah hingga ada orang yang sanggup memperalatkan agama untuk kepentingan dirinya.

Oleh itu beramallah segera sebelum tiba malapetaka demikian.

Pagi, saya just rehat kat rumah pada waktu pagi dan kemudian baca paper dan settlekan urusan di KWSP di Alor Setar. Hmmm... Lepas settle terus saya cuba secara online. Ada masalah sebab saya lupa password! Alamak... Malasnya nak buat sekali lagi. Silap sendiri...

Kemudian waktu petang saya just duduk kat rumah sambil melayan call member-member dan menonton TV. Mak dan abah serta famili yang lain semuanya dah ke UUM. Yang tinggal cuma saya dan adik Awie. Just kami berdua.

Malam saya keluar tengok bola EPL tapi sebelum tu saya tonton Debat Perdana di TV1. Bestnya bila Magpies menang di bawah pengurusan baru Graeme Souness. Kemudian makan-makan dengan Fahmy dan Ariep. Thanks sebab belanja. Saya yang nak belanja depa tapi depa yang belanja saya.

Tak jumpak jugak saya dengan Khodir dan Chorn. Dah kali ketiga saya ke tempat kerja lama saya tapi still tak jumpa. Harapnya Khodir yang baru lepas jalani pembedahan Hernia pada 8 Sept lepas lekas sembuh. InsyaAllah...

Saya balik lepas tengok Barcelona lawan Atletico Madrid. Seri1-1 dan kemudian terus saya masuk tidur kira-kira jam 3.30 pagi. Hehehe... Makin lewat tidur...

WASSALAM... 

18 SEPTEMBER 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Pagi adik saya datang jemput di Shahab Perdana dan kemudian terus saya ke rumah dan setelah bersalaman dengan mak dan abah dan solat Subuh terus saya rehat dan tidur. Bukan tak cukup tidur, tapi tidur atas bas memang tak best. Hehehe...

Al-Fatihah bila kawan abah Kembali ke Rahmatullah pagi ni. Pak Cik Pai meninggal dan agak mengejutkan. Begitulah pengakhiran masnusia di dunia yang sementara.

Kemudian saya ke tempat kerja lama saya dan kemudian terus ke Stadium Darulaman membeli tiket bola untuk game malam ni. Kemudian terus saya ke Pendang untuk kenduri saudara saya. Selepas agak lama kat sana terus saya ke rumah Tok Wan sekejap sebelum terus pulang ke rumah. Lepas tu mak ajak ke Alor Setar sekejap untuk beli sikit barang buat konvo adik lusa.

Kemudian saya tumpang Azizi dan Ariff untuk ke Stadium. Thanks... Selepas solat di Surau Gelanggang budaya dan kemudian terus ke Stadium. Ni lah first time dapat jumpa member yang selama ni just bertemu melalui YM dan SMS iaitu Dino dan Ustad. Paling mengejutkan ialah kehadiran Datuk Shukri Hashim bersama-sama kami menyokong team Kedah. Kedah menang 3-1. Ulasan sila lawat HKC. Kemudian saya dan Schaarq makan-makan di Mutalib Mee Derga dan saya belanja. Hmmm... Murahnya kalau di KL harga semua tu kami kira balik adalah RM 10.50, kat sini just RM 6. Fuh nikmatnya... Alhamdulillah.

Thanks Schaarq sebab hantar balik dan kemudian terus saya tidur.

WASSALAM... 

17 SEPTEMBER 2004 [JUMAAT]

ASSALAMUALAIKUM...

Hari ni last day saya berkursus di Menara Citibank di Jalan Ampang. Alhamdulillah hari ni saya dalam keadaan yang cukup happy. Malam ni nak balik Alor Setar dan bila berkursus hari ni pun dah teringat-ingat kampung. Hehehe... Seronok dan enjoy sepanjang tempoh kursus minggu ni.

Tengah hari saya dan my big boss serta En.Zainal dan Megat makan Nasi Beriyani di Plaza Ampang dan tup..tup bilnya RM7 campur air, jadi RM 8! Hehehe... Nasib baik boss suruh masukkan semua bil dalam akaunnya. Thanks Dr. Taufik.

Kemudian kami ke Masjid As-Syakirin di KLCC untuk menunaikan Solat Jumaat, sebelum tu ada ceramah yang disampaiakn oleh Syeikh Farish Yassin dari Afrika Selatan yang bertemakan ukhwah Islamiah dan kemudian khutbah pula berkisar tentang perpaduan.

Kemudian terus kami ke Menara Citibank dan sessi rehat petanglah yang pali menarik sebab boleh makan aiskrim free. Tapi just mampu makan dua sahaja sebab terlalu kenyang! Ingant kot boleh nak makan banyak-banyak tapi hanya dua sahaja yang termampu nak dimakan. Hmm...

Petang sampai kat Office dah pukul tujuh lebih dan terus bergegas ke rumah untuk packing barang nak balik. Alamak tersilap maklumat pulak dengan Din, saya tengah fikir macam mana nak ke Jalan Duta ni. Nak kena naik teksi lah nampaknya tapi lepas tu, Kuril call untuk ajak makan-makan di Bangsar dan offer nak hantar ke Jalan Duta lepas tu. Thanks Kuril...

Jadi saya naik LRT terus ke Bangsar dan Kuril jemput terus bersama dengan Adz dan Edek serta Paleo di Bangsar. Jam 12 terus saya naik bas dan terlelap sampailah bas berhenti di Dataran Sungai Perak. Kenapalah asyik kat sini ja bas berhenti? Teringat pulak kenangan lama. Alamak... Susahnya nak lupa benda-benda yang dah lepas. Nak buat macamana. Semuanya sudah ditentukan...

WASSALAM... 

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][Arkib 2003][181][182][183][184][185][186][187][188][189][190][191][192][193][194][195][196][197][198][199][200][201][202][203][204][205][206][207][208][209][210][211][212][213][214][215][216][217][218][219][220][221][222][223][224][225][226][227][228][229][230][231][232][233][234][235][236][237][238][239][240][241][242][243][244][245]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie][Crimsonsky][Nana][Megat][Wawa Online][Islam selamanya][Airpool][Lalili][Ariep]

LAMAN HIJAUKUNING
Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2004
Provided by
Saiful Azrul Che Lah