DIARI SAIFUL
Ketenangan Hati & Keredhaan Ilahi : Impian Abadi

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

Enter Malaysian Top Sites - Laman Top Malaysia Dan Undi Laman Ini !!!

17 FEBRUARI 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Cinta Haram bertemu Halal

Dalam sebuah hadis diriwayatkan, bahawa seorang penjahat, suatu hari ingin bertaubat. Agaknya setelah melakukan berbagai  macam kejahatan, akhirnya sedar juga hatinya, lalu datang penyesalan yang bertubi-tubi. Ia bertekad hendak bertaubat dari  perbuatannya selama ini.

Ia masuk masjid. Waktu itu Rasulullah SAW, tengah memimpin shalat bersama sahabat-sahabatnya. Setelah sholat mereka  berbincang bincang dan sekonyong-konyong beliau bersabda "barangsiapa meninggalkan sesuatu yang haram, ia akan  memperoleh barang tersebut ketika sudah halal"

Dan sesudah itu, orang-orang pun beredar, termasuk penjahat tersebut, yang kini telah menjadi muslim, meski belum dapat dijamin mampu meninggalkan sama sekali kebiasaannya yang durjana.

Dan betul juga, kerana malam harinya orang itu masih dapat digoda oleh syaitan, betapapun ia telah bertekad bulat untuk bertaubat. Dimasukinya rumah seorang wanita. Ia seorang janda yang cantik dan tinggal sendirian kerana suaminya telah  meninggal dunia, "mudahlah untuk mendapatkan wanita itu" fikirnya.

Dalam rumah, ternyata banyak makanan yang enak-enak dan menimbulkan selera. Tetapi, ketika pencuri itu hendak  mengambilnya terngiang-ngianglah kata-kata nabi "barangsiapa meninggalkan barang haram, maka ia akan memperoleh barang  tersebut ketika sudah halal ", iapun tidak jadi mencuri.

Di sebuah bilik lain, didapatinya bermacam-macam perhiasan dan wang. Dan ketika ia hendak mengambilnya, teringat pula  kata-kata nabi saw tersebut. Lalu ia urungkan niat jahatnya, di situ wanita yang menjadi tujuan utamanya terbaring diatas katil,  tidur lena, sementara wajahnya tampak menawan dan cantik sekali. Lalu dia cuba mendekati untuk tujuan memperkosanya. Tetapi ia tak jadi dekat, kerana teringat kata-kata nabi saw, tak mau hilang dari ingatannya. Diapun pergi meninggalkan wanita  itu dengan hati yang lega dan gembira , kerana ia berhasil melawan dan mengalahkan godaan syaitan.

Pada waktu subuh, ia pergi ke masjid untuk ikut sholat berjama'ah bersama Rasulullah saw. Sehabis sholat ia menyendiri di  sudut masjid, merenungkan peristiwa yang baru dialaminya malam tadi Dan betapa dosanya kalau perbuatan itu jadi ia lakukan  hingga terbit hari.

Ketika itulah tiba-tiba wanita janda itu datang ke masjid , lalu menceritakan kepada nabi saw, peristiwa yang dilihatnya  semalam. Bahawa seorang pencuri telah masuk ke rumahnya.Tetapi aneh, ia keluar lagi tanpa membawa apa-apa.Namun  demikian, wanita itu tetap merasa takut, jangan-jangan pencuri itu hanya ingin mengenali pintu-pintu rumah, lalu datang lagi setelah mengetahui tempat-tempat keluar masuk dalam rumah itu.

Akhirnya janda itu memohon kepada nabi saw, supaya dicarikan orang yang sanggup menjaga dan meronda di kawasan  rumahnya. "Kenapa kamu hidup sendirian?" tanya rasul kepadanya. Ia menjawab bahawa suaminya telah meninggal dunia.

Rasulullah saw menengok dalam ruangan masjid, dan akhirnya jatuhlah mata beliau pada seorang lelaki yang tengah duduk  sendirian di dalam masjid. Orang itu dipanggil, lalu ditanya namanya , apa pekerjaanya dan siapa kawan hidupnya.Rasul segera tahu, bahawa ia hidup sendirian, kerana isterinya telah meninggal.  Maka keduanya ditanya bagaimana kalau menjadi suami isteri.  Mereka diam tidak menjawab kerana malu. Tetapi Rasul saw dengan arif mengikatkan kedua insan itu menjadi suami  isteri yang sah. Mereka bernikah akhirnya.  Dan...pecahlah di sini tangis laki-laki itu, diceritakan olehnya kepada Rasul saw ,

peristiwa yang sebenarnya dan bahawa pencuri itu tidak lain adalah dirinya sendiri. Wanita itu keluar dari masjid diiringi oleh laki-laki yang kini telah menjadi suaminya yang sah. Mereka berjalan beriringan  menuju ke rumah yang semalam diceroboh. Di sana makanan itu masih utuh seperti yang dilihat laki-laki itu malam sebelumnya.  Bedanya sekarang sudah tidak haram lagi seperti ketika ia menginginkannya dengan liur menetes sebelum itu. Maka dengan  tanpa ragu-ragu, makanan itu pun ia santap dengan lahapnya.

Mengenai wang, emas dan permata yang hendak ia curi kini sudah menjadi  miliknya yang halal, bahkan ia boleh memperdagangkannya dan menggunakannya dengan tiada haram sedikitpun. Sementara wanita cantik yang ia rindukan semasa  haramnya, kini sudah benar-benar menjadi isterinya, berkat kemampuannya menahan nafsu ketika tergoda untuk mendekatinya. Laki-laki itu bergumam dalam hati, "benarlah sabda rasulullah saw, "Barangsiapa meninggalkan barang haram, maka ia akan memperolehnya ketika sudah menjadi halal "

Kisah-Kisah Teladan Sepanjang Sejarah Islam Ir Abdurrazaq Naufal  Penerbit : Hussaini Bandung

Kalau semalam ada cerita yang lebih kurang sama tetapi yang ini dipetik dalam sebuah buku seperti yang tertera di atas. Percayalah terhadap janji Allah. Justeru kita haruslah sentiasa menolak godaan syaitan tidak kira dalam apa jua keadaan dan jihad yang paling besar ialah jihad menentang hawa nafsu. Sama-samalah kita menghayati dan mengamalkannya...

Oklah...

Alhamdulilah hari ni saya dah rasa semakin tenang. Cuma waktu pagi saya cukup mengantuk disebabkan tidur kira-kira jam 4.30 pagi tadi. Tapi macam biasa jam 9 saya dan Boss saya dah ada kat court badminton dah untuk pertandingan antara kami berdua.

Cukup sengit hari ni. Set pertama saya yang ketinggalan 7-12 mengejar dan menang 15-12. Set kedua saya ketinggalan tetapi cuba mengejar dan tewas 10-15. Set ketiga saya cuba berhabisan tetapi awal-awal lagi dah kena 0-4. Waktu tu baru mula dapat rentak tetapi dah agak penat. Tetapi dapat jugak leading 9-6 setelah ketinggalan. Kemudian entah saya macam kena pukau. Hehehe... saya ketinggalan pulak 9-13! Waktu tu memang penat dan saya dah tekad dalam kepala otak saya yang saya tetap akan menang walau sepenat manapun dan Alhamdulillah saya berjaya menyaingi dan menang 17-14. Alhamdulillah... Hasil dari jogging yang semakin kerap dan beberapa program kecergasan yang lain. La ni saya kena kurangkan lagi berat badan untuk kejohanan Badminton Tertutup Kedah 2004 pada bulan Mei ni.

Matlamat jangka pendek ialah kejohanan Bolasepak Jalanan di Pokok Sena Sabtu ni. Saya kena improve stamina sebab ia memerlukan stamina yang tinggi. Buat masa ni, Alhamdulillah saya rasa cukup cergas.

Bila balik, saya kena pulak settle follow up kat sekolah dan ajar kerani sekolah guna software tu dan kena tunjuk itu dan ini. Nak set sama ada boleh run tak software tu dari lokasi yang berlainan dan kena pulak set network sekali. Alhamdulillah berjaya. La ni nak kena tuntut payment sahaja. Hehehe...

Kemudian saya tidur sekejap sebelum saya ke kedai untuk surf dalam lima minit sebelum saya ke Stadium untuk saksikan Kedah training. Hari ni dapat jumpa Jasni Shafie, wartawan dan pengulas TV dalam berita sukan. Saya nak tanya satu soalan tapi tak terkeluar pulak. Hehehe... Tahu tak apa saya nak tanya... ”Bila  hadiah kuiz liputan Bola di TV3 tu akan dapat saya terima?” Tapi segan saya nak tanya. Lagipun sepanjang pengalaman saya menang kuiz, selalunya kena tunggu selama enam bulan barulah dapat hadiah. Jasni banyak berbincang dengan Datuk Shukri tentang liputan kot. Saya pun baru sahaja hantar satu mesej kat Datuk Shukri pagi tadi tapi Datuk still tak beri maklum balas lagi. Tak kisahlah asalkan apa yang nak saya tekankan dapat diterima dengan jelas.

Kemudian saya masuk kerja kira-kira jam 8 malam. Hari ni ganti waktu saya tengok bola hari tu. Habis waktu kerja saya ada buat appointment dengan Abang Wan untuk bab business. Saya kena dapatkan tunjuk ajar dalam bab business ni. Sekarang Abang Wan bolehlah dianggap sebagai mentor saya dalam bab business ni. Memang saya kena banyak buat follow up. Nak kena suruh Men settlekan kertas kerja sebab nak kena study dan lepas tu nak kena survey itu dan ini.

Banyak benda nak kena fikir. Tapi still early untuk mengulas lanjut. Bila balik terus saya siapkan banyak benda sebelum tidur kira-kira jam 3.30 pagi.

WASSALAM...

16 FEBRUARI 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Kisah berlaku waktu satu rombongan guru pelatih membuat rombongan ketempat bersejarah. Bila sampai ketempat yang dituju para guru pelatih mendapati tempat tersebut merupakan tempat yang tidak dikunjung sesiapa...lengang, sepi!

Maka guru pelatih bermula turun untuk melihat kesan sejarah yang ada ditempat tersebut. Pada permulaan, mereka berkumpul bersama melihat kesan sejarah yang ada. Lebih kurang sejam selepas itu mereka berpecah menuju ketempat sejarah yang mereka sukai.

Nak jadi cerita, seorang guru pelatih perempuan yang begitu tekun mencatit dan mengarang maklumat yang ada pada kesan sejarah tersebut, tanpa disedar, dah tertinggal. Trainer yang  lak ingat semua cikgu cikgi dah ada dalam bas, so mereka balik.

Cikgu pelatih yg tertinggal tu mula gabra..... menjerit sekuat hati, cemas giler panggil kawan-kawan dia dan pelatih yang lain. Tapi hampa. So dia tekat berjalan nak keluar dari tempat berkenaan menuju ke kampung berdekatan. Sejam berjalan tetapi masih tidak menjumpai sesiapa. Start lah letih dan menangis panggil mak ayah. Pusing pusing nampak satu pondok kecik berdekatan dengan tempat tu. So dia pegi ketuk pintu. Keluar seorang pemuda anggaran umur linkungan lewat 20an dan bertanya: siapa kamu? Jawab lah cikgu tadi yg dia tertinggal bas rombongan, dan tak tahu nak pulang. berkata lah lelaki tadi bahawa tempat yang ingin dituju nya berletak di selatan dan tempat mereka berada diutara, dan tempat tu memang takda didiami sesiapa. Maka menangis lah cikgu tadi bagai org hilang akal...

Disebab kan kesian, lelaki tadi suruh cikgu tadi bermalam dipondok dia je sementara tunggu subuh utk hantar di pulang. Cikgu tu disuruh tidur atas katil lelaki tersebut manakala lelaki itu tidur atas lantai berhamparkan kain je dan ambil sehelai kain lain digantung sebagai pengadang tempat tidur antara dia dan cikgu tu.

Lelaki tadi  duduk dipenjuru pondok  dan membaca buku. Yg cikgu tu tutup seluruh badan dia ngan kain gebar menahan menangis dek takut dan tak renti matanya mengawasi lelaki misteri tu. Tiba-tiba lelaki tu tutup buku dan pergi kat lilin yang menyala terus bakar jarinya satu persatu. Cikgu tadi apalagi,bertambah kecut perut takut kerana  berfikir bahawa lelaki tersebut mengamal kan ilmu songsang.. mengeletar giler maut...

Maka kedua-duanya tidak tidur sehingga pagi...... ......??????............................ Bila menjelang pagi lelaki tersebut menghantar cikgu tadi ketempat asalnya. Bila dah sampai rumah, cikgu tadi pun menceritakan apa yg terjadi kat mak bapak dia. Bapak cikgu tu dengan seribu satu persoalan mengesyaki sesuatu berlaku, sebab tengok anak dia nampak sakit pucat lesi dan takut amat lah sangat. Si bapa pun pergi ketempat yang dimaksudkan anak nya tu. Menyamar
sebagai pemburu yang tersesat dan bertanya tempat tuju. Dalam hati si bapa tadi heran tengok  jari jari tangan lelaki tadi berbalut dan bertanya kenapa...??????

So lelaki tu pun cerita bahawa dua malam lepas datang seorang perempuan cantik elok paras rupa untuk tumpang bermalam dipondok beliau.Dan sudah tentu pada ketika itu syaitan iblis sudah berada bersama mereka. Disebab kan takut terjadi nya perkara yang tidak diingini berlaku, beliau membakar jari nya satu persatu supaya dapat menghindarkan diri dari berfikir memperkosa perempuan tersebut.

Mendengar penerangan lelaki tersebut si bapa mempelawa lelaki berbalut jari itu datang kerumah nya dan berhajat mengahwinkan anaknya kepada lelaki tersebut.., tanpa pengetahuan lelaki tu yang bahawasanya perempuan yang akan dikahwininya adalah perempuan yang menumpang tidur di katil nya 2 malam yang
sudah..................................................

MOTIF CERITA....................

Beruntung lah lelaki tersebut kerana menghindar kan diri dari
melakukan benda haram satu malam, dan dia berjaya mendapat sesuatu yang indah dan halal seumur hidup............... So apa lagi geng.... kot ada awek tersesat.. bakar lah jari korang! Hehehe...

Cerita tu adalah yang saya terima dari email. Banyak pengajarannya dan ia mengajar kita kalau kita boleh menahan diri dari melakukan sesuatu yang tidak baik, InsyaAllah ganjaran yang baik akan menanti. Percayalah... Cerita tu mungkin hanya rekaan tetapi yang penting adalah intinya. Jadi marilah kita sama-sama kembali merenung diri agar kita sentiasa menjadi lebih baik. InsyaAllah...

Oklah...

Hari ni saya ingat nak turun training tetapi dah tidur lewat memang agak mengganggu. Jadi saya kembali tidur lepas Solat Subuh. Kemudian saya terus ke hospital hantar mak dan jenguk adik di hospital sebelum saya teruskan kerja saya di sekolah kat rumah saya tu untuk meninjau persiapan yang telah dilakukan oleh pihak sekolah. Alhamdulillah semuanya ok Cuma bila komputer dah diformat lain, ia akan menjejaskan registry komputerr terhadap perisian yang kami bekalkan. Jadi nak kena follow up lagi! Hmmm.... Pening betul.

Lepas tu saya just berehat di rumah sebelum saya masuk kerja dari jam 4 petang sampai jam 12 tengah malam. Saya malam ni agak geram bila saya surf forum HKC, terlalu ramai yang melepaskan geram terhadap penjaga gol Kedah, Al-Hafiz. Memanglah kekalahan Kedah disebabkan oleh 3 gol yang tak sepatutnya dilepaskan oleh beliau tetapi harus diingat sikap negatif penonton merupakn punca ia terus melakukan kesilapan.

Jangan jadikan seseorang itu sebagai kambing hitam. Dia masih muda dan baru 20 tahun. Jadi berilah dia peluang. Kalau rasa rugi beli tiket baik tak payah tengok bola. Inilah sikap dan mentaliti yang cukup buruk dalam masyarakat kita. Tiada langsung sokongan untuk memberi galakan dan dorongan agar lebih berjaya. Kita selalu dilemparkan dengan sikap negatif yang mempengaruhi tingkah dan gerak geri orang lain.

Mengapa kita jadi sedemikian? Sebagai manusia, kita perlu sentiasa didorong dan dirangsang. Itu lumrah tetapi mengapa kita suka mematikan semangat orang? Kritikan adalah sesuatu yang cukup diperlukan untuk berjaya tetapi biarlah kritikan yang membina bukannya membunuh! Bilakah kita nak ubah sikap dan mentaliti sebeginii? Pening memikirkannya.

Terus terang saya katakan terlalu banyak yang perlu diubah dalam masyarakt kita. Dalam diri saya sendiri pun masih perlu banyak diubah. Tetapi seriuskah kita dengan semua ini? Entahlah... memang menyedihkan...

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][Arkib 2003][181][182][183][184][185][186][187][188][189][190][191][192][193]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie]

LAMAN HIJAUKUNING
Baca Diari Sebelum Ini
Saifulazrul Collection 1999-2004
Provided by Saiful Azrul Che Lah