Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL
Ketenangan Hati & Keredhaan Ilahi : Impian Abadi

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

Enter Malaysian Top Sites - Laman Top Malaysia Dan Undi Laman Ini !!!

14 JUN 2004

Soal hati dan perasaan memang cukup sukar untuk dikupas dan ditelah. Terlalu banyak yang perlu kita fikir dan hayati sebelum memulakan sesuatu. Kita tak pernah tahu apa yang bakal terjadi di hadapan sehingga kita melaluinya. Apabila kita melaluinya, pasti kita akan rasa betapa ertinya hidup. Kadang-kadang ia akan mekar dan kadang-kadang ia boleh jadi layu biarpun pengharapan awal tidak seperti jangkaan.

Kita hanya manusia, yang boleh dan mampu berusaha serta berikhtiar, keputusannya adalah milik Allah. Ia sudah tertulis sejak azali lagi. Biarpun kita terlalu mahukan sesuatu, ia tidak semestinya mengikut kehendak kita. Yakinlah kepada Allah. Allah yang menetukan segalanya dalam hidup.

Kita cuma manusia. Mainan emosi adalah dugaan. Dalam hidup kita kena tabah dan betah. Mencari siapakah diri kita. Dan apabila kita kenal diri kita barulah kita mengenal Dia. Setiap sesuatu ada hikmahnya dan setiap yang berlaku pasti ada pengajarannya. Yang perlu kita lakukan, kutiplah sebanyak mungkin pengajaran dan belajarlah dari apa yang kita kutip. Insyaallah suatu masa, kita akan berhadapan dengan Keindahan yang cukup indah.

Bila kita mengalami masalah, semaklah hubungan kita dengan Allah, sudah pasti ada yang tidak kena antara kita dengan Allah. Jadikanlah Allah sebagai yang paling utama dalam hidup kita. Jika kita ingat Allah, Allah sudah pasti mengingati kita...

Renungilah sabda kekasihNya dalam sebuah hadis Qudsi yang bermaksud:

     “Wahai anak Adam! Jika engkau ingat kepadaKu, Aku juga tetap ingat kepadamu. Dan jika engkau lupa kepadaKu, Aku masih ingat terus kepadamu. Apabila engkau taat kepadaKu, maka pergilah ke mana saja yang engkau suka, di tempat engkau mematuhiKu dan Aku mematuhimu, dan engkau mengikhlaskan kecintaanKu kepadamu, kemudian engkau memalingkan diri daripadaKu, sedang Aku tetap mengambil berat terhadapmu. Siapakah yang memberimu makan sewaktu engkau masih janin di dalam perut ibumu. Aku tetap menguruskan segala keperluanmu dengan baik, sehingga terlaksana semua takdirKu terhadapmu. Apabila Aku lahirkan engkau ke alam dunia, engkau lalu membuat maksiat. Bukan begini sewajarnya balasanmu terhadap siapa yang berbuat baik kepadamu.”

Oklah...

Macam biasa,, cuma saya lewatkan sikit kehadiran saya ke office... Selalunya sebelum jam tujuh pagi kali ni average waktu kedatangan saya ialah 7 – 7.05 pagi. Taklah lewat sangat kan... Dekat office macam biasa, cuma agak sibuk sikit sebab hari Jumaat hari tu tak banyak saya buat kerja, jadi hari ni kena pulun sikit sebab saya nak bercuti pada minggu ni. So saya kenalah pulun sikit.

Petang main badminton Di Kompleks Sukan Bandar Tun Razak. Alhamdulillah prestasi cukup memuaskan walaupun injured dan lantai yang agak licin tetapi still menang. Nak kena beli kasut baru nampaknya ni... Hehehe... Tunggu hari gajilah nampaknya...

Malam just rehat sambil membaca. Kemudian ke Masjid sebelum makan di Velodrom. Jam 10 baru balik rumah dan teruskan dengan membaca. Untung jugak TV tak ada dalam bilik ni sebab boleh membaca lama sikit tapi sekejap sahaja sebab saya keluar ke ruang tamu tengok TV. Hehehe... A Fighter’s Blues. Saya cukup tertarik dengan cerita ni. Banyak pengajarannya. Minggu depan cerita komedi Shaolin Soccer. Hehehe... Memang best dan saya dah tengok berkali-kali CD filem ni.

Jam 12.30 baru masuk tidur.

WASSALAM...

13 JUN 2004

Tak Faham 

"Mak saya tak pernah beri perhatian langsung pada saya. Bagaimana dengan emak awak ?" "Entah...... saya pun tak pernah dengar emak saya menyebut nama awak depan saya!!"

Ringkas sahaja lawak di atas. Hehehe...

Oklah...

Hari Ahad. Awal-awal pagi lagi saya dah ke Taman Tasik Permaisuri untuk berjogging. Baru separuh jogging dah hujan. Mulanya jogging jugak tapi oleh sebab agak lebat terpaksalah berteduh sementara. Hehehe... Kemudian berhenti makan di Bandar Tun Razak. Memang sakit sikit badan rasanya...

Kemudian saya habiskan masa selama Tiga jam untuk baca paper. Entahlah sebab apa lama sangat saya habiskan masa untuk itu.  Hehehe... Kemudian rehat sekejap... Sebelum saya keluar repair motor di dan makan tengah hari di Bandar Tun Razak. Kemudian saya terus ke pusing kawasan Cheras. Nak sesat dibuatnya saya. Hehehe... Pening sama ada Cheras atau Selangor. Memang memeningkan...

Kemudian rehat sekejap...Sebelum turun jogging. Memang agak memenatkan tetapi itulah yang perlu saya lakukan sebab nanti nak kena jaga stamina betul-betul... Malam just relaks dan saya tidur awal sebab bangun balik lepas jam 2 pagi untuk tonton France lawan england. Saya sokong France dan memang dramatik sebab England lead 1-0 sampai minit 90.

Masa kecederaan 3 minit dan pada minit pertama masa kecederaan France berjaya menjaringkan satu gol melalui freekick Zidane dan minit ke-3 masa kecederaan France menjaringkan gol kedua juga melalui Zidane kali ini melalui penalti. Hehehe... Memang mendebarkan dan memang menarik. Tak sia-sia berjaga malam ni...

WASSALAM...

12 JUN 2004

Yang Paling Cepat 

Jusoh telah diamanahkan supaya memilih dari calon-calon yang memohon untuk mengisi jawatan yang telah ditawarkan. Setelah menyusun dan mencari dari biodata-biodata yang diterima, dia dapati ada 4 pemohon lelaki yang sama dari segala segi kelayakan mereka. Jusoh kemudiannya memutuskan untuk memanggil kesemua 4 pemohon tersebut untuk bersemuka. Dia merancang untuk menanya satu soalan yg akan menentukan siapa sebenarnya yang lebih layak untuk jawatan tersebut.

Harinya pun tiba. Sebaik saja keempat-empat lelaki tersebut mengambil tempat duduk masing-masing dalam bilik temuduga, Jusoh terus bertanya, "Beritahu saya, apakah perkara yg paling cepat sekali berlakunya?" sambil menunding jarinya kepada lelaki yg pertama. Lelaki pertama dengan penuh keyakinan menjawab, "Fikir. Ia muncul tiba-tiba dalam kepala. Tiada amaran awal tentang kehadirannya. Fikir adalah kejadian yg paling pantas yang saya tau". "Itu sudah bagus!" Jawab Jusoh.

"Apa pendapat awak pula?" dia bertanya pada lelaki yang kedua. "Hmm... ok... Kelip Mata! Ia berlaku tanpa kita sedar pun. Itulah yang terpantas sekali berlakunya". "Tepat!, Sekelip Mata.. selalu digunakan untuk menyatakan kecepatan pergerakan sesuatu" sambut Jusoh.

Dia kemudiannya berpaling kepada lelaki ketiga yang terus memberikan jawapannya. "Apabila suiz lampu di'ON' kita akan dapati lampu segera mengeluarkan cahayanya tanpa lengah walau sedetik pun. Pergerakan cahaya itulah yang tercepat dan terpantas yang saya tahu". Jusoh amat terpikat dgn jawapan yg diberikan, dalam fikirannya tertera inilah orang yang dia cari.

Walaubagaimana pun, dia berpaling kepada lelaki keempat lalu mengajukan soalan yang sama. "Setelah mendengar ketiga-tiga jawapan tadi, nyatalah kepada saya iaitu perkara yg paling pantas sekali berlakunya adalah 'berak cair'. "APA?!" Terperanjat Jusoh dgn jawapan yang diberikan.

"Oh biar saya jelaskan" kata lelaki keempat itu, "Ceritanya begini, suatu hari saya merasa kurang selesa lalu saya terus berlari ke tandas. Tapi, sebelum sempat saya berfikir, belum sempat saya berkelip mata pun dan belum sempat saya 'ON' suis lampu tandas tu, saya sudah terberak cair dalam seluar saya.
"

Memang saya tertarik dengan jokes di atas... Jadi saya jadikanlah ia sebagai pembuka bicara hari ni...

Oklah...

Selepas Subuh memang saya tak terdaya nak terus berjaga. Lepas tu memang saya sambung tidur terus. Hehehe... Memang kemudian saya just lepak kat rumah sambil pusing tengok kawasan apartmen ni. Lepas tu just tonton TV dan kemudian rehat-rehat di rumah sampai malam. Malam keluar sekejap untuk makan sebelum berdebar tunggu result. Tewas lagi kali ni 1-0! Nak buat macam mana.

Teringat pulak malam tadi bila main futsal, seorang member yang namanya cukup hangat suatu ketika dulu. Mat rempit yang didakwa membelasah seorang Datuk di Alor Setar tempoh hari. Habis kena usik dia malam tadi. Hehehe... Saya tak mahu ulas benda dalam kes tetapi macma pernah saya ceritakan dalam paper lain, di luar paper lain. Faham-faham sendirilah...

Kemudian tonton Euro. Dan memang best bila ada upset. Hehehe... Lepas tu tengok Spain lawan pulak. Spain menang 1-0. Siap sms dengan Zam tengah-tengah malam pasal Euro...

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][Arkib 2003][181][182][183][184][185][186][187][188][189][190][191][192][193][194][195][196][197][198][199][200][201][202][203][204][205][206][207][208][209][210][211][212][213][214][215][216][217][218][219][220][221][222][223][224]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie][Crimsonsky][Nana]

LAMAN HIJAUKUNING
Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2004
Provided by
Saiful Azrul Che Lah