Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL
Ketenangan Hati & Keredhaan Ilahi : Impian Abadi

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

Enter Malaysian Top Sites - Laman Top Malaysia Dan Undi Laman Ini !!!

11 MEI 2004

Tekad

Perjalanan kehidupan
Di kiri kanan dugaan Cabaran
Keseorangan menempuh ujian
Meneruskan perjuangan

Takdir Maha Esa
Restu ayah bonda
Mencapai cita-cita
Usah putus asa
Kelak kau berjaya
Membela nasibmu
Masamu kan tiba

Keimanan keyakinan
Sinar cahaya penunjuk haluan
Walaupun payah kau harus tabah
Demi mencapai segala impian

Jika satu ketika
Langkah tidak terdaya
Berkat doa usaha
Tuhan Maha Esa

Menggapai cita-cita

(HAZAMI)

Bagi saya cukup mudah. Apa sahaja yang saya tempuh dan terpaksa tempuh akan saya terima dengan hati terbuka. Biarlah Allah yang menghakimi segalanya. Dalam ruang yang luas untuk kita melakukan apa saja, kita seringkali tersalah mengatur langkah hingga membuatkan kita berada dalam keadaan yang cukup membingungkan. Dan apabila kita sedar dan keluar dari kepumpung itu, Anehnya kita sekali lagi kembali terperangkap.

Itulah diri kita, yang sentiasa sahaja alpa dengan nikmat yang Allah kurniakan kepada diri kita. Saya maksudkan diri saya. Entahlah... Kadang-kala bila tiada peringatan dalam hidup kita mudah tersalah percaturan. Masih lagi mencari dahan untuk berpaut. Sukar untuk saya jelaskan apa yang sebenarnya berlaku.

Keadaan di sekeliling memang cukup menekan. Benarlah seperti kata Abang Muring dalam bukutamu saya yang proses penghijrahan ini akan memberikan ruang yang lebih luas kepada kedewasaan. Apa yang perlu saya lakukan kini ialah tabah dengan setiap cabaran. Biarpun apa yang berlaku bukannya kehendak diri tetapi kita harus bijak melihat sesuatu perkara dari semua sudut.

Memang di sini, ada cabaran yang cukup hebat. Arus yang membuatkan saya rasa kesal dan geram. Tetapi itulah cabaran. Saya teringat kepada siaran Al-Kuliyyah Jumaat 09 Mei 2004, tentang ibadah Nabi Ayob, Sulaiman dan Nabi Muhammad. Betapa silapnya diri saya dalam suatu konsep ini. Ya Rabbi!!! Apa yang telahku lakukan? Engkau tetap memberikan kuruang untuk itu tetapi aku masih lagi tersilap! Betapa hinanya diri yang terlalu alpa, cuai dan leka ini.

Masih ada banyak ruang untukku ubah segalanya itu. Terima kasih Ya Allah kerana masih lagi memberi ruang dan peluang untukku mengabdikan diriku kepadamu. Aku tak mahu lemas lagi, aku inginkan ketenangan hidup dan keredhaan-Mu... Moga-moga dapat aku mengecapinya, InsyaAllah...

Lidah itu cerminan hati
-Imam Al-Ghazali-

Ok berbalik kepada diari saya...

Seawal 6.45 pagi saya dah ada dekat pejabat. Di pejabat macam biasalah banyak kerja tapi saya memang balik awal sebab nak ke Shah Alam malam ni main Futsal friendly dengan Uitm Jalan Othman. Saya ke rumah Schaarq, Mr President Hijaukuning.com.

Sampai sahaja di rumahnya, terus diserbu oleh anaknya. Hehehe... Lincah betul anak-anaknya itu. Yang sulung umur enam tahun (perempuan) dan yang kedua lelaki berumur tiga tahun. Yang sulung tu suka sangat panjat badan saya dan kemudian ajak saya berbual. Sempat jugak saya ajar dia mengeja. Alhamdulilah dia dah kenal huruf cuma mengeja lemah sikit. Kemudian lepas Solat Maghrib kami bertolak ke gelanggang futsal.

Saya tak tahu berapa keputusan perlawanan sebab banyak sangat gol. Hehehe... Saya just score sebiji sahaja. Memang lembik kaki saya jadinya. Banyak lagi nak kena improve dari segi fitness! Susahnya kalau macam ni. Hehehe...

Balik kami sempat singgah beli makanan di Shah Alam. Lepas tu baru dapat tahu yang isteri Schaarq tu merupakan penulis novel Hingga Ke Hujung Nyawa yang telah diadaptasikan ke dalam bentuk filem (Lakonan Ysury dan Erra). Juga penulis dalam Dewan Budaya! Hebat! Setahu saya isterinya adalah pensyarah Uitm. Memang membanggakan...

Saya bertolak dari Puchong kira-kira jam 11.40 malam. Bila balik saya rehat sekejap sebelum masuk tidur kira-kira jam 1 pagi.  

WASSALAM...

10 MEI 2004

Banyak yang nak saya ceritakan. Maklumlah dah agak lama saya tak kemaskini diari saya sampaikan ada yang hantar email tanya. Saya mohon maaf dalam bab ini. Ia memang tak dapat dielakkan.

Saya berkesempatan hadir ke majlis Gath ex-MRSM PDRM di Greysand PD pada 2 dan 3 Mei lepas. Alhamdulillah dapat bertemu dengan ramai kawan-kawan lama. Cukup meriah dan ia mengingatkan kembali kami ke zaman persekolahan lalu.

Cuma bila dah dewasa, semua sudah ada arah tuju tersendiri. Ada haluan dan cara hidup sendiri. Itu hak masing-masing kerana semuanya sudah mampu berfikir dengan sendiri dan membezakan yang baik dan yang buruk. Tetapi memang ketara peruabahan-perubahan yang dapat dilihat.

Hmm... Budak lelaki semakin handsome dan budak perempuan pulak semakin mengancam. Hehehe... Apa pun bagi saya, persahabatan merupakan suatu jalinan yang harus dipertahankan dan dulu sma-sama pernah menghadapi suka duka dan mengapa ia perlu dilupakan begitu sahaja.

Cuma ada satu event yang saya kurang setuju pada hari tersebut. Saya tak mahu cakap apa-apa, biarlah mereka yang memikirkannya sama ada elok atau tidak. Apabila semua semakin matang kelak, mereka akan dapat menilai kembali apa yang baik dan buruk.

Buat semua kawan-kawan, terima kasih atas segalanya.

P/s: Special thanks to Mizie and Paleo yang banyak membantu. Yang lain Kuril, Lela and the gang. Congratulation!

:::Handset:::

Kalau ikut keinginan dan naluri jiwa saya, saya tak sukakan handset ni walaupun saya pernah jual handset tetapi saya tak suka memakainya. Tetapi apakan daya, hidup di kota besar ini memerlukan saya memilikinya. Dahlah nak cari pondok telefon awam pun susah, lepas tu asyik rosak sahaja!

Dan akhirnya, saya ke Pertama Komplek (tempat yang memang disarankan oleh ramai member) dan dengan tak banyak buang masa, saya sambar Nokia 1100 sekali dengan Starter Pack Celcom. Habis hampir RM 450 termasuk aksesori.

Bila dapat nombor, saya memang tak beri kat ramai orang. Buat masa ni, dalam handset saya memang banyak number tetapi yang tahu number saya setakat saya tulis ni tak lebih 15 orang. Kalau orang mintak baru saya beri. Hehehe...

:::Fitness:::

Alhamdulillah dekat hampir sebulan saya di Klang Valley ni barulah saya berkesempatan untuk tarining fitness dan membina kembali fitness saya. Lokasi utama ialah Bukit Komanwel setiap pagi cuti dan petang hari kerja. Alhamdulillah, rasanya cukup segar apabila kembali dengan smeua aktiviti seperti ini.

Saya dapat dua jemputan main bola dan tiga jemputan main Futsal. Tengoklah kalau sempat dan ada transport saya akan hadir. Bila lah saya nak kembali aktif dalam badminton ni? Alamak, takut hilang semua sentuhan. Tak boleh jadi ni, saya kena usaha cari sparring kat sini.

::: Rumah Sewa:::

Saya masih lagi menumpang di rumah Dean and the gang. Thanks to Duan, Ali, Zul and Dean sebab bantuan anda semua. Saya ada meninjau beberapa rumah di area Bandar Tasik Selatan dan Bandar Tun Razak tetapi hasilnya mengecewakan. Tak apalah, saya akan terus berusaha.

::: LADA :::

Alhamdulillah pada 2-5 Mei lepas, saya berkesempatan untuk menemui kembali rakan-rakan lama di LADA yang hadir untuk Karnival Sukan Badan Berkanun kali ini anjuran DBKL. Dua tahun lepas, saya adalah kontinjen badminton LADA tapi tahun ni langsung saya tak dapat mewakili mana-mana team pun. Hehehe...

Ramai yang terkejut bila saya muncul di Kolej Ke –12 Universiti Malaya. Hehehe... Zam dengan Teh memang dah tahu. Apa pun memang seronok bila kembali bertemu rakan-rakan lama.

Oklah kembali kepada diari saya hari ni...

Saya sampai di office cukup awal. 6.39 dah ada di pejabat. Kemudian hadiri perhimpunan pagi bulanan sebelum kena attend kursus di Auditorium HUKM. Kursus ISO 9001:200. Habis waktu kerja terus saya balik dan sambung training fitness. Masih jauh dari sasaran saya tetapi oklah buat masa ni.

Malam terasa cukup dahaga. Saya tak tahu berapa banyak yang saya minum. Kemudian saya sempat mengatur jadual saya untuk bulan ini sambil menonton TV bersama housemate. Lepas tu main PS 2 sekejap sebelum masuk tidur kira-kira jam 11.50 malam.

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][Arkib 2003][181][182][183][184][185][186][187][188][189][190][191][192][193][194][195][196][197][198][199][200][201][202][203][204][205][206][207][208][209][210][211][212][213]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie][Crimsonsky]

LAMAN HIJAUKUNING
Baca Diari Sebelum Ini
Saifulazrul Collection 1999-2004
Provided by Saiful Azrul Che Lah