Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL
Ketenangan Hati & Keredhaan Ilahi : Impian Abadi

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

Enter Malaysian Top Sites - Laman Top Malaysia Dan Undi Laman Ini !!!

11 JULAI  2004

ASSALAMUALAIKUM...

Wanita amanah kepada lelaki

NABI Muhammad dalam wasiat sebelum kewafatan Baginda yang disampaikan melalui khutbah wida’ kepada umat Islam menasihati mereka agar mengawasi dan memelihara wanita sebagai satu amanah.


Tugas dan tanggungjawab ini ditujukan khusus kepada lelaki yang berperanan sebagai suami, bapa, abang atau adik dan umumnya sebagai khalifah Allah di bumi ini.

Perkara ini juga dijelaskan dalam sabda Baginda bermaksud: “Takutlah kamu kepada Allah dalam urusan wanita, kerana sesungguhnya kamu telah mengambil mereka dengan amanah Allah.” (Hadis riwayat Muslim)

Lelaki, dikurniakan Allah dengan kekuatan fizikal, mempunyai pemikiran matang dan beberapa kelebihan lain. Sebaliknya, wanita diciptakan dengan sifat lemah lembut, pemalu dan tidak agresif.

Sewajarnya lelaki diberi tugas dan tanggungjawab memikul amanah menjadi ketua atau pemimpin yang mengawal serta memberi perlindungan kepada wanita.

Firman Allah bermaksud: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum wanita, kerana Allah telah melebihkan orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang perempuan, dan juga kerana orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian daripada harta mereka.” (Surah an-Nisa, ayat 34)

Lelaki seharusnya memahami hak serta tuntutan wanita dan sepatutnya menjadi kewajipan bagi lelaki memperjuang serta membela nasib mereka apabila teraniaya.

Sirah Rasulullah membuktikan bahawa Baginda adalah pembela wanita terulung. Baginda bukan saja membawa risalah Islam yang sempurna, bahkan berjaya membebaskan wanita daripada cengkaman adat jahiliah. Rasulullah juga meletakkan mereka pada kedudukan yang begitu mulia.

Lelaki juga berkewajipan membimbing wanita yang lebih banyak dipengaruhi oleh emosi dan tekanan perasaan. Sabda Rasulullah bermaksud: “Sesungguhnya seorang wanita itu diumpamakan seperti tulang rusuk yang bengkok. Apabila engkau berkeras (hendak meluruskannya), ia akan patah, dan sekiranya engkau membiarkannya, maka ia akan terus bengkok.” (Hadis riwayat Muslim)

Dalam mendidik wanita, kita tidak boleh mendidik mereka dengan cara terlalu keras. Ini kerana ia tidak sesuai dengan fitrah semula jadi mereka yang lemah lembut. Mereka perlu dididik dengan cara yang hikmah, tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras. Pendidikan dengan cara yang penuh hikmah, akan berjaya membentuk wanita solehah.

Kita yakin bahawa wanita yang terdidik dengan ilmu atas landasan iman dan takwa akan sentiasa menjaga serta menghargai kehormatan dan hak mereka selaras dengan tuntutan Allah dan rasul-Nya.

Kegagalan mendidik wanita adalah punca sebenar mereka melakukan tindakan salah.

Sebagai pelindung, lelaki diharamkan menganiaya wanita dalam apa bentuk sekali pun. Mereka hendaklah dilindungi daripada sebarang pelakuan yang boleh mengaib, memalu, memudarat dan menjatuhkan maruah wanita.

Lelaki hendaklah melindungi wanita daripada pelakuan jenayah seperti cabul dan rogol. Kaum Adam hendaklah menjalankan amanah Allah dengan penuh ikhlas dan ketakwaan demi menjaga kesucian wanita.

Sedikit peringatan buat pembuka bicara hari ini, mudah-mudahan memberi manfaat...

Oklah...

Bangun Solat Subuh sekejap sebelum sambung tidur sampai jam 10 pagi. Kemudian saya basuh baju dan kemaskan bilik serta rumah sebelum saya keluar beli paper + makan tengahari di Taman Tenaga. Kemudian saya berehat sambil menghabiskan pembacaan paper. Tiga jam saya baca paper tapi tak habis-habis juga baca. Dua paper pulak tu. Hmmm... Last sekali saya tidur sekejap dan kemudian nak turun jogging tapi hujan. Badan pun masih letih.

Malam saya keluar makan di Veledrom dan kemudian ke Flat Sri Kota untuk sedikit urusan sebelum settlekan kerja di rumah. Tak sabar mnanti hari esok. Dengar kata kami akan dapat komputer baru Pentium IV 3.2 Giga serta RAM 512! Padunya kombinasi tu. Hehehe...

WASSALAM...

10 JULAI  2004

ASSALAMUALAIKUM...

Jam 7.12 saya datang pagi ni. Selepas settlekan beberapa perkara, kami staff PTM menghadiri Sessi Talk oleh Dr. Taufik, our big boss. Taklimat mengenai CVS (Concurrent Version System) untuk pembangunan HIS kami ni. Kemudian Rahman membentangkan hasil meeting Unit Sukan semalam untuk makluman semua. Kemudian saya just settlekan kerja-kerja sikit sebelum main FIFA dengan student praktikal. Hehehe... Curi tulang sikit hari ni. Tak patut betul!!!

Kemudian saya sempat sampai ke rumah tetapi hujan turun dengan lebatnya. Saya tak ada idea nak ke UE3 untuk pertandingan Bowling PTM. Saya call Azhar, keretanya dah penuh dan kemudian terpaksalah saya minta bantuan Big Boss, Dr. Taufik dan Alhamdulillah Dr. Taufik sudi jemput dan hantar saya balik. Thanks...

Kali kedua saya  main bowling selepas lebih kurang 7 tahun. Memang first ball masuk longkang tetapi dua kali balingan lepas tu terus Strike! Ada lima kali Strike saya buat hari ni. Oklah untuk beginners macam saya ni. Saya pun dah dapat banyak teknik hari ni dan kalau selalu may be boleh jadi champion! Hehehe... (Perasan!!!).

Champion Dapat kat Kumpulan Dr. Taufik, Rahman, Sufri dan Erni. Juara lelaki, Zaki dan perempuan, Erni. Tahniah! Apa pun yang paling menggembirakan hati saya ialah kegembiraan setiap member PTM. InsyaAllah semuanya akan sentiasa happy dan saling bekerjasama. Sebab tu saya dan Rahman akan cuba aktiviti sukan ini merapatkan kami sesama kami agar PTM akan terus maju, InsyaAllah.

Kemudian waktu petang saya jogging sekejap di Taman Tasik sebelum waktu malam kami main Futsal di Sri Petaling. Yang turun, Azizi, Khairil, Zaidi, Zamri, Rahman, Azhar, Saidi, Riduan, Saya, Fazli, Shahir dan Sufri. Semuanya 12 orang ahli PTM yang turun, memang meriah jadinya dan cukup puas hati. Kami friendly dengan HR cuma jam 12.30 malam baru mula main. Jam 1.30 baru habis dan kemudian Rahman open table. Thanks Rahman. Memang happy kalau semua macam ni sebab dah nampak ada semangat kerjasama antara satu sama lain. InsyaAllah semanagt sebegini kan berterusan, InsyaAllah. Inilah yang diharapkan.

Kemudian saya rasa dahaga dan saya singgah minum di Taman Tenaga dan seorang anak buah saya di Kedah tegur saya. Terkejut saya dibuatnya. Uyei terkejut sebab tengok saya di KL. Dia beranikan diri tegur saya sebab nampak motor mula dengan Number Plat ‘K’ dan dia kenal motor tu motor saya. Uyei Still study di TPM Bukit Jalil. Sebenarnya ramai lagi yang tak tahu saya dah bekerja di KL. Waktu sya balik Kedah hari tu pun ramai yang tak tahu lagi. Hehehe...

Lepas Solat Isyak barulah saya tidur iaitu kira-kira jam 3.45 pagi. Indahnya saat tidur...

WASSALAM...

09 JULAI  2004 [JUMAAT]

ASSALAMUALAIKUM...

Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan  dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan  merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain  manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan  kita terseksa kekal abadi di dalam neraka.

Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah. 

Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia. 
         HIKMAH DIAM 

     1.     Sebagai ibadah tanpa bersusah payah. 
2.     Perhiasan tanpa berhias. 
3.     Kehebatan tanpa kerajaan. 
4.     Benteng tanpa pagar. 
5.     Kekayan tanpa meminta maaf kepada orang. 
6.     Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal. 
7.     Menutupi segala aib. 

      Hadis2 Rasullulah mengenai kelebihan diam yg bermaksud: 
 
     * "Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya.Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya".

(Riwayat ABU NAIM) 
 
     * "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". (Riwayat BUKHARI & MUSLIM) 
 
     * *"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya".(Riwayat AT-TARMIZI) 

Madah Dari Berdiam: 

 
     * BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KERANA KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORANG CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK DARI ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP. 

     * MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH, TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG. 

     * KALAU ORANG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YANG SEBENARNYA ORANG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI. 

     Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam.  Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara-perkara  yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang  bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia Dari Abdullah bin 'Amr  R.A, Rasulullah S. A. W bersabda: 

" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.." 

Oklah...

Pagi meeting unit Sukan dan undian Bowling esok. Selepas Meeting, saya dan Rahman bertemu D. Taufik dan Puan Ardiana untuk maklumkan hasil meeting. Kemudian saya solat Jumaat di Masjid berhampiran rumah saya, Masjid Zubbair Al-Awwam. Selalunya saya solat di Masjid Saidina Osman tetapi selepas dimaklumkan yang khatib di sini tak berpandukan teks sangat, saya buat keputusan untuk ke sini sebab lebih menarik khutbahnya. Khutbah hari ni berkisar kepada pembentukan Keluarga bahagia. Menarik isinya.

Kemudian saya sempat berhat di rumah sebelum kembali ke pejabat dan terus masuk meeting sampai jam 6 petang! Meeting yang macma ni saya tak minat. Lepas tu terus saya begegas pulang dan solat sebelum main badminton seperti dalam jadual.

Malam terasa macam di Taiwan pulak saya ni. Saya ke Pasar Malam di Leisure Mall dan di kawasan tu, saya kira tak smapai 20 orang Melayu ada kat pasar malam tu. Saya tak nampak langsung peniaga Melayu di situ. Semuanya berorientasikan Cina. Makanan memang banyak yang pertama kali saya lihat Macam Thai Biscuit dan macam-macma lagi. Pelik-pelik bentuknya. Ada juga Madu Batu dan paling menarik katak hidup yang dijual untuk makanan. Hmm... Nak tergelak saya tengok. Kemudian terus saya balik dan rehat sebelum masuk tidur seawal jam 11 malam.

WASSALAM...

08 JULAI  2004

ASSALAMUALAIKUM...

Selamat Hari Lahir Buat Teman Baik saya
Mohd Fahmi Abdul Wahab
Semoga panjang umur dan murah rezeki, InsyaAllah.

Tahniah buat adik saya, Mohd Fazli yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan Ipoh pada 19 Julai ini.

Oklah...

Alhamdulillah masih lagi dapat bernafas di bumi Allah ini. Kini saya dah kembali awal ke pejabat. Kalau dulu euro jadi penyebab kini semuanya dah lepas. Hehehe... Macam biasa di pejabat hari ni. Kerja macam biasa cuma agak sibuk dengan kerja-kerja lain sama seperti bengkel di Mint Hotel dan Cherating nanti. Juga aktiviti-aktiviti yang bakal dirancang untuk unit sukan. Saya dan Rahman terus buat perlantikan secara rawak dan Alhamdulillah semua yang dilantik bersetuju. Cuma terdapat sedikit rombakan berlaku. Pagi ni Azhar bawak sarapan di Jalan Budiman. Makan Roti Canai bersama Khairill dan Rahman. Tengahari saya bersama Megat, Azhar, Khairill, Rahman dan Aieshah makan Nasi Ayam Kampung Di Veledrom. Kemudian petang masuk kerja macam biasa.

Petang turun jogging di Taman Tasik sebelum waktu malam saya rehat di rumah sambil melayan sms dan panggilan mengejutkan dari keluarga angkat saya. Thanks... Sebelum tu saya sempat ronda pasar malam di hadapan aparment saya, agak janggal bila saya lalu tengok kuih macam karipap, bengkang dijual dan dibuat oleh orang Cina dan India. Hehehe... Ayam goreng pun Cina yang jual. Alamak rasa gelinya nak lalu. Hehehe... Apa pun ada jugak orang Melayu yang berniaga di sini. Lepas tu bau dapat saya rehat di rumah. Selepas settlekan beberapa perkara barulah dapat saya lelapkan mata.

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][Arkib 2003][181][182][183][184][185][186][187][188][189][190][191][192][193][194][195][196][197][198][199][200][201][202][203][204][205][206][207][208][209][210][211][212][213][214][215][216][217][218][219][220][221][222][223][224][225][226][227][228][229][230][231][232]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie][Crimsonsky][Nana][Megat][Wawa Online][Islam selamanya]

LAMAN HIJAUKUNING
Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2004
Provided by
Saiful Azrul Che Lah