Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

Enter Malaysian Top Sites - Laman Top Malaysia Dan Undi Laman Ini !!!

10 JANUARI 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Daulat Tuanku!

Hari ini adalah hari pemahsyuran Sulatanah Kedah dan kedai saya mengambilnya sebagai cuti umum selaras dengan pengumuman kerajaan Negeri Kedah yang mengisytiharkan cuti umum bagi negeri Kedah.

Waktu pagi kami Cuma dikehendaki bergotong royong membersihkan kedai dan waktu tengah hari adalah acara bebas. Saya pun terus ke hospital menjenguk adik saya yang masih terlantar di hospital.

Malam adalah jamuan bagi staf kedai kami. Makan ikan bakar dekat Perindu di Kuala Kedah. Hmm... Seronoknya makan besar. Hehehe... Kenyangnya...

Lepas tu saya sambung tengok bola dan Alhamdulillah menajdi betul pasukan saya minggu ni!

Saya tidr kira-kira jam 3.30 pagi.

WASSALAM...

09 JANUARI 2004 [JUMAAT]

ASSALAMUALAIKUM...

Hari ni waktu pagi saya jogging terlebih dahulu sebelum saya ke hospital dan kemudian saya singgah di kedai untuk surf Internet. Kemudian saya Solat Jumaat di Masjid Alor Semela dan selepas Solat terus saya masuk kerja dari jam 4 petang sampai jam 12 tengah malam.

Waktu rehat saya, saya singgah sekejap menyaksikan separuh masa kedua, Kedah lawan MPPJ. Kedah menang 3-1 hasil jaringan Akmal pada minit ke-25, 76 dan Amirul pada minit 81. Manakala MPPJ menjaringkan gol melalui Nizaruddin Yusof pada minit ke-28.

Lepas saya balik kerja, saya rest sekejap sebelum tidur kira-kira jam 2 pagi.

WASSALAM...

08 JANUARI 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Saya memang kena mengejar masa. Sekarang ni saya cukup jarang masuk blog orang. Alhamdulillah semuanya masih terkawal. Hari ni waktu pagi macam biasa saya jogging sekejap dan kemudian saya jenguk training pasukan Kedah sebentar sebelum saya ke hospital mengambil giliran menjaga adik saya dan mak balik rumah sekejap untuk uruskan hal rumah.

Tengah hari saya rest kat rumah sekejap sebelum saya masuk kerja macam biasa dari jam 4 petang hingga jam 12 tengah malam. Saya tidur kira-kira jam 2 pagi selepas semua urusan settle.

WASSALAM...

07 JANUARI 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Bila balik rumah, saya rest sekejap sebelum turun jogging. Kemudian saya nak sarapan tak ada makanan bawah tudung. Nak pi beli tak dan sebab nak kena ke Pendang ambil Tok Wan yang nak mai tengok cucunya. Terus saya balik Pendang. Dekat rumah Tok Wan ada dua biji kuih terus saya sambar. Laparnya. Penat dan letih...

Kemudian saya bawak Tok Wan ke hospital dalam keadaan penat dan mengantuk. Alhamdulillah tak eksiden. Saya tak makan nasi dari semalam lagi. Dengan kena buat banyak kerja memang cukup meletihkan. Kemudian saya temankan Tok di hospital smapai jam 4. Saya masuk kerja pun lewat sikit hari ni.

Lepas tu saya waktu rehat saya dihabiskan untuk ambil Tok Wan saya di hospital untuk hantar di rumah sebelum adik saya yang seorang lagi hantar Tok Wan balik Pendang. Saya memang lewat hari ni masuk kerja balik. Saya berhenti makan dulu. Lepas makan barulah frresh dan kembali bertenaga. Alhamdulillah. Kemudian saya bertugas macam biasa.

Balik sapai rumah kira-kira jam 12.30 malam dan saya sempat buat satu dua catatan dan ulasan. Sebelum saya masuk tidur kira-kira jam 3 pagi. Malam ni saya tak tidur di hospital sebab terlalu letih!!!!!!!!.

WASSALAM...

06 JANUARI 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Bila bangun terus saya balik rumah jam 6 pagi. Singgah beli paper dan nasi untuk adik. Bila sampai depa dah pun pi sekolah. Kemudian saya pergi jogging di Taman Rimba dan bila balik singgah di Stadium sekejap. Tak ada pulak training pagi ni. Terus saya pi MADA tak ada jugak. Latihan dibatalkan kot atau dekat Gym. Kemudian terus saya balik rumah bersiap dan kembali ke hospital.

Lepas tu, saya stay kat hospital sampai dekat Maghrib. Adik nak makan anggur pulak, jadi on the way saya beli anggur saya sempat ke Stadium tengok training dan berbual mengenai persiapan Kedah.

Thanks Datuk Shukri kerana beikan saya sesuatu yang ‘berharga’. Better saya diam dalam bab ni.

Kemudian saya terus ke Pasar malam sembang pasal bisnes dengan Cik Bad. Sukarnya... Kemudian terus saya balik rumah dan rehat sekejap sebelum saya bersiap untuk ke hospital. On the way saya singgah sekejap di kedai saya dan kemudian saya tidur di hospital. Malam ni paling tak nyenyak tidur disebabkan nyamuk banyak. Saya tak dapat tempat yang strategik, jadi tak dapatlah saya nak tidur nyenyak!.

WASSALAM...

05 JANUARI 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Jam lima dah kena bangun (jam tiga pagi tadi baru mula tidur) untuk ke hospital ambil mak. Adik yang lain masih tidur. Kemudian bawak mak balik untuk persiapan adik ke sekolah. After that, saya rehat sekejap pergi jogging da kemudian sempat jenguk training pasukan Kedah sekejap.

Bila balik saya kena siapakan macam-macam perkara dengan urusan report yang masih belum selesai. Kemudian saya kembali ke hospital untuk settlekan beberapa benda.

Sampai pukul 2.30 saya balik rumah selepas makan di kedai. Jam 4 masuk kerja sampai jam 12 tengah malam. Bila balik ke rumah saya rest sekejap sebelum saya ke hospital. Guard pun banyak soal sangat. Last-last saya panjat tembok untuk masuk. Senang sahaja. Mudah cerita tak mau bagi orang masuk sangat. Lagipun tembok tu bukannya tinggi sangat lebih kurang 1 meter lebih sahaja. Saya tidur di hospital tetapi tak begitu nyenyak. Saya tidur pun kira-kira jam 4 pagi disebabkan adik saya baru sahaja habis pembedahan kira-kira  jam 3 pagi. Mula bedah jam 7 petang! Lamanya...

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][Arkib 2003][181]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie]

LAMAN HIJAUKUNING
Baca Diari Sebelum Ini
Saifulazrul Collection 1999-2004
Provided by Saiful Azrul Che Lah