Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL
Ketenangan Hati & Keredhaan Ilahi : Impian Abadi

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

  

09 DISEMBER 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Ujian hidup ukur keimanan, wujud kematangan

NABI Muhammad saw bersabda bermaksud: “Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup disebabkan tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar. Tidak juga ketakutan, melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan itu.”

Dalam hidup ini penuh dengan ujian daripada Allah. Kesenangan atau kesusahan ia adalah ujian yang diberikan Allah kepada umatnya.

Ujian seiringan dengan perjuangan. Oleh itu, ia memerlukan bekalan iman, sabar dan istiqamah dalam menghadapinya.

Ujian dijadikan Allah untuk mengukur sama ada keimanan seseorang itu kepada Allah dan seluruh ajaran-Nya adalah benar. Adakah perlakuan dan tindakan itu hanya terhenti setakat pada mulut saja?

Umat Islam akan diuji dengan lima perkara iaitu saudara seagama yang sentiasa dengki terhadapnya, orang munafik yang sentiasa membencinya, orang kafir yang sentiasa memeranginya, syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkannya dan bisikan hawa nafsu yang sentiasa menggoncang keimanannya.

Semuanya itu menuntut kesabaran dan dalamnya ada ganjaran pahala yang besar daripada Allah.

Lawan bagi sabar adalah mengeluh. Ia adalah perbuatan yang amat dilarang oleh agama kerana dengan mengeluh akan membuatkan semangat menjadi lemah. Ia juga akan menerbitkan perasaan kecewa dan putus asa, sedangkan Allah berfirman bermaksud: “Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.” (Surah al-Insyirah, ayat 6)

Tanpa masalah atau ujian tidak akan wujud kematangan kerana pengalaman dalam menyelesaikan masalah adalah guru terbaik dalam menjamin kejayaan dalam kehidupan.

Oklah...

Hari ni macam biasa. Cumanya ada beberapa kerja yang harus segera diselesaikan. Tak banyak yang dapat saya cerita. Yang bestnya waktu petang ada jamuan raya di tempat saya. Kenyangnya makan Nasi Beriyani, Kambing panggang, sate, koteaw dll. Tapi saya tak makan semua sebab tak mampu nak habiskan semua. Alhamdulillah...

Kemudian waktu petang saya just berehat di rumah. Hari ni hari raya saya. Memang saya nak rehat dan raikan sikit kegembiraan hari raya (puasa enam). Hehehe... Orang lain dah lama habis, saya baru nak rai!

Malam just berehat di rumah sambil buat beberapa kerja peribadi dan membaca... Jam 11.30 malam terus masuk tidur...

WASSALAM...

08 DISEMBER 2004

ASSALAMUALAIKUM...

U.N.I.C (Manis Helma / Manis Alia & Atie)

Hanya Tuhan Yang Tahu

Kupendamkan perasaan ini
Kurahsiakan rasa hati ini
Melindungkan kasih yang berputik
Tersembunyi di dasar hati

Kupohonkan petunjuk Illahi
Hadirkanlah insan yang sejati
Menemani kesepian ini
Mendamaikan sekeping hati

( 1 )
Oh Tuhanku berikanlah ketenangan abadi
Untukku menghadapi resahnya hati ini
Mendambakan kasih insan yang kusayang

( korus )
Di hati ini hanya Tuhan yang tahu
Di hati ini aku rindu padamu
Tulus sanubari menantikan hadirmu
Hanyalah kau gadis pilihanku

( ulang 1 )

( ulang korus 2X )

Kerana batasan waktu
Adat dan syariat
Menguji kekuatan keteguhan iman
Insan yang berkasih

 Sumber: www.liriklagu.com

Oklah...

Hari ni adalah hari terakhir saya berpuasa Enam. Selalunya saya akan berpuasa setiap hari Isnin dan khamis tapi kali ni saya berpuasa hari Rabu. Sebabnya esok ada jamuan hari raya tempat kerja saya ni. Jadi bolehlah saya sambut raya sekali hari esok!

Kerja macam biasa, cumanya hari ni kira-kira jam 4.29 pagi saya dapat satu sms yang cukup menarik perhatian saya. Terus segar jadinya saya pagi ni. Hehehe...

Saya tak mahu ulas panjang. Waktu pagi saya dengan Muiz melawat Shahir dan kemudian terus sambung kerja. Alamak, ramainya yang nak ambil cuti hujung tahun ni! Sukar jugak kalau macam ni! Banyak benda yang perlu diselesaikan dalam hujung tahun ni. Nak kena buat plan lain ni.

Saya stay di pejabat sampai malam dan hanya berbuka di pejabat. Thanks Ina sebab bawak rambutan, boleh saya berbuka. Kemudian saya makan di Velodrom sebelum balik tengok Live Malaysia lawan Timor Leste di NTV7. Boringnya cara finishing skuad Kebangsaan tapi still menang 5-0. Tahniah!

Jam 11.30 malam saya dah pun terlelap.

WASSALAM...

07 DISEMBER 2004

ASSALAMUALAIKUM...

"Siapa yang menahan marah, padahal ia boleh melepaskan kemarahannya, maka kelak pada hari kiamat, Allah akan memanggilnya di depan sekalian makhluk. Kemudian, disuruhnya memilih bidadari sekehendaknya." (HR. Abu Dawud - At-Tirmidzi)

Ambillah iktibar dari hadis di atas...

Oklah...

Maaf! Memang sejak lepas raya ni saya memang lambat update diari saya macam biasa. Guestbook pun saya tak berapa sempat nak jenguk. Terima kasih kepada semua yang beri sokongan.

Waktu pagi macam biasa, hari ni memang awal 6.46 dah log masuk. Settlekan beberapa kerja dan kemudian keluar tengok Shahir di Wad dengan rakan-rakan. Kemudian sambung kerja semula sebelum keluar sarapan walaupun hari ni ada jamuan hari raya jam 12 tengahari.

Jam 12 hadiri jamuan hari raya jabatan saya. Kena baca doa, Rahman jadi pengerusi majlis. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Petang sambung kerja macma biasa, tengok sikit-sikit apa yang perlu dilakukan nanti...

Malam saya ada satu sessi chat yang cukup menarik perhatian saya. Apa dia? Rahsia... Hehehe... Jam 10.35 baru saya Sufri dan Khairill beredar dari pejabat dan makan roti canai kat Al-Amal. 11.45 malam beransur pulang dan jam 12.30 malam terus masuk tidur. Penatnya!

WASSALAM...

06 DISEMBER 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Asal Perlis tu dari Kedah jugak. Orang Perlis pun ramai bersaudara dengan orang Kedah. Saya pun ada saudara di Perlis dan memang dah macam adik abang! Hehehe... Ramainya member kat office yang perli saya sebab Kedah kalah. Hehehe... Alah saya tak kisah sangat sebab Perlis tu macam adik, bagilah adik gembira sama kan...

Lagi pun Kedah dah main cukup cantik malam tu Cuma tak ada rezeki. Saya dah pun sms Keeper Kedah Megat dan dia minta maaf dan ucap terima kasih banyak-banyak sebab memberi semngat. Bagi saya waktu lontaran tu patutnya ref tak sambung permainan sebab ada pemain yang sedang cedera dalam padang iaitu Shariman. Megat nak ke pemain tu dan lambungan dilakukan dan dia tidak berada dalam keadaan bersedia lalu terlepas dan gol untuk Perlis!

Megat terasa cukup bersalah. Dalam HKC ada temubual dengan Megat. Bacalah kat situ...

Kalau nak baca ulasan saya bab bola masuk Laman yang saya beri tadi dan cari username “saiful”.

Oklah...

Hari ni agak lewat saya bangun dekat-dekat 6.45 pagi. Kelam kabut jugak jadinya. Sampai kat office, ramai yang bercuti lagi! Sunyi office hari ni. Saya pun tak banyak buat kerja sangat hari ni. Nak buat discussion tak berapa ada orang.

Petang ingat nak balik awal tapi last sekali lewat jugak sebabnya ada satu kes besar kat ofis hari ni. Saya dengan ketua jabatan serta kawan-kawan kena handle bab luar biasa ni. Saya tak bersedia menceritakan insiden ini lagi buat masa ni. May be suatu masa nanti saya akan ceritakan. Bebruka pun dekat office je. Hehehe... Jam 9 baru balik dan pergi makan dulu dekat Al-Amal dengan Sufri. Hehehe... Jam 11 sampai rumah dan kemudian 11.30 malam terus tidur.

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][Arkib 2003][181][182][183][184][185][186][187][188][189][190][191][192][193][194][195][196][197][198][199][200][201][202][203][204][205][206][207][208][209][210][211][212][213][214][215][216][217][218][219][220][221][222][223][224][225][226][227][228][229][230][231][232][233][234][235][236][237][238][239][240][241][242][243][244][245][246][247][248][249][250][251][252][253][254][255][256][257][258][259][260][261]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie][Crimsonsky][Nana][Megat][Wawa Online][Islam selamanya][Airpool][Lalili][Ariep][Jongkang-jongket][Shaukhi]

LAMAN HIJAUKUNING
Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2004
Provided by
Saiful Azrul Che Lah