Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL
Ketenangan Hati & Keredhaan Ilahi : Impian Abadi

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

Enter Malaysian Top Sites - Laman Top Malaysia Dan Undi Laman Ini !!!

23 MEI 2004 

KEPUTUSAN ALLAH PALING TEPAT

Dalam membuat sesuatu keputusan kebanyakan manusia hari ini tidak menyandarkan setiap keputusan yang diputuskan itu pada Allah. Justeru itulah kelihatan dewasa ini ramai manusia yang sakit jiwa, hidupnya menderita, tertekan, sangka buruk kepada Allah. Seringkali juga menyalahkan orang lain jikalau apa yang diingininya gagal.

Ada segolongan manusia hari ini membuat keputusan ingin jodohkan anaknya dengan si fulan si fulan, tiba-tiba perancangan atau keputusan yang merekaputuskan itu dengan kehendak Allah gagal. Jadi mereka yang tidak yakin dengan keputusan Allah itu adalah sebaik-baik keputusan, di saat itulah akan berlakunya pertengkaran.

Boleh jadi kaum keluarga pihak lelaki akan marahkan kaum keluarga pihak perempuan sekiranya pihak perempuan yang menolak pinangan mereka. Hasil dari perasaan tidak puas hati itu, akan putuslah persaudaraan sekiranya selama ini mereka ada pertalian darah, akan putuslah ukhwah dan silaturahim, sesama jiran sekampung sekiranya mereka berjiran dan akan putus hubungan persahabatan sekiranya mereka selama ini merupakan sahabat karib yang paling akrab dan begitulah seterusnya.

Perselisihan faham demikian tidak akan selesai sekiranya manusia hari ini masih lagi merasakan setiap keputusan dari akal fikiran mereka itu adalah lebih baik daripada keputusan orang lain ataupun mereka merasakan keputusan dari Allah itu tidak adil dan menyeksakan.

Begitu juga dalam peperiksaan, kebanyakan para pelajar ataupun mahasiswa-mahasiswi akan kecewa kiranya mereka gagal dalam peperiksaan yang mereka hadapi. Dalam hal ini si ibu atau si bapa (penjaga) akan menyalahkan anak jika si anak gagal dalam peperiksaan, terluncurlah dari mulut kedua ibu bapa dengan kata-kata yang kesat dan menyakitkan.

Antara kata-katanya,  “Anak tak guna, bodoh, bengap,” dan sebagainya. tambahnya lagi “Rugi duit aku, sekolahkan engkau tinggi-tinggi tapi tak seperti anak orang lain, tak boleh diharap.” Kata-kata seperti ini menyebabkan jiwa si anak tertekan lantas mengambil keputusan yang singkat seperti membunuh diri, melibatkan diri dengan kumpulan-kumpulan jahat, liar, lari dari rumah, jadi pengacau di kotaraya, jadi kutu di kaki-kaki lima dan sebagainya.

Kedua ibu bapa malu pada orang ramai kiranya anak mereka gagal dalam peperiksaan. Malunya mereka tidak dapat diucapkan dengan lidah. Begitulah perasaan yang menguasai setiap jiwa yang tidak yakin dengan keputusan dari Allah itu adalah sebaik-baik keputusan.

Bagi ibu bapa yang yakin bahawa anaknya gagal dalam peperiksaan, mungkin mengandungi hikmah yang banyak akan berkata, “Alhamdulillah, tak apa nak… sudah begitu kehendak Allah, Allah Maha Mengetahui, tahun depan boleh cuba lagi.” Mendengarkan ungkapan kata-kata seperti itu jiwa anak yang kacau, sedih dan pilu itu kembali bertenaga dan hidup serta bersyukur pada Allah kerana kedua ibu bapanya faham akan isi hatinya. Barulah aman dan bahagia rumahtangga yang demikian.

Hubungan suami isteri boleh juga retak disebabkan satu kes kecil seperti kes hendak balik kampung.

Si isteri yang tidak berpegang teguh dengan keputusan dari Allah adalah paling tepat, ia akan kecewa kiranya si suami berjanji hendak balik kampung sekian-sekian haribulan, sekian-sekian hari, tiba-tiba bila tepat hari sebagaimana yang telah dijanjikan, suaminya ada urusan lain yang lebih penting, maka dibatalkannya keputusan untuk balik kampung.

Bagi si isteri yang tidak faham dan tidak yakin dengan keputusan ini ia akan mengamuk, akan membuat kerenah akhirnya tidak mustahil sebab kes hendak bailk kampung saja, hubungan suami isteri tegang dan akan berlakulah kes perceraian.

Ada juga menusia hari ini ia tidak redha dengan keputusan dari Allah tentang kehidupan sehari-harian. Hasratnya belajar tinggi-tinggi, bertungkus lumus mengulangkaji pelajaran untuk memperolehi sijil yang baik. Tiba-tiba itu semua diperolehinya tetapi bila temuduga minta kerja tidak juga dapat-dapat. Bercita-cita ingin jadi Pegawai Daerah tetapi malangnya dapat jadi kerani biasa, bercita-cita nak jadi doktor tetapi jadi pemandu kereta ambulan, bercita-cita nak jadi pramugari tetapi tidak terpilih, hanya berjaya jadi pelayan-pelayan restoran sahaja, bercita-cita nak jadi pemimpin negara tetapi keputusan dari Allah jadi rakyat jelata, maka kalau jiwa tidak bersedia sabar, redha dan syukur dengan ketentuan Allah, hal ini boleh menyebabkan orang berkenaan sakit jiwa serta menderita lahir dan batin.

Lebih parah lagi sekiranya sampai ke peringkat merasakan, “Allah tak patut, aku nak ini Ia beri yang lain, aku nak jadi pegawai, Allah beri aku jadi kerani pula.”

Rasa tidak puas hati seringkali mencuit isi hati, “Allah tak adil betul, sepatutnya layak aku jadi pramugari kenapa si fulan itu pula yang dipilih. Sedangkan sifulan tu…. bukannya cantik sangat, dah la tu…. tak ada degri dan kelayakan langsung,” dan macam-macam lagilah bisikan syaitan pada hati kecil kita. Akibatnya kita menjadi musuh Allah tanpa sedar.

Hendak jadi orang kaya, tiba-tiba Allah beri miskin. Salahkan Allah lagi, “Kenapalah Allah tak beri aku jadi orang kaya, kalau aku kaya kan lebih baik dari si fulan tu. Kalau aku kaya aku akan bantu semua fakir miskin yang memerlukan bantuan, tak seperti si fulan tu…. dah lah bakhil, sombong pulak tu…..”

Begitulah jahatnya hati kecil kita yang terselit bisikan syaitan. Sudah banyak nikmat lain yang Allah beri, tidak juga bersyukur. Masih lagi menagih nikmat yang bukan hak kita. Sebelum dapat macam-macam yang baik boleh kita lafazkan, bila sudah dapat belum tahu, mungkin kita lebih gelojoh, bakhil dan sombong daripada orang yang kita maksudkan sebelum ini. Sebab itulah Allah tidak beri pada kita sebab Dia sayangkan kita dan hendak selamatkan iman kita.

Sepatutnya bersyukurlah Allah tidak beri apa yang kita tidak mempu, mungkin kalau Allah beri kita yang rugi. Menyesal tidak sudah. Bersyukurlah sekiranya apa yang dihajati oleh nafsu kita tidak diberi oleh Allah. Kerana banyak mengandungi hikmah sebaliknya, Allah yang Maha Mengetahui sedangkan kita buta segala-galanya. Kita tidak nampak apa yang belum berlaku sedangkan Allah Maha Melihat. Sebab itu yakinlah bahawa keputusan dari Allah itu adalah yang paling tepat dan sebaik-baik keputusan.

Jadilah hamba yang redha dan sabar dengan setiap keputusan dari Allah swt.
 
Dipetik dari http://www.geocities.com/dr_ikmal/ 

Satu artikel yang saya petik dari sumber di atas, renungilah ia sebagai satu pengajaran bersama. Mudah-mudahan kita akan menjadi lebih baik, InsyaAllah...

Bangun kira-kira jam 6.30 pagi. Kemudian tonton Laman Pagi sebelum rileks sambil membaca paper. Ingat nak ke PWTC jam 10 tapi tertidur sampai jam 12.30 tengah hari. Last sekali jam 2.15 baru bertolak. Habis banyak duit saya kat sana. Memang saya cukup lemah dengan buku ni. Tak sempat nak round semua. Nampaknya Ahad depan saya kena pergi dari pagi sampai petanglah nampaknya... Saya pergi berseorangan sahaja. Ingat kot perempuan kalau berseorangan sahaja yang kena usik, rupanya lelaki pun kena usik. Hehehe...

Bila balik terus saya lawan FIFA dengan Din dan Zul. Oklah sebab semakin sengit sekarang ni. Prestasi tengah ok. Malam just tengok Berita dan kemudian tonton Live F1 dari Monaco. Lepas tu study sikit sebelum masuk tidur kira-kira jam 1 pagi.

WASSALAM...

22 MEI 2004

Rasulullah s.a.w. bersabda; " Laknatlah untuk orang berzina, orang yang memakan riba dan orang yang menulis urusan riba dan orang yang menyaksikan riba. Mereka itu keadaan sama sahaja."
 - Sahih Muslim -

Sedikit renungan bersama...

Oklah...

Lewat benar saya bangun pagi ni. Badan cukup letih. 6.45 baru bangun, kelam kabut jadinya terus saya bersiap sepantas kilat. Sampai kat Office jam 7.35. Still awal lagi. Hehehe... Tapi saya memang rasa cukup sakit badan. Pagi ni ada kenduri sikit oleh Puan Haireen. Terima kasih. Kemudian ada talk di Bilik Seminar Dekan sebelum saya mulakan lawatan ke tapak dengan ahli kumpulan saya bersama Kak Hanim.

Sedang buat lawatan, Aisyah pulak pengsan. Kelam kabut jugak saya. Rasa bersalah pun ada sebab saya yang incharge kerja dia dan banyak jugaklah yang saya suruh dia buat. Apatah lagi doktor cakap tekanan kerja menjadi salah satu faktor. Tapi semuanya Alhamdulillah ok.

Saya balik agak lewat hari ni. Mulanya nak ke PWTC bersama Shahir tapi last minute Shahir batalkan. Saya pun ingat nak balik rumah dulu. Bila balik rumah tertidur sampai petang! Apa kerja pun tak jadi. Hehehe...

Malam sambil lawan bola (game), saya menanti keputusan kedah vs PP di Stadium Darulaman. Terima Kasih Datuk Shukri, Schaarq, Ariff, Duan dan member lain yang melaporkan kedudukan terkini di sana. Tahniah. Menang pun buat pertama kalinya.

Malam ni memang mood paling seronok. Hehehe... Tidur kira-kira jam 1 pagi.

WASSALAM...

21 MEI 2004 [JUMAAT]

JAMAL ke kedai untuk membeli telur yang dipesan ibunya. Ketika berdiri di tepi jalan, dua buah kereta tiba-tiba berlanggar di hadapannya. Dia terkejut dan kaku di situ sehingga polis dan ambulans tiba. Setelah mangsa dikeluarkan, Jamal berlari pulang dan terlupa membeli telur.

Jamal dengan penuh minat menceritakan kemalangan itu pada ibunya. "Dahsyat bu, kakinya tercabut dan terpelanting ke seberang jalan. Tangannya pulak putus, kepala pecah, perut terburai... Tiba-tiba ibunya mencelah, "Telurnya mana?" Jamal menjawab, "Err.... Mal tak tau pulak ke mana tercampaknya.

Sedikit hiburan buat hari ni....

Hari ni agak lewat sikit sampai office. Memang agak sibuk tapi buat-buat tak sibuk. Hehehe... Terbalik dengan orang yang tak sibuk tapi buat-buat sibuk. Hehehe... Just gurau di pagi hari.

Kemudian saya di office just buat kerja macam biasa cuma nak ucap Takziah kepada Rahman yang kematian Datuknya awal pagi tadi dan terpaksa pulang ke Sabah dengan segera. Pagi, saya bersama Megat dan Aieshah membuat sedikit lawatan ke tapak dan kemudian saya terus ke Masjid Saidina Osman. Ada ceramah siit kat sana. Cerita bab pengawalan anak-anak oleh ibu bapa. Kemudian khutbah berkisar bab integriti. Selepas habis Solat, terus saya balik office dan masuk kerja macam biasa.

Jam lima balik rumah dan kemudian, terus rehat dan bersiap untuk malam ni. Lepas Maghrib terus saya pecut motor ke Bandar Sunway. Rupanya malam ni traffic jam cukup teruk di Bandar Sunway, nasib baik naik motor. Bila sampai staf PTM cuma saya sorang sahaja. Tak apalah main tetap main... Hehehe...

Alhamdulillah team saya menang kejohanan futsal mesiniaga malam ni. Entahlah, semua menjadi-jadi malam ni. First game, saya sebagai pemain simpanan. Kedudukan separuh pertama ialah 1-0 kami mendahului. Kemudian elok sahaja saya masuk, terus saya score. Hehehe... Memberi sedikit lagi tekanan kepada pasukan lawan. Kemudian saya menjaringkan satu lagi gol untuk menang 3-1.

Perlawanan Kedua, kami kena lawan Team Yang ada foreign dari negara mana entahlah. Bdan besar-besar Mat Salleh tu. Hehehe... Saya score 3 gol untuk menang 4-0. Dan game ketiga paling mendebarkan sebab kami kena menang untuk juara liga ni. Kami dah leading 2-0 pada first half. Elok mula second half depa score satu gol dan terus mengasak dan Alhamdulillah kami berjaya mempertahnkan kedudukan untuk menang 2-1.

Hadaih dapat RM 40 untuk satu pasukan. Oklah walaupun nampak jumlahnya agak kecil. Tapi disebabkan yuran penyertaan yang percuma dan kos lain yang ditanggung oleh penganjur, kira oraitlah kan! Dengan duit tu, kami just open table. Makan di Subang Jaya. Kami main di Sunway. Jam 11.30 baru sampai rumah. Bila balik lepas basuh baju dan settlekan semua urusan, jam 2.30 pagi baru dapat tidur. 

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][Arkib 2003][181][182][183][184][185][186][187][188][189][190][191][192][193][194][195][196][197][198][199][200][201][202][203][204][205][206][207][208][209][210][211][212][213][214][215][216][217]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie][Crimsonsky][Nana]

LAMAN HIJAUKUNING
Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2004
Provided by
Saiful Azrul Che Lah