Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL
Ketenangan Hati & Keredhaan Ilahi : Impian Abadi

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

Enter Malaysian Top Sites - Laman Top Malaysia Dan Undi Laman Ini !!!

06 FEBRUARI 2004 [JUMAAT]

ASSALAMUALAIKUM...

Mengakui kesalahan dan kesilapan.

Sebagai seorang manusia, kita tidak pernah lari dari melakukan kesilapan. Yang dikatakan manusia MESTI melakukan kesilapan. Cuma sama ada sikit atau banyak. Orang yang baik melakukan sedikit sahaja kesilapan manakala orang yang tidka baik melakukan banyak kesilapan.

Kesilapan berlaku oleh dua punca. Satu hawa nafsu dan satu lagi keadaan di luar kawalan (tak sengaja).

Sekiranya kesilapan dilakukan tidak sengaja, ia tidak berdosa. Umpamanya apabila terlupa yang dirinya sedang berpuasa lalu manjamah makanan. Puasanya tidak batal tetapi dia harus berhenti serta merta apabila menyedarinya.

Kemudian kesilapan yang disebabkan oleh hawa nafsu. Ia berdosa dan wajib bertaubat atas perlakuan itu.

Fitrah manusia itu akan melakukan kesilapan. Justeru ia bukanlah satu alasan untuk membenarkan kita melakukan kesilapan atau kesalahan. Apa yang perlu kita lakukan ialah kurangkan kesilapan.

Itu adalah antara isi khutbah Jumaat di Masjid Alor Semela hari ni. Bertitik tolak dari itu, hari ini saya “diserang’ oleh MrQ14 dalam forum HKC. Saya harus akui yang saya silap dan saya telah memohon maaf daripada beliau. Puncanya ialah posting saya yang memetik kata-katanya di forum Yob4ever. Saya tidak menyebutnya sebagai punca rujukan dan memaklumkan kepadanya akan perkara itu. Dan dengan hati yang tulus, saya memohon Maaf.

Andai MrQ14 membaca diari ini, saya sekali lagi memohon maaf. Saya langsung tidak berniat buruk ke atas saudara MrQ14. Cuma berhujah dengan memberi sokongan kepada statement Datuk Basri Akil. Ia adalah berkisar dengan pertelingkahan Weigang dan Datuk Anifah Aman di Stadium MPPJ minggu lepas di mana saya melihat Weigang wajar bertindak sedemikian sedangkan ia tidka disenangi oleh Datuk Anifah Aman.

Lupakan bab itu, itu adlaah bab bola dan saya rasa terpanggil untuk memberikan pendapat saya. Sekiranya tidak benar atau salah, apa salahnya saya ditegur. Saya rela demi kebaikan bersama. InsyaAllah segalanya akan selesai. Bagi saya ia sudah jelas.

Oklah...

Hari ni saya miss turun jogging sengaja nak rehat sebab hampir setiap hari saya berjogging. Nampaknya saya kenalah rehat jugak. Kemudian saya ke Bank untuk masukkan duit buat adik tetapi lupa pulak bawak no akaun. Hmmm... Dah jadi pelupa. Hehehe...

Kemudian saya ke kedai untuk surf Internet dan membuat pembacaan online. Kemudian solat Jumaat di Masjid Alor Semela dan isi khutbah seperti yang saya huraikan di atas.

Selepas Solat Jumaat, saya ke rumah Fahmy untuk majlis Akikah anak keduanya. Kenyangya... Hehehe... Kemudian terus saya ke bank. Tak sampai dua minit siap. Still ramai yang tak gunakan kemudahan mesin deposit wang. Buat apa beratur panjang-panjang. Just masukkan duit lepas guna mesin. Lagi cepat!

Kemudian masuk kerja dari jam 4 hingga 12. Jam 8.15 saya rehat sambil meluangkan masa ke pasar malam di Taman Nuri. Yang malas lalu kat sini ialah pasti akan “tersangkut”. Susah betul sebab nak kena bicara dengan kawan-kawan.

Selepas Solat Isyak saya kembali masuk bertugas dan malam ni saya banyak habiskan masa melayari Laman Abang Muring. Banyak input yang dapat saya peroleh. Nampak memang cukup jelas dan terang apa yang ditulis.

Kemudian saya terus balik rumah mengemaskinikan jurnal dan terus tidur kira-kira jam 2 pagi. (awal sikit dah la ni...)

WASSALAM...

05 FEBRUARI 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah, sambutan hari raya Qurban 1424 kali ini disambut dengan sederhana. Nampaknya saya kena ekstra diet sebab makan terlalu banyak. Satu sifat yang cukup tidak elok dalam diri saya. Habis diet saya selama seminggu disebabkan oleh keghairahan 3 hari. Tapi saya rasa cukup gembira atas kehadiran bulan mulia ini. Paling menyentuh hati ialah saya rasa cukup terharu melihat kumpulan jemaah menjadi tetamu Allah. TETAMU ALLAH. Satu gelaran yang cukup besar ertinya. Moga kalau diberi kesempatan, sebelum saya menghembuskan nafas terakhir, saya ingin sekali sekurang-kurangnya menjejakkan kaki ke sana. InsyaAllah...

Untuk itu saya dah mulakan banyak usaha dan langkah, Cuma buat masa sekarang usaha yang kecil tetapi saya percaya untuk mencapai seribu langkah ia bermula dengan langkahan pertama. Biarpun nampak masih jauh tetapi apabila kita terus melangkah dengan kesempatan yang ada, kita sebenarnya semakin menghampiri destinasi.

Saya dah menetapkan banyak perkara dalam hidup saya. Ada langkah yang telah saya ambil dan saya banyak berdiam diri. Bahkan daripada ibu dan ayah saya sendiri saya banyak rahsiakan. Bagi saya, urusan saya, saya akan lakukan dan saya tetap ambilkira perasaan orang. Cuma saya tak mahu menyusahkan orang.  Cuma sekarang ada satu dua  perkara yang agak membuatkan diri saya rasa tidak selesa tetapi saya yakin Allah akan tetap membantu.

Bercakap soal impian dan masa depan, sebenarnya masih banyak yang perlu saya lakukan. Masih banyak perubahan yang perlu saya fikirkan. Cuma sekarang saya tetap dengan prinsip saya. Biarlah ada kelainan (kelainan yang baik) dalam diri kita. Kelainan itulah yang memberikan kita suatu pandangan yang lain pada kaca mata orang lain.

Saya terbaca satu wawancara bersama A. Samad Said dalam satu akhbar tempatan hujung minggu lepas. A. Samad Said tetap hanya akan berpakaian biasa. Kalau perlu berkot, dia tak akan pergi ke majlis itu walau betapa pun besarnya majlis itu dan disebabkan ‘kedegilan’ itu dia dibenarkan untuk menghadiri sesuatu majlis dengan imejnya yang tersendiri. Itulah kelainan yang ada pada tokoh-tokoh yang terkenal dengan pendirian mereka dan kehebatan mereka dalam displin ilmu masing-masing.

Kalau disingkap dalam erti pengorbanan, perjuangan cukup banyak contoh yang boleh kita hayati dan pelajari. Ia sebenarnya sesuatu yang harus sentiasa kita fikirkan. Memanglah kita ada banyak cabaran dan halangan dalam hidup, kita ada hala tuju dan matlamat tetapi ia bukan alasan untuk kita tidak langsung mengambil tahu apa sebenarnya yang berlaku di sekeliling kita.

Setiap yang berlaku di sekeliling kita ada pengertian yang tersendiri yang memerlukan akal yang waras, tajam dan bijak untuk memikirkan hikmahnya. Percayalah setiap butir kejadian di bumi ini terkandung hikmah yang bisa memberikan kita seribu satu macam nikmat. Cuma kita sahaja yang harus sentiasa memikirkannya.

Saya sendiri perlu mengakui yang saya masih lemah dalam banyak bidang. Saya masih banyak yang perlu saya lakukan. Apabila berbicara di rumah bapa saudara saya pada hari raya kedua yang lalu, saya semakin sedar betapa masih banyak yang perlu saya pelajari untuk menjadi matang dalam kehidupan. Ia tidaklah begitu sukar tetapi memerlukan kesabaran yang tinggi serta displin yang kuat.

Sebab itu bila saya fikirkan balik, bila diri ini akan menjadi cukup matang? Saya sentiasa rasa takut tidak dapat menggalas tanggungjawab diri. Tetapi bila saya perhatikan gelagat muda mudi pada malam pertama raya Haji, saya rasa terpanggil untuk memikirkan apakah tiada langsung dalam diri mereka perasaan untuk berjaya pada masa hadapan.

Seolah seperti budaya hedonisme menebal meresapi setiap urat nadi kehidupan mereka. Yang perempuan bolehlah dikatakan ibarat pelacur murahan. Diberi sedikit duit sudah boleh dijamah tubuh mereka. Yang lelaki boleh juga dikatakan pelanggan bertuah kerana tidak perlu modal yang banyak. Kumpulan skuter dan hip hop ini dengan imej bertindik bagi lelaki dan perempuan, menayang pusat dan pakaian yang tidak cukup kain, menyerlahkan kepada kita betapa seriusnya kebobrokan sosial di negara kita kini.

Menyentuh bab ini saya ingin mengutarakan satu kejadian dalam akhbar The Star, Isnin lepas (26 Januari 2004). Dalam akhbar lain pun ada dipaparkan peristiwa tragis ini. Sekumpulan tiga remaja berusia 14 tahun dirogol di Kuala Lumpur. Berasal dari satu kawasan yang tidak begitu terdedah dengan kemajuan, Kota Sarang Semut, Kedah, mereka telah menaiki bas ke Kuala Lumpur untuk mencari kerja. Kalau tak salah saya mereka menjual handset mereka untuk mendapatkan wang untuk membeli tiket ke KL. Lalu sepemergian mereka ke sana, mereka telah menumpang di rumah teman lelaki mereka yang bernafsu binatang dan akhirnya mereka dirogol sebelum mereka pulang ke kampung dan memberitahu ibu bapa mereka akan kejadian yang berlaku.

Menurut apa yang saya baca dalam laporan akhbar, pihak polis hairan mengapa selepas 96 Jam mereka tidak pulang ke rumah ibu bapa mereka tidak langsung membuat laporan polis mengenai ketiadaan anak mereka di rumah? Di sini timbul persoalan yang cukup besar dalam kehidupan kini. Mengapa ibu bapa sudah tidak begitu mengambil berat akan hal ehwal anak-anaknya? Ibu bapa sebagai tonggak sesebuah keluarga haruslah bersikap proaktif dalam hal ini. Sampai EMPAT HARI! Masih tetap berpeluk tubuh! Ya Rabbi! Sebab itu saya agak memilih dalam soal jodoh ni. Saya sebenarnya boleh menerima siapa sahaja dalam hidup saya tetapi kalau boleh saya kena memilih. Biarlah tiada rupa tetapi ada kematangan dalam hidup. Dapat berfikir dan bertindak dengan matang. Tetapi sebagai ketua keluarga saya harus berikan garis panduan dan hala tuju. Lupakan bab jodoh sebab saya tak mahu sentuh lagi, InsyaAllah saya akan sentuh nanti.

Saya nak highlightkan mengapa ibu bapa kini semakin alpa dalam menghadapi pancaroba kehidupan hari ini. Bermacam perkara yang bermain dalam minda saya. Sebab itu kalaulah saya jadi PM, saya akan wajibkan setiap ibu bapa menghadiri kursus keibubapaan. Terlalu ramai yang berkahwin tetapi masih belum jelas dengan halatuju sesebuah perkahwinan hingga wujud istilah kahwin spring. Alamak banyaknya celoteh saya hari ni. Cukuplah di sini dahulu buat kali ni. Dah terasa cukup mengantuk untuk terus menulis dan juga bimbang kalau-kalau ia semakin tak terkawal disebabkan kegeraman dengan situasi kini.

Oklah...

Hari semua satu family bangun lewat. Dah dekat jam tujuh. Paling kalut ialah mak sebab nak siapkan adik ke sekolah. Jadi saya kenalah hantar adik ke sekolah. Selepas hantar adik, saya terus sambung jogging di Taman Rimba dan kemudian saya menelaah paper hari ni sambil membuat sedikit ulasan perlawanan malam tadi antara Kedah dengan Johor FC di Hijaukuning.com. Kemudian saya tidur lebih kurang 1 jam 30 minit sebelum masuk kerja kembali kira-kira jam 12 tengah hari.

Jam 2.20 saya ambil adik di sekolah. Terperangkap pulak dalam hujan tapi nak buat macam mana, masa nak kena kejar jugak. Kenalah redah jugak. Lepas tu, saya just rehat sekejap di rumah sebelum sambung balik kerja sampai jam 8 malam. Tapi saya memilih untuk berada di kedai sampai jam 10.30 malam.

Bila balik saya sempat buat sedikit pembacaan dan kemudian membalas email-email yang perlu saya balas. Nampaknya banyak email yang harus saya balas. Penatnya nak menaip!

Saya tidur kira-kira jam 2 pagi setelah selesaikan semuanya.

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][Arkib 2003][181][182][183][184][185][186][187][188][189]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie]

LAMAN HIJAUKUNING
Baca Diari Sebelum Ini
Saifulazrul Collection 1999-2004
Provided by Saiful Azrul Che Lah