Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL
Ketenangan Hati & Keredhaan Ilahi : Impian Abadi

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

Enter Malaysian Top Sites - Laman Top Malaysia Dan Undi Laman Ini !!!

25 JUN 2004 [JUMAAT]

Hadis: Mendengar ghibah turut berdosa

RASULULLAH ketika ditanya oleh seorang sahabat apakah itu ghibah, Baginda bersabda maksudnya : “Menyebut sesuatu yang tidak disukai oleh saudaramu di belakangnya!” Kemudian Baginda ditanya lagi: “Bagaimana sekiranya apa yang disebutkan itu benar?” Jawab Baginda: “Kalau sekiranya apa yang disebutkan itu benar, maka itulah ghibah, tetapi jika sekiranya perkara itu tidak benar, maka engkau telah melakukan buhtan (pembohongan besar).” (Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan At-Tarmizi).

Ghibah (menyebut keburukan orang lain walaupun benar) amat buruk, apatah lagi buhtan (memfitnah dan mengada-adakan keburukan seseorang).

Orang yang mendengar ucapan ghibah turut memikul dosa ghibah kerana dia masuk dalam ghibah itu sendiri. Kecuali dia mengingkarinya dengan lidah atau menerima dengan hatinya.

Apabila ada kesempatan, maka lebih utama baginya mengalihkan ghibah itu dengan pembicaraan lain yang lebih bermanfaat.

Rasulullah bersabda bermaksud: “Seseorang hamba yang membicarakan sesuatu yang belum jelas baginya (hakikat dan akibatnya), akan dilempar ke neraka sejauh antara timur dan barat.” (Hadis riwayat Muslim)

Jelasnya, ghibah bukan hanya pada ucapan lidah, malah setiap gerakan, isyarat, ungkapan, sindiran, celaan, tulisan atau segala sesuatu yang difahami sebagai hinaan.

Mendengar orang yang sedang ghibah dengan kagum dan menyetujui apa-apa yang dikatakannya, hukumnya sama dengan ghibah.

Pahala amal kebaikan orang yang melakukan ghibah akan diberikan kepada orang yang menjadi sasaran ghibahnya. Islam mengharamkan dan melarang ghibah kerana boleh mengakibatkan putus ukhuwah, rosak kasih sayang, timbul permusuhan, tersebar aib, lahir kehinaan dan timbul keinginan untuk melakukannya.

Moga-moga ia dapat dijadikan renungan...

Hari ni saya memang lewat ke ofis (Bukan lewat lebih waktu ofis tetapi lewat dari segi benchmark saya). Kemudian Dr. Taufik (My Boss) ajak minum pagi bersama Rahman, Khairill Dan Aieshah. Kemudian sambung kerja macam  biasa. Waktu sebelum Solat Jumaat saya sempat dengar ceramah sekejap berkenaan Rahmat Allah dan kemudian khutbah Jumaat.

Petang masuk kerja kembali dan selepas waktu pejabat main badminton bersama staf PTM. Ramai yang turun hari ni (Rahman, Shidee, Saidi, Abang Shahrul, Naterah, Wati, Aisyah, Erni, Azizi, Fazli, Zamri dan Zaidi). Nampaknya saya dan Rahman bolehlah jadi first double untuk PTM. Hehehe... Rekod tanpa kalah...

Kemudian saya sambung dengan team Engineering dan still menang tanpa kalah. Alhamdulillah walaupun fitness tak berapa ok sikit sekarang ni. Ni semua sebab balik Kedah hari tu, saya makan banyak sangat sampai naik sikit berat badan saya hari tu. Nak kena turun balik...

Malam saya keluar beli kasut bola di Leisure Mall. Saya just pakai baju biasa dengan gaya selekeh. Memang saya tak pandai sangat mengurus diri. Penatlah kalau saya kawin nanti bini saya nak uruskan saya. Hehehe... Langsung tak dilayannya saya bila masuk ke kedai kasut tu. Saya lagi suka sebab boleh memilih tanpa gangguan. Bila saya cakap nak beli, barulah dilayan dengan cukup mesra. Amboi... Tadi langsung tak layan. Hehehe... Lawak betul tapi biasalah orang sering menghakimi kita dari segi luaran.

Kemudian makan di Velodrom sebelum terus tidur untuk bangun tengok France lawan Greece. Bila bangun tengok live, kalah! Alamak awatlah France main teruk sangat? Terus saya tidur...

WASSALAM...

24 JUN 2004

Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: Setelah Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata: "Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?." Lalu Allah berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya 'Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..." Kemudian JIbrail as meminta izin keada Allah untuk melihat syura Ma'waa. Setelah Jibrail as  mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalana 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud: "Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai JIbrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan......"

Sedikit renungan buat diri kita yang sering lupa. Betapa bertuahnya kita menjadi Umat Nabi Muhammad tetapi kita sentiasa leka dan alpa dibuai keindahan dunia yang hanya sementara sifatnya. Jadikanlah ia sebagai renungan buat menginsafi kelemahan diri.

Oklah...

Hari ni saya agak lewat ke ofis. Minggu ni memang saya jangkakan saya akan sentiasa lewat ke ofis. Badan terasa cukup penat. Memang penat! Hehehe... Kemudian siapkan beberapa kerja (sebenarnya banyak kerja yang tertangguh minggu ni. Badan asyik rasa penat. Sakit sana, sakit sini..

Semuanya macam biasa cuma waktu petang saya turun jogging di Tasik Sri Permaisuri. Letihnya badan. Malam just rehat dan kemudian bangun balik tonton England lawan Portugal. Yes menangpun Portugal. Dramatik sungguh 6-5 melalui penalti setelah seri 2-2. Fuh seronoknya... Lepas Subuh baru tidur.

WASSALAM...

23 JUN 2004

Saya amat terkejut dengan berita kematian Kim akibat dibunuh di Iraq. Bagi saya itu amaran kepada mana-mana negara agar tidak menghantar tentera ke Iraq. Tapi cara yang digunakan itu salah dari apa yang Islam anjurkan. Ia memberi imej buruk kepada umat Islam. Tapi dalam diari saya beberapa hari lepas, ada saya masukkan yang pembunuhan Berg dipercayai dilakukan oleh CIA. Kali ni pun tak mustahil sama. Apa pun sila rujuk link ni... http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Thursday/Dunia/20040624104212/Article/

Oklah...

6.45 pagi baru bangun...Lewat betul, kan dah kelam kabut bersiap tapi sempat sampai 3 minit awal dari semalam. 7.26 pagi. Saya pun tak banyak settlekan kerja cuma fikir sikit-sikit dan kemudian meeting. Lepas tu ada jamuan makan tengah hari dan waktu petang gagahkan diri buat kerja walaupun penat rasanya.

Hmmm... Memang letih... Apa nak buat minat punya pasal, petang terus balik. Ingat nak main badminton tapi ada masalah sikit jadi terus saya rehat dan settlekan masalah tu...

Malam selepas Solat Isyak, saya bersama dengan Adli dan Fairuz di Velodrom untuk bincangkan beberapa perkara sampai jam 11.30 malam. Lepas tu nak tidur awal tapi sempat tengok CD Gila-gila Pengantin Remaja. Last sekali dapat tengok bola sekejap sahaja sebelum terlelap.

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][Arkib 2003][181][182][183][184][185][186][187][188][189][190][191][192][193][194][195][196][197][198][199][200][201][202][203][204][205][206][207][208][209][210][211][212][213][214][215][216][217][218][219][220][221][222][223][224][225][226][227]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie][Crimsonsky][Nana][Megat][Wawa Online]

LAMAN HIJAUKUNING
Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2004
Provided by
Saiful Azrul Che Lah