Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL
Ketenangan Hati & Keredhaan Ilahi : Impian Abadi

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

  

16 DISEMBER 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Saya tak begitu mampu untuk mengemaskini Laman ini seperti biasa. Banyak sungguh perkara yang berlaku hingga ia menjejaskan rutin harian saya apatah lagi kini berkejar-kejaran dengan dateline untuk projek saya. Maaf kepada pengunjung Laman ni.

Walaubagaimanapun saya tetap sempat menjenguk blog member-member yang Cuma bila nak tinggalkan “kesan” tu agak sukar. Maaf...

Oklah...

Bangun jam 6.05 minit pagi dan selepas solat terus saya ke pejabat. Saya seperti biasa agak sibuk di pejabat sambil meneliti beberapa perkara yang perlu diselesaikan dan untuk dibawa masuk ke dalam meeting petang ni. Petang hadiri mesyuarat dan banyak input dan output yang saya dapat.

Kemudian terus saya berehat sambil melakukan apa yang patut. Malam saya ke pejabat untuk siapkan sedikit kerja. Banyaknya benda yang harus saya selesaikan. Saya lebih suka berseorangan bila buat kerja sebab saya lebih tenang. Sebab tu saya suka ke pejabat pada waktu malam.

Jam 11.30 malam baru beransur pulang. Jam 12 terus masuk tidur.

WASSALAM...

15 DISEMBER 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Nasihat Saidina Ali jadi pedoman sepanjang zaman (2)

l Sesiapa yang mengajar dirinya sendiri serta memperelokkannya lebih layak untuk mendapat kemuliaan daripada mereka yang mengajar dan memperelokkan manusia lain.

l Elok pekerti adalah gedung ketika berhajat padanya.

l Mutu setiap sesuatu itu dinilai pada kebaikannya.

l Apabila kamu letih kerana berbuat kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal.

l Jika kamu berseronok dengan dosa, maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal.

l Sekiranya kamu letih kerana melakukan sesuatu yang baik, maka keletihan itu akan hilang dan perbuatan baik yang kamu lakukan terus kekal.

* Jika kamu tidak mahu melupakan segala kebaikan yang dilakukan, maka kamu hendaklah mengulangi dalam membuat kebaikan itu.

* Ratapilah saudaramu dengan berbuat baik padanya dan jauhilah kejahatannya dengan bersedekah padanya.

* Sesuatu yang tidak elok untuk diperkatakan sekalipun ia benar iaitu puji diri sendiri.

* Seelok-elok kesihatan itu adalah memberi sesuatu dan ketaatan adalah gedung yang tidak akan musnah.

* Dua nikmat yang sering dilupakan adalah kesihatan dan keselamatan.

* Kecantikan bukan terletak pada pakaian yang dipakai, tetapi bergantung kepada keelokan akhlak dan budi pekerti.

* Banyak berhutang akan menggelincirkan orang yang benar kepada pendustaan.

* Tepati janji adalah kembar kepada benar.

* Kemarahan orang yang berakal dilihat pada tindak-tanduknya dan kemarahan yang ada pada orang jahil itu dapat dilihat melalui perkataannya.

* Permulaan bagi perasaan marah itu adalah hilang pertimbangan, manakala penghabisannya pula adalah perasaan menyesal.

* Tidak dikira lemah lembut jika ia timbul ketika reda, tetapi lemah lembut yang sebenar akan timbul ketika dalam keadaan marah.

* Sesiapa yang tunduk kepada perasaan marah menyebabkan akhlaknya kurang.

* Bagi setiap nikmat ada kunci yang membuka dan menyelaknya. Kunci pembukanya adalah sabar dan kunci penyelaknya adalah malas.

* Sesiapa yang malas tidak akan menunaikan tanggungjawabnya.

* Ketua kepada kejahilan itu adalah gedung kemalasan.

Ambillah iktibar atas nasihat yang diberikan agar kita akan sentiasa menjadi lebih baik.

Oklah...

Meeting jam 8 pagi! Kami lewat sikit sebab ada beberapa pembetulan dan bila sampai di Jabatan kecemasan. Mak ooii!!! Ramainya orang! Ingat nak bincnag dnegan ketua jabatan ja. Rupanya semua MO dan warga jabatan kecemasan yang berjumlah lebih kurang 30 orang!

Hampir 4 jam saya berdiri memberi penerangan antaramuka sistem. Lenguhnya kaki. Lama dah tak berdiri sebegitu lama. Dulu waktu join Wataniah ada lah berdiri lama-lama tapi bila dah jarang macam ni lah jadinya. Lenguh!

Kemudian saya Muiz dan Fazie keluar makan tengahari di bahagian belakang pagar tempat kerja saya. Kemudian balik ke pejabat. Petang sambung kerja macam biasa. Saya log out sistem jam 5.12 petang. Kemudian turun main badminton buat kali pertama dalam tempoh dua bulan setengah. Alhamdulillah menang dan cukup berkesan permainan saya. Alhamdulillah... Walaupun dah lama tak main tapi masih ok. Cuma fitness ja yang teruk.

Malam kembali ke pejabat dan buat apa yang patut sampai jam 11 malam. Balik rumah rehat sekejap dan masuk tidur jam 12.00 tengah malam.

WASSALAM...

14 DISEMBER 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Nasihat Saidina Ali jadi pedoman sepanjang zaman (1)

SAIDINA Ali bin Abi Talib ialah khalifah agung dalam sejarah pemerintahan Islam. Selepas peristiwa pembunuhan Khalifah Othman Affan, beliau memegang teraju pemerintahan.

Peribadi Ali bin Abi Talib menghimpunkan pelbagai kelebihan iaitu sebagai sepupu Nabi Muhammad saw dan menantu Baginda.

Beliau dilahirkan di Makkah pada tahun 23 sebelum hijrah. Beliau dididik dan dibesarkan dalam pangkuan Nabi Muhammad saw, malah tidak pernah berpisah dengannya.

Ali ialah seorang daripada pahlawan Islam yang terkemuka dan panji peperangan berada pada tangannya dalam sebahagian besar peperangan.

Beliau juga antara 10 sahabat yang dijanjikan syurga. Ali menjadi khalifah dan pemimpin umat Islam selepas Saidina Othman Affan gugur syahid. Peristiwa itu berlaku pada 24 Zulhijjah tahun 35 hijrah.

Dengan itu, Ali ialah khalifah pertama bagi umat Islam yang berasal daripada keluarga Bani Hasyim yang juga menjadi nasab keturunan Rasulullah.

Diriwayatkan oleh Abu Naim dalam al-Hilyah daripada Abu Sahih bahawa Dhuraar Dhamrah mengetahui keperibadian dan cara hidup Ali.

Menurutnya, Ali ialah seorang yang amat jauh tujuan hidupnya dan bercita-cita tinggi. Pemikirannya tajam dan amat kuat zahir dan batin.

Beliau menjauhkan diri daripada segala hiasan dan kemewahan hidup di dunia.

Selalu berpakaian sederhana dan memakan makanan biasa yang tidak semestinya enak dan mahal. Pergaulannya seperti orang biasa walaupun dilantik sebagai pemimpin.

Beliau sering bertemu rakyat dan orang ramai tidak ada sekatan atau takut untuk menemuinya.

Ali akan menjawab apa-apa yang ditanya kepadanya tanpa perasaan takut dan ragu-ragu. Beliau memuliakan ahli agama dan orang yang warak, di samping menyayangi golongan fakir miskin.

Sewaktu Ali diangkat menjadi Khalifah, ada penentangnya termasuk puak Muawiyah hingga timbul perang saudara yang menyebabkan ramai terkorban.

Akhirnya Saidina Ali dibunuh oleh seorang pengkhianat. Tetapi setelah Ali meninggal, Muawiyah berasa sedih kerana menentang orang yang baik. Dia menyifatkan kewafatan Ali sebagai suatu kehilangan yang amat berharga.

Apa yang diucapkan terang dan jelas, adil sewaktu memberi hukuman, ilmu pengetahuannya terpancar dari segenap bahagian badannya. Beliau kuat bekerja tanpa mengira siang atau malam.

Kata-kata berhikmah lahir dari mulutnya. Apabila tersenyum seolah-olah mutiara indah terpancar dari bibirnya.

Ketokohan beliau memang tiada bandingannya. Nasihat beliau juga menjadi pedoman dan panduan umat Islam zaman berzaman.

l Peringatan buat dirimu yang mana pasar itu adalah suatu tempat yang boleh merosakkan akhlak.

l Sesuatu yang hendak dicapai oleh keelokan budi pekerti itu adalah rasa malu seseorang pada diri sendiri.

l Tiada pusaka peninggalan yang lebih bermanfaat daripada elok budi pekerti.

l Cucikan hati kamu dengan beradab seperti api membakar kayu.

l Sesiapa yang dilantik menjadi pemimpin kepada manusia, maka dia hendaklah mengajar dirinya terlebih dulu sebelum mengajar orang lain.

l Dia hendaklah memperelok setiap tindak tanduknya seharian sebelum memperelok lidahnya.

Bersambung esok...

Oklah...

Saya log sistem jam 7.37 pagi. Banyak benda yang perlu diselesaikan untuk perbincangan esok. Thanks to Muiz, Fazie dengan Kak Hanim yang banyak membantu. Tak banyak yang dapat saya ceritakan hari ni.

Petang saya balik agak lewat dan malam saya hanya berehat di rumah sambil menonton perlawanan bolasepak antara Malaysia dan Thailand. Tahniah sebab menang 2-1. Maaf sebab saya tak dapat hadir ke Piala Tiger kerana saya boikot pertandingan ni. Just tonton melalui TV sebab saya tak mahu ada sumbangan secara langsung dalam Piala Tiger ni.

Malam saya masuk tidur jam 11.30 malam.

WASSALAM...

13 DISEMBER 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Sesekali menulis ketika kesibukan yang amat sangat memang seronok. Rasa tekanan terlepas sikit. Apa yang terbuku di hati sedikit sebanyak dapat diluahkan. Sibuknya dengan itu dan ini. Inilah mas ayang cukup kritikal. Kalau tak sabar, rasa macam nak letak jawatan ja dengan pelbagai macam kerenah yang ada. Hmm...

Apa pun kita kena sabar dan terima apa jua cabaran yang melanda. Alhamdulillah dengan pelbagai dugaan kebelakangan ni, saya mampu bersabar dan menghadapinya dengan segala kekuatan yang ada. Alhamdulillah...

Banyak sungguh perkara yang berlaku. Sukar nak dicoretkan di sini dan saya masih belum bersedia mencoretkan segalanya di sini. Doakan kejayaan saya dunia dan akhirat. Terima Kasih...

Oklah...

Hari ni macam biasa, tak banyak yang dapat diceritakan. Pejabat pun agak sunyi sebab ramai yang cuti dan menghadiri kursus. Banyak jugak perkara yang dapat saya selesaikan hari ni. Memang agak sibuk.

Petang just turun jogging . Saya tak mahu mula main badminton lagi sebab tak begitu fit buat masa ni. Badan dah naik banyak sangat. Malam saya kembali ke pejabat siapkan apa yang patut sampai jam 11 malam. Selepas makan di Velodrom baru beansur pulang dan terus masuk tidur.

WASSALAM...

12 DISEMBER 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Saya memang minat bola. Politik pun. Selalunya bila ada kedua-dua acara serentak saya jadi serba salah. Politik walaupun saya terlalu minat tetapi saya tak mahu bergiat dan cuma hanya sebagai pemerhati dan mengambil tahu semua perkembangan terkini. Dalam bola saya terbabit secara langsung.

Malam ni ada game Malaysia lawan Myanmar. Mulanya saya tonton game Malaysia lawan Myanmar tapi teringat pulak ada debat Perdana di TV1 terus saya alih siaran. Bukannya apa, permainan Malaysia memang membosankan dan kalau ikutkan naluri saya yang minat bola ni memang saya dah pi ke Stadium Bukit Jalil tetapi oleh kerana saya boikot kejohanan ni, saya tak pi lah ke Stadium.

Kenapa boikot? Sebab penajaan Tiger dalam Piala Tiger. Sebab tu saya just tengok dari TV ja. Bila alih siaran saya lebih tertarik kepada Debat Perdana. Saya cukup tertarik dengan hujah YB Alwi Che Mat Ahli Parlimen Ketereh dan Saudara Saifudin Nasution. Kali ni baru nampak satu diskusi yang lebih baik cuma hujah Stephen Doss yang paling saya tak bersetuju.

Lepas tu baru saya alih semula tengok bola di NTV7. Lepas tu ada sorang member call bab insuran. Rajinnya call dari Penang. Tapi saya memang dah ada pelan insurans peribadi. Maaf.

Berbalik kepada diari hari ni...

Pagi bangun jam 5.45 pagi dan solat Subuh. Kemudian sarapan di Velodrom sebelum ke pejabat buat sedikit kerja sambil mengatur beberapa strategi untuk kegiatan saya. Thanks Ustad dan DSH atas sokongan.

Jam 4 petang ke Medan selera dekat BP untuk makan tengahari sebelum berehat di rumah. Penatnya mengemas bilik yang dah macam tongkang pecah ni! Basuh smeua baju dan sapu sampah. Boringnya. Kalau dah kawin kan lebih terurus. Hehehe...

Malam saya just stay di rumah macam saya ceritakan kat atas dan kemudian jam 12 keluar tonton Chelsea lawan Arsenal di Taman Tenaga. jam 2 pagi baru balik bilik dan tidur jam 2.30 pagi.

WASSALAM...

11 DISEMBER 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Dah lama saya tak call keluarga angkat saya. Malam ni saya habiskan masa hampir 15 minit bergayut di telefon awam bawah rumah sewa saya. Cuma satu sahaja yang berfungsi dan Alhamdulillah saya datang pada waktu orang tiada. Maaflah kepada yang menanti, saya memang jarang bergayut tetapi dah lama tak contact memang akan jadi lama. Terasa bersalah pula sebab berjanji nak ke sana bulan Disember tetapi terpaksa tunda ke bulan Februari! InsyaAllah...

Saya sebenarnya rasa memang nak jumpa sangat sebab dah tiga tahun tak bersua muka. Mamat dapat 4B 1C. Kira oklah. Dilah dan Aidah dah pun jadi Cikgu. Sorang di Kuala Pilah dan sorang di JB. Hmm... Baguslah...

Kebun Kelapa Sawit pun dah mula berbuah. Sebelum kebun getah. Harap dimurahkan rezeki sekeluarga, mudah-mudahan, InsyaAllah...

Oklah...

Hari ni kerja macam biasa. Ramai yang berbaju batik! Ikuti sesi talk sebelum meeting kumpulan saya. Kemudian smabung buat sedikit kerja sebelum makan tengahari bersama Azhar, Abang Juf dan Saidi di Taman Tenaga.

Kemudian ke Bukit Jalil untuk main futsal bersama member sejabatan. Kalah 18-19 dan saya score 10 gol. Hehehe... Bab score saya memang jeni rembat ja. Kemudian berbual sesama rakan sebelum balik ke rumah. On the way home, saya singah di Bank dan kemudian top up handset saya. Hujan memang lebat tetapi tetap redah balik disebabkan ada baju hujan. Bukannya apa, baju hujan ni baru lagi memang nak kena pakai lah. Hehehe...

Malam berehat sebelum keluar tengok bola Indonesia lawan Thailand. Jam 11 balik bilik dan tidur jam 12.30 malam.

WASSALAM...

10 DISEMBER 2004 [JUMAAT]

ASSALAMUALAIKUM...

Keistimewaan & Amalan Hari Jumaat

Abdullah bin Munzir telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda :

"Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan yang terbesar disisi Allah. Ia adalah hari yang lebih besar di sisi Allah daripada hari Raya Fitri. Pada hari itu telah terjadi lima perkara iaitu : Penciptaan Adam. Pada hari itu juga dikeluarkan dia dari syurga. Pada hari itu juga, dia wafat. Dan pada hari itu terdapat satu masa di mana tidaklah seorang hamba itu meminta sesuatu dari Tuhannya melainkan akan dikurniakan kepadanya selagi dia tidak meminta yang haram. Pada hari itu Qiamat akan terjadi dan tidaklah seorang pun malaikat muqarrabun pun di sisi Allah azzawajalla melainkan ia takut pada hari Jumaat, (tetapi) tidak langit dan tidak bumi melainkan ia merasa kasih pada hari Jumaat".

Hadis Riwayat Ibnu Majah & Al-Baihaqi

    Hari Jumaat telah dipilih oleh Allah s.w.t. untuk dijadikan sebagai penghulu segala hari serta hari yang paling utama dalam seminggu buat umat nabi Muhammad s.a.w. kerana pada hari inilah banyak peristiwa besar telah berlaku, sebahagiannya sepertimana yang dinyatakan dalam hadis di atas.

    Selain itu, hari jumaat juga merupakan satu hari yang cukup mustajab dan istimewa untuk kita semua berdoa meminta pertolongan, nur dan hidayah daripada Yang Maha Esa.

Daripada Abu Hurairah r.a. telah meriwayatkan : Rasulullah s.a.w telah bersabda :

"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. sedang membicarakan tentang hari Jumaat, dan baginda bersabda: Padanya (hari Jumaat) terdapat suatu saat yang tidak ditemui oleh seorang hamba (Allah) yang muslim dengan dia mendirikan solat sambil memohon kepada Allah akan sesuatu, melainkan apa yang dipohonkannya itu diberikannya kepadanya. Dia mengisyaratkan dengan tangannya yang diangkatkan".

Hadis Riwayat Al-Bukhari & Muslim

    Bagi sesetengah yang lain, mereka amat berharap agar akan diambil nyawa mereka pada hari Jumaat kerana barangsiapa yang mati pada hari Jumaat ataupun pada malam hari Jumaat, Allah akan memeliharanya daripada fitnah kubur.

Daripada Abdullah bin Amr r.a. berkata : Rasululah s.a.w. telah bersabda :

"Tidaklah daripada seorang muslim yang mati pada hari atau malam Jumaat, melainkan dia dipelihara Allah daripada fitnah kubur".

Hadis Riwayat Tarmizi

Pada hari Jumaat terdapat banyak perkara yang boleh kita lakukan demi mendapat pahala dan keredha'an daripada Allah s.w.t. :

  • Memperbanyakkan doa, zikir dan selawat

Firman Allah Dalam Al-Quran yang mulia :

"Sesungguhnya Allah dan para malaikat telah berselawat ke atas nabi. Wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sempurna ke atasnya (nabi)".

Surah Al-Ahzab, ayat 56

  • Memperbanyakkan bacaan Al Quran
    Surah-surah yang digalakkan untuk dibaca :
       Malam Jumaat : Surah Yaasin, Al-Kahfi
       Waktu Subuh : Surah As-Sajdah, Al-Insan
       Selesai solat Jumaat : Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Naas

  • Bangun awal di pagi hari dan niat untuk mandi Jumaat

Daripada Ibnu Umar r.a. berkata : Rasulullah s.a.w. telah bersabda :

"Sesiapa di antara kamu yangg pergi (solat) Jumaat, maka hendaklah dia mandi".

Hadis Riwayat Al-Bukhari & Muslim

  • Membersihkan badan daripada bau yang tidak menyenangkan

  • Mengerat kuku, mencabut bulu ketiak, memotong dan mengemaskan misai, memotong bulu ari-ari dan sebagainya.

Daripada Ibnu Abbas r.a. berkata :

"Nabi Muhammad s.a.w. biasanya mengerat kuku pada hari Jumaat dan mencukur misai baginda sebelum baginda berangkat untuk menunaikan solat ".

Hadis Riwayat Tabrani

  • Bersiwak

  • Memakai bau-bau yang wangi

Daripada Salman r.a. berkata : Bersabda Rasulullah s.a.w. :

"Tiadalah mandi seseorang pada hari Jumaat lalu bersuci sekadar kekuasaannya serta memakai minyak wangi, dan dipakai haru-haruman di rumahnya kemudian keluarlah dia dengan tidak melangkah tengkuk orang yang duduk dalam saf, kemudian mengerjakan solat yang telah diperintahkan kepadanya(solat sunat tahyatul masjid), kemudian berdiam diri apabila Imam telah berkhutbah, melainkan diampuni baginya dosa antara Jumaat itu dengan Jumaat yang lain".

Hadis Riwayat Al-Bukhari

  • Memakai pakaian serba putih

  • Menyegerakan pergi ke masjid

Firman Allah s.w.t. :

"Wahai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk kamu menunaikan sembahyang pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingati Allah dan meninggalkan jual beli. Yang demikian itulah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui".

Surah Al-Jumu'ah, ayat 9

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata : Bersabda Rasulullah s.a.w. :

"Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seperti mandi janabah, kemudian dia berjalan ke Jumaat(menunaikan solat) pada saat pertama, maka seolah-olah dia telah berkorban seekor unta. Dan sesiapa yang berjalan pada saat kedua, solah-olah dia telah berkorban seekor lembu. Dan sesiapa yang berjalan pada saat ketiga seolah-olah dia telah berkorban seekor biri-biri. Sesiapa yang berjalan pada saat keempat, seolah-olah dia telah berkorban seekor ayam dan seesiapa yang berjalan pada saat yang kelima, seolah-olah dia telah bersedekah sbiji telur. Maka apabila Imam telah naik ke atas mimbar, maka hadirlah segala malaikat untuk mendengar khutbah".

Hadis Riwayat Al-Bukhari & Muslim

  • Duduk diam di dalam masjid dengan niat iktikaf dan mendengar khutbah setelah datang awal ke masjid.

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata : Bersabda Rasulullah s.a.w. :

"Apabila tiba hari Jumaat, berdirilah para malaikat di setiap pintu masjid, menuliskan nama orang-orang yang masuk ke masjid, satu demi satu, maka apabila Imam telah duduk di atas mimbar, mereka lipatkan buku catatan meerka dan bersama-sama mendengar khutbah (yang disampaikan) itu".

Hadis Riwayat Al-Bukhari & Muslim

  • Apabila masuk masjid hendaklah sembahyang Tahiyatul masjid

  • Mengambil iktibar daripada khutbah yang dibacakan oleh khatib

  • Menunaikan solat-solat sunat Jumaat pada sebelum dan sesudah solat Jumaat

  • Memperbanyakkan amalan sedekah

Firman Allah s.w.t. :

"Dan belanjakanlah sebahagian daripada apa yang telah Kami kurniakan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang daripada kamu; lalu dia berkata : Ya Tuhanku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian)ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk di dalam orang-orang yang soleh?"

"Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu ajalnya. Dan Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan".

Surah Al-Munafiquun, ayat 10 & 11

Masih lagi ingin membangkitkan semangat "Mari belajar bahasa Arab,bahasa Syurga ni..."

"Bersegeralah kamu kepada keampunan Allah,bahawa sesungguhnya Syurga Allah SWT itu seluas langit dan bumi ."(petikan surat Rasulullah SAW kepada Hiraqlius supaya ia memasuki Islam.)

Oklah...

Alamak lewatnya saya hari ni. Saya dah bangun jam 5.35 pagi. Lepas solat (tapi tak mandi lagi) terus saya baring. Sedar-sedar dah jam 7.30 pagi. Alamak! Terus mandi kambing dan ala kadar, bersiap dan pecut motor ke pejabat. Alhamdulillah saya log masuk tepat jam 8.00 pagi! Fuh...

Kemudian settelkan beberapa kerja sebelum keluar sarapan di Al-Amal dengan Rahman. Thanks En. Faizor yang belanja. Sebelum rehat, sempat melawat jiran yang ke sini untuk rawatan daycare. Semoga lekas sembuh Mak Cik Su. Pak Cik Bakar dan Mak Cik Su ni pernah saya cerita dalam diari saya bila anak depa, Naim Eksiden tahun lepas yang saya tengok doktor jahit kaki Naim depan mata saya secara live di Hospital Alor Setar.

Kemudian solat Jumat di Masjid Zubbair Ibnu Awwam. Kemudian sambung kerja sikit. Sekajapnya masa sebab dah habis waktu pejabat. Jam 5 balik rumah dan uruskan sedikit urusan. Tak sempat nak join member jabatan main volley ball. Sorry gang!

Malam saya rehat di bilik sambil melayan sms dan call. Keluar makan jam 9 malam sebelum sambung kerja sikit. Jam 11.30 malam masuk tidur. Zzzzzz....

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][Arkib 2003][181][182][183][184][185][186][187][188][189][190][191][192][193][194][195][196][197][198][199][200][201][202][203][204][205][206][207][208][209][210][211][212][213][214][215][216][217][218][219][220][221][222][223][224][225][226][227][228][229][230][231][232][233][234][235][236][237][238][239][240][241][242][243][244][245][246][247][248][249][250][251][252][253][254][255][256][257][258][259][260][261][262]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie][Crimsonsky][Nana][Megat][Wawa Online][Islam selamanya][Airpool][Lalili][Ariep][Jongkang-jongket][Shaukhi]

LAMAN HIJAUKUNING
Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2004
Provided by
Saiful Azrul Che Lah