Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL
Ketenangan Hati & Keredhaan Ilahi : Impian Abadi

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

Enter Malaysian Top Sites - Laman Top Malaysia Dan Undi Laman Ini !!!  

19 OKTOBER 2004

ASSALAMUALAIKUM...

TIPS MENJIMATKAN PENGGUNAAN MINYAK PETROL

Pengalaman untuk dikongsi bersama-sama agar  dapat membantu ketika kenaikan harga petrol meningkatkan kos sara  hidup.

Ceritanya dimana adik ipar saya dapat menjimatkan petrol dengan

begitu menakjubkan.

Caranya begitu mudah di mana apabila kita mengisi minyak selalunya  kita akan menekan "Alat Pengepam Minyak" pada nozzle pam tersebut  secara maksima (genggaman maksima) untuk pengisian yang cepat.

Tetapi apa yang perlu dilakukan sekarang adalah dengan menekan nozzle  minyak tersebut secara minima yang boleh dan anda akan menunggu agak  lama untuk pam tersebut berhenti mengikut jumlah wang yang dibayar.

Dengan meluangkan sedikit masa sahaja adakah anda PERCAYA bahawa  penjimatan tersebut adalah luar biasa. Sebagai contoh sebelum ini  pada setiap RM10.00 petrol saya akan mendapat perjalanan sejauh 100km  sahaja(untuk perjalanan di dalam bandar).

Selepas mencuba kaedah di atas,saya tidak menyangka bahawa perjalanan  saya kini kepada 150 km dengan kadar RM10.00 juga.

Setelah mencuba pada beberapa jenis petrol  Shell/Petronas/Caltex/Projet dll) memang ada kebenarannya.

Saya telah bertanya kepada yang arif tentang petrol, dan memang benar  jika anda mengisi minyak pada tahap mengepam yang maksima, petrol  tersebut akan bercampur dengan gas. (lebih banyak gas daripada petrol). Pada kadar yang minima pula hanya  petrol sahaja yang akan dipamkan ke dalam tangki kereta kita. Pada  kadar sederhana setengah minyak setengah gas lah agaknya.

Mengapa tidak kita mencuba dalam keadaan sekarang di mana harga  petrol kian meningkat...

Terdapat andaian yang mengatakan : WALAUPUN KERAJAAN PERNAH  MEWAJIBKAN SELF-SERVICE "LAYAN DIRI" DI PAM MINYAK SUATU MASA DAHULU - Sehinggakan ramai bangla pam minyak diberhentikan kerja - TAPI, KINI  TAUKEH2 KEDAI MINYAK KEMBALI MENYEDIAKAN PEKERJA UNTUK TOLONG ISI MINYAK PADA KENDERAAN ANDA + SELAIN MENCUCI CERMIN DEPAN, BELAKANG KERETA ANDA, KAN? ...

SEBABNYA : TAUKEH KEDAI MINYAK TERSEBUT MAHU

"Minyak di pam secara cepat agar mereka lebih untung!" ........)

Tip Tambahan :

Pensyarah saya di UiTM Shah Alam pernah memberitahu tip tentang "masa  sesuai" untuk mengisi minyak kenderaan :

1. Lebih baik isi minyak pada waktu malam atau awal pagi,untuk mengelakkan minyak bercampur dengan wap air (wap air yang terjadi apabila suhu panas C° di dalam tangki besar - yg. terletak di bawah kedai minyak). Petrol yang bercampur air PASTINYA cepat merosakkan enjin kenderaan anda.

2. Cuba kurangkan mengisi minyak pada waktu PANAS TERIK / SIANG HARI kerana wap air paling banyak pada waktu ini,tetapi jika tidak boleh dielakkan, cuba isi minyak seminimum yang boleh, sekadar sesuai untuk kegunaan anda, agar anda boleh isi semula pada waktu malam hari.

Selamat Mencuba.Semoga Berjaya.

Tips di atas dah lama saya dengar tapi kali ni ada beberapa tambahan. Just for renungan bersama....

Oklah...

Ni lah bahana tidur balik selepas Solat Subuh. Kan dah kelam kabut nak ke pejabat. Saya log in system jam 7.25 pagi. Tapi still awal kan? Kemudian saya sambung sikit kerja dan tinjau beberapa tugasan yang saya beri kepada anak buah saya. Alhamdulillah semuanya menjalankan tugas dengan baik. Thanks All my teams... Tapi still berdebar-debar untuk present nanti.

Banyak jugak tugasan lain yang perlu saya selesaikan. Sambil-sambil tu buat kerja lain sama. Hehehe... Megat datang dan buat sedikit perbincangan. Hehehe... Megat sorry sebab terpaksa MC sampai 26hb ni!

Petang saya bersama Muiz, Azrul, Azhar, Rahman dan Khairill sama-sama beli makanan berbuka di Velodrom. Menu yang sama seperti semalam dan tambahan laksa. Kemudian terus saya berbuka di rumah. Kenyangnya! Alhamdulillah...

Kemudian Solat Terawih dan jam 10.30 malam saya dah masuk tidur.

WASSALAM... 

18 OKTOBER 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Al-Fatihah...

Saya menerima berita sedih kehilngan seorang yang cukup dihormati di kawasan saya dekat Alor Setar yang telah kembali ke Rahmatullah. Saya selalu panggil arwah Uncle yang juga merupakan bapa kepada kawan saya.

Arwah banyak berjasa kepada saya dan juga penduduk kampung dan selalunya ketika tiba Ramadhan waktu kecik-kecik dulu, saya selalu menanti giliran Uncle sediakan More. Selalunya Nasi Beriyani, Dalca, ayam masak merah, acar timun dan air sarsi. Arwah juga banyak bersedekah dan memang arwah seorang yang berjaya dalam perniagaan mewarisi perniagaan ayahnya yang cukup terkenal di Kedah suatu masa dulu.

Dulu memang orang cukup kenal Haji C Moosa di Alor Setar. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Al-Fatihah...

Oklah...

Saya bangun jam 5.15 pagi untuk bersahur dan kemudian sambung tidur sekejap selepas solat Subuh sebelum masuk kerja jam 7.23 pagi. Awal-awal pagi dah kena meeting dengan Ketua jabatan. Banyak yang dibincnagkan dan banyak tindakan yang perlu saya lakukan. Kemudian saya atur satu group meeting dan kemudian saya terus lakukan beberapa tindakan susulan.

Baru kelam kabut bila Dr. Siapkan sebelum 23hb. Dah tu, saya tertinggal pulak handset di rumah. Ingat kot tertinggal beg duit sekali, sekali bila check sekali lagi nasib baik saya bawak. Hehehe...

Hari ni banyak sungguh perkara yang menggembirakan diri saya. Alhamdulillah. Dapat kurma free dan jemputan majlis berbuka puasa free. Hehehe... Alhamdulilah... Juga beberapa perkara lain yang menggembirakan.

Habis waktu pejabat saya bersama Muiz beli juadah berbuka di Velodrom. Saya beli Nasi Beriyani Gum Ayam Kampung. Kemudian bila balik rumah terus saya beli beberapa perkakas rumah dan kemudian terus saya beli air. Untungnya beli waktu dekat nak berbuka ni sebab banyak yang dilelong. Memang saya terpaksa air simpan air tu sampai sahur sebab banyak sangat.

Alhamdulillah nikmat berbuka memang kenyang walaupun hanya satu polisterin nasi beriyani. Alhamdulillah. Kemudian selepas bersiap terus saya ke Masjid untuk Solat Terawih di masjid. Masa awal-awal ni memanglah Masjid penuh tengoklah nanti bila dah last-last nanti.

Balik dari Solat Trawih terus saya masuk tidur.

WASSALAM... 

17 OKTOBER 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Everywhere in the world people are talking about learning and knowledge. Recently a large political organization in our country just launched a “lifelong learning” campaign. Few years ago one of our neighboring countries launch a “learning society”. Organizations have been urged to make theirs a “learning organization”. It all sounds very good. But here I would like to put a word of caution. RESULTS DON’T COME FROM “LEARNING” , RESULTS COME FROM “DOING” !

Yes, if results come from learning, then all the learned people in the world would have been very successful. All professors would have been billionaires. This unfortunately is not the case. I am all out for learning but please “act” and “do” after the learning. Do not live in the illusion that by just “learning”, “attending seminars” or “reading books” one can be successful. They are only the “seeds” but we have to act on them before the “leaves’ come out.

Also I must also forewarn on the methods by which “learning” has been imparted onto us. According to the professor of business entrepreneurship Peter Scheldrake of RMIT university, Primary school whack off 60% of a child’s entrepreneurial skill. High school whack off 35% and university whack off almost all the remainder !

Yes, in our eagerness to make our children more “intelligent” or increase their IQ, we have wiped off their EQ (Emotional Intelligence) ! And incidently latest researches have shown that EQ is what helps a person succeed in the real world. And it is interesting to note that IQ is inborned, it can’t be developed. But we can develop our EQ. So isn’t it ironic that we send our children in to a system to have their EQ wiped off, thinking that we can increase their IQ ??

Incidently high EQ increases more action and action gives result !

May the EQ be with you.

Your fellow traveler in time.

Billi

Untuk lanjut sila layari www.daretofail.com

Oklah...

Saya bersahur di Hentian Sungai Perak arah Selatan dan sampai di Pudu raya kira-kira jam 5.30 pagi. Terus saya ambil LRT ke Cheras dan jam 6 pagi saya sampai ke apartmen saya. Sambil tu saya terkejut dengan berita dalam paper hari ni! Ada kaitan dengan tempat kerja saya.

Kemudian saya baca wawancara dengan Tan Sri Syed Mokhtar Syed Al-Bukhary. Salah seorang yang saya cukup kagumi dalam dunia perniagaan. Saya memang dah lama dan selalu dengar tentang kebaikan yang beliau lakukan. Tahniah. Apatah lagi apabila membaca wawancara beliau hari ni.

Kemudian saya terus ke pejabat dan banyak betul dateline yang diberikan. Alamak! Jangan tak dan (sempat) cukup lah. Sampai tengah hari saya settlekan kerja di pejabat dan kemudian saya terus berehat di rumah. Tertidur sampai jam 5 petang dan kemudian terus tengok handset. Alamak ada 3 miss call dan 3 mesej! Tak sedar langsung!

Lepas tu beli juadah berbuka. Just RM 3.50 sahaja sehari. Jimatnya... Hehehe... Tapi tak tau la esok berapa saya bawak keluar untuk belanja berbuka sebab tengok memang berselera tapi dapat kawal. Alhamdulillah... Esok tak tau la, godaan makanan tu banyak sangat. Hehehe...

Malam solat Terawih di Masjid Zubbair Ibnul Awwam dan kemudian terus saya tidur.

WASSALAM... 

16 OKTOBER 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Al-Fatihah buat Tun Mohammad Zahir Ismail yang kembali ke Rahmatullah. Saya cukup mengagumi Allahyarham dan itulah fitrah manusia, tiba masanya, kita akan kembali menghadap Ilahi. Sama-samalah kita kembali menginsafi diri kita. Mudah-mudahan ia akan menguatkan lagi ketakwaan diri kita, InsyaAllah...

Bab lain pulak...

Sesekali bila saya balik ke Kedah, saya rasa cukup tenang dan damai. Saya rasa diri cukup bersemangat untuk kembali ke Ibu Kota bagi menjalankan tugasan saya seperti biasa demi mencari sesuap nasi. Dan tatkala waktu saya rasa seperti motivasi di tahap yang terendah, saya suka buka kembali diari-diari lama saya dan menjanguk semula masa silam yang pernah saya lalui dan ia ternyata banyak menguatkan kembali keazaman dalam diri agar terus cekal menghadapi apa jua cabaran yang mendatang.

Ketika ini, saya memang terbelit dengan segala macam cabaran. Memang cukup menguji kekuatan diri dan setakat ini, Alhamdulillah saya berjaya mengharunginya. Tetapi di depan masih banyak yang perlu saya lalui. Perjalanan saya masih baru dan masih terlalu jauh untuk diteruskan. Untuk mengutip sedikit demi sedikit cebisan pengalaman dan kekuatan buat bekal masa depan.

Ketika ini memang saya cukup banyak berfikir tentang banyak perkara terutamanya berkaitan diri, keluarga, kerja dan lain-lain. Ia memang membuatkan saya banyak termenung dan berfikir. Mungkin pada mereka yang nampak saya, macam tak ada masalah. Tetapi hakikatnya banyak perkara yang cukup rumit perlu saya selesaikan.

Memang ia benar-benar menguji kekuatan diri saya! Sebab itu saya telah menggariskan beberapa penyelesaian dari banyak aspek terutamanya dari segi rohani agar, saya mampu menyerap apa jua gegaran yang bakal berlaku di hadapan.

Hmmm... Saya tak mahu kesilapan lalu berulang. Ya Allah berikanlah kekuatan kepada hamba-Mu ini yang memerlukan kekuatan untuk terus menghadapi cabaran di dunia yang fana ini. Moga-moga Aku dapat beristiqamah di atas jalan yang benar dan lurus biar apa pun badai yang melanda. Amin...

Oklah...

Alhamdulillah Ramadhan sudah menginjak dua hari. Hari terakhir Syaaban, saya dibawa oleh my Big Boss Dr. Ahmad Taufik Jamil ke belakang Istana Negara untuk makan Ikan Bakar. Thanks... Memang sedap dan famous tempat tu.

Malam pertama Ramadhan saya menunaikan Solat Terawih di Masjid Zubbair Ibnul Awwam dan kemudian saya terus ke Hentian Duta untuk pulang ke Kedah. Alhamdulillah dapat bas yang baru dan memang selesa. Bersahur di Dataran Sungai Perak Arah Utara dan kemudian tiba di Alor Setar jam 5.15 pagi dan dijemput oleh adik saya Shaukhi di Shahab Perdana.

Kemudian waktu pagi saya tidur sekejap sebelum Zam dan famili datang berkunjung. Kemudian terus saya ikut Zam dan kami Solat Jumaat di Masjid Zahir. Kemudian ke Pacific untuk settlekan urusan Kad keahlian saya sebelum saya terus ke City Plaza bersama Zam dan Boss. Habis banyak duit hari ni! Macam air jadinya.

Bila balik rumah, saya berehat sekejap sbeelum saya ke Pendang untuk berbuka bersama Tok Wan. Saya singgah di Tanah Merah untuk beli juadah berbuka tetapi dah habis kemudian terus ke Pekan Pendang pun dah banyak yang habis. Memang meriah bazar Ramadhan hari ni. Kemudian bila sampai di kampung, ramai yang ada, Tok Wan, Pak Njang, Mak Njang, Pak Cik, Mak Cik, Pak Su dan Mak Su serta sepupu-sepupu saya. Meriahnya!

Selepas berbuka puasa kami berehat sambil berbual dan kemudian saya ke Masjid Daerah Pendang yang baru untuk Solat Terawih dan kemudian balik berbual dengan Tok Wan serta saudara mara. Jam 11.15 malam saya bertolak balik Alor Setar. Sampai kat rumah baru tahu adik saya, Awie terpaksa ke Klinik Hospital untuk rawatan sebab penat. Semoga lekas sembuh. Terus saya tidur kira-kira jam 12.30 malam.

Itu cerita dua hari lepas dan semalam...

Hari ni...

Saya ke rumah Zam kira-kira jam 11 pagi dan kemudian saya bersama Zam dan Boss habiskan masa di Muzium Padi di Gunung Keriang. Saya cukup kagum dengan hasil seni sentuhan warga Korea utara yang menjadikan keadaan dalam Muzium tu seolah-olah dalam dunia yang sebenar! Kunjungilah Muzium Padi Negeri Kedah kalau berkesempatan. Yuran untuk dewasa RM3, Kanak-kanak RM 1 dan untuk kamera RM 2. Apa pun ciptaan Allah jauh lebih hebat.

Kemudian saya berehat di rumah sebelum saya berkunjung ke tempat kerja lama saya untuk bertanya khabar dan kemudian saya singgah beli Kurma kat Abang Power sebelum saya singgah beli juadah berbuka buat famili. Banyak juga perbincangan peribadi yang saya bincangkan dengan mak dan abah. Apa dia? Rahsialah... Hehehehehe...

Malam saya solat Terawih di Surau Taman saya. Kali ni dah lakukan 20 rakaat dah. Baguslah. Kalau tidak sebelum-sebelum ni just 8 rakaat sahaja. Kemudian terus saya berehat sebelum bertolak ke Kuala Lumpur dengan Bas jam 12 tengah malam. Bas Transnasional yang sama saya naiki ketika balik Kedah tempoh hari. WME 2204. Memang selesa!

WASSALAM...     

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][Arkib 2003][181][182][183][184][185][186][187][188][189][190][191][192][193][194][195][196][197][198][199][200][201][202][203][204][205][206][207][208][209][210][211][212][213][214][215][216][217][218][219][220][221][222][223][224][225][226][227][228][229][230][231][232][233][234][235][236][237][238][239][240][241][242][243][244][245][246][247][248][249][250][251]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie][Crimsonsky][Nana][Megat][Wawa Online][Islam selamanya][Airpool][Lalili][Ariep]

LAMAN HIJAUKUNING
Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2004
Provided by
Saiful Azrul Che Lah