Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL
Ketenangan Hati & Keredhaan Ilahi : Impian Abadi

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

Enter Malaysian Top Sites - Laman Top Malaysia Dan Undi Laman Ini !!!

31 JANUARI 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya
enam kaki.

Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu
mengecewakan agama.

Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal
mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati
mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di
malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan.
Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan
pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
 

Oklah...

Hari ni selepas Solat Subuh terus saya sambung tidur balik. Hehehe... Dah puasa tak perlulah jogging sebab susah sikit nak tahan nanti. Tapi kita sepatutnya puasa bukan alasan kan. Hehehe...

Kemudian saya ke kedai motor repair dan servis motor saya agar lebih selamat bila ditunggang sebelum saya hadir ke kedai untuk surf tapi penuh penggunaannya. Terpaksalah saya nanti sekejap.

Lepas tu, saya balik sekejap untuk solat sebelum kembali masuk kerja. Waktu rehat saya balik sekejap untuk berbuka sebelum kembali masuk kerja. Malam raya pun kena kerja! Hehehe...

WASSALAM...

 30 JANUARI 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada
kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan
keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia
akan pecah.

Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan.
Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak
tapi diiringi dengan riak.

Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada
insan
yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari
batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti
sutera.

 

Semoga kita sama-sama dapat menghayati apa yang tersirat di atas, InsyaAllah...

Selepas Solat Subuh, saya memang rancang nak tidur sekejap sahaja sebab nak turun jogging tapi terlajak sampai jam 10 pagi. Alamak! Hari ni nak kena settlekan urusan bank lagi. Terus saya mandi dan ke bank BSN, BCB, PAB dan Bank Muamalat untuk settlekan kerja-kerja saya dan Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Jadi terus saya singgah di kedai untuk surf sekejap. Kemudian terus saya balik untuk Solat Jumaat.

Khutbah hari ni membicarakan soala pengorbanan yang dikaitkan dengan peristiwa pengorbanan Nabi Ismail oleh ayahnya Nabi Ibrahim. Khatib banyak memberikan contoh dalam soal pengorbanan dan kefahaman Islam yang semakin cetek di kalangan umat Islam kini.

Kemudian saya rehat sekajp sebelum masuk kerja macam biasa dari jam 4 petang sampai jam 12 tengah malam. Kemudian saya sempat saksikan 30 minit terakhir Kedah lawan dengan PKNS. Kedah menang 3-1. Tiket habis! Hehehe... Seronoknya saya bila dengar tiket habis. Ini just friendly bukannya perlawanan betul lagi dah habis dah!

Kemudian habis waktu kerja, saya dan Boss saya pi makan dulu di Deejay sebab saya pun nak bersahur sekali. Dah lama tak berpuasa sunat akibat training dan kali ni kena buat jugak puasa sunat 9 Zulhijah. Bila balik, lebih kurang macam semalam tidur kira-kira jam 4 pagi. Awal setengah jam sahaja.

WASSALAM...

 29 JANUARI 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya
sekadar senyuman.

Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan
telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan
layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup
ini.

Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam
kenangan.

Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu
penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi
mainan orang.

Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada
bentuk asalnya.

 

Sedikit madah buat pembuka bicara...

Pagi saya kena hantar adik ke sekolah sebelum saya sambung jogging. Bila balik jogging terperangkap pulak saya dalam hujan. Mujurlah ada paper yang baru saya beli. Jadi saya rehat di Perkarangan Stadium Darulaman sambil membaca paper. Taklah boring sangat. Kemudian saya habiskan masa dengan membaca paper. Saya tak tahu kenapa ambil masa lama sangat membaca ni? Saya kalau boleh nak habiskan pembacaan cepat-cepat tapi tak mampu. Tengah hari saya tidur sampai jam  2 petang sebelum saya makan tengah hari dan bersiap untuk masuk kerja.

Masuk kerja macma biasa. Cuma waktu rehat saya sempat gunting rambut dan beli ubat untuk adik saya di farmasi. Bila habis waktu kerja, saya bersama dengan idzwan dan Boss saya keluar minum di Mee Abu. Malam ni memang agak meriah dengan bunyi mercun di merata-rata tempat di Alor Setar ni. Bingitnya telinga!

Kemudian bila balik, macam biasalah mata tak dapat dilelapkan awal-awal. Jadi mengadap komputerlah sambil merancang banyak benda. Entahlah tak tahu sama ada berjaya atau tak perancangan saya. Apa pun kena berusaha. Usaha tangga kejayaan! Jam 4.30 pagi barulah dapat tidur.

WASSALAM...

28 JANUARI 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Bicara Agama Ketenangan hati kunci kecemerlangan
Oleh Mohd Gunawan Che Ab Aziz
(siri Akhir)

Dan kita dapat lihat bagaimana seorang anak kecil yang menangis kerana lututnya berdarah lantaran jatuh; berhenti menangis hanya kerana si ibu berkata, ``Dah, jangan menangis sikit je tu! Nanti ibu sapukan ubat!'' Adakah dengan berkata demikian, sakit luka yang dirasainya sudah hilang? Tidak! Sakit luka di lututnya masih terasa, tetapi tangisannya terhenti kerana rasa `sakit' pada jiwa dan emosinya telah pun diubati dan telah hilang diganti dengan rasa tenteram, kerana anak itu yakin, ibunya memahami `penderitaannya' dan ibunya `mampu' mengubati luka di lututnya dengan ubat yang akan disapu nanti. Ini menunjukkan, ketenteraman hati dan ketenangan hidup adalah satu kuasa maha ajaib yang sangat diperlukan dalam hidup seorang manusia. Dan adalah satu hukum serta prinsip alam, seseorang itu akan merasa aman dan tenang apabila mengetahui dan merasa bahawa di sana adanya satu `kuasa' yang mampu mengatasi segala kebimbangan dan rasa terancam yang ada.

Seorang yang genius sekalipun, tanpa kemantapan dan kecemerlangan emosi pasti tidak dapat menggunakan kegeniusan dan ketinggian IQ-nya dengan betul jika jiwanya sentiasa bercelaru dan dan tidak mantap. Kecemerlangan dan kemantapan jiwa inilah yang disebut sebagai EQ. Tetapi seseorang yang mantap EQ-nya, walaupun dia hanya seorang yang buta huruf dan bekerja di sawah bendang, tetapi dengan ketenangan jiwa yang dimilikinya, ia dapat menghadapi hidup dan segala masalah hidup ini dengan penuh ketenangan dan ketertiban.

Malahan, seringkali terlontar daripada patah bicaranya, perkataan-perkataan yang bersifat `teraputik' yang mampu menyegarkan kerengsaan jiwa dan kegersangan emosi.

Kekuatan rohaniah (SQ) akan menjadi penjana EQ yang kental, dan EQ yang ada akan menyempurnakan IQ seseorang walau pada tahap manapun IQ-nya berada.

Bukan semua orang dapat menjadi pandai tetapi semua orang boleh menjadi bijaksana. Allah, Tuhan yang telah menciptakan manusia malah seluruh alam ini telah menyatakan sebagai satu prinsip, Bukankah dengan berzikir kepada Allah itu, hati akan menjadi tenang? (Ar-Ra'd: 28). Berzikir di sini membawa maksud yang luas, iaitu kita dapat menyebut dan mengingat Allah, merasakan kehadiran-Nya dan merasa keagungan-Nya di dalam setiap masa dan keadaan. Mana mungkin seseorang yang melihat Tuhan itu - dengan segala kebesaran dan kekuasaan-Nya - berada begitu hampir dengan dirinya, masih boleh merasa tidak tenteram dan aman?

Mereka yang benar-benar membina kekuatan dan `nur' kerohanian yang jernih, pasti akan mampu merasa ketenangan hidup dan kekentalan serta keharmonian emosi. Tuhan berfirman, Dialah yang menurunkan `sakinah' ke dalam hati orang-orang yang beriman! (Al-Fath: 4). Erti `sakinah' ialah ketenangan yang tetap.

Jika demikian, sudah tentu di dalam apa yang diperintah-Nya itu, ada alat-alat untuk membolehkan kita membawa dan membina ketenangan hati ini, seperti amalan zikrullah, solat, tafakkur, amalan doa, wuduk dan lain-lain lagi. Semoga hati kita tidak `buta' daripada melihat dan merasai kebesaran Allah, Tuhan seru sekalian alam ini. Sesungguhnya Dia-lah Allah, Zat Tunggal Maha Pencipta!

(siri akhir)

Telah kerap saya tulis dalam diari saya ni tentang impian hidup saya. Cukuplah sekadar saya memiliki hati yang tenang. Itu adalah keutamaan saya dalam hidup. Biarlah saya tidak sesenang orang lain dan serba kekurangan tetapi yang pentingnya ialah hati. Hati yang tenang akan memberikan segalanya dalam hidup. Dalam minggu ni saya dah masukkan dua artikel melalui empat siri tentang ketenangan hati. Hayatilah ia sebagai wadah yang akan memberikan kita satu inspirasi untuk mencapai ketenangan hati.

Ia hanya akan dapat dicapai melalui selalunya kita mengingat Allah, kurang melakukan maksiat dan sentiasa menjaga perhubungan kita dengan manusia yang lain.

Masuk bab diari saya pulak...

Penat rasanya badan saya. Lepas tu saya tak turun jogging. Apa ni. Marah jugak saya dengan diri saya sebab manjakan diri hari ni! Kenapalah saya mengalah dengan rasa mengantuk? Lepas ni kalau bangun solat Subuh kena terus mandi baru rasa fresh sikit. Kalau tak susah jugak. Ni terus sambung tidur.

Kemudian saya rest sekejap sebelum saya ke Pejabat pos untuk sedikit urusan pos. Jam 12 masuk kerja sebab Arief cuti hari ni. Penatlah jugak sebab banyak benda nak kena handle sekarang ni. Mujurlah saya kaki online. Memang rasa best sikit dapat online selalu.

Saya sepatutnya habis jam 8 malam tapi saya stay sampai jam 10.30 malam untuk bantu sikit sebanyak boss saya sebab dia kerja seorang sahaja malam ni. Sambil tu saya banyak online dan chat dengan member. Saya chat bukannya guna MIRC. Just MSN messengger dan Yahoo Messengger. Itu pun yang saya kenal sahaja. Kalau tak saya mals nak layan sebab ramai yang menyamar dalam chat ni. Sebab tu saya ni walaupun kaki internet tetapi saya terlalu jarang chat. Pelik kan!

Lepas balik terus saya tidur. Saya Solat Isyak kira-kira jam 4.40 pagi! Mengarut betul saya ni! Lepas tu sambung tidur balik!

WASSALAM...

27 JANUARI 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Bicara Agama Ketenangan hati kunci kecemerlangan
Oleh Mohd Gunawan Che Ab Aziz
(siri 1)


Ketenangan hati ialah satu perkara yang sangat penting. Tidak mungkin ada seorang manusia walau apa pun latar belakang agama, budaya dan pemikiran yang tidak bersetuju bahawa ketenangan hati dan ketenteraman jiwa ialah satu perkara paling penting bagi seseorang manusia. Mungkin mereka berbeza dari segi cara untuk mencapai ketenangan hati, ketenteraman jiwa dan keheningan rohani, tetapi mereka tetap bersetuju bahawa perkara ini adalah satu perkara yang maha kritikal bagi setiap insan.

Keutuhan atau kemantapan emosi berkait rapat dengan keheningan spiritual dan kemantapan minda. Seseorang yang pemikirannya meyakini bahawa dirinya adalah berasal daripada suatu ketidaksengajaan biologi berevolusi daripada monyet kepada manusia, tentunya tidak sama dalam menghadapi kejadian hidup ini dengan seorang yang berkeyakinan bahawa insan adalah ciptaan Tuhan yang paling baik, dan di sana Tuhan tetap berperanan di dalam setiap gerak hukum apa yang berlaku di bumi mahupun di langit. Dan Tuhan bukan sahaja berurusan dengan manusia, tetapi setiap atom dan molekul yang ada di atas muka bumi ini, antara langit dan bumi ini serta apa yang ada di atas langit yang tujuh ini; semuanya adalah milik mutlak Tuhan Yang Maha Esa dan berfungsi berdasarkan ketetapan ilmu-Nya dan izin-Nya.

Dan seorang yang menjalani hidup dengan hanya melihat bahawa Tuhan ialah Tuhan dan aku ialah aku; sama sekali tidak sama dengan seseorang yang hidup di atas muka bumi ini dengan mengenal Tuhan ialah satu-satunya Tuhan, dan aku ialah hamba ciptaan-Nya; menyelami hakikat rasa hina seorang hamba dijalin dengan rasa mulia menjadi hamba kepada Tuhan Yang Maha Esa lagi Maha Agung. Seseorang yang menyedari bahawa sentiasa ada di sana satu Kudrat Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang serta Yang Sentiasa Berkata, Wahai hamba-Ku, mintalah kepada-Ku, akan Ku penuhi segala permintaan kamu! tentulah tidak sama dengan seseorang yang hanya melihat hidup ini hanyalah antara aku dan kemampuanku!

Seorang anak kecil akan merasa selamat dan tenang apabila berada di sisi ibu dan bapanya. Bukan sekali kita melihat senario seorang kanak-kanak yang menangis kerana terpisah daripada ibu dan bapanya semasa membeli belah di pasaraya. Kenapa? Adakah kerana fizikalnya tercedera? Tentu tidak, tetapi `ketenteraman' dan `ketenangan hatinyalah' yang tercedera.

(siri 1)

Oklah..

Pagi selepas Subuh saya tidur balik sekejap sebelum saya turun main badminton bersama dengan Khodir merangkap Boss saya. Hari ni saya menang lagi. Hehehe... 15-11, 6-15, 15-12. Bila habis game terus saya rasa macam nak pengsan. Habis air saya minum. Bibir rasa kering. Perlawanan yang membuatkan saya rasa cukup penat. Cukup genting di saat-saat akhir sebelum smash silang pancung saya berjaya membuatkan saya menang sekali lagi. Alhamdulillah saya berjaya meneruskan prestasi konsisten tahun 2004. Semakin saya kerap jogging bermakna saya semakin cergas. Alhamdulillah. Kalau boleh saya nak bulan Mei ni di tahap terbaik untuk kejohanan Tertutup Kedah.

Lepas tu saya ke Dewan KIA untuk join Team Mydin Alor Setar main badminton sebelum saya dan boss saya makan buah di Tanjung Bendahara. (Kat Pak Non). Lepas tu balik dan saya rehat. Sakit betul belakang saya sampai saya tertidur. Lepas tu saya dapat call yang mengatakan ada perlawanan persahabatan Kedah lawan dengan sebuah kelab dari Penang malam ni. Terus saya ready nak pi.

Lepas tu Men mai nak minta tolong untuk scan dalam bentuk word menggunakan komputer di rumah saya. Lepas Solat Maghrib, saya tumpang Men ke stadium. Kedah menang 3-0. Lepas game Men kena ke rumah staff mak dia, Datuk Shukri Hashim pulak ajak saya ke Pak Kadok. Saya tumpang Men tapi Datuk offer nak hantar saya balik, jadi saya ikut Datuk. Sorry Men!

Kami dibelanja makan bersama-sama dengan barisan forumers Hijaukuning.com dan coach serta anak dan isterinya, pemain import, penolong coach dan kitman serta fisioterapi pasukan. Jam 12 baru saya bertolak balik. Oleh kerana Shcaarq nak balik ikut rumah saya, jadi dia tolong hantarkan saya balik. Thanks. Kenal pulak saya dengan seorang member HKC dari Kulim, Radhi. Selamat berkenalan!

Bila balik terus saya tulis itu dan ini sampai jam 3.30 pagi. Kemudian barulah badan saya terbaring atas katil.

WASSALAM...

26 JANUARI 2004

ASSALAMUALAIKUM...

BAGAIMANA  MENCARI KETENANGAN JIWA
(Siri Akhir)

Dengan adanya ketenangan jiwa akan memudahkan seseorang itu mengingati Allah dan melakukan ibadat kepadaNya kerana tujuan asal manusia itu diciptakan ialah untuk sentiasa menyembah Allah Subahanahu wa Ta‘ala. Hal ini ditegaskan oleh Allah Subahanahu wa Ta‘ala dalam Al-Qur‘an yang tafsirnya :

“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu”

(Surah Al-Zariat: 56)

Sebagai orang Islam kita hendaklah memahami jalan-jalan yang mesti diikuti dalam mencari hiburan. Al-Qur‘an ada megingatkan kita bahawa orang yang mengutamakan perkara-perkara yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan, yang menyesatkan dirinya dan menyesatkan orang lain akan mendapat azab yang menghinakan, sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang tafsirnya :

“Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan”.

(Surah Luqman: 6)

Sifat suka kepada hiburan atau permainan yang melalaikan itu adalah antara paradigma orang bukan Islam. Ini digambarkan oleh firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang tafsirnya :

“(Orang-orang kafir itu ialah) orang-orang yang menjadikan perkara-perkara ugama mereka sebagai hiburan yang melalaikan dan permainan, dan orang-orang yang telah terpedaya dengan kehidupan dunia (segala kemewahannya dan kelazatannya)”.

(Surah Al-A‘raf: 51)

Orang bukan Islam itu lebih menyukai hiburan dunia yang bertapak semata-mata pada nafsu kerana dunia adalah matlamat hidup mereka seperti juga yang digambarkan oleh Al-Qur‘an yang tafsirnya :

”Dan tentulah mereka akan berkata pula: “Tiadalah hidup yang lain selain dari hidup kita di dunia ini, dan tiadalah kita akan dibangkitkan semula sesudah kita mati”.

(Surah Al-An‘am: 29)

Sifat hiburan yang mereka sukai itu bukan sahaja melalaikan dan mempesonakan, bahkan lebih banyak membawa kepada perkara-perkara maksiat dan mungkar yang terang-terang menentang kehendak hukum syarak. Apa yang lebih menyedihkan hiburan sedemikian turut menjadi ikutan dan sajian orang-orang Islam yang sepatutnya menolak segala unsur-unsur mungkar dan maksiat itu. Mereka turut terkeliru dengan pujuk rayu orang-orang yang bukan Islam yang mempamerkan hiburan-hiburan palsu sebagai jalan untuk menenangkan jiwa. Namun ketenangan itu cuma seketika, selepas itu kesusahan akan datang kerana ia bertunjangkan fantasi, angan-angan dan khayalan semata.

Inilah persepsi yang difahami oleh sebahagian masyarakat sekarang. Sedangkan maksud hiburan itu sendiri lebih luas dari itu. Hiburan bermaksud mencari ketenangan jiwa, dari itu hanya hiburan sejati yang mampu mencapai maksud tersebut.

(Tamat)

Ketenangan hati yang dicari... Itulah matlamat hidup saya selain keredhaan Allah. Apabila memiliki hati yang tenang, kita akan dapat mengawal banyak perkara. Kita tak mudah marah dan melenting. Kita akan merasa dunia ni cukup aman dan damai. Dalam artikel yang saya siarkan di atas dah jelas menunjukkan tentang ketenangan hati. Artikel ni bukan saya yang tulis tetapi saya apat dari email dan tak diberitahu pulak siapa penulisnya. Kalau ada sudah tentu saya masukkan nama penulisnya. Oleh kerana saya berpendapat ia cukup baik disebarkan jadi saya terus memaparkannya dalam diari saya.

Oklah...

Pagi macam biasa turun jogging. Lepas tu nak tonton training Kedah tetapi tak ada pun. Rupa-rupanya waktu petang hari ni. Hmmm... Terus saya balik. Rehat sekejap saya ke Sekolah Rendah Islam Alor Setar. Lepas settle semua tu saya ke pejabat pos untuk settlekan bil-bil yang perlu dijelaskan.

Kemudian saya teruskan siasatan peribadi saya. Terima kasih Ya Allah sebab mudahkan kerja saya. Hasil siasatan amat mengejutkan. Saya tergamam dan dalam keadaan nak teruskan atau tidak. Saya tak mahu niat disalah ertikan. Saya tak tahu kenapa begitu mudah kerja siasatan saya.

Mungkin orang yang disiasat akan terkejut dengan hasil siasatan saya. Pernah saya lakukan perkara ini sebelum ini hingga orang yang disiasat cukup “takut” dengan saya. Hehehe... Saya punya prinsip, saya tak akan cerita apa yang saya tahu. Saya jenis banyak berahsia sebab saya tahu banyak sangat benda yang sulit. Jadi saya kena sentiasa kunci mulut saya. Yang saya siasat ini adalah soal peribadi saya. Ia tidak melibatkan banyak orang. Cukuplah klu setakat tu. Anda bukannya tahu pun apa yang saya siasat! Hehehe...

Kemudian saya rehat di rumah sekejap sebelum masuk kerja macam biasa. Malam lepas habis waktu kerja, saya singgah minum sekejap bersama boss saya dan Shauqi. Jam 1.30 baru beredar balik. Bila balik saya kena settlekan beberapa perkara sebelum tidur kira-kira jam 3.30 pagi.

WASSALAM...

25 JANUARI 2004

ASSALAMUALAIKUM...

BAGAIMANA  MENCARI KETENANGAN JIWA
(Siri 1)

Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu
`Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah

Berbagai cara dan bentuk usaha manusia dalam mencari ketenangan jiwa. Ada antara mereka yang mencari ketenangan jiwa itu dengan melancung, makan angin, bersukan, merekaseni melukis dan sebagainya.

Ada pula sebilangan orang mendapat kelapangan hati dan terhibur dengan cara bergaul dengan manusia, berinteraksi sesama mereka serta melihat keindahan alam. Ada juga yang mencari ketenangan jiwa itu dengan beribadat seperti membaca Al-Qur‘an, berzikir, bersembahyang dan sebagainya.

Tanpa ketenangan jiwa manusia akan menghadapi banyak risiko bahkan ia akan mendatangkan penyakit jiwa seperti rungsing, resah gelisah dan yang lebih parah lagi kemungkinan besar boleh menyebabkan seseorang itu tidak dapat membuat pertimbangan.

Dalam mencari ketenangan jiwa seseorang itu hendaklah berpandukan syarak supaya ia jangan terbabas. Ketenangan jika dengan melalui permainan, bersuka ria, dengan lagu-lagu, musik, tari menari, berpesta karaoke atau seumpamanya hanyalah bersifat sementara, bahkan akibatnya akan bertambah-tambah parah. Hanya masa sahaja yang akan menentukannya.

Sudah menjadi fitrah manusia suka berhibur dengan kesenangan dunia seperti bersenang-senang dengan kemewahan, harta benda, anak pinak, bermain, makan minum, pakai dan sebagainya. Bahkan kehidupan dunia juga merupakan pentas permainan dan hiburan bagi manusia. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang tafsirnya :

“Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan”.

(Surah Al-An‘am: 32)

FirmanNya lagi yang tafsirnya :

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan”.

(Surah Al-Ruum: 21)

(Siri 1)

Oklah...

Waktu pagi macam biasa, saya kena turun jogging. Alhamdulillah berat saya dah susut sikit. Tak banyak sikit sahaja. Tapi oklah sebab saya rasa ringan sikit. Nanti nak main badminton boleh main attacking dengan banyak lompat untuk smash.

Sebelum tu saya tonton Datuk Dr. Fadzillah Kamsah di TV3 dalam Motivasi pagi. Lepas balik jogging saya habiskan masa untuk baca paper sebelum saya temankan Men ke Balai Polis Alor Setar untuk ambil borang Kadet ASP.

Kemudian saya ke rumah Zam bersama Men di Gunung Keriang untuk sahkan sijil-sijil saya dan Men. Kemudian saya terus balik sebab kalau ikut jadual saya kena kerja tengah hari tapi Arief tak cuti bermakna saya masuk sebelah malam hari ni.

Kemudian saya singgah kedai sat untuk surf. Banyak yang nak kena saya reply terutamanya email dan tugasan lain. Kerja tak bergaji. Hehehe... Tak apalah... Yang penting Allah tahu apa yang saya lakukan. Bila balik rumah terus saya tidur sekejap sebelum saya masuk kerja macam biasa dari jam 4 petang hingga jam 12 tengah malam.

Habis waktu kerja, saya dan Boss serta Shauqi minum-minum dekat restoran depan kedai sampai jam 1 pagi barulah balik. Lepas tu terus saya menulis macam biasa. Tengah malam ni memang seronok menulis itu dan ini. Mencoret itu dan ini. Hmm... Tidur jam 3 pagi.

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][Arkib 2003][181][182][183][184][185][186]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie]

LAMAN HIJAUKUNING
Baca Diari Sebelum Ini
Saifulazrul Collection 1999-2004
Provided by Saiful Azrul Che Lah