Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL
Ketenangan Hati & Keredhaan Ilahi : Impian Abadi

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

Enter Malaysian Top Sites - Laman Top Malaysia Dan Undi Laman Ini !!!

25 JULAI  2004

ASSALAMUALAIKUM...

Agak-agak boleh jawab tak soalan tu... Nanti saya akan masukkan jawapannya dalam diari saya yang seterusnya. Selamat mencuba!

Oklah...

Hari Ahad, sepatutnya saya keluar dengan Men tetapi atas beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan kami terpaksa batalkan rancangan kami, jadi saya Cuma berada di pejabat untuk siapkan kerja. Hmmm... Kerja lagi! Tapi saya tak keseorangan sebab hari ni ada ramai jugak orang kat pejabat. Waktu pagi saya sempat keluar makan dengan Abang Juf, Kak Hajar, Fazie dan Rosiah. Kemudian sambung kerja balik sampai jam 1 dan terus saya keluar makan sambil repair motor (Alamak banyaknya duit habis!!!) dan ke Carefour Sri Petaling sekejap untuk beli barang.

Kemudian saya tidur sekejap sebelum saya berjogging di Tasik Sri Permaisuri. Kemudian selepas makan malam saya just rehat sambil melayan sms dan call dari member-member.

Simple sahaja aktiviti hari ni. Hati tengah senang...

WASSALAM...

24 JULAI  2004

ASSALAMUALAIKUM...

Cuba aktiviti ini...

1) Buka satu fail Microsoft Word dan taip seperti perkataan di bawah:-
2)   =rand(200,99)
3)  Dan Kemudian tekan ENTER dan tunggu sebentar… Lihatlah apa hasilnya!

Pelik kan?

Oklah...

Hujan cukup lebat... Saya bangun jam 5 pagi. Macam mana nak ke pejabat ni kalau berterusan dan rupanya memang berterusan. Last sekali saya sampai di pejabat dah jam 7.55 pagi. Paling lewat dalam sejarah. Hehehe... Kemudian sambung buat kerja sikit sebelum dengar ceramah yang disampaikan oleh Ustazah Kalthom Dato’ Hisham yang dijemput memberi ceramah di jabatan saya. Banyak isi yang saya dapat perolehi tetapi maaf sebab tak ada banyak mas auntuk saya berkongsi. May be nanti saya akan huraikan.

Kemudian saya stay di pejabat sampai jam 3 petang sebelum balik tetapi kejadian malang berlaku sewaktu saya nak bertolak main futsal. Alamak! Saya tertinggal kunci dalam bilik dan saya tak ada kunci pintu besi depan rumah. Terperangkap di ruang tamu. Akhirnya saya telefon tuan rumah dan  dia tak bagi saya pecahkan pintu. Hehehe... Last sekali jam 6.05 baru sampai. 6.15 terus saya bertolak ke Bukit Jalil untuk main futsal bersama member PTM. Saya pun dah lewat tapi sempat score enam gol.

Kemudian solat Maghrib di situ sebelum minum bersama Muiz dan Saidi di Bukit Komanwel sambil berbual-bual sampai jam 9.45 malam. Terus saya balik rumah dan entah angin apa entah yang melanda diri saya malam ni, terus saya jadi terlalu rajin... Membasuh, menyapu, menjahit, mengemas bilik dan lain-lain.

Bila dah nak tidur, Sufri call kata kenapa tak ada orang main futsal? Jadual kali ni jam 6 petang bukan 12 tengah malam macam biasa. Alamak Sufri! Hehehe...

WASSALAM...

23 JULAI  2004 [JUMAAT]

ASSALAMUALAIKUM...

Seorang pejuang sedang berperang dengan maut
Doa dan harapan soldadu yang lain mengiringi
Moga lekas sembuh dan sihat sentiasa
Kesedihan menimpa setiap hati
Rasa sayu cukup menghibakan
Namun itu adat manusia
Pasti akan tiba masanya
Tapi saat ini tenagamu masih kami tagih
Masih kami perlukan
Buatmu perwira... Moga sejahtera sentiasa

Ada maksud di sebalik kata-kata di atas... Saya tak mahu perincikan, kalau anda faham...Fahamlah...

Oklah berbalik kepada diari saya...

Pagi ni saya turun awal dan ke Kompleks Sukan Bandar Tun Razak untuk tempah gelanggang badminton tapi gagal sebab stafnya lewat sikit hari ni dan hujan pulak turun memang sukar sikit saya nak bergerak. Kerja macam biasa Cuma pagi ni ada meeting dengan jururawat dan ketua jururawat. Selepas meeting terus saya sambung sedikit kerja sebelum saya bergerak ke kedai-kedai tertentu untuk beli beberapa barang. Habis duit gaji kalau macam ni!

Kemudian saya balik ruma sekejap sebelum Solat Jumaat. Selepas Solat Jumaat terus saya balik rumah untuk salin baju dan terus ke pejabat meraikan lawatan Timbalan Pengarah Pentadbiran HUKM, Encik Basir Elon ke PTM. Hmmm... Banyak input yang kami dapat.

Kemudian petang main badminton bersama staff PTM. Alhamdulillah saya cukup cukup berpuas hati dengan prestasi saya. Memang saya seronok dengan keadaan ini. Memang cukup best! Selepas Solat Maghrib, saya bersama Yazeed, Shahir, Sufri, Wati, Aieshah dan Yuz singgah makan di Bandar Tasik Selatan sebelum kami bertolak pulang kira-kira jam 9.45 malam.

Terus saya rehat di rumah dan selepas Solat Isyak terus saya masuk tidur...

WASSALAM...

22 JULAI  2004

ASSALAMUALAIKUM...

Ini ada satu kisah yang boleh kita jadikan panduan. Ia berlaku ketika satu sesi motivasi

Sebelum memulakan seminar, Prof. Ibrahim mengeluarkan duit RM100 dari dompetnya. Kemudian wang itu ditayangkan kepada 50 orang pesertanya. “Siapa nak duit ni?”, tanya Prof Ibrahim.

Semua peserta mengangkat tangan. “Saya akan berikan duit ni kepada salah seorang daripada kamu, tapi izinkan saya membuat sesuatu dahulu.” Prof. Ibrahim meramas˛ duit itu hingga renyuk. Kemudian dia menunjukkan duit yang sudah renyuk itu dan bertanya : “Ada sesiapa yang nak duit ni lagi?”. Hampir semua pelajarnya mengangkat tangan.

Prof Ibrahim mengangguk dan mencebikkan bibir. “OK, apa kata kalau saya buat macam ni?”. Duit RM100 itu dicampakkan dan ditenyeh˛ dengan kasutnya. Prof Ibrahim memungutnya semula lalu diletakkan di atas meja.

Wang kertas itu bukan sahaja renyuk tetapi juga kotor. “Sekarang siapa nak duit ni?”, tanya Prof. Ibrahim. Selesai dia bertanya, lebih separuh daripada jumlah pelajarnya masih mengangkat tangan. “Haa..apa yang boleh kita kutip daripada peristiwa itu tadi?”, tanya Prof. Ibrahim. Pesertanya hanya diam, dan sesetengahnya hanya menggelengkan kepala. Mereka masih tidak dapat menangkap apa yang cuba disampaikan oleh prof Ibrahim.

Walau apa pun yang saya lakukan pada duit ni, kamu tetap mahukannya. Betul tak? Kamu tahu kenapa? Kerana nilainya tak berubah walaupun dipijak dan ditenyeh dengan kasut. RM100 tetap RM100 walaupun 10 kali dipijak,” Kata Prof. Ibrahim. Semua peserta yang mendengar kata˛nya hanya tersenyum.

Prof. Ibrahim mengaitkan peristiwa itu dengan kehidupan seharian. Sering kali di dalam hidup, setiap orang akan merasai kejatuhan, hati hancur, ataupun dihina. Hinggakan suatu ketika kita akan merasa diri kita tidak berguna langsung. “Tapi walau apa pun yang telah terjadi, ataupun yang akan terjadi, anda tidak akan hilang harga diri. Bersih atau kotor, renyuk atau licin, anda tetap berharga terutama pada mereka yang disayangi. Harga diri kita bukan datang daripada apa yang kita lakukan atau siapa yang kita kenal tapi siapa sebenarnya kita...” jelas prof Ibrahim.

Dipetik Dari Laman Web..Cik Laili.

Oklah...

Pagi ni saya dah prepare untuk meeting dan hasilnya banyak skop kerja kami telah dikurangkan. Hehehe... Yahoo. Tapi banyak pulak isu lain yang berbangkit... Tapi itulah kerja kena lah hadapi...

Kemudian waktu petang pun ada meeting lagi! Hmm... Banyak sangat meeting! Dah tu kerja bila pulak nak buat? Petang saya turun main bola bersama member sepejabat dan malam pulak saya bersama Dean and gang main Futsal di Balakong. Memang enjoy. Hehehe...

Kemudian bila balik rumah baru tahu betapa penatnya... Hehehe... Main siang dan malam!

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][Arkib 2003][181][182][183][184][185][186][187][188][189][190][191][192][193][194][195][196][197][198][199][200][201][202][203][204][205][206][207][208][209][210][211][212][213][214][215][216][217][218][219][220][221][222][223][224][225][226][227][228][229][230][231][232][233][234][235]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie][Crimsonsky][Nana][Megat][Wawa Online][Islam selamanya][Airpool][Lalili]

LAMAN HIJAUKUNING
Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2004
Provided by
Saiful Azrul Che Lah