Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL
Ketenangan Hati & Keredhaan Ilahi : Impian Abadi

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

Enter Malaysian Top Sites - Laman Top Malaysia Dan Undi Laman Ini !!!

20 & 31 MAC 2004

ASSALAMUALAIKUM...

SELAMAT MENGUNDI

Pilihlah pemimpin yang akan memberikan anda hak anda, menjaga anda dan dalam kata lain yang paling tepat.

Sempena pengundian kali ini, saya akan rehatkan diari saya selama dua hari disebabkan beberapa faktor seperti kesibukan dan kerosakan komputer. Jadi saya buat perutusan sempena hari pengundian sebagai ganti.

Walaupun kita Cuma seorang yang kerdil dari segi banyak aspek tetapi kita sebenarnya ada kuasa! Kuasa memilih dan menentukan pemimpin kita. Kita harus bijak menentukan siapa yang hendak kita pilih. Adakah hanya jika akan ada pilihanraya, barulah pemimpin itu melawat dan mengambil perhatian terhadap permasalahan rakyat tetapi selepas menang langsung tidak dapat dilihat wajah mereka?

Jangan mudah tertipu dengan pemimpin yang hanya memikirkan keuntungan peribadi. Yang hanya nampak duit dan mengamalkan rasuah, kronisme dan nepotisme. Carilah pemimpin yang sedia menjadi YANG BERKHIDMAT. Itulah yang harus kita pilih. Sebenarnya kita sudah lama tertipu apatah lagi dengan media massa yang tidak telus di negara kita. Banyak maklumat dan fakta disembunyikan dan sebagai seorang yang dapat berfikir dengan waras dan hati terbuka kita perlu menilai banyak perkara. Jangan hanya bergantung kepada TV dan akhbar perdana sahaja!

Buatlah keputusan dengan bijak. Kalau orang Cina di negara kita boleh memanipulasikan politik untuk kesejahteraan mereka mengapa kita orang MELAYU yang beragama ISLAM yang MAJORITI lemah dalam bab ni?

Kita tidak harus takut melakukan PERUBAHAN, REFORMASI dan TRANSFORMASI dalam dunia politik kita agar pemimpin yang bertakhta sedar betapa rakyat sebenarnya mempunyai kuasa yang cukup besar! Jangan takut untuk memulakan perubahan. Jangan sekali-kali gentar dengan cabaran dan rintangan biarpun diugut dengan pelbagai macam ugutan.

Ini adalah satu perjuangan untuk mengembalikan Malaysia ke landasan yang betul dan arah politik ke arah yang kita impikan. Mungkin perubahan yang bakal berlaku berjaya atau mengambil masa tetapi kita harus sedar yang kita adalah penentu kepada masa depan negara kita.

Buatlah pilihan yang bijak. Jangan tertipu dengan pihak yang berpura-pura dan berlakon kononnya merekalah yang membina negara ini dengan dan tanpa mereka negara kita akan mundur. Jangan terpedaya seperti mana Tok nenek kita dahulu diperbodohkan oleh British. Kata British betapa luasnya jajahan mereka hingga matahari tidak terbenam di kawasan jajahan mereka (Maksudnya amat luas) sedangkan Britain Cuma sebuah pulau yang tidak begitu besar.

Orang lain tidak boleh mentadbir bumi Malaya ketika itu melainkan British. Kini slogan itu dilaung-laungkan tetapi dalam nada dan situasi yang berbeza. Namun hakikatnya tujuannya tetap sama untuk menguasai kita secara psikologi. Inilah doktorin yang harus kita elak dari terperangkap.

Gunakan kuasa kita untuk menghukum mereka yang tidak amanah dan membentuk suatu gagasan baru yang lebih utuh, telus dan bersih. SELAMAT MENGUNDI. UNDILAH DENGAN BIJAK.

WASSALAM...

19 MAC 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Jom pakat-pakat Kalih!

Satu slogan yang cukup popular di Kedah ketika ini. Ramai yang mahu agar pada pilihanraya kali ini bertukar kerajaan. Mungkin dalam media massa berlainan cerita tetapi hakikat yang terjadi di sini, suasananya berbeza dan nampak hangat. Cukup hangat. Keadaan di Kedah 50-50. Macam yang dikatakan oleh DKL Bekas ketua pengarang NST yang dipecat oleh Pak Lah dalam Malaysiakini.com, Kelantan dan Terengganu akan kekal di tangan pembangkang dan Kedah 50-50. Namun saya rasa dah macam 60-40 pulak. Tak tahulah macam mana. Hari pengundian ni, kuasa rakyat bakal menentukan sama ada yang ada sekarang terus diberi mandat atau tidak.

May Kedah akan berubah kerajaan. Satu kemungkinan yang tidak boleh ditolak mentah-mentah!

Oklah...

Pagi macam biasa, saya turun jogging di Taman Rimba. Terserempak dengan Taufik dan Abang G di sana tetapi tak sempat nak join sebab depa awal sikit. Bila balik terus saya tatap paper. Lepas sarapan terus saya rehat dan kemudian sambung tidur sekejap.

Solat Jumaat di Masjid Alor Semela. Habis Solat Jumaat terus saya rehat di rumah sambil menonton TV sebelum saya masuk kerja kira-kira jam 4 petang. Waktu rehat saya habiskan sikit masa di Pasar malam dan nampak pihak yang bertanding mengambil peluang untuk meraih sokongan.

Saya pulak bila habis waktu kerja bersama dengan idzwan, Fahmy dan Taufik ke Nurha Rest untuk makan sambil berbual. Banyak berkisar bab politik dan kami habis berbual jam 3 pagi! Hehehe... Lamanya! Kemudian saya hantar Idzwan ke Peruda sebelum saya tiba di rumah kira-kira jam 3.15 pagi. Kemudian saya siapkan beberapa kerja dan tak tahulah kenapa komputer saya problem. Tension betul!

Akhir sekali tidur kira-kira jam 4.45 pagi!

WASSALAM...

18 MAC 2004 

ASSALAMUALAIKUM...

Dah beberapa kali saya bercakap soal media dan sememangya terus terang saya katakan saya dah tak menaruh kepercayaan sangat kepada media. Bukan disebabkan hanya satu atau dua berita tetapi hampir semua berita yang saya lihat diputarbelit. Hmmm... Apa nak jadi? Saya tak mahu komen  panjang sebab semua dah besar untuk menilai senario kini. Ada akal fikirkanlah...

Oklah...

Alhamdulillah, hari ni saya masih lagi dapat bernafas dan memulakan hidup seperti sediakala. Satu nikmat yang cukup berharga. Pagi ni, macam biasa, saya turun jogging di Taman rimba. Kemudian saya terus balik rumah dan rehat sambil buat sikit pembacaan.

Lepas semua tu saya bergegas ke Tabung Haji di Simpang Kuala untuk sedikit urusan dan kemudiannya saya ke Kedai member baik saya, Tunku Faris untuk sikit urusan laman web. Sampai jam 1.30, saya bergegas untuk beli sikit hadiah buat member saya dan anak buah saya yang dapat cemerlang dalam SPM.

Sampai di rumah jam 2 dan kemudian saya ambil masa sikit untuk tidur dan kemudian masuk kerja macam biasa dari jam 4 petang sampai jam 12 tengah malam. Kemudian saya buat sikit tinjauan tentang persiapan semua pihak yang bertanding dalam pilihanraya kali ni. Nampaknya semua pihak melipatgandakan usaha pada saat-saat akhir ni. Nampak macam cukup sengit kali ni.

Saya pulak tidur kira-kira jam 2.45 pagi setelah siapakan beberapa perkara.

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][Arkib 2003][181][182][183][184][185][186][187][188][189][190][191][192][193][194][195][196][197][198][199][200][201][202][203]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie]

LAMAN HIJAUKUNING
Baca Diari Sebelum Ini
Saifulazrul Collection 1999-2004
Provided by Saiful Azrul Che Lah