Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL
Ketenangan Hati & Keredhaan Ilahi : Impian Abadi

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

Enter Malaysian Top Sites - Laman Top Malaysia Dan Undi Laman Ini !!!

18 JUN 2004 [JUMAAT]

Malaysia daftar 70,430 anak luar nikah sepanjang 1999-2003
Friday, June 18 @ 12:27:56 MYT


KUALA LUMPUR, 18 Jun (Hrkh)- Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mendaftarkan 70,430 anak luar nikah bagi tempoh lima tahun iaitu daripada 1999 hingga 2003, kata Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Dato' Azmi Khalid.

Menjawab soalan Senator Ustaz Haji Hassan Shukri, beliau memberitahu Dewan Negara daripada jumlah tersebut berdasarkan statistik mengikut agama, anak luar nikah orang Islam paling ramai didaftarkan iaitu 30,978 orang.

Azmi berkata, berdasarkan statistik pendaftaran anak luar nikah mengikut bangsa pula, kaum Melayu, Bumiputera Sabah/Sarawak mencatat bilangan tertinggi iaitu sebanyak 20,949 orang.

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri itu turut mengemukakan statistik lengkap mengenai pendaftaran anak luar nikah mengikut negeri bagi tempoh lima tahun dengan Selangor mencatat bilangan tertinggi iaitu 12,836 pendaftaran manakala Terengganu mencatat bilangan paling kecil iaitu 574 orang dalam tempoh lima tahun berkenaan.

Ustaz Hassan yang juga Timbalan Presiden PAS, dalam soalan asalnya meminta menteri berkenaan supaya menyatakan jumlah kelahiran anak-anak luar nikah mengikut pecahan negeri, bangsa dan agama antara tahun 1995 hingga 2003.

Dalam jawapan beliau, Azmi menjelaskan bahawa JPN bukan merupakan agensi yang bertanggungjawab mendaftarkan anak luar nikah.

Katanya, JPN hanya bertanggungjawab mendaftar dan mengeluarkan sijil kelahiran bagi semua kelahiran yang berlaku di Malaysia di mana kelahiran dilaporkan.

"Dalam proses pendaftaran tersebut sudah tentu meliputi juga daripada kalangan yang dianggap anak luar nikah," jelas beliau.

Menurut Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, kanak-kanak yang dikategorikan sebagai anak luar nikah dalam maksud pendaftaran kelahiran terdiri daripada kanak-kanak yang dilahirkan oleh pasangan (ibu bapa) yang tidak berkahwin tetapi maklumat bapanya dimasukkan ke dalam Daftar dan Sijil Kelahiran kanak-kanak.

"Pendaftaran tersebut dibuat di bawah peruntukan pendaftaran kelahiran anak tak sah taraf, ujarnya.

Azmi menjelaskan berdasarkan takrif tersebut, statistik pendaftaran kelahiran anak luar nikah mengikut negeri bagi tahun 1999 hingga 2003 mencatatkan bilangan besar 70,430 orang dengan Selangor seramai 12,836 orang, diikuti Perak (9,788), Kuala Lumpur (9,439), Johor (8,920), Sabah (8,435), Negeri Sembilan (4,108), Pahang (3,677), Kedah (3,496), Pulau Pinang (3,412), Melaka (2,707), Kelantan (1,730), Perlis (691), Sarawak (617) dan Terengganu 574 orang.

Beliau juga mengemukakan statistik pendaftaran anak luar nikah mengikut bangsa dengan Melayu/Bumiputera Sabah dan Sarawak sebanyak 20,949 orang, India (19,581), Cina (18,111) dan kaum-kaum lain sebanyak 11,789 orang.

Manakala statistik pendaftaran mengikut pecahan agama pula, orang Islam mencatat bilangan tertinggi mendaftarkan anak luar nikah seramai 30,978 orang, 18,085 bagi penganut Hindu, 17,236 bagi penganut Buddha, seramai 3,395 orang Kristian dan 736 orang anak luar nikah daftarkan mengikut agama-agama lain. MR/lanh

Source: http://www.harakahdaily.net/article.php?sid=8405&mode=thread&order=0

Menakutkan...

Fikirlah sendiri apa sebenarnya yang telah terjadi dengan masyarakat kita kini...

Oklah...

Bangun-bangun dah dekat jam 7 pagi! Alamak lewatnya... Janji dengan Shuk jam 7.15. Lepas Solat dan bersiap akhirnya kami sempat berkumpul sebelum jam 8 di tempat perlawanan. Macam biasa... Orang tak tepati masa... Kata nak mula sebelum jam 8 Jam 9 lebih baru mula! Tapi nak buat macam mana, team kami kena ada displin. Kami tetap datang awal setiap kali kejohanan walaupun dah tahu kejohanan akan bermula lewat.

Game kedua dan ada masalah besar antara kami dengan penganjur. Mujurlah saya kenal penganjur tu dan dia pun agak malu alah dengan saya tetapi saya meamng tak selesa. Prestasti saya out. Kalau diberi rating just 1/10. Ada sebab yang saya tak mahu cakap dalam ni. Saya akan ingat benda ni. Kami tewas 3-1. Gol kami dijaringkan oleh Zam. Cantik betul gerakan solonya dari tengah menggelecek beberapa pemain dan terus membuat rembatan yang terkena tiang sebelum bola menggolek masuk dan GOL... Kalau dah star tu memang star. Zam meamng hebat. Kalau kami tak ada Zam meamng hancurlah team kami. Sorry gang saya tak dapat perform... Sorry...

Kemudian kami sarapan bersama di Stadium sampai jam 12 tengah hari sebelum bertolak. Saya sempat tidur sekejap sebelum solat Jumaat di Masjid Derga. Khutbah berkisar dengan Sifat Allah iaitu sombong. Kemudian makan tengah hari sebelum saya lelapkan mata sekejap sebab mengantuk.

Petang saya ke kedai lama untuk berbual dan malam jumpa dengan Zam dan Boss di Kampung Berjaya. Berbual sampai jam 11.30 malam sebelum saya ke kedai lama saya sebab dah janji nak tengok bola bersama Denmark lawan Bulgaria. Saya macam biasa depa masih ingat kegemaran saya Nasi Goreng Siam. Hehehe dan teh o ais limau... Kemudian saya online di kedai lama saya tu sampai jam 5 pagi sambil menonton bola. Jam 5 pagi ambil Men di Shahab Perdana. Dah tiga minggu Men pi KL tapi jumpa kat Alor Setar jugak. Hehehe...

Lepas Subuh baru saya tidur.

WASSALAM...

17 JUN 2004

Virus serang telefon bimbit PARIS: Pakar perisian antivirus Russia menemui sejenis virus komputer yang boleh menyerang telefon bimbit, kes pertama seumpamanya yang dapat dikesan setakat ini. I k l a n Cecacing dikenali Cabir dan dipercayai dihasilkan sekumpulan pakar pencipta virus antarabangsa, bagaimanapun sehingga kini tidak mendatangkan kesan buruk sebagaimana serangan virus terhadap komputer, tetapi membuktikan telefon bimbit tidak terkecuali daripada serangan itu. Cawangan firma keselamatan perisian Russia, Kaspersky Labs di Paris berkata pencipta Cabir mahu menunjukkan dunia ‘tiada teknologi yang selamat dan terkecuali daripada serangan mereka,’ lapor agensi berita Agence France-Presse (AFP). Cabir menyerang sistem operasi Symbian yang sememangnya banyak digunakan dalam beberpa pengeluar utama telefon bimbit terutamanya jenama Nokia serta menerusi teknologi baru tanpa wayar Bluetooth yang turut digunakan beberapa jenama baru produk itu. Apabila dijangkiti cecacing itu, skrin telefon bimbit itu akan memaparkan perkataan ‘Caribe.’ Setiap kali telefon berkenaan dibuka, Cabir akan menyerang semula dan mengimbas kawasan itu bagi mengesan telefon lain yang boleh diserang. Melalui cara itu juga, ia menghantar salinan virusnya ke mana-mana telefon lain yang ditemuinya. Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) pula melaporkan, firma perisian antivirus F-Secure, menyifatkan penemuan Cabir adalah bukti teknologi masa kini sememangnya mampu mencipta virus telefon bimbit yang sebelum ini hanya menyerang komputer. Pakar antivirus sejak berbulan lamanya memberi amaran yang virus telefon bimbit mudah tersebar berikutan kekerapan penggunaannya dewasa ini. Pakar di firma F-Secure misalnya adalah antara sekumpulan kecil syarikat keselamatan perisian yang diserang Cabir yang dihasilkan pencipta virus dikenali 29a. – Agensi 

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Thursday/Dunia/20040617071237/Article/

Bahaya ni... Hehehe... Dah sampai tahap handset pun boleh kena serang virus!

Just for information...

Oklah... Masuk bab diari saya...

Sampai di Shahab Perdana kira-kira jam 5.30 pagi. Awal jugak. Terus adik saya jemput dan saya terus lalui satu jalan on the way home. Memang orang tak tahu sebab musabab saya pilih jalan ni. Ada kenangan. Ada pengharapan. Ada nilai sentimental. Tapi tak seorang pun tahu. Hehehe... Itu adalah rahsia dalam hidup... Tapi saya suka... Suka lalu jalan tu... Suka sebab situ ada banyak benda lain... Ada misteri... Hehehe... Taklah tapi ada  something special there. So guest it... Hehehe... It’s secret.

Lepas salam dengan mak dan abah dan selepas Solat Subuh, saya terus leleap sekejap. Kemudian bila bangun saya bersiap terus ke kedai lama tempat saya kerja dulu. Jumpa balik dengan member-member lama dan juga customer lama. Lawaknya ramai yang tanya kenapa lama tak nampak? Hehehe... Saya pun ceritalah...

Kemudian jumpa Suhai di Aiena bicang bab bola. Alamak, Suhai tak dapat main sebab Jaja dah nak balik Malaysia. Jadi Suhai kena jemput di KLIA dan terpaksa balik Seremban. Hilang seorang star untuk team kami.

Kemudian dengan tak semena-mena saya tergerak untuk jenguk Tok Wan di kampung. Saya pilih laluan yang menyusur kehijauan sawah bendang yang hijau terbentang. Indahnya... Damainya... Sudah begitu lama saya tidak menatap pemandangan seindah ini. Cukup membuatkan hati saya terasa lapang dan tenang. Indahnya... Dengan bau selut yang cukup saya suka. (Sesetengah orang tak suka bau ni sampaikan ada seorang kawan saya yang kini bekerja di KL cerita, orang terkejut bila dia suka bau selut!).

Lalu di kawasan Bukit raya tergerak nak menjenguk Pak saudara saya yang sedang sakit. Terus saja saya singgah dan kebetulan dijamu saya makan tengah hari. Hehehe... Rezeki. Terkejut bila saya maklumkan yang saya dah bertugas di KL. Maaf sebab saya tak begitu sempat beritahu. Hehehe...

Kemudian saya teruskan ke rumah Tok Wan. Tok Wan tak ada jadi saya terus menjenguk sepupu baru saya Hafifi. Comelnya dan dah dekat nak berusia 3 bulan dah. Seronok mengusik. Akrima pulak nyenyak tidur setelah terlanggar pintu. Hehehe... Kanak-kanak macam-macam ragamnya.

Apa pun lepas tu baru jumpak Tok Wan dan berbual banyak benda dengan Tok Wan. Tok Wan ingat berapa lama dah saya ke KL. Hehehe... Kemudian tertidur sekejap sebelum saya temankan Tok Wan membakar rumpun buluh depan rumah. Saya bertolak balik sebab nak beli Shinpad untuk game esok.

Saya Solat Maghrib ikut waktu KL! Saya terlupa dah balik Kedah... Kena solat semula, apalah cuainya saya ni. Hehehe... Kemudian baca Yassin bersama keluarga sebelum saya keluar beli Shinpad di Pacific. Sponsor stokin kat adik sekali. Kemudian jumpa Men dan Boss untuk bincang pasal strategi esok + sembang bab-bab lain. Maklumlah bukan senang nak jumpak sekali. Saya di KL, Zam di Langkawi dan Boss di Alor Setar.

Jam 11.30 malam terus balik dan tonton Euro sampai France lawan Croatia. Lepas tu baru tidur.

WASSALAM...

16 JUN 2004

Ahli Sarkas 

Seorang Polis menahan sebuah kereta yang didapati memandu dalam keadaan mabuk. Sedang menulis saman... polis tersebut ternampak banyak pisau di dalam kereta.

"Pisau itu untuk apa?" tanya Polis dengan curiga.

"Saya ahli sarkas.. dan pisau-pisau itu saya gunakan dalam pertunjukkan"

"Ok.. buktikan!" perintah polis tersebut.

Lalu pemandu itu mengeluarkan pisau˛nya dan mula menunjukkan kebolehannya. Mula˛ hanya 3 pisau.. kemudian bertambah.. hingga akhirnya 7 pisau sekaligus di-lempar˛kan, keatas, kebawah, kebelakang, dan berbagai gaya ditampilkan, membuat Polis terpesona.

Tiba-tiba sebuah kereta lain melalui jalan tersebut... Pemandu kereta kedua tadi terlihat kejadian itu dan tercengang.. kemudian berkata,

"Takutnya.. Aku mesti berhenti minum! Lihat... sekarang hukumannya seperti itu!"

Sedikit jokes buat hari... Moga hidup kita ceria sentiasa...

Oklah... :-)

Awal-awal pagi lagi saya dah dapat mesej dan memang saya lewat sikit ke ofis sebab Bubur Durian. Saya terpaksa ke tempat lain dulu sebelum office. Hmmm... Hari ni sarapan pagi ditaja oleh Aieshah Catering. Pulut Durian. Habis berbau bilik ni. Hehehe... Minuman Pula tajaan Khairill Drinking Sdn. Bhd. Hehehe... Saya dengan Rahman tukang makan dan minum. Hehehe...

Kemudian ada meeting untuk finalize Workprocess dan tak seperti jangkaan ia habis agak awal. Kemudian saya just buat discussion dengan Fazie tentang DFD dan Work Process sampai hampir habis waktu office.

Petang, saya ajak Khairill turun main badminton di Kompleks Sukan Bandar Tun Razak. Boleh tahan jugak Khairill dan Shahir. Saya pun main macam biasa dan tak sangka yang selalu saya beat tu, team UKM! Ada chance nak join team UKM ni. Hehehe...

Malam Din dan Duan hantar ke Pudu. Thanks...Saya belanja depa makan di sana sebelum bertolak balik. Atas bas, terus saya tidur...

WASSALAM...

15 JUN 2004

Kucing 

Seekor kucing kepunyaan seorang pakar konselor menyusup masuk pasar jualan ikan...dan mencuri seekor ikan tenggiri..

Penjual ikan lalu pergi ke pejabat pakar konselor tadi dan bertanya:

"Kalau seekor kucing yang dilepas dan mencuri seekor ikan tenggiri dari kedai saya, apakah saya ada hak untuk menuntut ganti rugi dari pemiliknya ?"

"Tentu saja!" jawab pakar konselor...

Penjual Ikan bersorak kegembiraan "Bagus... kalau begitu encik harus membayar saya RM 10.00 untuk seekor ikan tenggiri yang dicuri oleh kucing encik dari kedai saya tadi pagi."

Pakar konselor tanpa sepatah kata pun terus membayar RM 10.00 kepada penjual ikan tersebut...

Keesokannya ketika penjual ikan mengambil surat dari peti surat rumahnya.. dia bertemu sekeping surat dari pakar konselor tersebut.... kandungannya: "RM 200.00 untuk perkhidmatan kaunseling"

Saya memang cukup tertarik dengan jokes ni...

Memang dalam banyak benda khidmat perkhidmatan memang tinggi cajnya... So kalau nak kaya masuklah bidang perkhidmatan...

Oklah...

Tak banyak yang dapat saya tulis hari ni. Banyak benda yang perlu saya bereskan. Terima kasih kepada Fazie yangcukup banyak membantu. Tak tahulah apa yang akan jadi kalau Fazie tak ada. Memang cukup banyak membantu kerja-kerja saya. Kalau boleh dicalonkan, saya akan calonkan Fazie sebagai pekerja cemerlang. Rajinnya dia buat kerja yang sepatutnya saya kena buat. Thanks Fazie...

Hari ni di samping surf, saya sempat jugak settlekan beberapa perkara yang perlu saya lakukan. Rahman masih lagi cuti. Cuma lepas waktu kerja saya bergegas beli tiket balik Alor setar di Masjid Jamek sebelum saya singgah di Pasar malam di Bandar Tun Razak. Malam just rehat dan selepas Solat Isyak, saya ada appointment dengan wakil insurans untuk bincang bab Insurans. Alhamdulillah semuanya berjaalan lancar.

Kemudian waktu malam, just rehat sambil menonton Euro. Hehehe... La ni memang tidur sayup (faham tak?). Hehehe...

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][Arkib 2003][181][182][183][184][185][186][187][188][189][190][191][192][193][194][195][196][197][198][199][200][201][202][203][204][205][206][207][208][209][210][211][212][213][214][215][216][217][218][219][220][221][222][223][224][225]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie][Crimsonsky][Nana][Megat][Wawa Online]

LAMAN HIJAUKUNING
Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2004
Provided by
Saiful Azrul Che Lah