Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL
Ketenangan Hati & Keredhaan Ilahi : Impian Abadi

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

Enter Malaysian Top Sites - Laman Top Malaysia Dan Undi Laman Ini !!!

17 APRIL 2004

Semasa di hentian Sungai Perak arah Utara awal pagi tadi, tiba-tiba saya teringat akan sesuatu. Sesuatu yang cukup manis untuk dikenang. Kenangan yang cukup indah tetapi sayangnya ia sudah berakhir dan akan pergi selamanya. Mungkin... Atau ia akan kembali. Hmmm... Saya memerhatikan kembali kawasan itu. Memang cukup sukar dilupakan tetapi hari ini lebaran baru sudah dibuka. Dua tahun memang suatu jangkawaktu yang cukup singkat. Sekejap sahaja sudah berubah. Namun hakikat yang harus ditempuhi haruslah tabah kita tempuh.

Lupakan ia... Dah agak lama saya tak kemaskinikan laman saya. Maaf sebab saya memang tidak sempat nak kemaskinikan diari ini disebabkan kesibukan yang mencengkam dan ketiadaan kemudahan untuk saya lakukan proses pengemaskinian. Maaf. May be ia hanya sementara tetapi saya akan cuba yang terbaik untuk mengemaskinikan laman saya.

Alhamdulillah saya sudah melapor diri di HUKM pada 05 April 2004. Kini saya telah dengan rasminya bertugas sebagai seorang Pegawai Sistem Maklumat. Memang tugas yang saya hadapi cukup mencabar. Saya ditugaskan untuk membangunkan satu sistem maklumat Hospital untuk HUKM. Memang cukup berat dan besar tugas ini. Namun Alhamdulillah ada banyak bantuan dari kawan-kawan dan kakitangan di HUKM.

Saya ditugaskan sebagai Penganalisa sistem. Memerlukan saya mengenalpasti keperluan-keperluan sistem dan merekabentuk sistem baru. Memang banyak masalah yang perlu diselesaikan. Biasalah bab-bab requirement ni memang sukar nak puaskan hati user. Inilah cabaran yang cukup besar untuk saya hadapi. Bukan saya sahaja malah seluruh team pembangunan. Tugas memang banyak.

Seawal jam 7 atau 7.15 pagi saya dah berada di pejabat dan selalunya saya balik pada jam 6 atau 6.30 petang. Terpaksa! Kalau ikut saya memang saya suka datang awal tetapi saya suka jugak balik awal. Tetapi tugas sekarang memerlukan saya bekerja lebih. Dahlah banyak meeting, ceramah dan taklimat nak kena siapkan tugas. Minggu depan saya kena ke Genting untuk membuat final decision about DFD, merangka ERD dan mungkin kemudian proses Normalization. Bab-bab ni memang bukan kepakaran saya. Saya lebih minat ke arah Programming. Tetapi sudah tugas, harus saya pikul sebaik mungkin dan terpaksalah saya refresh balik apa yang saya pernah belajar dahulu.

Dah lama saya tinggalkan bab-bab ni dan kerja saya sebelum ni pun banyak berkisar mengenai Internet. Tapi kini kena develope sistem. Hehehe... Memang banyak kontranya tetapi saya kena hadapi cabaran ini! Tugas ini memang mencabar...

Bab lain pulak...

Saya secara jujur ingin saya katakan, saya tidak suka cara hidup di KL. Bila saya kembali sampai di Kedah ni (saya pulang atas beberapa urusan peribadi) memang saya rasa cukup seronok dan tenang. Di KL dengan kesibukan yang tak pernah henti memang saya tak selesa. Tapi apakan daya dah rezeki saya di sana.

Saya maish lagi menghadapi masalah dengan rumah sewa. Buat masa ni saya menumpang di rumah sahabat baik saya Din yang sellau saya cerita dalam diari saya dulu. Alhamdulillah ada banyak rakan yang sudi membantu. Terima kasih. Kawan yang baik juga merupakan suatu rezeki!

Tetapi saya perlu juga mencari sebuah rumah sewa di kawasan Bandar Tun Razak dan kawasan yang sekitar dengannya. Kini saya menetap di Seri Kembangan tetapi taklah jauh sangat. Masalahnya kini ialah saya tiada housemate. Kalau nak masuk sorang, sakitlah nak bayar rumah sewa. Rumah saya dah dapatkan dah tetapi tak ada rakan serumah lagi. Itulah maslaah besar sekarang. Memang masalah besar. Mujur Din banyak membantu.

Kalau waktu mula di KL saya terpaksa menghabiskan sekurang-kurangnya RM 7 untuk pengangkutan tetapi Alhamdulillah setelah motor saya sampai dari Kedah, saya dah banyak berjimat kerana kos minyak motor hanya RM 1 sahaja sehari. Alhamdulillah...

Sesekali saya terfikir, macam tak percaya dapat bekerja di sebuah organisasi yang mempunyai reputasi yang cukup hebat. Semuanya hak Allah. Allah berkuasa menaikkan sesiapa sahaja yang Dia kehendaki dan ingatlah juga bahawa Dia juga berkuasa untuk menurunkan sesiapa sahaja yang dikehendakinya. Yakinlah sesungguh hati kepada-Nya.

Kini saya kembali di Alor setar. Saya tiba kira-kira jam 5.15 pagi dan dijemput oleh adik saya, Faizol di Terminal Bas Shahab Perdana. Selepas Solat Subuh saya sambung tidur sekejap disebabkan terlalu mengantuk. Hmm... Lama tak rasa tidur lepas Subuh balik. Di KL saya memang bangun tiap-tiap hari jam 5.30 pagi. Lepas Solat Subuh dah bersiap ke Pejabat. Jadi hari ni boleh rehat sikit. Lagipun minggu depan saya rasa macam nak pecah kepala dibuatnya sebab masih banyak tugas yang perlu diselesaikan.

Selepas bangun dan sarapan saya rehat sebentar sebelum membaca paper. Kemudian saya ke kedai tempat saya bertugas sebelum ni dna jumpa kawan-kawan lama. Kemudian saya dan Ariff meluangkan masa di Karnizal Sureheboh TV3. Memang ramai orang dan saya tak sempat lawat semua gerai walaupun berada lebih kurang 1 jam 45 minit di sana. Laipun Arif nak kena masuk kerja balik lepas ni. Bila balik rumah saya rest sekejap sebelum saya tonton cerita Hindustan dan rehat.

Kemudian saya meluangkan masa ke Shahab Perdana untuk membeli tiket pulang ke KL malam esok. Memang teruk jam di Bandaraya Alor Setar ni. Semua jalan menuju ke Stadium Darulaman memang cukup sesak sampaikan disesetengah tempat nampak macam tak terkawal. Saya sengaja pilih jalan yang agak sesak disebabkan ada matlamat lain. Alhamdulillah hasrat saya tercapai.

Sesampainya di Shahab saya dapat tiket untuk jam 9.45 malam esok di Terminal 07 Shahab Perdana. Sedihnya nak tinggalkan tempat kesayangan saya. Malam lepas Solat Isyak, saya ingat nak tengok bola di Kedai tapi member ajak ke Sureheboh.

Entahlah, Allah takdirkan saya bertemu dengan apa yang saya nak ketahui. Alhamdulillah Cuma saya tak ada kesempatan untuk meneruskannya. Apa pun ia menambah keyakinan saya. Kemudian sempat menjenguk beberapa acara yang berlangsung Cuma ada gelegat sekumpulan remaja yang keterlaluan mencemarkan karnival ni. Inilah padahnya kalau berhibur tanpa batasan.

Kemudian saya singgah di Nurha Rest untuk makan bersama Arif dan Taufik. Pilihan saya ialah Nasi Goreng Siam dapat saya rasa... Bila balik Saya sempat update sikit diari saya yang dah lama tak dikemaskini. Cuma ada yang terus sign guestbook sebaik sahaja saya update. Thanks...

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][Arkib 2003][181][182][183][184][185][186][187][188][189][190][191][192][193][194][195][196][197][198][199][200][201][202][203][204][205][206][207]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie][Crimsonsky]

LAMAN HIJAUKUNING
Baca Diari Sebelum Ini
Saifulazrul Collection 1999-2004
Provided by Saiful Azrul Che Lah