Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL
Ketenangan Hati & Keredhaan Ilahi : Impian Abadi

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

Enter Malaysian Top Sites - Laman Top Malaysia Dan Undi Laman Ini !!!

26 & 27 APRIL 2004

Nasihat wanita cantik sedarkan Hasan Basri

HASAN BASRI pada zaman mudanya, kelihatan bagus dan tampan, lebih-lebih apabila memakai pakaian mahal. Beliau sering berjalan-jalan sekeliling kampung di kota Basrah kerana sangat senang berdasarkan keindahan dan ramainya penduduk tinggal di kota itu.

Pada suatu hari, ketika Hasan berjalan, secara tiba-tiba beliau melihat seorang wanita cantik.

Melihat wanita cantik itu. Hasan berjalan mengikutinya. Wanita itu menoleh, sambil berkata kepadanya: “Apakah engkau tidak malu?”

Jawab Hasan: ”Malu pada siapa?” Wanita itu berkata. “Malu kepada Zat Yang Maha Mengetahui, mata yang khianat dan apa-apa yang terlintas di dalam hati.”

Tertanam rasa cinta di dalam hati Hasan terhadap wanita itu sehingga tidak sabar dan tidak boleh menguasai nafsunya, akhirnya ia terus mengikuti di belakang wanita itu.

Wanita itu berkata lagi kepadanya: “Mengapa engkau mengikuti aku?” Jawab Hasan: “Sungguh, aku terpesona dengan pandangan matamu itu.” Wanita itu berkata: “Tunggulah di sini, nanti akan aku kirim apa yang engkau kehendaki.”

Hasan beranggapan wanita itu menaruh cinta kepadanya, sebagaimana dia jatuh cinta kepada wanita itu. Beliau pun menunggu di tempat itu.

Tidak beberapa lama kemudian, datanglah seorang pelayan kepada wanita cantik itu kepadanya membawa bekas yang bertutup dengan sehelai sapu tangan.

Ketika Hasan membuka tutup bekas itu, dia mendapati kedua-dua mata wanita itu ada di dalamnya. Melihat hal itu, maka pelayan terbabit pun berkata, "Tuan puteri berkata: “Aku tidak ingin mata yang membuatkan fitnah dan mempesonakan orang sehingga boleh membawa kepada maksiat.”
 
Sebaik Hasan mendengar kenyataan ucapan daripada pelayan wanita itu, dia gementar dan berdiri bulu romanya, lalu memegang janggutnya dan berkata kepada dirinya: ”Celaka engkau, sebab sudah berjanggut mengapa tidak malu terhadap wanita cantik itu.”

Dia pun menyesal dan bertaubat pada saat itu sebelum pulang ke rumahnya dan menangis semalaman. Keesokan paginya, Hasan ke rumah wanita itu untuk meminta maaf segala kesalahannya.

Sebaik tiba di rumah wanita berkenaan, rumahnya tertutup dan mendengar suara tangisani wanita dari dalam rumah itu. Akhirnya, beliau pun bertanya apa yang berlaku.

Dikatakan bahawa pemilik rumah itu meninggal. Hasan kembali ke rumahnya dan menangis selama tiga hari.

Pada malam ketiga, dia bermimpi melihat wanita cantik itu sedang berada di dalam syurga.


Hasan berkata kepada wanita itu dalam mimpiya. “Hai wanita yang cantik, maafkan olehmu semua kesalahanku.”

Jawab wanita itu. “Sungguh, semua sudah kumaafkan kerana aku memperoleh kebaikan daripada Allah sebab engkau.” Hasan berkata, “Berikanlah kepadaku akan nasihatmu.”

“Kalau engkau sendirian, berzikirlah atau ingatlah kepada Allah. Dan pada setiap pagi mahupun petang, beristighfar memohon ampun kepada Allah serta bertaubat kepada-Nya.” kata wanita berkenaan.

Mendengar nasihat daripada wanita itu, Hasan menerima dan melaksanakan hingga dia menjadi orang yang masyhur di kalangan masyarakat dengan zuhud dan taatnya kepada Allah.

Akhirnya, dia pun memperoleh darjat tinggi dan mulia serta menjadi seorang wali dan kekasih Allah.

Oklah...

Alhamdulillah....

Saya semakin dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di kota ni. Tapi terus terang saya katakan, saya tak suka dengan kehidupan di Kota ni. Saya lebih sukakan cara hidup di tempat asal saya yang jauh lebih tenang. Tetapi untuk mencari rezeki, kita harus menerima dan menghadapi cabaran ini.

Memang agak sibuk pada pertengahan bulan ini. Selepas bengekl di Genting, barulah rasa sedikit tenang dan rileks. Dan yang seronok tu ialah baru sahaja tak sampai tiga minggu masuk kerja, saya dah dapat cek gaji untuk bulan ni! Alhamdulillah...

Saya ada sikit nak sentuh pasal hiburan. Hiburan adalah fitrah setiap insan. Ia merupakan hak asasi tetapi dalam berhibur perlu ada batas-batas yang harus kita turuti dan patuhi. Tidak bila dikatakan boleh berhibur itu, kita melupakan dan mengetepikan segala-galanya! Kita harus tahu batasan-batasan yang ada.

Seperti yang terjadi di Karnival Sureheboh di Alor Setar, saya rasa cukup malu dengan gelagat ramai muda-mudi di sana. Depan mata saya, saya menyaksikan banyak tindakan atau perilaku yang menjijikkan. Kalau yang couple itu berpegangan tangan adalah perkara biasa. Perkara seperti ini sudah menjadi terlalu biasa terjadi. Masyarakat pun sudah lali dengan fenomena ini.

Kalau baru menjadi pasangan kekasih, ia bukan lesen untuk berpegangan tangan. Ada juga kawan saya yang bertindak sedemikian dan puas juga saya tegur, tetapi apakan daya, mereka lemah dengan keadaan. Semoga kita terhindar dari semua itu. Ada juga perbuatan yang lebih teruk... Sampaikan ada pihak yang saya memang kenal menceritakan kepada saya berapa pasangan ditangkap dalam tandas dan juga terjumpanya kondom! Ya rabbi...

Keadaan yang cukup menggerunkan bagi muda mudi kini. Setakat apa yang saya saksikan, 95 % yang ke karnival itu adalah orang Melayu! Sedih melihat keadaan sebegini terjadi. Saya harap tak ditafsir sebagai kolot. Kita boleh berhibur tetapi biarlah dalam batasan yang ada, dan hiburan itu tidak melalaikan kita dan biarlah hiburan itu menguatkan lagi keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah.

Cukup setakat ini topik itu...

Masuk topik lain pulak... Saya memang akui menghadapi masalah untuk mengemaskinikan laman saya ni. Memang saya kena akui benda ni. Ada beberapa maslaah yang membuatkan saya terpaksa mengambil masa yang lama untuk mengemaskinikan laman saya. Tetapi saya akan mencuba sebaik mungkin. InsyaAllah...

Bab lain...

Zam ada datang KL pada hari Isnin, dan malam tu ada pengalaman kena kejar anjing. Hehehe... Besar betul anjing tu! Silap saya juga berani sangat masuk ke lorong gelap seorang diri. Dua ekor anjing mengejar saya. Dah dekat nak gigit, saya dah tak ada idea dah terus saya jerkah anjing itu sekuat hati dan anehnya anjing itu terus duduk diam! Apa lagi terus pecut motor saya. Fuh... Hehehe...

Banyak jugak yang dibualkan dengan Zam malam tu...

Bab Handset pulak... Susah duduk di KL ni tanpa handset... Memang susah. Public Phone pun susah nak cari. Kalau ada pun asyik rosak sahaja...Yang saya kena kejar anjing tu sebab nak cari public phone lah. Hehehe... Ramai yang tak percaya saya tak pakai handset. Hehehe... Orang kata susah nak jumpa. Tapi itulah hakikatnya...

Apa pun keadaan menuntut saya menggunakan handset ni. Gaji dah dapat, nanti akan saya belikan jugak. Entahlah, saya sedar benda ni penting, tapi saya tak minat nak pakai... Kena jugak pakai sebab kerja saya pun melibatkan jugak.

Macam sekarang sistem di HUKM ada sedikit masalah dan saya kena standby sampai tengah malam. Tak tahulah waktu cuti minggu depan tu, saya kena jaga jugak atau tidak. Kalau kena, habislah program saya di Port Dickson... Nak buat macam mana dah kerja tapi sayangnya cuti EMPAT HARI tu!

Terlepas peluang nak rehat. Dah lah agak sibuk. Apa pun sekrang ni semuanya dah ok dah. Cabaran yang ada memang berat dan Alhamdulillah setakat ini saya rasa, ia cukup cemerlang buat diri saya. Alhamdulillah...

Jumpa lagi dalam coretan yang lain...

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][Arkib 2003][181][182][183][184][185][186][187][188][189][190][191][192][193][194][195][196][197][198][199][200][201][202][203][204][205][206][207][208][209][210]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie][Crimsonsky]

LAMAN HIJAUKUNING
Baca Diari Sebelum Ini
Saifulazrul Collection 1999-2004
Provided by Saiful Azrul Che Lah